Tag Archives: Wataniah

Gambar Siti Nurhaliza Masuk Wataniah


Siti Nurhaliza dan 5 selebriti serah borang sertai Wataniah

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin merupakan antara artis yang menyerahkan borang penyertaan dan menerima kelengkapan pakaian seragam sebagai simbolik beliau menyertai Rejimen Askar Wataniah.

Selebriti lain yang turut menyertai pasukan tersebut adalah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan penyanyi Aizat.

Penyerahan uniform itu dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan, di sini, Khamis.

Menurut Siti, program ini bukan sahaja membantu menguatkan mental dan fizikalnya tetapi mampu meningkatkan jati dirinya sebagai seorang sukarelawan.

“Saya pernah menyertai latihan ketenteraan yang lasak sebelum ini untuk sebuah program televisyen tetapi menyertai askar wataniah lebih berbeza dan memerlukan senaman yang lebih,” katanya pada majlis tersebut.

Zahid Hamidi bersalam dengan Siti Nurhaliza sambil ( jangan lama sangat Zhid oiii) diperhatikan rakan-rakan artis iaitu (dari kanan) Intan Ladyana, Ana Raffali dan Shaheizy Sam.

Dia bersedia untuk melakukan latihan pada bila-bila masa bergantung kepada kesesuaian jadual kariernya.

Malah dia lebih seronok jika ramai peminatnya turut serta menyertai askar wataniah.

Sementara Ana Raffali berkata angan-angannya menjadi kenyataan apabila ditawarkan melibatkan diri dalam rejimen itu.

“Saya pernah berangan-angan untuk menjadi askar tetapi angan itu tidak dapat diteruskan kerana kekangan masa dan tidak tahu prosedurnya.

“Setelah mendapat tawaran daripada Kementerian Pertahanan, saya terus menerimanya,” katanya yang pernah memegang jawatan koperal sewaktu menyertai kadet remaja sekolah.

Tanpa berselindung, Ana akui dia pernah mengidap asma. Bagaimanapun, padanya masalah kesihatan tidak akan menghalang dirinya untuk menyumbang sesuatu kepada negara.

Aizat pula begitu teruja untuk menyertai pelbagai jenis latihan seperti kawad kaki, menembak, mengendalikan senjata seperti bom dan M-16 setelah mendengar cerita daripada kawannya yang merupakan seorang anggota tentera di Singapura.

Sementara Shaheizy Sam menyertai askar wataniah demi meneruskan cita-cita arwah ayahnya dan mempelajari lebih banyak ilmu ketenteraan yang menyeronokkan.

Selain selebriti berkenaan, anak sulung Zahid Hamidi iaitu Nurul Hidayah,34, yang juga pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di RTM turut menyertai pasukan itu.

Siti Azira & Suzan Albert Kassim

Video Bongkar: 50,000 Wataniah Untuk Kemenangan BN


1 malaysia tapi 3 Kelas pendaftaran JPN

Kegagalan percubaan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya untuk mendaftarkan bangsa anak perempuan mereka sebagai ‘Anak Malaysia’ sebenarnya mendedahkan kepincangan sistem pendaftaran negara.

azlanMalaysiakinimendapati terdapat tiga peraturan pendaftaran yang berbeza di Sabah, Sarawak dan semenanjung meskipun semuanya terletak di bidang kuasa Jabatan Pendaftran Negara.

Hanya Sabah yang mengiktiraf bangsa campuran tetapi mengehadkannya kepada pasangan Cina dan pribumi sahaja, manakala Sarawak pula mewajibkan seseorang anak itu mengikut bangsa bapanya.

Peraturan di semenanjung pula membenarkan ibu bapa untuk memilih bangsa anak mereka berdasarkan keturunan si ibu mahupun si ayah.

sabah native wedding marriage ethnic groups 250509 05Menurut seorang pegawai JPN Sabah, ibu bapa boleh memilih mendaftarkan anak mereka sebagai ‘bangsa campuran’ atau juga mengikut salah seorang ibu bapanya.

“Jika bapanya Cina dan ibunya adalah Kadazan, maka anaknya adalah Cina atau Kadazan atau juga sino-pribumi,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, semalam.

Jelasnya, ibu bapa juga sebelum ini boleh memilih pelbagai istilah lain seperti ‘sino-Kadazan’ dan ‘sino-Murut’ ketika pendaftaran dijalankan secara manual.

sabah native wedding marriage ethnic groups 250509 02Selepas pendaftaran dijalankan secara berkomputer, mereka hanya boleh memilih ‘sino-pribumi’.

“Kami telah memohon supaya istilah lama dikembalikan tetapi ini belum diluluskan lagi,” kata pegawai yang memohon identitinya dirahsiakan.

Bagaiamanapun perkhawinan yang membabitkan seorang pribumi dan bukan Cina, anak mereka mesti mengikut sama ada bapa ataupun emaknya. Pilihan bangsa campuran hanya untuk ibu bapa pribumi-Cina sahaja.

“Tidak ada pilihan ‘pribumi-India’ atau ‘pribumi-Melayu;” katanya.

Manakala itu, sistem pendaftaran di Sarawak dikatakan lebih rigid. Bangsa seseorang kanak-kanak mestilah berdasarkan keturunan bapanya.

NONE“Wajib ikut bangsa bapa,” kata seorang pegawai JPN cawangan Sarawak kepada Malaysiakinisemalam.

“Jika bapanya orang asing, bangsa anak itu akan ditentukan oleh kerakyatan bapanyanya,” kata pegawai itu.

“Contoh, bapanya adalah orang Itali, bangsa anak itu adalah ‘Itali’. Jika bapanya rakyat Singapura, maka bangsa anak itu adalah ‘Singapura’,” kata pegawai itu.

mKini

Gebu-gebu Siti Nurhaliza pun Masuk Askar Wataniah Jugak


Siti Nurhaliza bakal jalani latihan Wataniah

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat.

Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Siti bersetuju menyertai pasukan tersebut selepas direstui suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

“Siti bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya,” katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini, Khamis.

Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor, dan bekas pengacara TV3 Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu.

Tambah Ahmad Zahid, dia turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah.

“Mereka dijangka menyertai dalam masa terdekat dan majlis pelancaran akan dijalankan sebelum mereka menjalani latihan sebelum bulan Ramadan,” katanya.

Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan. Ahmad Zahid berkata selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan sebagai ikon untuk menarik minat lebih ramai individu di bawah usia 35 tahun menjadi askar wataniah.

Beliau juga berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menjalankan tugas sampingan bagi misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam.

Katanya meskipun tugas hakiki ATM khususnya Tentera Darat menjadi benteng menjaga kedaulatan dan keamanan negara, pasukan itu sentiasa bersedia menjalankan misi yang memerlukan khidmat mereka.

“Malaysia adalah sebuah negara aman dan tidak terlibat dengan perang maka dalam keadaan aman, tentera darat dan lain-lain perkhidmatan bersedia untuk menjadi tentera ‘rakyat’,” katanya.

Ahmad Zahid berkata ATM mempunyai aset, peralatan dan jentera yang lengkap serta anggota-anggota yang terlatih untuk menghadapi keadaan darurat termasuk bencana alam.

Dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat pada Sabtu lepas, beliau telah meminta Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin menghantar anggota tentera untuk membantu.

BERNAMA

%d bloggers like this: