Tag Archives: Wan Azizah Wan Ismail

Video Wanita Umno Masih ‘Ada Hati’ Kepada Anwar


Kalu tengok cerita dari blog blog pro Umno macamlah Anwar langsung tak dak harga..

Tetapi itulah budaya pembangkang di Kedah,Pulau Pinang,Kelantan dan Selangor serta nyaris nyaris jadi pembangkang di N.Sembilan.

Jika dibuat analisa kembali kempen pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dengan ‘pecah tradisi’ keturunan politik Umno, PM Najib Razak memulakan serangan yang kita lihat di TV3$ ,Tv1 RTM dan seangkatan dengannya menampakkan peluang Anwar untuk kembali ke kancah politik Malaysia adalah ‘ZERO’.

Sejarah telah mengukir kembalinya Anwar di Parlimen Permatang Pauh bukan alang kepalang, ketika Dr Wan Azizah memenanginya pada pilihanraya Umum 2008 dengan majoriti 13k lebih tetapi Anwar membuat kejutan dengan lebih dari 16k dalam pilihanraya kecil itu.

Banyak faktor lain lagi yang telah dibuat analisa oleh pemerhati politik Malaysia dan luar negeri. Salah satu sebab yang jarang dikupas oleh penganalisa tetapi adalah kenyataan untuk menjadi garis pengukur pemimpin yang sentiasa diserang disegenap sudut samada secara peribadi atau keluarga beliau dan sebagainya.

Siap cium tangan Datuk Seri lagi..

Kredit Untuk Video dari Blog Bro MM

manjongmari.blogspot.com

Siapa Editor TV Yang Mohon Maaf Pada Anwar dan Kak Wan ?


Agak agak hangpa editor Tv mana satu…tv1,tv2,tv3,4,5,6,7,8,9 atau 10..

Aku ucapkan tahniah kepada editir tersebut kerana berani datang mengaku kesilapan dan mohon maaf kepada Anwar dan kak Wan Azizah..masih ada kesempatan sebelum malaikat maut datang menjemput..

Pastinya bukan Tv RTM dan TV3/4 aku rasa laa..hahaha

Fitnah 2: Editor TV mohon maaf pada Anwar

Seorang editor di sebuah stesen televisyen memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana terpaksa memfitnah kedua pasangan suami isteri itu.

“Editor itu mula-mula memohon maaf kepada Azizah dan selepas itu kepada saya kerana memfitnah kami dalam banyak isu terutamanya dalam kes Fitnah 2.

“Beliau datang sendiri menemui kami dan menyatakan kekesalannya dan mengakui terpaksa berbuat demikian,” kata Anwar ketika mendedahkan perkara itu di parlimen hari ini.

Anwar menegaskan, beliau tidak menyalahkan pengamal media terhadap konspirasi politik berkenaan, namun mengingatkan tindakan mereka bersubahat bukan sahaja mengaibkan beliau sekeluarga, tetapi juga memberi kesan kepada masyarakat.

Mahkamah pada 18 Oktober lalu menetapkan 23 dan 24 November depan bagi mendengar hujahan akhir kes pembelaan dan pendakwaan sebelum membuat keputusan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar keterangan empat saksi penyanggah yang dikemukakan pihak pendakwaan, bagi mencabar keterangan pakar tulang belakang yang merawat Anwar di Munich, Jerman pada 2004.

Saksi berkenaan bagaimanapun gagal mencabar keterangan Dr Thomas Hoogland yang sebelum ini memberitahu mahkamah Anwar tidak mungkin melakukan perbuatan liwat ekoran masalah tulang belakang yang dihadapinya.

Sementara itu, Anwar sebelum ini mahu rayuannya terhadap pembatalan sepina oleh Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya didengar sebelum hujah akhir daripada peguam dan pihak pendakwaraya.

Pada 6 Oktober lalu, hakim Zabidin menerima permohonan Najib dan Rosmah bagi mengenepikan sepina yang memerintahkan mereka hadir memberi keterangan dalam kes Fitnah II.

Keputusan itu mengecewakan peguam kerana menganggap kedua individu itu saksi relevan dalam kes berkenaan.

Ini kerana Najib sebelum ini pernah menemui pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan empat hari sebelum pemuda itu membuat laporan polis dengan memfitnah Anwar meliwatnya pada 28 Jun 2008.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22697

Dedah: Polis Hadapi Tindakan dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan


Tindakan Polis semalam di KL Sentral boleh mengakibatkan kecederaan serius dan kematian.

PKR menuduh polis bertindak ‘tanpa sebarang provokasi’ ke atas perarakan aman BERSIH di jalan bawah (underpass) KL Sentral.

NONENaib parti presidennya, N Surendran berkata mangsa tindakan
tersebut termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Surendran berkata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga dan sasterawan negara, Datuk A Samad Said juga turut menjadi mangsa tindakan polis itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Surendren berkata ketika kumpulan tersebut masuk ke jalan bawah tersebut, mereka dihalang oleh barisan anggota FRU yang membawa senapang gas pemedih mata.

Katanya, naib presiden PKR yang juga ahli parllimen Batu, Tian Chua kemudiannya berjalan ke arah garisan polis untuk berunding.

Bagaimanapun, dakwanya, pihak polis terus bertindak balas dengan menjerit, memukul perisai dengan belantan serta menghalakan senapang gas pemedih mata ke arah mereka.

Surendren berkata tindakan polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam dalam ruang terkurung adalah satu perbuatan jenayah.

NONETindakan ini juga boleh mengakibatkan kecederaan serius dan kematian, dan dengan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Kami menuntut siasatan dan pendakwaan terhadap semua pegawai kanan, termasuk Menteri Dalam Negeri, yang bertanggungjawab bagi atau memberi perintah supaya perbuatan jenayah itu dilaksanakan,” kata Surendran.

“Satu Suruhanjaya Diraja Siasatan juga perlu ditubuhkan serta-merta untuk menyiasat penindasan ganas hak asasi rakyat untuk berhimpun secara bebas, oleh kerajaan BN,” katanya.

mKini

Gempar: Wartawan TV3/4 Kena ‘Hamput’


Tanya soalan lain ‘jangan biadap dengan saya’

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan satu kes tayangan video lucah.

Beliau memberi keterangan hari ini ekoran laporan polis yang dibuatnya sehari selepas tayangan video berkenaan dibuat pada 21 Mac lalu.

Turut menemani beliau hari ini ialah peguam R Sivarasa, presiden PKR Wan Azizah Ismail, serta tiga orang wakil rakyat parti itu, Nurul Izzah, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Tian Chua.

NONEAnwar tiba pada kira-kira jam 2.50 petang dan dijangka akan memberi keterangan berhubung alibi beliau berhubung kejadian seks dalam rakaman kontroversi itu.

Anwar sebelum ini turut memberi kenyataan kepada polis ketika beliau membuat aduan pada 22 Mac lalu.

Anwar juga telah menafikan lelaki dalam video tersebut adalah dirinya.

Anwar ketika bercakap kepada wartawan apabila selesai memberi keterangan kira-kira sejam selepas itu kemudiannya berang apabila ditanya berhubung sama ada beliau akan menyerahkan DNA beliau kepada polis.

DNA apa you nak?” soalnya beberapa kali kepada seorang wartawan yang bertanyakan soalan tersebut.

Dengan nada yang keras, Anwar turut bertanya kepada wartawan berkenaan sekiranya beliau merupakan wartawan dari stesen TV3.

Tanpa putus asa, wartawan wanita itu terus bertanyakan soalan yang sama dalam sidang media di kawasan parkir ibu pejabat polis tersebut.

Jangan biadap dengan saya. Tanya soalan lain.

“TV3 adalah alat perkakas murahan Umno dan saya minta saudari ingat itu,” herdiknya lagi.

Anwar juga berkata, Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan sama ada perbuatan tayangan pornografi itu merupakan strategi untuk mengekalkan kuasa perdana menteri itu.

“(Jelaskan) bagaimana dia gunakan (akhbar) Utusan (Malaysia) dan (portal) Agendadaily sebagai perkakas murahan untuk sebar jenayah yang begitu kotor dan jijik.

“Sekarang dia mahu hancurkan maruah keluarga (saya),” katanya.

Sementara itu, peguamnya, R Sivarasa berkata dua orang pegawai polis yang merakam kenyataan Anwar juga telah mengemukakan soalan yang tidak relevan ketika siasatan.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan apakah bentuk soalan yang dikemukakan itu.

Namun, beliau tidak menyifatkan soalan yang diajukan polis bertujuan untuk mengaitkan Anwar dengan kesalahan berhubung perlakuan seks dalam video berkenaan.

“Saya tidak fikir begitu sebab dalam laporan kita jelas kesalahan dilakukan oleh orang lain,” katanya lagi.

Tambahnya, laporan polis sebelum ini juga dibuat berhubung dakwaan ugutan yang dilakukan oleh Datuk T melalui satu kenyataan oleh trio berkenaan.

“Mereka ugut, ancam supaya (Anwar) letak jawatan. Ini satu implikasi jenayah.

“Ini jelas satu tindakan terancang Umno BN untuk aibkan Anwar,” tambahnya.

Katanya, beliau tidak melihat polis bertindak dengan tegas dalam menjalankan siasatan terhadap kes itu.

mKini

Nota: ambik sebij hang pandai duk spin cerita sangat!

Tiada Istilah Ketuanan Melayu:Prof Khoo K.K


Menurut Professor Khoo Kay Kim tiada istilah Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan

KUALA LUMPUR: Istilah ‘Ketuanan Melayu’ tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam Perlembagaan Negara, kata pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya ‘Ketuanan Raja’ yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja.
“Sebelum ini tidak pernah disebut ‘Ketuanan Melayu’ dalam masyarakat Melayu.
Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan cuma
‘Ketuanan Raja’ iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
“Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja,
kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan
pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan,” katanya kepada Bernama malam ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya
ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu
Ahad lalu.

Dr Wan Azizah meminta konsep Ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan
anak-anak membesar dengan visi ‘bangsa bermaruah’ atau ‘Melayu bermaruah’.
Khoo berkata istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan oleh ahli politik
bagi tujuan politik semata-mata, dan beliau melihat ahli politik sekarang
sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi antara kaum.
“Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada perkhidmatan mereka kepada
rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat untuk bergaduh,” katanya.

Bernama

Pena: Pernahkah kita bertanya jika benar ada ‘Ketuanan Melayu’ ,sewaktu British maninggalkan anaknya umno untuk mentadbir Malaya tanah Rezab Melayu ada sebanyak 3 juta hektar, tetapi sekarang hanya tinggal sekitar 1.4 juta hektar sahaja.

Kemana hilangnya tanah Rezab Melayu itu adakah dimakan oleh jerangkung dalam samar?.

Atau kabur dibawa angin nan lalu?

Sedangkan di beberapa Lokasi Strategik di Sungai Petani Kedah, ‘State Land’ di monopoli oleh kaum lain.Pemilikan oleh bangsa dari ‘Ketuanan Melayu’ tidak sampai 2%.

Adakah ini yang menyebabkan che det kononya ‘teriak keling’ atau menangis sewaktu mahu meletak jawatan PM dulu, sebabnya banyak puluh ribu hektar tanah Rezab Melayu lagi yang belum sempat di ‘uruskan’ olehnya.

Katanya ‘agenda belum selesai’.Betul. Memang belum selesai,selagi mata pemimpin umno belum puas meratah Rezab dan Ketuanan Melayu belum menjadi Ketuanan umno.

Kenapa terjadi sampai demikian?.Kita sedia maklum bahawa Pegawai Daerah adalah orang Melayu, Servey Officer juga orang Melayu dan Pentadbir Tanah juga orang Melayu.Adakah semua ini terjadi sewaktu Pas menerajui kerajaan Kedah?

Berlainan pula jika dibandingkan dengan Kelantan yang meletakkan syarat yang sangat ketat bagi soal pemilikan tanah disana.

Pas ada TG Nik Aziz..Kita ada Anwar


Jika Pas ada Tuan Guru Nik Aziz, kita ada Anwar sebagai pemimpin parti: Perwakilan

PETALING JAYA, 27 Nov – Perwakilan PKR meneruskan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya terus mengetuai parti itu dengan meminta jawatan ketua umum tidak perlu melalui proses pemilihan sebagaimana dicadangkan oleh sayap Wanita semalam.

Anwar  sebelum ini menolak untuk bertanding bagi jawatan presiden PKR yang kini disandang isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 11 tahun lalu.

“Terdapat pihak yang mempersoalkan Anwar untuk membuat keputusan-keputusan, yang membuat kami meragui kepimpinannya. Ada juga yang mempersoalkan kecekapannya untuk menjadi ketua umum.

“Beliau tidak lantik diri sendiri untuk menjadi ketua umum. Kita yang melantik beliau,” kata perwakilan PKR Selangor Faris Musa ketika membahaskan usul dasar ucapan presiden pada hari pertama kongres.

Faris kemudian meminta supaya 1,200 perwakilan berdiri untuk menunjukkan sokongan kepada Anwar selaku ketua umum.

“Mari kita berikan sokongan tidak terhingga kepada Anwar,” kata timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan ini.

Sementara itu, perwakilan Srikandi Siti Aishah Shaik Ismail berkata, tindakan memaksa Anwar bertanding bagi jawatan presiden parti akan mengehadkan peranannya.

“Ramai yang mempersoalkan kenapa Datuk Seri Anwar menolak untuk bertanding jawatan presiden. Saya kata itu adalah naif kerana kita tidak sepatutnya mengehadkan peranan Anwar untuk berkhidmat kepada parti.

“Beliau adalah pemimpin antarabangsa,” tambahnya.

Siti Aishah turut menyamakan kedudukan Anwar sebagai ketua umum PKR seperti Mursyidul Am PAS yang kini dipegang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kedudukan ketua umum ini tidak boleh dipertandingkan atau dipertikaikan. Jika PAS ada Mursyidul Am, kita ada ketua umum untuk memberikan nasihat kepada parti,” katanya.

Anwar dilantik sebagai Ketua Umum PKR ketika kongres parti itu pada 2007 selepas tidak dibenarkan untuk bertanding bagi jawatan presiden oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau dilarang daripada memegang mana-mana jawatan parti ekoran hukuman penjara yang dikenakan pada 1999. Larangan itu tamat pada April 2008.

Jawatan ketua umum tidak digubal secara rasmi dalam perlembagaan PKR yang sebelum ini dipersoalkan bekas calon timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim dan mencabar Anwar untuk mengambil alih jawatan presiden.

Semalam Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mencadangkan supaya kedudukan Anwar sebagai ketua umum diwujudkan secara rasmi tetapi Dr Wan Azizah menolak cadangan itu.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider malam tadi, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara peribadi merasakan tidak perlu ada jawatan ketua umum yang formal bagi membolehkan Anwar, yang juga suaminya menyandang kerusi tersebut sebagaimana disarankan oleh Wanita PKR semalam.

Dr Wan Azizah berpendapat tidak perlu ada peruntukan perlembagaan khas bagi mewujudkan jawatan itu memandangkan amalan semasa membolehkan keputusan bersama dibuat membabitkan semua lapisan kepimpinan kanan parti.

Wanita PKR memberikan pandangan itu di sebalik pertikaian pihak-pihak pesaing PKR khususnya dari Umno-BN bahawa tiada jawatan khusus di bawah perlembagaan parti bagi membolehkan Anwar dipanggil sebagai ‘ketua umum PKR’.

“Itu pandangan ketua Wanita, ya saya menghormati pandangan beliau, tetapi saya kira bahawa walaupun tiada jawatan formal, namun ‘de facto leader’ itu, Saudara Anwar membuat keputusan yang efektif, tetapi dengan mengambil kira inputnya dengan kebijaksanaan (timbalan presiden Senator Dr) Syed Husin Ali, (Menteri Besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim, dan mereka-mereka seperti Azmin (Ali), Saifuddin (Nasution Ismail), William Leong, Tian Chua, Sivarasa, semualah.

“Jadi, saya rasa tak perlulah jawatan itu, yang formal, yang kita ikut perlembagaan kerana perkiraannya kita membuat keputusan secara bersama. Memang ‘de facto leader’ itu Anwar, tetapi bukan ‘reserve’ bagi beliau, bukan satu jawatan ‘reserve’, yang dipegang oleh Anwar, oh tidak… sebab kita ada input daripada semua,” kata beliau dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di rumahnya di sini malam tadi sempena Kongres Nasional PKR selama dua hari yang bermula hari ini.

adib zalkapli M.i

%d bloggers like this: