Tag Archives: VTS 01 1

Video Takdir Allah: Ustaz Shamsul Berjaya Tegur 3 Mat Boroi


Kamu merancang Allah merancang,Perancangan Allah lebih baik dari kamu’.

Aku tengok Rahim Tambhy Chik naik gagap lalu berkata..’Saya berdukacita hari ini’

Eskay sebut bismillah pun dah jadi ‘Bismilla Nirrahma Nirrahim’..

Shuib Lazim…macam takut nak tunjuk muka saja..

Itulah takdir Allah Yang Maha Agong menghantar seorang jundullah untuk menegur 3 trio Umno .

Eskay tolong ingat azab Allah: Ustaz Shamsul

Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz mengingatkan trio Datuk T supaya mengingati azab Allah, sebelum salah seorang daripadanya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat.

Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi ‘khutbah’ kepada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul petang tadi.

Kehadirannya pada mulanya disangka Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Beliau kemudiannya mengambil tempat dan duduk di hadapan ketiga individu berkenaan sebelum Eskay bersedia mengangkat sumpah.

Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, beliau berbuat demikian supaya Eskay memikirkan semula tindakannya yang boleh memakan diri berikutan sumpah laknat tersebut.

Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada indivitu terbabit.

“Saya ada menghulurkan buku itu kepada Eskay dan memberikan nasihat berbunyi ‘jangan ambil kira habuan dunia kerana azab Allah lebih pedih’.

“Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat,” katanya.

Tambahnya, beliau juga menyedari bahawa Eskay membaca sumpah berkenaan mengikut skrip yang ditulis pada sehelai kertas selepas enggan menerima nasihatnya.

“‘Skrip’ yang disiapkan kepada Eskay itu tidak dapat mengelakkan beliau di dalam jenayah qazaf,” katanya yang percaya skrip itu disediakan pihak tertentu.

Sebelum ini Shamsul memberitahu bahawa sumpah membuktikan pertuduhan zina cuma dilakukan oleh pasangan suami isteri, seperti digariskan dalam perundangan Islam.

Sumpah tersebut dipanggil sebagai sumpah Li’an yang dinyatakan dalam Al Quran dalam Surah An Nur.

“Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri,” ujarnya.

Keadilandaily

Video 3 Boroi: Siasatan Polis Seksyen 292 Kerana Edar Bahan Lucah


Siasatan menjurus Seksyen 292 kerana kesalahan mengedar bahan lucah: Datuk Acryl Sani

KUALA LUMPUR – Polis telah menyiapkan laporan siasatan rakaman video aksi seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

Polis tidak menolak kemungkinan akan bertindak ke atas trio Datuk T kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelaku yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kemungkinan itu wujud berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video.

“Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.

“Kita tunggu sahajalah…kami tidak boleh paksa mereka untuk beri maklumat siapa pemilik jam tangan itu,” katanya.

Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

Susulan itu, polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat berkenaan bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya dan memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan.

Identiti pemilik jam itu bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu,” kata Acryl.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai “Datuk T” di Carcosa Seri Negara.

Misteri Datuk T yang bermaksud “Trio” itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lepas apabila Rahim, Shazryl Eskay dan Shuib mengaku terlibat dalam penayangan video berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Bernama

Konspirasi Mat Sabu Berulang di Sarawak 2011


Menyingkap peristiwa Mat Sabu kena tuduh kes khalwat 20 tahun lalu..

Mat Sabu yang baru dilepaskan dari tahanan ISA (internal security act) terus menjadi cerita TOP dan dipaparkan oleh akhbar akhbar BN sebagai Headline setiap kali perbicaraan  tuduhan khalwat itu ada.

Secara logisnya itu sebagai mempopularkan ketokohan Mat Sabu yang dituduh sebagai gila seks tetapi hasilnya Mat Sabu bukan sahaja terus terusan menjadi masyhur bahkan cubaan untuk mematikan watak Ketua Pemuda PAS pada masa itu tidak berjaya oleh BN dan konco konco mereka.

Nama Mat Sabu terus menjadi popular dan pada PRU di Kelantan pada masa itu telah memenangkan Mat Sabu dengan majoriti yang lebih besar .

Sinopsis Mat Sabu kini diulangi dalam PRN Sarawak…keupayaan BN dan kronis mereka menyebarkan video seks haram yang halal dari undang undang ala BN disebarkan kepada rakyat jelata Sarawak.

Tindakan terdesak BN ini bakal mengundang padah yang tidak dapat digambar oleh Blog ini, peristiwa bakal berlaku sama sama kita saksikan pada keputusan 16/4/10 ini,rakyat Sarawak membuang undi.

Blog ini tidak ingin bertanya siapa yang menyebarkan video fitnah seks itu.

video seks 3 Tummy akan memenangkan PR pada PRN Sarawak kali ini.

Fitnah BN pasti akan membawa seribu hikmah pada Pakatan Rakyat.

Buat julung kalinya dan untuk ketiga kalinya Anwar diaibkan dengan fitnah seks, inilah petanda bahawa keadilan yang didokong oleh Anwar akan muncul dibumi bertuah Malaysia ini.

Sejarah pasti terungkap di bumi Kenyalang.Sudah tidak ada apa lagi harapan pada kerajaan rasuah dan rakus.

‘JOM UBAH’

foto dari fmt

Analisa Terkini Penyamar Imej Anwar Dalam Video 3 Boroi


Video Fitnah Datuk T Kantoi Lagi

Muka wanita pula sama warna & jelas dengan badannya sungguhpun dari sudut yang berbeza, lihat di bawah:

Dalam tandas sekali pun (gambar di atas), imej wanita tersebut sama cerah atau sama color.. tak logik untuk lelaki color muka & badan berlainan tapi perempuan pula colornya sama. Kalau guna kamera yang berlainan ini mungkin berlaku, akan tetapi dalam hal ini kamera yang sama fokus pada laki & perempuan tersebut.

Cuba lihat dua gambar di bawah:

Kedua-dua gambar menunjukkan “lelaki yang sama” tetapi pada sudut yang berlainan (jarak dari kamera yang agak sama), nampak sangat “lelaki yang sama” adalah lelaki yang tidak serupa dari segi kepalanya (rambut lelaki dalam gambar pertama agak botak di dahinya & gambar kedua pula kepala terutamanya di bahagian dahi laki itu nampak lebih berambut & hitam pula). Sekali lagi ini dari kamera yang sama & fokus kononnya pada orang yang sama.

sumber: dari sini

Pendedahan: Siapa Bocorkan Video 3 Boroi di Internet ?


Harapkan pagar,pagar makan padi..

Itulah pepatah Melayu yang masyhur sejak dari dulu lagi.

Maksud pepatah ini paling sesuai digunakan kepada pihak yang diamanahkan untuk menjaga sesuatu perkara tetapi pihak itu pulak mengabaikan tanggungjawabnya.

Malahan sanggup menjadi ‘barua’ kerana semata mata mengejar keuntungan duniawi.

Polis bertanggungjawab bocor video fitnah: Bekas Ketua Polis daerah Baram

Kegagalan Polis menjaga keselamatan video fitnah yang diserahkan oleh trio Dato T membuktikan institusi itu tidak boleh dipercayai, kata bekas Ketua Polis Daerah Baram, Sarawak Voon Lee Shan.

Menurut Voon, selain trio Dato T, hanya polis memiliki video itu sebelum ia tersebar secara meluas di internet, semalam. Tegasnya, ia menunjukan pihak polis boleh diandaikan terlibat dalam penyebaran video itu.

“Dua isu utama yang perlu diambil kira dalam hal ini. Pertama, Pegawai polis yang terlibat dalam menjaga video itu harus disiasat dan kedua, jabatan yang dipertanggungjawabkan menjaga bahan bukti itu tidak boleh dipercayai,” katanya kepada Keadilandaily.

Sehubungan itu, tegas beliau, Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) perlu ditubuhkan segera kerana jelas agensi itu gagal menjaga keselamatan rakyat dan memulih imejnya yang berpihak kepada Barisan Nasional.

“Bagaimana mereka hendak menjaga keselamatan rakyat jika video seperti itu pun gagal mereka uruskan,” soal beliau yang bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Baram hampir 10 tahun.

Voon lee Shan turut menegaskan sekiranya video itu dengan mudahnya bocor di internet, ia  menunjukkan bukti yang didakwa itu juga mampu direka dengan tujuan mengaibkan Anwar oleh musuh politiknya.

“Saya cukup yakin ini merupakan fitnah kali ketiga yang sengaja diwujudkan untuk membunuh kerjaya politik Anwar. Lebih-lebih lagi kewujudan video itu berkait rapat dengan musim pilihan raya di Sarawak.

“Namun berdasarkan mood rakyat dan kajian saya mendapati kes video fitnah itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Sarawak. Malah memberikan undi simpati kepada Anwar dan Pakatan Rakyat di sini,” kata beliau yang kini seorang peguam.

Video itu mula didedahkan Datuk T yang didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan Dato Shuib Lazim.

Ia ditayangkan pada 21 Mac lalu di Hotel Carcosa Seri Negara kepada wartawan terpilih, pada hari sama Dewan Undangan negeri Sarawak dibubarkan. Semalam, sedutan video itu dimuatnaik ke laman You Tube oleh blogger pro- Umno- Barisan Nasional.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan pihak polis terlibat dalam penyebaran video lucah palsu itu.

Keadilandaily

Video 3 Boroi: Apa Reaksi KPN Dan KDN?


Media Ubn telah membuat spekulasi dan fitnah secara terang terangan hari ini.

3 T jugak telah membuat pengakuan sebelum ini, adakah wajar bagi rakyat membuat andaian sendiri bahawa video yang dimuat naik semalam dan menjadi headline akhbar akhbar Ubn hari ini sebagai satu rancangan tersusun dari Ubn sendiri?

Blog ini berpendapat selagi 3 T tidak ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan,selagi itulah bahan porno yang digunakan sekarang akan mencerminkan wajah sebenar politik Porno Ubn.

Jangan salahkan rakyat sekiranya keupayaan PDRM dan KDN terus dipertikaikan kewibawaannya.

Laporan Polis yang telah dibuat oleh Anwar sepatutnya dibuat tangkapan dan 3T dibawa kemuka pengadilan,segala bahan bukti itu patut dijaga rapi oleh PDRM.Adakah salah sekiranya rakyat mengandaikan wujud satu persetujuan rahsia antara PDRM ,KDN dan 3T.

Sebelum ini KPN menjelaskan video yang didapati dari 3T adalah tulen dan PDRM melarang membuat sebarang spekulasi pada pihak media termasuk Blog dan media yang dikontrol oleh Kerajaan.

Nah..apa dah jadi sekarang? Kenapa ada orang yang memuat naik ke youtube semalam? Siapakah gerangan orang itu? adakah orang itu tiada kaitan dengan pihak yang membuat video yang masih dalam siasatan pihak Polis?

Kita harap KPN tidak pulak menjadi ‘kambing hitam’ atau ‘kerbau pendek hitam’ oleh pihak tertentu dalam isu video fitnah yang akan memalukan imej Malaysia di mata dunia.

Polis perlu tangkap 3 T bukan Suruhanjaya:PR

Tindakan polis terhadap Trio Dato T lebih penting daripada pembentukan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat video fitnah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengerusi Dap, Karpal Singh.

Namun sehingga kini, katanya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar masih enggan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

“Tiada jawapan dari IGP mengenai laporan polis dikemukakan Anwar,” katanya memulakan sidang media di Parlimen hari ini.

Malah tambahnya, pihak polis sepatutnya menangkap trio Dato T, yang terang-terangan melakukan jenayah menyebar, menyimpan dan menyiarkan bahan lucah berunsur fitnah kepada pihak media dan internet.

“Video ini sudah diketahui umum. Ia pengakuan awam tentang jenayah, tapi kenapa tak ditangkap?

“Mereka (Trio Datuk T) menyebar, menyimpan dan mempamerkan kepada khalayak,” katanya yang juga Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam terkemuka.

Rakaman Video Seks palsu berkenaan mula didedahkan oleh trio Dato T, pada 21 Mac di Hotel Carcosa Seri Negara kepada pihak media.

Trio berkenaan terdiri daripada bekas Ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Ahli perniagaan Eskay Shazryl Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Semalam, satu sedutan video berkenaan dimuatnaik ke laman You Tube dan blogger Pro -Umno.

Berhubung usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengenai penubuhan suruhanjaya itu, Karpal berkata Pakatan Rakyat menolak cadangan berkenaan kerana tidak yakin dengan kredibiliti suruhanjaya tersebut.

“Tak ada alasan dan keperluan untuk itu. Suruhanjaya itu hanya bersifat sementara,” katanya.

Beliau memberi contoh Suruhanjaya Diraja terhadap siasatan kes video VK Lingam, yang sehingga kini tiada tindakan diambil meskipun isu itu melibatkan rasuah dalam sistem kehakiman negara yang serius.

“Inilah sebab kenapa kami tak mahu menyertai suruhanjaya ini.

“Apa RCI akan buat? Sudah tentu ini adalah tindakan politik untuk memalukan Anwar, yang sangat kejam dan tak patut disokong oleh mana-mana manusia yang bermoral,” tambahnya.

Menurut Karpal ternyata lelaki dalam rakaman berkenaan bukan Anwar seperti yang dinafikan keluarga dan rakan terdekat Ketua Pembangkang itu.

“Pelakon itu terang-terangan bukan Anwar Ibrahim. Sesiapa yang mengenali beliau dengan dekat cakap bahawa itu bukan Anwar Ibrahim,” katanya.

Tambah beliau, video fitnah itu juga bukan dirakam di Malaysia kerana terdapat tulisan-tulisan berbahasa Thailand dalam rakaman berkenaan.

“Video itu ditulis dalam bahasa Thailand, jelas membuktikan video itu dibuat di Thailand, bukan di Malaysia,” katanya.

Keadilandaily


%d bloggers like this: