Tag Archives: Video

‘Amanat’ Anwar: Ribuan Banjiri Ibu Kota Malam Ini (VIDEO)


‘Amanat’ Anwar: Ribuan banjiri ibu negara

Ribuan membanjiri Kampung Baru di ibu negara malam ini bagi mendengar ‘amanat terakhir’ Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum nasibnya ditentukan mahkamah esok.

Ditemani pemimpin tertinggi pembangkang, dianggarkan 5,000 memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar yang dituduh meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Malah, keadaan  sesak menyebabkan ada yang terpaksa duduk di anak tangga bangunan berkenaan untuk tidak melepaskan peluang menatap wajah pemimpin kesayangan mereka — yang menghadapi kemungkinan dihukum penjara.

Jumlah kehadiran yang besar didorong juga dengan kemasukan penyokong daripada luar  yang mula memenuhi Kuala Lumpur sejak awal petang tadi untuk menghadiri perhimpunan besar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 7 pagi esok.

Sokongan itu menyebabkan Anwar yang juga ketua Umum PKR memberikan ucapan penuh semangat, sekali gus dilihat pasrah akan kemungkinan yang bakal dihadapinya esok.

Sambil berseloroh, Anwar berkata, sekiranya Pakatan menang dalam pilihan raya umum akan datang dan membentuk kerajaan, beliau yakin akan dibebaskan.

“Malam ini kita menang, selamatlah saya, apa susah sangat,” katanya disambut tepukan dan sorakan gemuruh daripada orang ramai.

Pada saat-saat terakhir menjelang keputusan yang dinanti-nantikan esok, Anwar mendedahkan anggota keluarganya meluahkan kebimbangan beliau dipukul seperti dalam perbicaraan kes liwat pertama yang melibatkannya sebelum ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau menjawab perkara tersebut “tidak mungkin berlaku” lagi.

Ucapannya juga turut diiringi dengan ucapan takbir, reformasi dan lawan slogan popular pembangkang “lawan tetap lawan”.

Turut hadir berceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua,  Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Anwar dan puluhan pemimpin PKR sebelum ini giat menjelajah ke seluruh negara bagi menggerakkan sokongan terhadap perhimpunan “Bebas Anwar 901” esok.

Abdul Rahim Sabri mKini

Blog Juak Umno Tayang Video Lucah SK Lagi


Blog Pro Umno tayang video lucah SK

Selepas mendedahkan klip rakaman video seks, didakwa pelakunya Datuk Seri Anwar Ibrahim awal tahun ini, hari ini blog pro-Umno menyiarkan sedutan klip menunjukkan Ketua Pembangkang itu memasuki lif premis lokasi kejadian.

Sedutan yang dibawa blog papagomo menunjukkan kononnya Anwar memasuki lif sebuah apartmen dengan diiringi ahli perniagaan Datuk Shahzryl Eskay Abdullah, dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Ia menunjukkan Anwar memakai baju ungu dan berselipar manakala Shahzryl Eskay sut berwarna hitam.

Dua sedutan klip dimuatkan iaitu masing-masing satu ketika masuk ke dalam lif dengan Anwar di depan dan satu lagi ketika keluar dari lif. Ketika keluar lif, Shahzryl Eskay berada di depan.

Butiran pada sedutan itu menunjukkan mereka masuk ke dalam lif pada pukul 10.09 malam dan keluar pada pukul 10.52 malam, 21 Februari lalu.

Tarikh itu sama dengan tarikh kejadian hubungan seks dengan pelacur dari China didakwa diadakan, yang didedahkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu.

Sedutan ini berwarna manakala klip rakaman yang didedahkan pada 21 Mac lalu pula berwarna hitam. Sedutan klip rakaman hitam putih telah pun didedahkan kepada umum melalui blog-blog Umno sebelum ini.

Kata blog papagomo, “rakaman yang mana dirakam oleh CCTV dengan warna jelas dan muka Anwar juga jelas kelihatan. Waktu rakaman juga selari dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar bersama pelacur China tersebut.”

Blog itu juga mendakwa waktu yang dicatatkan pada video seks tersebut seiring dengan rakaman CCTV yang menunjukkan Anwar masuk ke dalam lif dan kemudian keluar.

“Malah sebelum ini juga kita semua telah didedahkan dengan kehilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Twitter dan Facebook waktu hubungan seks tersebut berjalan,” kata blog tersebut.

Anwar sebelum ini telah menafikan “kehilangan” yang dimaksudkan dan beliau juga bukan lelaki yang didakwa dalam video itu.

Beliau membuat laporan polis pada 22 Mac lalu iaitu sehari selepas Shahzryl Eskay mendedahkan klip rakaman itu.

Shahzryl dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengelar diri mereka “Datuk T” — mengaku bertanggungjawab atas tindakan mendedahkan klip itu kepada wakil media terpilih pada 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara.

Sejak minggu lalu beberapa pihak yang seringkali mengkritik kepimpinan Anwar membuat kenyataan agar Ketua Umum Pakatan Rakyat disoal siasat berhubung aduan polis beliau, yang didakwa membuat laporan palsu. Ia termasuklah Puteri Umno.

Naib Ketua Puteri Umno Shahanim Mohd Yusof memohon polis bertindak terhadap Anwar, yang didakwa telah mempermainkan undang-undang dengan membuat laporan palsu di ibu negara, 22 Mac lalu.

Shahanim juga berkata Peguam Negara perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar kerana membuat laporan polis yang tidak benar.

Hari ini, blog papagomo juga menulis “ada yang kata masih bukan Datuk Seri Anwar?”

Pada 24 Jun, trio “Datuk T” itu mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks Mac lalu dan dikenakan denda total RM5,500 oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani.

Shazryl dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara.

Rahim pula didakwa secara berasingan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Rahim, Suhaimi Salleh merupakan peguam Shuib dan Mohd Zamani Ibrahim bertindak sebagai peguam Shazryl Eskay.

Shafee dalam hujahnya berkata lelaki dalam video seks itu adalah Anwar ekoran keputusan kajian yang dibuat pakar dari Amerika Syarikat.

“Anwar sepatutnya didakwa kerana membuat laporan palsu,” katanya.

Pengikut dan penyokong Anwar mendakwa klip rakaman ini satu lagi usaha Umno mahu menghancurkan kerjaya politik beliau menjelang pilihan raya umum ke-13.

g manimaran tmi

Kantoi…

pakaian kedua-dua lelaki dalam CCTV itu, tidak kelihatan sepadan dengan kedua-dua lelaki yang ditunjukkan dalam video seks berkenaan.

Dalam CCTV itu, lelaki yang dikatakan Eskay memakai pakaian yang berwarna gelap, manakala dalam video seks, lelaki yang ditunjukkan, berbaju dan berseluar cerah (kanan).

Lelaki itu yang dikatakan Anwar juga berseluar gelap dalam rakaman CCTV itu, tetapi seluar dalam video seks itu kelihatan cerah.

Video Melayu Murtad: JAIS Berikan Pada Blog Umno Ke?


Puak puak khawarij UMporNO yang tak berani melaksanakan undeng undeng murtad bukan main sakan lagi pulun tayang video kononnya ramai dah Melayu murtad..

Betul ke melayu dalam video Jais/UMporNO tu dah murtad? siapa berani mengesahkan perkara ini..habaq mai sat.(JAIS kata masih dalam siasatan).

1..Dari mana Blog UMporNO dapat video itu? .Adakah JAIS yang memberikan video itu kepada blog UMporNO?

2..Siapa berikan video itu kepada blog UMporNO?

3..Kenapa video itu diedit sekerat sekerat sahaja, apesal tak tunjukkan keseluruhan episod kononnya di DUMC itu?

4..Konon ada satu mangkuk melayu lelaki membuat pengumuman beliau telah murtad,kenapa tunjukkan muka orang lain dan yang bercakap orang lain. (trick lama laa beb).

5..Video itu perlu diedit lagi untuk menunjukan bukti memang sorang perempuan yang dikatakan sebagai dalang sudah benar benar murtad..hahaha ( semalam nampak turut aurat elok pun untuk menghadiri ‘penyiasatan ‘ JAIS ,kalu orang keluar agama mahu ke pakai pakaian melayu muslim lagi)

6..Video asal ada pada siapa sekarang?

7..Kenapa Ketua Pengarah JAIS tidak tahu mengenai serbuan JAIS? dakwaan Blogger Tulang Besi.

http://www.malaysiawaves.com/2011/08/bagaimana-bahan-siasatan-jais-boleh.html

8..Paling jelas beberapa orang itu menghadiri jamuan dalam dewan bukan gereja seperti dakwaan blog UMporNO..(hang pi belajaq edit lagi,nampak sangat hang tampal dari filem lain) hahaha.

9..itu baru soalan muqaddimah jer…lain hari kita tambah lagi

Nota: maaflah video sendirik edit dan tak mendapat certified JAKIM nak bagi orang percaya aku tak tempek kat sini .

Video dan Dokumentari Tembelang Datuk T


KEADILAN menerbitkan video dokumentari bagi membuktikan keraguan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia bertujuan menangkis usaha jahat Umno-BN menerusi trio Datuk T, sekaligus membuktikan lelaki dalam video seks berkenaan bukan Anwar.

Dokumentari itu menampilkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebagai pengulas yang mengemukakan bukti secara analisis dan memaparkan pelbagai keraguan dari video seks jahat yang didedahkan.

Perkara itu diumumkan Johari dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN sebentar tadi.

Dokumentari itu sebagai respon kepada laporan pakar lantikan polis di Amerika Syarikat yang mendakwa lelaki dalam video seks yang ditayangkan Datuk T,adalah Anwar.

Video berdurasi selama 37 minit itu mendedahkan pelbagai persoalan- antaranya bayang-bayang yang muncul dari dalam bilik ketika aksi seks itu dirakamkan dan penggunaan remote control oleh pelaku.

Dokumentari itu juga mendedahkan bahawa rakaman video seks itu sengaja dihitam putihkan supaya wajah pelaku terbabit, yang digelar lelaki X, kelihatan samar-samar.

Selain itu, ia juga memaparkan pelbagai kelemahan antaranya bentuk tubuh Lelaki X yang lebih besar, berperut boroi, berhidung mancung.

Dalam dokuemntari itu juga JOhari menimbulkan persoalan mengapa lelaki X memakai cermin mata di awal rakaman seks berkenaan, sedangkan Anwar sudah lama tidak memakai cermin mata selepas menjalani pembedahan mata.

Johari merupakan satu-satunya Ahli Parlimen KEADILAN yang ditunjukkan rakaman berkenaan oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada Tan Sri Rahim Tamby Chik,  Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim pada Mac lalu.

Menjadi P Ramlee

Beginilah wajah Johari Abdul apabila disolek menjadi P Ramlee.

Untuk mengesahkan dakwaannya, Johari dalam dokumentari itu ‘mencuba’ menukar dirinya untuk menjadi P Ramlee dengan menggunakan khidmat jurusolek di Bangkok, Thailand.

Meskipun mengakui raut wajah antara mereka sangat berbeza, namun juru solek berkenaan berjaya mengubah wajahnya, mirip kepada seniman agung itu.

“Transformasi ini dibuat tanpa juru solek menggunakan silkon yang akan menambah lagi keserupaan saya dengan Allahyarham P. Ramlee,” ujarnya dalam dokumentari itu.

Selain menimbulkan pelbagai kepincangan, Johari dalam dokumentari itu juga mendedahkan sebab dan punca mengapa trio Datuk T bertindak menayangkan video seks mengaitkan Anwar.

Antaranya disebabkan dendam Eskay, malah menurut JOhari, Eskay sendiri memberitahunya bahawa akan menjatuhkan Anwar dalam apa cara sekali pun.

Pada babak lain, dokumentari yang dihasilkan Johari mendedahkan pengakuan Mohd Mahte Abdul Rahim, pegawai polis dan bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid.

Mahte memberikan petunjuk awal bahawa video itu dirakam di Thailand dan kaitan konspirasi yang disusun Eskay berikutan keengganan Anwar untuk membantunya dalam kes saman jambatan bengkok.

 Kd

Video Muka Muka ‘Melayu’ Yang Memaki Anti LYNAS


IAEA: Gebeng bukan 100% bebas radiasi 

Panel Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang menyemak cadangan penubuhan pusat memproses nadir bumi kontroversial Lynas di Gebeng, Kuantan mengakui bahawa sisa yang bakal dihasilkan tidak akan mencapai 100 peratus bebas radiasi.

NONEBerdasarkan nota Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang dibuat semasa pembentangan semalam, seorang ahli panel berkata kemungkinannya adalah terlalu kecil bagi mencapai thorium atau uranium sifar – kedua-dua bahan radioaktif – selepas nadir bumi diproses.

Ini merujuk kepada soalan oleh perwakilan MMA berhubung dakwaan Lynas bahawa gipsum yang kaya dengan magnesium dan sintetik gipsum yang dinyah sulfur selepas diproses akan mempunyai thorium atau uranium sifar.

Menjawap satu lagi soalan oleh MMA, seorang ahli panel berkata adalah mustahil bagi memastikan kandungan radioaktif kedua-dua elemen itu akan dineutralkan 100 peratus.

NONE“Terdapat proses untuk mengurangkan kandungan radioaktif – kami berharap mencapai kecekapan 99 peratus tetapi mustahil bagi mencapai 100 peratus,” kata ahli panel itu mengikut laporan MMA.

Semasa mesyuarat tertutup itu, perwakilan MMA juga membuktikan bahawa pelbagai kajian menunjukkan pusat pemproses nadir bumi di China, Amerika Syarikat dan Malaysia mempunyai kesan negatif terhdap alam sekitar.

mKini

Sebenarnya Ada Berapa Skandal Anwar


Eskay nak ‘dedahkan’ lagi skandal Anwar…

wow..bestnya, cepatlah sikit dedahkan..hahaha

macam macam kes dah yang didedahkan sejak 12 tahun yang lalu..satu pun tadak betul..hahaha

mungkin kali ini lagi hot kot…hahaha

PKR cabar Eskay dedah korupsi Anwar

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah supaya mendedahkan segera dakwaan salah laku membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya beliau mempunyai bukti kukuh.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, Shazryl Eskay tidak perlu menunggu sehingga polis mendedahkan pelaku dalam video seks yang dikaitkan dengan Anwar sekiranya benar beliau mengetahui mengenai konspirasi yang membabitkan Ketua Pembangkang itu.

“Kalau betul dia ada lagi pendedahan lain, kenapa nak tunggu lepas polis dedahkan identiti pelaku video seks itu?

“Dedahkan sekarang kalau Datuk Shazryl Eskay ada bukti untuk kaitkan Datuk Seri Anwar. Saya juga mahu mengetahui kebenaran kerana saya bukan orang yang menyokong dengan membuta tuli,” katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Mohd Rafizi berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Shazryl Eskay bahawa beliau akan mendedahkan beberapa konspirasi membabitkan Anwar yang dikatakan mempunyai impak lebih besar kepada negara, berbanding kesan video seks tersebut.

Bagaimanapun Mohd Rafizi berkata, pihaknya menyifatkan dakwaan Shazryl Eskay itu sebagai mainan politik yang bertujuan mengalihkan tumpuan PKR dan Pakatan Rakyat meneruskan agenda perubahan demi kepentingan rakyat.

Menurutnya, sehingga sekarang rakyat sudah dapat mengenali siapa sebenarnya Shazryl Eskay selepas beliau mempertontonkan rakaman video seks kepada wartawan kanan bulan lalu.

“Kita tidak akan termakan umpan yang cuba digunakan oleh Datuk Shazryl Eskay, beliau mahu alihkan tumpuan kita untuk membawa perubahan untuk rakyat,” katanya.

mStar

%d bloggers like this: