Tag Archives: Video Seks

Bahana Tengok Video Seks


REMUK...keadaan kenderaan selepas  kemalangan di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, semalam.
REMUK…keadaan kenderaan selepas kemalangan di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU: Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaannya ketika memandu dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan lain dan mengorbankan sepasang suami isteri di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan ke Singapura sebelum kecuaian pemandunya menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas dan berlanggar dengan sebuah lori lain, dua kereta serta dua motosikal, termasuk motosikal dinaiki pasangan suami isteri yang maut itu.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam manakala usaha mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

  • FotoNGERI…keadaan mayat mangsa yang terkorban dalam kemalangan.
  • FotoMAUT…Vijaya dan Hemalatha yang terbunuh di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suami isteri yang terbunuh itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan mereka mati di tempat kejadian manakala seorang penunggang motosikal lain parah.
Menurutnya, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai K Vijaya, 34, dan isterinya, S Hemalatha, 27, dari Bukit Indah, di sini, manakala mangsa yang parah, lelaki berusia 32 tahun belum dikenal pasti identitinya dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
“Lori pasir yang dipandu lelaki itu mempunyai skrin mini LCD dan kita sedang menyiasat dakwaan dia memandu sambil menonton VCD lucah. Kami sedang mengesan VCD lucah yang didakwa berada dalam lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

.

Menurut Ruslan, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian dan beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.
Sementara itu, bapa mangsa yang dikenali sebagai Muruandy, 54, berkata, kejadian yang menimpa Vijaya dan menantunya adalah tragedi buruk bagi keluarganya kerana kedua-duanya maut sekelip mata.

“Setiap hari mereka ke tempat kerja dengan menaiki motosikal dan saya tidak menyangka rutin harian itu menjadi tragedi. Saya sedih mengenangkan nasib tiga cucu yang masih kecil, berusia bawah 12 tahun,” katanya.

Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Jom Layan Video Seks Parpukari Japp..


layan pii laa.. kat mesia ni tengok video lucah gerenti pak polisi tak tangkap punya..hahaha

Lebih lebih lagi tengok video seks dari blog juak juak blogger UMporNO..betul tak ?..Betulllll…

Ya laa..penat penat parpukari pulun duk pi ambik gambar sampai ke pakpong di negeri Siam tu,tup tup orang tak mau tengok video seks dia…kira kira tak aci laa macam tu kan kan ..hahaha

Siap dengan nombor penerbangan bila dan tarikh beb..ini konon nak tunjuk dia tu pro laa kot..hahaha..hang akan lebih pro lagi sekiranya hang tunjukan dimana hang dapat,siapa yang buat kerja rakaman,kesemua bahan dan video seks hang tu ,hang pi serah kat Peguam Negara..lepas tu pi panggil pakar video yang betul dan certified punya..kasi check itu video…pakar dari Amerika hari tuu pi mana dah?…hahaha hahahaha

Agaknya dapat laa sikit ‘pahala’ jihad kerana menegakan ‘kebenaran’…

Ada musykil sikit beb..Kenapa visual kamera itu gagal menunjukkan jelas rupa paras individu dalam video tersebut.mungkin parpukari masih stim lihing dak pun ‘brake kapal’ lagi kot..hahaha hahahaha

Si mangkok hayun papa gomoi yang tak berani tunjuk telog bila kena cabar dengan Khalid Samad pun tompang sekaki jugak..hahaha hahahaha..

Dey tambhi… thani kudi yike lekkek..hahaha hahahaha

Video dalam blog upahan Umno pagi tadi mendakwa kejadian itu berlaku semasa Anwar berada di Patpong, Bangkok…Free malaysia Today

PETALING JAYA: Skandal klip video adegan lucah yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan lagi, kini dikatakan berlaku pada 13 Januari lalu di Bangkok, Thailand.

Klip video kira-kira dua minit itu mula dimuat naik dalam blog upahan Umno pagi tadi, mendakwa kejadian itu berlaku semasa Anwar berada di Patpong, Bangkok dua hari sejak 12 Januari lalu.

Bertajuk “Paman Anwar di Patpong Bangkok”, adegan itu dirakam dalam sebuah bilik dan kamera difokuskan ke arah katil menunjukkan tempoh masa bermula pada pukul 1.54 pagi dan waktu terakhir pada 8.30 pagi.

Manakala pelaku yang dikatakan ‘Anwar’ itu kelihatan memakai jubah mandi sedang berlegar-legar disekeliling bilik sambil memegang telefon bimbit.

Bagaimanapun, visual kamera itu gagal menunjukkan jelas rupa paras individu dalam video tersebut, tambahan ia rakaman hitam-putih.

Penulis blog upahan Umno ‘Papa Gomo’ dalam blognya mendakwa Anwar berlepas ke Bangkok pada 12 Januari lalu menggunakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) bernombor MH 782 dan berlepas pada jam 3.15 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, Anwar kemudiannya tiba di Bangkok pada jam 4.20 petang waktu Thailand atau jam 5.30 petang waktu Malaysia.

“Video ini adalah rakaman tulen dan sahih seratus peratus ketulenannya. Pelaku didalam video ini juga adalah Datuk Seri Anwar bin Ibrahim yang mana beliau tahu dan pasti beliau adalah pelakunya,” kata penulis blog itu.

Beliau mendakwa setelah lebih kurang 19 jam berada di Bangkok untuk ‘aktiviti-aktiviti’ dan ‘tugas-tugas rasmi’ tertentu, Anwar pulang ke tanah air pada pukul 11.05 pagi dengan menggunakan pesawat MAS bernombor MH 785 dan tiba di KLIA pada pukul 2.15 petang dan kemudiannya ke Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur pada pukul 5.30 petang.

Penulis blog itu turut membangkitkan persoalan mengenai kegiatan setiap kali pemergian Anwar ke Thailand sejak dua tahun lalu, soalan sama yang pernah diutarakan ahli perniagaan ‘Datuk T’ Datuk Shazryl Eskay Abdullah sebelum ini dalam skandal video seks yang lalu.

“Rakaman penuh akan menyusul dan harus kita ingat bukan kami nak mengaibkan Anwar Ibrahim dan para keluarganya namun demi menyelamatkan rakyat Malaysia maka pekara sebegini haruslah didedahkan agar rakyat memilih pemimpin yang berkaliber bagi memimpin kita,” katanya.

Ada Video Seks Mimi Pulak dah


Heboh video seks artis melayu lagi..

Aduiii…macam macam cerita dalam internet ni..samada sahih atau tidak ..pihak berwajib harus membuat siasatan atas perkara ini.

Shamimi Amalina beraksi sekadar lakonan?

KUALA LUMPUR: Filem 3GP belum ditayangkan tetapi Mimi (One Nation Emcee) mula resah memikirkan penyebaran beberapa klip video dalam Internet yang menyatakan ia adalah rakaman aksi seksnya.

Mimi atau nama penuhnya, Shamimi Amalina Norhisham, 25, berkata dia tidak menyangka ada adegan filem itu yang kini berleluasa tersebar di Internet dengan tajuk yang jelas memaparkan dia melakukan hubungan seks itu.

“Saya memang tidak tahu pasal penyebaran klip video itu kerana sudah lama tidak melayari Internet. Namun yang pasti, itu hanya sedutan lakonan saya. Klip itu antara adegan dalam filem Klip 3GP yang saya jayakan.

“Malah, lakonan yang saya jayakan juga dilakukan secara profesional, jadi jangan kata saya sanggup ketepikan agama semata-mata untuk berjaya dalam bidang lakonan.
“Sehubungan itu, saya sungguh kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan maruah saya,” katanya.

Menurut Mimi, kebanyakan aksi yang boleh dianggap lucah itu disunting supaya ia nampak seperti adegan sebenar, sedangkan sewaktu penggambaran, watak tambahan atau pendua digunakan supaya kelihatan seperti dirinya.

HM

Video Sex Pejabat Adun Kota Anggerik ?


ADUN Kota Anggerik nafi tuduhan blog UMporNO

Klip video itu memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah dalam sebuah pejabat dengan tajuk entri ‘Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik, Yaakob Sapari hari ini menafikan tuduhan fitnah oleh sebuah laman blog pro-Umno yang didakwa cuba memburukkan imej Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat beliau dan para stafnya.

Klip video itu memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah dalam sebuah pejabat dengan tajuk entri ‘Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam’.

Namun menurut Yaakob, hasil siasatan mendapati video klip itu menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat yang jauh berbeza dengan Pusat Khidmat milik beliau.

Beliau sekaligus menyangkal individu (pelaku) video tersebut adalah stafnya dan percaya jurublog terbabit cuba membuat tuduhan tidak bermoral ke atas warga kerja untuk memberi gambaran negatif kepada rakyat.

Klip video

“Blogger tersebut tidak bertanggungjawab dengan memuat naik klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah di dalam sebuah pejabat.

“Akan tetapi hasil kajian dan siasatan yang telah dilakukan ke atas video tersebut menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat di dalam video tersebut berbeza dengan pejabat pusat khidmat yang sebenar,” katanya yang juga Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor.

Gesaan turut dibuat Yaacob agar BN dan Umno tidak lagi menggunakan politik kotor dengan menuduh pemimpin Pakatan Rakyat terlibat dengan skandal tanpa bukti jelas.

Katanya tindakan sedemikian hanya untuk menganggu Pakatan Rakyat dan mengalihkan fokus rakyat terhadap isu yang lebih besar.

fmt

Nota: Blogger UMporNO bebas buat apa saja, tayang video apa pun tak apa asalkan kaitkan saja dengan PR.

Pihak berkuasa pun tumpang sekoleh kerana tiada langkah pencegahan.

Budaya ini tidak lain dan tidak bukan akan menghasilkan generasi UMporNO pegangan tanpa sempadan .

Video Sex Kastam Terlampau Atau Blog UMporNO Terlampau ?


SKMM buat pekak badak saja?

Blog-blog pro UMporNO hari ini telah mendedahkan mengenai satu video klip yang mereka dakwa sebagai rakaman seorang Pegawai Kastam bersama pelacur yang disyaki warga Russia atau Uzbekistan.


Rakaman yang berdurasi selama 5 minit dan 21 saat itu dipercayai dirakam menggunakan cctv yang dipasang didalam bilik berkenaan. Tarikh di rakaman itu menunjukkan ianya dibuat pada 31 May 2011 manakala kes kematian seorang pegawai Kastam pula ialah pada bulan April tahun yang sama..

Mereka mempersoalkan, apakah ini ada kaitannya dengan kes kematian mengejut seorang pegawai Kastam di SPRM dimana keputusan inkuesnya akan diketahui hari ini?

Sudah pasti dengan pendedahan oleh blog pro kerajaan ini akan sedikit sebanyak menjatuhkan imej Kastam di dalam negara.

Dan yang menimbulkan tanda tanya ialah mengapa tiada tindakan yang diambil oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, yang menterinya pernah dikaitkan dengan insiden rogol amah suatu masa lalu??

Adakah beliau takut untuk bertindak terhadap mereka?

HOT: Ummi Hafilda Kerja Kumpul Video Seks ke?


Kata Ummi Hafilda..  Bukan satu tetapi 18.
Itulah jumlah rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Individu yang mendakwa demikian, Ummi Hafilda Ali berkata, apa yang didedahkan oleh seseorang dikenali sebagai ‘Datuk T’ kepada wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara di ibu negara kelmarin, adalah satu daripada 18 rakaman itu.

“Bukan itu saja, sebenarnya ada lagi,” kata Ummi Hafilda, kemudian mengakui beliau tahu siapa dalang di sebalik pembikinan video berkenaan.

Menurutnya, dalam video itu, individu terbabit bukan sahaja melakukan hubungan seks dengan beberapa wanita termasuk pelacur, malahan juga lelaki.

“Sebenarnya, saya sudah tahu mengenai perkara ini 13 tahun dulu lagi,” katanya pada sidang media sejurus selepas permit ceramahnya yang dijadualkan di Dewan Orang Ramai Taman Wira Mergong, di sini, semalam dibatalkan pada saat akhir akibat bantahan Kerajaan Negeri.

sinar

Tu diaa aaiih..

Banyaknya ummi duk kumpul video seks..

Macam ni kalu SKMM dan Polis bolehlah tangkap ummi selepas tangkap Datuk T.

Lama laa jugak kira kira ummi duk simpan video tu..agak agak  berapa ribu keping dah yang di copy.

Ada sponsor kut?..Siapa pengarah ,editor ,jurugambar dan sebagainya tu?

Selama 13 tahun duk simpan benda tu..berapa ‘sen’ dia orang bayar?

Soalan cepu emas untuk ummi: ada pernah tid## tak dengan Datuk T tu?

%d bloggers like this: