Tag Archives: Video Seks Datuk T

Video Seks: Hisham Keris Kantoi Lagi, Kena ‘Pau’ RM25,000.00 Pulak


Apa sudah jadi bro…

Hari ni kena lagi…

Alamak..double tercengang lagi laa gamaknya mat hisham keris tak dak sarong ni..

Hari tu pasai gagal mengisytiharkan ‘Bersih 2.0’ pertubuhan haram!

Kes fitnah: Permohonan Hisham batal kenyataan Anwar ditolak

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mengetepikan beberapa bahagian dalam kenyataan pembelaan difailkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes fitnah dibawa oleh Menteri Dalam Negeri itu.

Sehubungan itu juga, Hakim Mahkamah Tinggi V.T. Singham mengarahkan Hishammuddin agar membayar kos RM25,000 kepada Anwar.

Hishammuddin memohon bagi membatalkan sebahagian kenyataan pembelaan Anwar dalam saman fitnah berhubung video seks memaparkan pelaku mirip ketua pembangkang itu.

Hishammuddin yang diwakili peguam Sunil Abraham  memfailkan saman fitnah terhadap Anwar kerana mengeluarkan kenyataan memfitnahnya semasa temu bual dengan media pada 22 Mac lalu selepas membuat laporan mengenai video itu di balai polis Dang Wangi di sini.

Hishammuddin, 50, berkata kenyataan itu dilaporkan secara meluas dalam media dan Internet dan difahamkan membawa maksud bahawa beliau bertanggungjawab menayangkan video itu kepada sekumpulan editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lepas.

Menteri itu berkata kenyataan itu juga difahamkan membawa maksud yang beliau telah mengaturkan penayangan video itu dan telah berkomplot dengan Perdana Menteri dan pegawai tinggi polis untuk melakukan perbuatan itu.

Dalam pernyataan pembelaannya, Anwar berkata kenyataan beliau semasa temu bual dengan media pada 22 Mac, selepas membuat laporan mengenai video itu di balai polis Dang Wangi, diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat.

Anwar mendakwa kenyataan itu diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat yang dimilikinya atas kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen kawasan Permatang Pauh, kepada orang awam yang mempunyai hak kepentingan untuk menerima maklumat itu.

Lagipun, beliau mendakwa kenyataan yang dipertikaikan itu merupakan komen yang adil terhadap perkara berkepentingan awam dalam menyatakan pendapat beliau bahawa Hishammuddin telah berkompromi dengan perbuatan jenayah kumpulan lelaki yang digelar ‘trio’ dalam memaparkan video itu walaupun beliau tahu atau sepatutnya tahu mengenai perbuatan mereka.

Dalam tuntutan balasnya, Anwar menegaskan kenyataan Hishammuddin dalam sidang media beliau pada 21 Mac, memperlihatkan bahawa beliau  adalah individu dalam video itu seperti mana ditegaskan oleh trio itu.

Hishammuddin, dalam jawapannya kepada pernyataan pembelaan Anwar berkata ketua pembangkang itu berniat jahat selepas mengeluarkan kata-kata dalam satu persidangan akhbar yang kemudiannya dilaporkan dengan meluas di media dan Internet.

Beliau berkata perkataan yang diterbitkan itu, tidak dipaparkan dengan niat baik dan motif utama Anwar adalah untuk memperlekehkan reputasi Hishammuddin sebagai menteri dan sebagai ahli politik.

tmi

Polis Dapat Cekup Pelakon Dalam Video Seks Mirip Anwar


Pelaku video seks disiasat

Polis semalam mengesahkan pihaknya menyiasat pelaku di dalam rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar  bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai skop siasatan pelaku dalam video seks tersebut termasuk identiti pelakunya itu.

Memang kita siasat (pelaku) sebab kita sudah kenal pasti dia,” kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.

Menurut beliau, kertas siasatan yang lengkap berhubung kes rakaman video seks telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara pada minggu lalu dan menunggu maklum balas daripada jabatan itu untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, kertas siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah itu sebelum ini pernah dipulangkan semula oleh Peguam Negara sebanyak dua kali kepada polis untuk siasatan semula.

Pada 1 April lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks berdurasi selama 22 minit bermula pukul 10.23 malam, 21 Februari lalu adalah rakaman tulen selepas disahkan oleh pakar.

ksm

Nota: Akhirnya fitnah terhadap Anwar terbongkar juga.

Anwar Saman Hishamuddin Pulak Kes Video Fitnah


Tuduhan Najib,Hishamuddin dan polis terbabit mengedarkan video seks 

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengemukakan saman balas fitnah ke atas Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang menyamannya berhubung isu berkaitan rakaman video seks didedahkan “Datuk T”.

Justeru, Anwar menuntut sejumlah kerugian daripada Hishammuddin atas kenyataan fitnah yang dikaitkan dengan saman Menteri Dalam Negeri itu.

“Kami telah memfailkan (tuntutan) bela atas tuntutan Hishammuddin dan juga memfailkan tuntutan balas ke atas saman fitnahnya.

“Pokoknya, fitnah berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh beliau (Hishammuddin) ketika sidang media di Bukit Aman pada 21 Mac,” kata peguam  Anwar K. Shanmuga kepada The Malaysian Insider.

Pada 1 Mei lalu, Hishammuddin berkata, beliau akan meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkannya dengan video seks yang pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata, dakwaan Anwar itu perlu dijawab di mahkamah supaya masyarakat tahu kedudukan sebenar isu terbabit.

“Kita bawa ke mahkamah kerana kalau tidak, apa yang disebar melalui media dan internet orang akan percaya kerana kita tidak jawab,” katanya.

Naib Presiden Umno ini berkata, tindakan Ketua Umum PKR mengaitkan beliau dengan video seks terbabit semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat.

“Itu strategi… dia (Anwar) tidak boleh jawab soalan wartawan, dia alih pandangan kepada orang lain. Kita tidak berdosa, kenapa hendak takut,” katanya.

Akhir Mac lalu, Hishammudin melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap Anwar.

Anwar (gambar) dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video kononnya aksi beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara 21 Mac lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan pembabitan mereka dalam rakaman berkenaan.

tmi

Kenapa Klip Video Seks Penyamar Anwar Diragui


Cikgu Fariz kemukakan 50 dalil

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Fariz Musa mendedahkan 50 dalil dalam blog beliau kenapa klip rakaman adegan seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diragui.

Klip seks ini mula–mula timbul ekoran usaha trio Datuk ‘T’ mempertontonkannya kepada para wartawan di Carcosa Sri Negara, Kuala Lumpur pada penghujung Mac lalu.

Datuk ‘T’ merujuk kepada mantan Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, mantan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.

Fariz, antara lain, mempersoalkan perkara berikut sebagai dalil untuk meragui klip itu membabitkan Anwar.

“Sekiranya sipelaku telah meninggalkan hotel tersebut, sudah pasti sipelaku telah mendaftar keluar dan selepas mendaftar keluar, pihak pengemasan hotel akan masuk ke dalam bilik untuk membuat semakan senarai barangan untuk pengesahan ‘check out’.

Kehadiran Anwar sepatutnya boleh dikesan melalui kaunter pendaftaran. Wayar dan CCTV – sepatutnya pihak pengemasan hotel yang nampak dulu dan melaporkannya kepada pengurusan hotel.

“Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama Badrul Hisham Shaharin (CheguBard) dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga.

‘Modus operandi’

“CheguBard meyakini kumpulan ini besar serta mendapat perlindungan istimewa kerana ‘modus operandi’ ketika membawanya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond.

Nama penyewa bilik tempat menonton dan mendaftar kenderaan yang digunakan untuk menjemputnya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

“Polis lambat buat siasatan berbanding dengan kes Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Polis cuma nyatakan video seks tulen bukan pelakonnya tulen.

“Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad turut terlibat, ini bukti dendam lama terhadap Anwar. Video ditayangkan selepas beberapa hari beliau melancarkan buku terbarunya. Di dalam buku itu beliau mendakwa Anwar mengadakan hubungan seks dengan empat orang pelacur.

“Ketiga-tiga Datuk ‘T’ ini berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini.

PKR telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik Umno di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Najib memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

“Datuk ‘T’ sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis. Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk ‘T’. Inilah konspirasi tertinggi namanya,” jelas Fariz yang juga bekas timbalan ketua AMK Pusat.

fmt

Kantoi : Sebab Kenapa Polis Tak Dedahkan Hero Video Seks


Tiada keperluan bagi pihak polis mendedahkan siapa pelaku dalam video seks yang mirip seorang pemimpin pembangkang walaupun sudah mengenalpastinya.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar (kiri) berkata ia hanya akan didedahkan sekiranya terdapat keperluan undang-undang.

“Saya tak perlu huraikan, kalau undang-undang kata perlu, kita dedahlah, kalau tidak, tidaklah,” katanya.

Pada 26 April lalu, Khalid berkata polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan “si pelaku” dalam video seks itu kepada umum sekiranya perlu.

Diajukan soalan yang sama oleh pemberita lain, beliau juga secara berjenaka berkata:

“Kalau dah… kalau dah… kalau dah video itu sahih, lain-lain tuan-tuan boleh buat andaianlah.”

“Kita akan tengoklah kemudian,” jawabnya ringkas kepada pihak media.

INI DIA SEBABNYA POLI TAK DEDAH SIAPA HERO DALAM VIDEO SEKS DATUK T dan PAPAGOMO

…SEBAB MANGKUK TU TAK BERSUNAT..hahaha

imej dari blog biaqpila.

Video Lucah Datuk T & Papagomo Dalam Rumah Osama Laden?


Tuuu diaaa..video lucah papagomo,panglima harimau,rahim dan eskay dah sampai ke Pakistan..hahaha

Hebat jugak hangpa punya kerja…Maalomlah dapat support dari APCO laa katakan..hahaha

Video porno ditemui dalam rumah Osama mati ditembak

WASHINGTON, 14 Mei — Unit komando yang menyerbu rumah didiami Osama bin Laden dekat Islamabad awal bulan ini dilaporkan turut menemui bahan-bahan pornografi termasuk video.

Laporan agensi berita Reuters yang memetik bekas pegawai-pegawai Amerika dan semasa berkata tidak jelas di bahagian mana di rumah agam itu, yang didiami Osama sekitar lima hingga enam tahun lalu, bahan-bahan pornografi itu ditemui.

Tidak pasti motif laporan mengenai penemuan pornografi ini dikeluarkan.

Osama terbunuh dalam serangan komando khas Amerika dekat Islamabad, Pakistan awal pagi (waktu Malaysia) 2 Mei lalu.

Operasi serangan dan kaedah jenazah Osama disemadikan juga mencetuskan kemarahan di sebahagian besar negara-negara Islam.

Ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda itu menjadi buruan Amerika Syarikat (AS) sejak lebih satu dekad.

Malah juga tidak jelas siapa yang menonton bahan-bahan itu.

Laporan itu juga mendakwa pegawai-pegawai itu secara khusus tidak tahu sama ada Osama sendiri memperoleh bahan itu ataupun menontonnya.

Lima klip video yang dilepaskan pihak berkuasa AS minggu lalu menunjukkan Osama sendiri menonton siaran televisyen dengan mengendalikan alat kawalan jauh.

tmi

%d bloggers like this: