Tag Archives: video lucah

Bahana Tengok Video Seks


REMUK...keadaan kenderaan selepas  kemalangan di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, semalam.
REMUK…keadaan kenderaan selepas kemalangan di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU: Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaannya ketika memandu dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan lain dan mengorbankan sepasang suami isteri di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan ke Singapura sebelum kecuaian pemandunya menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas dan berlanggar dengan sebuah lori lain, dua kereta serta dua motosikal, termasuk motosikal dinaiki pasangan suami isteri yang maut itu.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam manakala usaha mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

  • FotoNGERI…keadaan mayat mangsa yang terkorban dalam kemalangan.
  • FotoMAUT…Vijaya dan Hemalatha yang terbunuh di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suami isteri yang terbunuh itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan mereka mati di tempat kejadian manakala seorang penunggang motosikal lain parah.
Menurutnya, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai K Vijaya, 34, dan isterinya, S Hemalatha, 27, dari Bukit Indah, di sini, manakala mangsa yang parah, lelaki berusia 32 tahun belum dikenal pasti identitinya dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
“Lori pasir yang dipandu lelaki itu mempunyai skrin mini LCD dan kita sedang menyiasat dakwaan dia memandu sambil menonton VCD lucah. Kami sedang mengesan VCD lucah yang didakwa berada dalam lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

.

Menurut Ruslan, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian dan beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.
Sementara itu, bapa mangsa yang dikenali sebagai Muruandy, 54, berkata, kejadian yang menimpa Vijaya dan menantunya adalah tragedi buruk bagi keluarganya kerana kedua-duanya maut sekelip mata.

“Setiap hari mereka ke tempat kerja dengan menaiki motosikal dan saya tidak menyangka rutin harian itu menjadi tragedi. Saya sedih mengenangkan nasib tiga cucu yang masih kecil, berusia bawah 12 tahun,” katanya.

Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Jom Layan Video Seks Parpukari Japp..


layan pii laa.. kat mesia ni tengok video lucah gerenti pak polisi tak tangkap punya..hahaha

Lebih lebih lagi tengok video seks dari blog juak juak blogger UMporNO..betul tak ?..Betulllll…

Ya laa..penat penat parpukari pulun duk pi ambik gambar sampai ke pakpong di negeri Siam tu,tup tup orang tak mau tengok video seks dia…kira kira tak aci laa macam tu kan kan ..hahaha

Siap dengan nombor penerbangan bila dan tarikh beb..ini konon nak tunjuk dia tu pro laa kot..hahaha..hang akan lebih pro lagi sekiranya hang tunjukan dimana hang dapat,siapa yang buat kerja rakaman,kesemua bahan dan video seks hang tu ,hang pi serah kat Peguam Negara..lepas tu pi panggil pakar video yang betul dan certified punya..kasi check itu video…pakar dari Amerika hari tuu pi mana dah?…hahaha hahahaha

Agaknya dapat laa sikit ‘pahala’ jihad kerana menegakan ‘kebenaran’…

Ada musykil sikit beb..Kenapa visual kamera itu gagal menunjukkan jelas rupa paras individu dalam video tersebut.mungkin parpukari masih stim lihing dak pun ‘brake kapal’ lagi kot..hahaha hahahaha

Si mangkok hayun papa gomoi yang tak berani tunjuk telog bila kena cabar dengan Khalid Samad pun tompang sekaki jugak..hahaha hahahaha..

Dey tambhi… thani kudi yike lekkek..hahaha hahahaha

Video dalam blog upahan Umno pagi tadi mendakwa kejadian itu berlaku semasa Anwar berada di Patpong, Bangkok…Free malaysia Today

PETALING JAYA: Skandal klip video adegan lucah yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan lagi, kini dikatakan berlaku pada 13 Januari lalu di Bangkok, Thailand.

Klip video kira-kira dua minit itu mula dimuat naik dalam blog upahan Umno pagi tadi, mendakwa kejadian itu berlaku semasa Anwar berada di Patpong, Bangkok dua hari sejak 12 Januari lalu.

Bertajuk “Paman Anwar di Patpong Bangkok”, adegan itu dirakam dalam sebuah bilik dan kamera difokuskan ke arah katil menunjukkan tempoh masa bermula pada pukul 1.54 pagi dan waktu terakhir pada 8.30 pagi.

Manakala pelaku yang dikatakan ‘Anwar’ itu kelihatan memakai jubah mandi sedang berlegar-legar disekeliling bilik sambil memegang telefon bimbit.

Bagaimanapun, visual kamera itu gagal menunjukkan jelas rupa paras individu dalam video tersebut, tambahan ia rakaman hitam-putih.

Penulis blog upahan Umno ‘Papa Gomo’ dalam blognya mendakwa Anwar berlepas ke Bangkok pada 12 Januari lalu menggunakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) bernombor MH 782 dan berlepas pada jam 3.15 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, Anwar kemudiannya tiba di Bangkok pada jam 4.20 petang waktu Thailand atau jam 5.30 petang waktu Malaysia.

“Video ini adalah rakaman tulen dan sahih seratus peratus ketulenannya. Pelaku didalam video ini juga adalah Datuk Seri Anwar bin Ibrahim yang mana beliau tahu dan pasti beliau adalah pelakunya,” kata penulis blog itu.

Beliau mendakwa setelah lebih kurang 19 jam berada di Bangkok untuk ‘aktiviti-aktiviti’ dan ‘tugas-tugas rasmi’ tertentu, Anwar pulang ke tanah air pada pukul 11.05 pagi dengan menggunakan pesawat MAS bernombor MH 785 dan tiba di KLIA pada pukul 2.15 petang dan kemudiannya ke Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur pada pukul 5.30 petang.

Penulis blog itu turut membangkitkan persoalan mengenai kegiatan setiap kali pemergian Anwar ke Thailand sejak dua tahun lalu, soalan sama yang pernah diutarakan ahli perniagaan ‘Datuk T’ Datuk Shazryl Eskay Abdullah sebelum ini dalam skandal video seks yang lalu.

“Rakaman penuh akan menyusul dan harus kita ingat bukan kami nak mengaibkan Anwar Ibrahim dan para keluarganya namun demi menyelamatkan rakyat Malaysia maka pekara sebegini haruslah didedahkan agar rakyat memilih pemimpin yang berkaliber bagi memimpin kita,” katanya.

18SX: Gambit Arah Video Lucah? anda nilaikan…


Shahz Jazle melakonkan watak dengan memeluk pasangannya seolah-olah mahu melakukan adegen seks dalam klip video ‘Marilah’.

Gambit perjelas arah klip video lucah

Pengarah klip video Marilah, nyanyian Prema Yin iaitu Gambit Saifullah menganggap video klip tersebut tidak berunsur lucah dan keterlaluan seperti mana yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak.

Malah menurutnya, klip video yang menggandingkan penyanyi itu dengan pelakon Shahz Jazle tidak seharusnya dijadikan kontroversi kerana hanya memaparkan adegan yang dianggap ‘biasa’.

“Saya tidak rasa ia menjadi kontroversi kerana saya hanya menampilkan adegan pasangan suami isteri yang sudah kehilangan cinta dan mempunyai ego masing-masing.

“Saya rasa ia tidaklah terlalu teruk, mungkin ia menjadi kontroversi disebabkan saya dan Shahz Jaszle terlibat dalam klip video ini,” ujarnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Gambit diminta memberi penjelasan berikutan klip video Marilah yang merupakan single terbaru Prema Yin dikatakan memaparkan aksi bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini.

Dalam klip terbabit, Shah Jazle dan Prema Yin dilihat melakukan aksi hampir-hampir bercium, berpeluk serta melakukan adegan seperti sedang berada dalam keadaan berahi.

Mereka juga dikatakan cuba membuat publisiti murahan bagi meraih perhatian masyarakat khususnya peminat industri hiburan tanah air.

Kata Gambit, klip video tersebut dihasilkan mengikut perbincangan daripada pihak produksi dan klien yang mahukan ia mengikut standard klip video artis luar negara.

Menurutnya, niat utama penghasilan klip video itu adalah untuk pasaran Amerika Syarikat.

“Memanglah kalau boleh saya ingin ia turut diterima oleh peminat hiburan tanah air. Tapi kalau ia tidak diluluskan, saya tidak ada bantahan kerana hasrat utama menghantarkannya ke Amerika Syarikat,” katanya.

Dalam pada itu, Gambit turut mempersoalkan mengapa sesetengah pihak mengatakan karyanya itu keterlaluan dan lucah sedangkan banyak filem tempatan yang menampilkan aksi lebih daripada itu.

“Kenapa orang ingin mempertikaikan klip video ini sedangkan filem …Dalam Botol yang jelas memaparkan hubungan songsang dan terdapat aksi lebih teruk tetapi ia diluluskan.

“Apa salah saya, bagi saya video klip tersebut tiada adegan cium ataupun meraba,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia menerima teguran yang dibuat secara positif dan akan cuba yang terbaik untuk masa akan datang.

“Saya tidak kisah apa orang nak cakap tentang klip video tersebut, saya terima teguran mereka dan akan lebih berhati-hati lagi selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Prema Yin yang dihubungi kini berada di Amerika Syarikat manakala Shahz Jaszle pula tidak menjawab panggilan untuk mengulas tentang klip video tersebut.

kemalia othman

Nota: Apa kata Pak Menteri dan KPN ,Finas…tak nak siasat ke?

Sindrom Carcosa datuk T,papagomo dan panglima harimau telah berjaya menular dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Apakah kita sebagai rakyat yang bermoral harus membiarkan perkara berterusan berlaku.

%d bloggers like this: