Tag Archives: Video Fitnah Datuk T

Syarat Sumpah 3 Umno,Kena Pakai Baju Kalis Peluru?


Ada syarat tambahan pulak dah..

Kalau puak umno nak bersumpah kena pakai baju kalis peluru..

Baju hangpa pi ambik tang mana pulak! Kalu tak pakai baju tu kira tak sah laa kot?..hahaha

PDRM tak bagi kot baju tu!..Takkan tak caya Polis duk escort 3 boroi tu?..hahaha confius

Sebelum tu, 3 ekoq boroi tu ada sembahyang jumaat dak? tang mana depa sembahyang jumaat tu? Tiba tiba masuk mai solat sunat sebelum angkat sumpah….kantoi

Bukan main lagi hangpa berlakon..buat pi lah tumpang boleh katakan..hahaha

tmi…Eskay buat sumpah laknat dengan pakaian kalis peluru

KUALA LUMPUR, 29 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks — di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini — selepas dibatalkan dua jam sebelum itu ekoran kekecohan.

“Datuk T” itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang.

Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang ekoran kekecohan selepas solat Jumaat tadi.

Sebaik sahaja berada dalam ruang solat, ketiga-tiga “Datuk T” menunaikan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat.

Mereka yang turut memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang penyokong Pakatan Rakyat yang turut berada dalam upacara itu tiba di Masjid Amru al-As pada pukul 4.10 petang sebelum meninggalkan masjid kira-kira 4.25 petang, sebaik sahaja upacara itu selesai.

Kantoi: ‘Kondominium’ dan ‘Omega Taiwan’


Bertambah menarik episod 3 Boroi Umno..

si Eskay cakap buat video kat Siam dan si Shuib pulak cakap buat di Kuala lumpur kat hotel katanya.

Tup tup timbul pulak cerita dari akhbar milik Umno buat video di kondominium pulak..hahaha

Mana satu ceritera yang betui ni?..skrip pun dah tonggang langgang macammana orang nak percaya story 3 boroi ni?

ginilah..molek sesangat pak Polis tangkap dulu 3 ekoq tu..kurung dulu 3 ke 4 malam biaq depa bagi tau mana satu cerita yang betui

Ini lagi satu lawak dan bolehlah dicalonkan untuk jadi Raja Lawak 2011..

aku mati matian duk percaya blog pencacai Umno kata Omega tu hadiah dari Kerajaan Saudi Arabia.rupa rupanya tak betui pun!

Jam Omega tu yang sebenarnya mai dari Taiwan pulak dah! hahaha..yenna day..thani kuddi…

Habis terbarai dah Fitnah pencacai Umno..Jadi cerita lawak lagi satu…hahaha

Harian Metro..Wanita pelajar kolej swasta

Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.

“Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan,” katanya.

 Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.

Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu.

mKini…Jam Omega Made In Taiwan

Sebelum ini, blog-blog pro-Umno sibuk melaporkan bahawa jam tangan itu adalah hadiah daripada kerabat diraja Arab Saudi tetapi Berita Harian hari ini melaporkan polis mengesan jam itu dibeli di Taiwan pada tahun 2004.

azlan“Isu jam itu tidak begitu penting. Namun berdasarkan pemeriksaan dengan wakil pengedar di Taiwan, ia hanya mula merekodkan identiti pemilik pada 2008.

“Justeru, jika ia dibeli pada 2004, amat sukar bagi polis mengenalpasti pemiliknya, kecuali pemilik sendiri secara sukarela mendaftarkan jam itu,” kata sumber akhbar tersebut.

Isu video seks itu pertama kali timbul apabila sebulan lalu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah – yang menggunakan nama samaran ‘Datuk T’ – menjemput wartawan terpilih menyaksikan tayangan video berkenaan di Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

Beliau bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim, kemudiannya mendedahkan bahawa mereka adalah dalang di sebalik video tersebut dan mengaku bertanggungjawab.

Haru Biru: Akhbar BN “Kencing” Statement Ketua Polis Negara


Patut KPN tahan sahaja ketua pengarang akhbar tu..

Reman dia satu seminggu..bagi dia rasa sikit.

Biar diaorang sedar sikit,jangan duk senang sangat putar belit kenyataan sembarangan.

Itu bukan statemet ‘kucing kurap’ tapi IGP atau KPN ..boss bagi segala Pak Polis dalam Mesia ni.

Akhbar Bn semalam memutar belitkan kenyataan Ketua Polis Negara

Polis belum mengambil keterangan daripada wanita dalam video seks yang didedahkan trio Datuk T baru-baru ini dan didakwa membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis percaya wanita dalam rakaman video seks itu adalah rakyat China.

“Setakat ini maklumat kita mempercayai wanita (dalam) video itu sebagai warga China tetapi belum disahkan secara pasti dan setakat ini tiada perkembangan yang sensasi,” katanya kepada Bernama menerusi SMS hari ini.

Sehingga kini polis belum menemui wanita itu, katanya yang menafikan laporan akhbar yang memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sebagai berkata polis telah mengambil keterangan wanita dalam video itu.

“Kenyataan dalam akhbar (Bahasa Inggeris) hari ini adalah salah dan IGP (Ketua Polis Negara) tidak pernah berkata sedemikian,” kata Acryl Sani yang bagaimanapun enggan mendedahkan identiti wanita itu.

Semalam Ismail berkata polis telah mengenal pasti identiti lelaki dan wanita dalam rakaman video seks itu berdasarkan kepada bukti-bukti dan fakta-fakta kukuh sepanjang siasatan dilakukan.

Ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan terhadap jam Omega, Acryl Sani berkata tempoh seminggu yang diberikan polis kepada syarikat yang mengedar jam mahal itu akan berakhir minggu ini.


Beliau berkata bagaimanapun syarikat itu belum memberikan maklum balas.

“Pihak pengedar janji minggu ini tetapi masih belum diterima,” katanya.

Jam tangan itu dilaporkan merupakan antara dua bukti, selain rakaman video seks, yang diserah oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik serta Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim kepada polis bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

 Bernama

Gempar Video 3 Boroi di Youtube


PATUTLAH LINE INTERNET HARI NI LAJU SEMACAM AJA..

RUPA RUPANYA NAK SEBAR VIDEO FITNAH!

Belum sempat Nazri Aziz bawak masuk Parlimen  dah ada orang upload ke youtube.

Kita tunggu biaq upload kesemua siri 21 minit tu..

Jadi sekarang adakah video yang diserahkan kepada Ketua Polis Negara itu ORIGINAL?

Patutlah Pak Menteri tergesa gesa nak tubuh Suruhanjaya siasatan.

Apa motif sebenarnya ? tidak lain dan tidak bukan untuk menghalang kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga barang keperluan dan beberapa skandal pak menteri dan kroni sendiri.

Yang nyata seorang lelaki yang menyamai wajah Anwar telah diambil berlakon bagi tujuan itu.Sekiranya anda menerima video berkenaan, gunakanlah akal dan perhatikan perbezaan-perbezaan berikut.

1. Perut lelaki yang berlakon dalam VIDEO perutnya buncit.

2. Punggungnya tonggek.

3. Badannya berotot dan sasa.

4. Kulit pelakon lelaki itu lebih putih.

Siapakah dari Thailand memuat naik ke web youtube?

Klip video yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini tersebar di internet.

Malaysiakini difahamkan beberapa laman web anti pembangkang menyiarkan laporan bahawa video yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak tengah hari tadi.

Malaysiakini juga mendapati video yang dilabel sebagai “VTS 01 1″ itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama “thepowercam” yang menyertai laman kongsi video itu semalam dan dikatakan berasal dari Thailand.

Video sepanjang hanya 1 minit 41 saat itu adalah sumbangan tunggalnya.

Sebelum ini, beberapa pihak mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.

%d bloggers like this: