Tag Archives: Video fitnah Anwar

Video Seks Fitnah: Kenapa Mat Sabu Sahaja Bersuara?


Walaupun Abang Mat hanya AJK Pusat Pas tetapi aku nampak Abang Mat masih hebat dengan semangatnya mahukan kebenaran dan keadilan di tegakkan dalam negara ini.

Dalam beberapa isu terkini Abang Mat masih hebat dengan ceramahnya berbanding beberapa orang tokoh dalam Pas yang boleh dikatakan semacam ada sesuatu yang tak kena dengan isu Pakatan Rakyat.

Bukan tujuan aku nak provok pemimpin Pas, tetapi dari beberapa ‘trajedi dalam Pas’ telah melakarkan sejarah antara 2 kumpulan sehinggakan Timbalan Presiden Pas sendiri telah ‘dihalau ‘ oleh Tok Guru Nik Aziz supaya meninggalkan Pas dan pergilah masuk Umno.

Semangat kekitaan antara beberapa pemimpin Pas dengan pemimpin komponen PR bagi aku belum cukup ‘mesra’.Seperti ada sesuatu yang cuba diselindungkan antara pemimpin Pas sendiri. Aku bagi contoh pada PRK DUN Tenang,ada beberapa pemimpin Pas sendiri semacam mahu mengelak dari bercampur dengan pemimpin PKR dan DAP, aku ada talipon dengan pemimpin dan bertanya apakah keadaan terkini semasa hari pengundian,katanya 50-50 dan aku talipon pulak kepada pemimpin Pas yang lain,kata depa mana ada 50-50,kawan yang kata 50-50 tu dia dah belah awal lagi balik kerumah dia. Kalu hang nak tau laa ni 30-70 ada lah dan lagi TPM tengah duk randuk air duk ligan pengundi Umno supaya keluar, kawan kita tu mana mau dia randuk air takut 4 wheel dia masuk air,sayang sangat dia pada 4 wheel dia tu, biar Pas kalah takpa.

Seperkara lagi rungutan dari beberapa pemimpin DAP dan PKR kerana  Pas tidak mahu menjemput tenaga mereka untuk PRN Sarawak,sedangkan dibeberapa kawasan pilihanraya jumlah pengundi Cina ,Iban dan Dayak melebihi 30 %.

Masih banyak ruang untuk Pas mengukuhkan dan memesrakan diri dalam idea Allahyarham Ustaz Dato’ Fadzil Noor ini iaitu Pakatan Rakyat.

tmi...Mat Sabu: Video seks isu peribadi, Pas tetap bersama Pakatan

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu berkata parti Islam itu akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat jika pun rakaman video seks yang melibatkan pemimpin kanan parti perikatan itu terbukti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan ia sebagai pandangan peribadi, Mohamad berkata sekiranya rakaman video itu Anwar, PKR perlu membuat keputusan berhubung pendirian parti itu dan kedudukan Ketua Umum PKR itu.

“Ini masalah parti, apa kena dengan Pakatan Rakyat pula? PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat, ini pandangan peribadi saya tapi keputusan itu hanya akan kita buat lepas siasatan polis selesai.

“Ini melibatkan individu, bukan Pakatan Rakyat. Kalau betul, parti yang terlibat perlu buat keputusan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Bagaimanapun tegas bekas naib presiden PAS itu, pendirian rasmi parti itu berhubung rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” pada 21 Mac lalu hanya akan diputuskan selepas siasatan kes itu selesai.

Tambah Mohamad, Anwar tidak boleh dibuktikan bersalah dalam kes itu kerana rakaman video seks tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah.

“Kita tunggu siasatan polis selesai dulu, selepas itu baru kita akan berbincang. Lagipun Anwar tidak boleh dibuktikan bersalah kerana dalam Islam kita perlu empat saksi.

“Saya tidak mahu ulas mengenai perkara ini. Apa yang berlaku sekarang adalah spekulasi dan kita tak mahu percaya kepada spekulasi.

“Kita tunggu siasatan keseluruhan, hasil siasatan yang dilakukan pihak berwibawa yang kita boleh terima,” katanya.

Tambah beliau, pendirian PAS dalam isu itu akan dibincangkan dalam Majlis Syura.

“Bukan saya yang buat keputusan, tentang ini ia akan dibincangkan dalam Majlis Syura… kena dapatkan pendangan mereka,” katanya.

“Datuk T”, terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

Sehari selepas pendedahan itu, Anwar telah membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah lelaki dalam rakaman video seks itu.

Palam sidang media itu juga, Mohamad turut menyentuh kes kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui meninggal dunia di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan pada 6 April lalu.

Kata bekas ahli Parlimen Kuala Kedah itu, keluarga Ahmad Sarbaini perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM ekoran kematian bapa lima anak itu yang disifatkan beliau tidak mendapat keadilan.

“Setelah saya menemui keluarga Allahyarham, kami daripada PAS berharap agar keluarga ini mengambil tindakan mahkamah di atas kematian seorang pegawai yang meti dalam siasatan SPRM dan tidak tahu penyebab.

“Kita berpegang Allahyarham tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah, kita memandang serius siasatan yang dilakukan SPRM ini,” katanya.

Mohamad juga menasihatkan SPRM supaya lebih profesional menjalankan siasatan dan belajar daripada negara-negara yang berjaya mengurangkan kadar rasuah.

“SPRM perlu profesional, belajar dari negara-negara yang berjaya kurangkan rasuah, saya harap keluarga Allahyarham lebih aktif dan bukan semata-mata serah kepada takdir.

“Keluarga Allahyarham perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM dan kita serah kepada peguam keluarga itu untuk menentukannya,” katanya.

Ahmad Sarbaini merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Syed Mua’z

Nota:  TPM masih membisu sejak serangan pertama keatas Anwar dalam kes saifool baukari.

Video Seks: Polis Cooperate Dengan BN?


Video seks: Polis bersekongkol dengan BN,dakwa PKR

PKR mendakwa polis bersekongkol dengan BN berhubung sebuah video seks yang didakwa membabitkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan aksi seks dengan seorang pelacur.

Pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pemimpin parti itu mendakwa polis bertanggungjawab menuduh Anwar sebagai pelaku dalam video seks berkenaan.

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata beliau mendapat aduan seorang pegawai polis yang dikenali sebagai SAC1 Isa Abdul Rahman dari Bukit Aman telah memberi ceramah kepada guru-guru di beberapa sekolah di Kelantan sejak beberapa bulan lalu dan mencemarkan nama baik bapanya itu.

“Saya diberitahu pegawai dari Bukit Aman itu memberitahu guru-guru di Kelantan bahawa Anwar adalah ancaman kepada keselamatan negara dan pelaku video itu adalah Anwar.

Kita mengecam perbuatan ini dilakukan sendiri oleh pegawai tertinggi Bukit Aman,” katanya.

Rakan naib presiden PKR Tian Chua juga senada menuduh polis “menari mengikut rentak parti pemerintah”.

Katanya, beliau secara peribadi juga mendapat aduan bahawa pekerja parti berbangsa Melayu PKR telah diberikan ‘nasihat mesra’ daripada polis.

“Pekerja pilihan raya kami telah dipanggil dan diberi ceramah oleh polis yang berkata Anwar adalah lelaki di dalam video itu dan mereka mempunyai maklumat dalaman.

“Ini bukan kes terpencil. Ramai ahli kami yang berbangsa Melayu dijadikan sasaran untuk diberikan ‘nasihat’ bahawa Anwar adalah pelakunya. Kata-kata seumpama itu telah banyak dialami oleh ahli PKR,” katanya.

Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid.

mKini

Nota: Hebat jugak 3 boroi masuk keluar masjid pun di kawal ketat oleh Polis.Patutlah dari awal lagi Polis tak mau tangkap 3 ekoq boroi tu..hahaha

Kuharapkan pagar,rupanya pagar …….hangpa sambung ayat tu..hahaha

Lepas ni kita tunggu apa pulak drama 3 boroi tu..


Tahniah: Semua Aksi Seks Datuk T Tersebar di Internet


Akhirnya semua disebarkan oleh blogger UMporNO

Lebih banyak klip video seks yang didakwa memaparkan lelaki mirip ketua pembangkang dan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di Youtube.

alleged four full sex videos on youtube 290411Empat klip tersebut – sepanjang antara 4 minit hingga 4:24 minit – serupa dengan video 22 minit yang ditayangkan kepada wartawan pada 21 Mac di hotel Carcosa Seri Negara.

Ini adalah bahagian ketiga daripada video seks tersebut yang dibocorkan di internet, tetapi tidak seperti dua klip sebelum ini, empat klip terbaru itu memaparkan aksi seks.

Bagaimanapun, video yang dimuatkan oleh “rabiaab11” telah dikeluarkan dari Youtube kerana ia melanggarkan polisi lamanweb tersebut berhubung kandungan berunsur seks.

Berdasarkan maklumat pada Youtube, empat klip tersebut dimuatkan antara jam 2 petang hingga 6 petang semalam.

Video memaparkan beberapa aksi sek termasuk aksi wanita terbabit melakukan seks oral ke atas lelaki dalam klip tersebut.

Tidak seperti klip-klip yang muncul pada 4 April dan pada hari Rabu, yang sepanjang 1:45 saat, empat klip yang dimuatkan ‘rabiaab11’ semalam adalah lebih panjang.

Sebelum ini, bahagian pertama video berkenaan dimuat-naik pada 4 April lalu.

alleged four full sex videos on youtube 290411 18Ia menunjukkan lelaki yang sama menggunakan tuala memeluk seorang gadis berkulit cerah yang hanya berkemban.

Video aksi saksi ini juga mempunyai sarikata dalam bahasa Thai.

Beberapa pihak sebelum ini mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.

Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai ‘Datuk T” mendedahkan identiti mereka – Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.

mKini

Blog Umno Bebas Tayang Video Seks,Polis Tidur?


Dari mana blogger UMporNO dapat video itu? Eskay kata semua dah bagi pada Polis,KPN cakap video tulen!

Undang undang tak terkena blogger UMporNO ke? Papagomo bebas tayang video seks!

Ada pakatan sulit PDRM dengan blogger UMporNO ke?

Banyak blog UMporNO sedang menayangkan video seks!

Semalam timbalan KPN cakap nak siasat ,tak sampai 12 jam depa dah duk pulun tayang video seks fitnah Anwar…

Sayangnya muka Anwar tak dapat dijelaskan …Perut Boroi Jugak yang Jelas..hahaha

Hangpa tengok hangpa sendiri tanggung

panglima-harimau.blogspot.com

Video Seks Bahagian Kedua Lebih Jelas Perut Boroi


Perut buncit lebih jelas kali ini

Klip video bahagian kedua yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini disebarkan di Internet.

NONEMalaysiakinidifahamkan bahawa video yang berjudul ‘Papa Nurul Izzah Part II’ yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak jam 1.30 tengahari.

SemakanMalaysiakini juga mendapati video sepanjang 1.46 minit itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama “wakparjosudorno.”

Ia dipercayai dilakukan dari Indonesia dan pengguna yang tidak dikenali itu menyertai Youtube hanya semalam.

Namun pada jam 6.45 petang tadi, video berkenaan telah dikeluarkan kerna didakwa melanggar syarat-syarat penggunan Youtube kerana memaparkan bahan lucah dan gambar bogel.

Namun dipercayai video berkenaan masih boleh didapati di beberapa laman web pembangkang dan juga di Youtube yang dimuat-naik oleh pengguna lain.

Sebelum ini, bahagian pertama video berkenaan dimuat-naik pada 4 April lalu.

Ia menunjukkan lelaki yang sama menggunakan tuala memeluk seorang gadis berkulit cerah yang hanya berkemban.

Pada bahagian kedua video ini, ia dipercayai disunting pada bahagian akhir. Ia menunjukkan lelaki berkenaan memakai pakaiannya semula selepas aksi seks tersebut manakala wanita yang bogel itu berjalan menuju ke bilik air.

Video kedua juga tidak mempunyai sarikata dalam bahasa Thai dan jelas memaparkan tarikh dan masa rakaman iaitu 2011/02/21 manakala rakaman masa adalah antara jam 22.43 malam hingga 22.45 malam.

NONEBeberapa pihak sebelum ini mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.

Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai ‘Datuk T” mendedahkan identiti mereka – Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.

Eskay hari ini memberitahu wartawan bahawa beliau telah memberikan sampel DNA miliknya bagi melancarkan siasatan polis.

“Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pertemuannya dengan polis di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur itu tetapi sekadar berkata tunggu sidang akhbarnya esok.

mKini

Kantoi: ‘Kondominium’ dan ‘Omega Taiwan’


Bertambah menarik episod 3 Boroi Umno..

si Eskay cakap buat video kat Siam dan si Shuib pulak cakap buat di Kuala lumpur kat hotel katanya.

Tup tup timbul pulak cerita dari akhbar milik Umno buat video di kondominium pulak..hahaha

Mana satu ceritera yang betui ni?..skrip pun dah tonggang langgang macammana orang nak percaya story 3 boroi ni?

ginilah..molek sesangat pak Polis tangkap dulu 3 ekoq tu..kurung dulu 3 ke 4 malam biaq depa bagi tau mana satu cerita yang betui

Ini lagi satu lawak dan bolehlah dicalonkan untuk jadi Raja Lawak 2011..

aku mati matian duk percaya blog pencacai Umno kata Omega tu hadiah dari Kerajaan Saudi Arabia.rupa rupanya tak betui pun!

Jam Omega tu yang sebenarnya mai dari Taiwan pulak dah! hahaha..yenna day..thani kuddi…

Habis terbarai dah Fitnah pencacai Umno..Jadi cerita lawak lagi satu…hahaha

Harian Metro..Wanita pelajar kolej swasta

Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.

“Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan,” katanya.

 Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.

Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu.

mKini…Jam Omega Made In Taiwan

Sebelum ini, blog-blog pro-Umno sibuk melaporkan bahawa jam tangan itu adalah hadiah daripada kerabat diraja Arab Saudi tetapi Berita Harian hari ini melaporkan polis mengesan jam itu dibeli di Taiwan pada tahun 2004.

azlan“Isu jam itu tidak begitu penting. Namun berdasarkan pemeriksaan dengan wakil pengedar di Taiwan, ia hanya mula merekodkan identiti pemilik pada 2008.

“Justeru, jika ia dibeli pada 2004, amat sukar bagi polis mengenalpasti pemiliknya, kecuali pemilik sendiri secara sukarela mendaftarkan jam itu,” kata sumber akhbar tersebut.

Isu video seks itu pertama kali timbul apabila sebulan lalu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah – yang menggunakan nama samaran ‘Datuk T’ – menjemput wartawan terpilih menyaksikan tayangan video berkenaan di Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

Beliau bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim, kemudiannya mendedahkan bahawa mereka adalah dalang di sebalik video tersebut dan mengaku bertanggungjawab.

%d bloggers like this: