Tag Archives: vcd lucah

Bahana Tengok Video Seks


REMUK...keadaan kenderaan selepas  kemalangan di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, semalam.
REMUK…keadaan kenderaan selepas kemalangan di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU: Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaannya ketika memandu dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan lain dan mengorbankan sepasang suami isteri di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan ke Singapura sebelum kecuaian pemandunya menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas dan berlanggar dengan sebuah lori lain, dua kereta serta dua motosikal, termasuk motosikal dinaiki pasangan suami isteri yang maut itu.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam manakala usaha mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

  • FotoNGERI…keadaan mayat mangsa yang terkorban dalam kemalangan.
  • FotoMAUT…Vijaya dan Hemalatha yang terbunuh di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suami isteri yang terbunuh itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan mereka mati di tempat kejadian manakala seorang penunggang motosikal lain parah.
Menurutnya, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai K Vijaya, 34, dan isterinya, S Hemalatha, 27, dari Bukit Indah, di sini, manakala mangsa yang parah, lelaki berusia 32 tahun belum dikenal pasti identitinya dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
“Lori pasir yang dipandu lelaki itu mempunyai skrin mini LCD dan kita sedang menyiasat dakwaan dia memandu sambil menonton VCD lucah. Kami sedang mengesan VCD lucah yang didakwa berada dalam lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

.

Menurut Ruslan, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian dan beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.
Sementara itu, bapa mangsa yang dikenali sebagai Muruandy, 54, berkata, kejadian yang menimpa Vijaya dan menantunya adalah tragedi buruk bagi keluarganya kerana kedua-duanya maut sekelip mata.

“Setiap hari mereka ke tempat kerja dengan menaiki motosikal dan saya tidak menyangka rutin harian itu menjadi tragedi. Saya sedih mengenangkan nasib tiga cucu yang masih kecil, berusia bawah 12 tahun,” katanya.

Oleh Siti Nadirah Hafidzin

18SX: Betul Ke Ahmad Maslan Buat DVD Lucah ?


Hang biar betul mat …

Takkanlah hang nak ganti nombor 1 malaysia punya porn star CSL tu pulak..

Takkanlah gaji menteri tak cukop kot…hahaha….Awat hang ada masalah apa ni ..mat

Apa laa nak jadi dengan mat menteri sekor ni…awal tahun hari tu dia mangaku duk tengok filem sex dengan bini dia…ni dia kata nak jadi hero filem sex pulak dah…

Heran aku takkanlah mat sanggup buat kerja macam tu…

Hangpa pikir laa tengok takkanlah filem sex tu boleh ‘main’ sendiri di depan 2,000 penonton?… pelik bin ajaib laa bro…kalu filem sex tu boleh ‘jalan’ sendiri’ tanpa ada ‘kaki filem sex’ duk pi tayang kat depa yang seramai 2,000 orang tu!

Woit mat…sudah sudah laa buat kerja bodoh dan bangang tu…hahaha hahahaha

Umno nafi video seks ditayang pada majlis k’jaan…mkini

Ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan bahawa parti itu dan BN menayangkan pita video seks seorang lelaki yang menyerupai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu taklimat kepada kakitangan awam dan pemimpin masyarakat di Perak Sabtu lalu.

Ahmad, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata hari ini tiada video seks yang ditayangkan pada majlis itu.

“Mana ada tayang video seks… Hanya yang (ditayangkan) ada dalam TV1 dan TV3 yang keluar sebelum ini.

“Macam gambar-gambar yang dah masuk dalam Utusan dan lain-lain akhbar… tak kan lah bodoh sangat saya ini (untuk menayangkan video seks itu),” katanya dalam jawapan sms ringkas kepada Malaysiakini.

Majlis Penerangan Perdana anjuran kerajaan negeri Perak di dewan Jubli Perak Kuala Kangsar pada Sabtu lalu dihadiri oleh lebih daripada 2,000 kakitangan awam, pemimpin masyarakat, ahli-ahli badan-badan bukan kerajaan dan orang ramai.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa Pakatan Rakyat membuat laporan polis semalam berhubung dakwaan klip video seks yang dikatakan mirip Anwar ditayangkan semasa majlis itu.

Diiketuai oleh ketua penerangan PKR Perak Zulkifly Ibrahim, Pakatan mempersoalkan tayangan  klip berkenaan kerana perkara itu masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa.

Beliau juga mendakwa majlis itu anjuran menteri persekutuan, timbalan menteri, exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Dalam perkembangan yang sama, timbalan pesuruhjaya PAS Perak, Misbahul Munir berkata Umno dan BN dilihat kian terdesak dengan menggunakan program rasmi kerajaan untuk menayangkan video lucah.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas Umno kerana menggunakan majlis dan premis kerajaan untuk menayangkan video lucah itu.

“PAS menyifatkan Umno dan pemimpinnya adalah parti yang tidak bermaruah, tidak bertamadun apabila sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka,” katanya.

Bagi Misbahul, Umno sudah kehabisan modal untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang lebih berwibawa.

“Rakyat perlu menolak parti dan pemimpin Umno yang tidak ada harga diri pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

“Ini adalah satu percubaan untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dan kita mahu pihak polis untuk mengambil tindakan dan menyiasat perkara itu (kerana)  Umno menggunakan acara dan premis-premis milik kerajaan untuk menunjukkan video itu,” katanya.

mKini

%d bloggers like this: