Tag Archives: Utusan Malaysia

Syiah Lebih Bahaya Dari Komunis, Mufti Gesa Putus Hubungan Dengan Iran


pak lah matnejad

Gesaan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Ajaran Syiah lebih berbahaya berbanding fahaman Komunis, kata Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Wan Zahidi Wan Teh serta menggesa kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang mempunyai majoriti penganut mazhab itu.

Wan Zahidi berkata, meskipun Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan China sejak sekian lama, negara berkenaan tidak pernah menyebarkan fahaman komunis melalui hubungan diplomatik, dan perkara itu jelasnya berbeza dengan pegangan penganut Syiah.

Malah, katanya, kajian beliau sejak 1980-an mendapati, ajaran Syiah juga lebih berbahaya berbanding Yahudi dan Nasrani.

“Dua puak ini tidak pernah mencerca sahabat Nabi Musa dan Nabi Isa sebaliknya mereka menyanjung sahabat mereka. Ini berbeza dengan Syiah, mereka mencerca sahabat Rasullullah,” katanya dipetik akhbar Utusan Malaysia ketika bercakap dalam satu forum bertajuk Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam.

“Walaupun kita ada hubungan dengan China sejak zaman Tun Abdul Razak, kerajaan itu tidak pernah menyebarkan fahaman mereka melalui hubungan diplomatik,” katanya.

Wan Zahidi berkata, tindakan memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran akan dapat mengekang penularan fahaman berkenaan daripada tersebar secara meluas.

Kenyataan mufti itu bercanggah dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata, penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu cuma dihalang untuk menyebarkannya kepada orang ramai.

Awal bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran, Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di Tehran.

Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang ditakuti negara Barat kerana kelantangannya menyuarakan bantahan terhadap tindakan Amerika Syarikat dan Israel “membuli” negara lain.

Mohd Farhan Darwis tmi

Advertisements

Besar ‘Kemaluan’ Zul Lebai Mangkuk di Bandar Kulim


Kita ulang balik definisi ‘kemaluan’ melalui terjemahan Tun Seri Lanang pejuang bahasa dan budaya melayu.kemaluan itu adalah mengenai perihal keadaan yang mengenai seseorang oleh sebab tindakan beliau yang membuta tuli ,oleh itu beliau akan merasa malu yang amat besar.

Apalah sangat hang punya statement dan cabaran hari ini zul lebai mangkik oooiiiii..

Sebelum hang nak cabar prof Aziz Bari ..Aku cabar hang buat ‘rumah terbuka’ pada A’idil Adha nanti..Apa macam malaun …. ,lagi pun tak lama dah kita akan sambut hari kemerdekaan seluruh umat islam sedunia.

Aku duk tunggu jugak sejak 2008 kot kot hang nak buat rumah terbukak sempena a’dil fitri yang barakah..Tak Dak Jugak!..Hang dah balun berbelas ribu sebulan ,apa cerita baruah UmporNo  oiii? nak buat jamuan Teh ‘O’ dan dua tiga biji kuih raya tak boleh ka?

Bukan main sedap hang laa ni jadi DJ UMporNO konon hero islam nak menentang puak gereja macam brahim geli…piii laaaah mampoih…Kami dibawah punya susah payah nak bagi PKR menang di Parlimen Kulim/Bandar Baru..tup tup hang senang lenang jual agama masuk kedalam tong taik UMporNO..

Hang kena sedar laa sikit kami orang kampong tak akan HALALkan elaun hang duk makan tiap tiap bulan tu..Penipu melayu dan islam macam hang mana ada maruah..mentekedarah hasil keringat kerja buat orang kampong!

mesej dari abangg Mat, Kelang Lama ,Kulim Kedah.

Zul Noordin cabar Aziz Bari bertanding dalam PRU…mKini

Kontroversi berhubung kenyataan pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari mengenai titah Sultan Selangor menunjukkan tiada tanda-tanda akan berakhir dengan terbaru ahli parlimen Kulim Bandar Bharu Datuk Zulkfili Noordin pula mencabar supaya perdebatan diadakan.

Akhbar-akhbar berbahasa Melayu Berita Harian dan Utusan Malaysiahari ini melaporkan bahawa Zuulklifi berkata bersedia untuk berdebat profesor undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa itu.

Bagaiamanapun, bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, semalam, Zulkifli (kanan), berkata beliau hanya sedia berbuat demikian jika Abdul Aziz terlebih dahulu memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor kerana mengeluarkan kenyataan bersifat biadab dan kurang ajar.

“Saya sedia sahut cabaran dia untuk berdebat di mana sahaja dia hendak. Cuma satu sahaja yang perlu beliau lakukan, minta maaf dengan Sultan Selangor dahulu sebab majoriti berpendapat kenyataan beliau mempertikai titah tuanku sebagai kurang ajar dan biadab,” katanya dipetik Utusan.

Selain berpendirian bahawa kenyataan Abdul Aziz itu bukan sahaja kurang ajar dan biadab, Zulklifi berkata ia juga bercanggah dengan kedudukan profesionnya sebagai seorang pensyarah.

Letak jawatan

“Justeru dia perlu letak jawatan,” katanya dipetik akhbar milik Umno itu.

Sementara itu, akhbar Berita Harian pula memetik Zulkifli membuat cabaran supaya pakar perlembagaan itu bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya cabar Aziz bertanding pilihan raya di Kulim Bandar Baharu atau di mana-mana kawasan yang dia suka jika benar dia mahu menjadi ahli politik. Dia mesti berani meletak jawatan sebagai ahli akademik dan bertanding atas nama parti apa sekali pun.

“Saya tiada halangan dan bersedia menanti Aziz bertanding pada pilihan raya akan datang. Dia akan tahu untung nasibnya dan boleh balik ke kampungnya di Sabak Bernam,” katanya dipetikBerita Harian.

Ini bukan kali pertama pemimpin Umno dan media miliknya membidas profesor itu dan menuntut supaya beliau mengundurkan diri.

Cabaran supaya Abdul Aziz meletak jawatan sebagai pensyarah undang-undang UIA turut disuarakan Senator Mohd Ezam Noor apabila bekas ketua Pemuda PKR itu menyifatkan Aziz tidak neutral.

Mohd Ezam berkata, bukti dimilikinya juga menunjukkan Andul Aziz banyak menerima habuan parti pembangkang khususnya dalam pembayaran royalti membabitkan beberapa buku tulisannya terbitan Institut Kajian Dasar (IKD) yang ada kaitan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Aziz sudah membuktikan dirinya tidak neutral sebagai ahli akademik dan condong menyokong parti pembangkang dengan menggunakan kedudukannya. Dia memang banyak mendapat keuntungan daripada Anwar dan sebab itu, kenyataan politiknya sentiasa menyebelahi parti pembangkang.

“Saya juga cabar Aziz mendedahkan jumlah royalti diterimanya baru-baru ini menerusi buku tulisannya kerana jumlahnya amat lumayan,” katanya dipetik Berita Harian.

Utusex Kena Bayar Pak Janggut RM60.000.00


utusex kantoi lagi..hahaha

Ambik kau, pandai sangat buat fitnah..hahahaha

Saman fitnah: Mahkamah arah Utusan malaysia bayar MP Shah Alam $60,000.00

KUALA LUMPUR, 14 Okt ─ Mahkamah Tinggi mengarahkan Utusan Malaysia membayar RM60,000 kepada Ahli Parlimen PAS Khalid Samad berhubung satu artikel berbaur fitnah disiarkan dua tahun lalu.

Wakil rakyat Shah Alam itu menang dalam kes saman ke atas akhbar milik Umno pada 30 September lalu.

Artikel itu bertajuk Zulkifli bidas Pak Janggut”, disiarkan pada September 2009.

Hakim Mahkamah Tinggi Komersial Dr Prasad Sandosham Abraham mengeluarkan perintah kepada Utusan dan Ketua Pengarang kumpulan itu Datuk Abdul Aziz Ishak agar membayar ganti rugi kerana menyiarkan tulisan tanpa mendapatkan pengesahan berkaitan kandungannya terlebih dahulu.

tmi

Ghani Othman Pegawai British Terbaru di Johor


‘Kenyataan MB Johor seperti pegawai penjajah British’

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor turut mencabar Ghani Othman untuk berdebat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat menyifatkan kenyataan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang melabelkan Mat Indera sebagai militan Parti Komunis Malaya ‘tak tumpah seperti seorang pegawai penjajah British’.

“Hujah-hujah yang beliau gunakan adalah saling tak tumpah seperti alasan dan hujah daripada seorang pegawai British untuk menentang kemaraan pejuang-pejuang kemerdekaan yang berjuang dengan darah dan air mata sewaktu negara kita masih dijajah dahulu,” katanya.

Suhaizan turut mencabar Ghani untuk berdebat berhubung isu serangan komunis pimpinan Mat Indera di Bukit Kepong pada tahun 1950.

“Saya cabar Ghani untuk berdialog secara terbuka di daerah Muar, Johor!” Suhaizan berkata dalam satu kenyataan media hari ini. Suhaizan menyanggah hujah Ghani bahawa Mat Indera seorang militan kerana para sarjana masih mengkaji sama ada pejuang haluan kiri perlu digelar pejuang atau pengkhianat.

“Dalam konteks peristiwa yang berlaku sekitar tahun 1948 hingga 1957, para sarjana masih sedang mengkaji dan masih tidak ada lagi (menurut kajian dan pembacaan saya) satu keputusan yang muktamad adakah pejuang-pejuang berhaluan kiri dikira sebagai pejuang atau pengkhianat.

“Tindakan beliau (Ghani) dengan mudah melabel Mat Indera sebagai pengganas yang kejam dan zalim adalah sama sekali tidak rasional.

Ini adalah berikutan kenyataan Ghani yang melabelkan Mat Indera sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia hari ini.

“Tindakannya (Mat Indera) terus menyertai PKM dan menyertai gerakan militan adalah haram, tidak sah dan tidak benar dengan menggunakan taktik kekejaman dan kezaliman, sehingga menyebabkan dia termasuk dalam golongan yang bertindak secara salah dan terpesong.

“Ini berlainan daripada para pemimpin berhaluan kiri lain seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad atau pun Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan,” kata Ghani.

Ghani yang juga penaung Yayasan Warisan Johor (YWJ) turut mempertahankan penerbitan buku Pengukir Nama Johor yang turut memuatkan kisah Mat Indera.

Beliau menyifatkan penerbitannya sebagai “data-data kemasyarakatan berkaitan seorang anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini, khususnya di negeri Johor dalam perjalanan sejarah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.”

Adakah Tok Janggut juga pengganas? 

Suhaizan turut menimbulkan persoalan samada pejuang kemerdekaan Tok Janggut di Kelantan juga akan dilabel sebagai militan kerana serangan Tok Janggut ke atas balai polis Pasir Puteh menyamai serangan di Bukit Kepong pada tahun 1950.

Beliau turut mempertikaikan peranan Ghani sebagai penaung YWJ dan penulis prakata Pengukir Nama Johor sedangkan YWJ adalah agensi kerajaan Johor.

“Bagaimana selama ini semuanya ok dan baru kini beliau menyanggah buku yang beliau iktiraf sendiri?,” soal beliau.

Suhaizan turut mengemukakan kajian tulisan Ismail Adnan berkaitan sejarah Bukit Kepong agar debat ilmiah dan kajian akademik dijalankan.

fmt

Awang Adek Pi Tibai Mustapha Mohamad Pulak dah


Awang Adek mabok ketupat ka mabok ‘tuak’ yang tuuu tak tau lah…

Mungkin overdose lemamg ka apa ka pun tak tau lah..hahaha

short story mori…BAGI la royalti Kelantan tuu…yang mu duk sok sek sok sek wat po…

Royalti Kelantan tuu nak buat BAPAK  punya lebuhraya pun boleh..

Lebuhraya: Awang Adek bertembung Mustapha

Dewan Pemuda PAS Kelantan menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin bahawa kerajaan Kelantan berkemungkinan besar tidak akan mampu menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya selama-lamanya sebagai satu kenyataan yang berninat jahat dan dangkal serta bernada sumbang.

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kenyatan itu juga membayangkan seolah-olah beliau begitu jahil dengan tanggungjawab kerajaan Pusat dalam menyediakan kemudahan lebuh raya di negeri-negeri di seluruh Malaysia.

“Saya juga ingin melahirkan rasa kesal di atas kenyataan tersebut yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia, 3 September 2011 yang antara lain turut menyatakan bahawa kerajaan PAS Kelantan telah diberi peluang selama 21 tahun untuk menyelesaikan masalah kesesakan namun gagal untuk mencari jalan penyelesaian.

“Adakah Awang Adek baru tersedar dari tidur atau sengaja mencari pertembungan dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dalam isu ini, wallahualam,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau juga bertanya sedarkah Awang Adek bahawa pada 1 September 2011, Utusan Malaysia selaku lidah rasmi Umno sendiri  di halaman 6 menyiarkan kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang tegas menyatakan bahawa kerajaan Kelantan tidak akan mampu membina lebuhraya kerana pembinaan lebuhraya ialah tanggungjawab kerajaan Pusat.

Katanya, jika Awang Adek terlupa untuk membelek akhbar pada hari tersebut, boleh perturunkan kembali kata-kata Mustapha yang antara lain menyebut, “Ini (membina jalan utama) tanggungjawab kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Pas Kelantan tidak mampu untuk membina kecuali dengan bantuan pihak swasta. Jumlah RM2 bilion sangat besar, tidak mampu jika dibandingkan dengan pendapatan kerajaan negeri…”

Soal beliau, bukankah kenyataan itu jelas menunjukkan pengakuan Mustapha sendiri bahawa pembinaan lebuhraya ini bukan merupakan tanggungjawab kerajaan negeri.

Katanya, cuma kerajaan negeri terpaksa mengambil alih apabila pihak yang sepatutnya bertanggungjawab iaitu kerajaan Pusat nampaknya tidak berminat untuk membela nasib rakyat Kelantan yang majoritinya ialah orang Melayu.

Dalam hal itu, beliau mencabar Awang Adek untuk menyebut mana satukah negeri di Malaysia yang membina lebuhraya tanpa apa-apa bantuan dari kerajaan Pusat.

Beliau yang juga Adun Mengkebang sepenuhnya yakin jika Umno yang berkuasa di negeri  Kelantan, bukan setakat membina lebuhraya, untuk menyelaras projek kecil-kecilan di peringkat kampung pun akan berlaku pertembungan kepentingan pelbagai pihak demi mengaut keuntungan mudah.

Justeru, beliau berharap Awang Adek lebih berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana kedangkalan seseorang itu bukanlah diukur melalui tinggi rendahnya pangkat tetapi pada betul tidaknya fakta yang diberikan.

“Jangan Awang Adek sangka keterlanjurannya dalam isu judi bola sepak pada tahun lepas sudah dilupakan oleh rakyat Kelantan. Ditambah pula dengan kenyataan dangkal seperti ini, semakin kuranglah markah untuk menjadi ‘bakal Menteri Besar Kelantan’ sekali lagi,” ujarnya lagi.

Hd

Adakah Kerajaan Johor ‘Pengganas’ Bila iktiraf Mat Indera


Kerajaan Johor iktiraf ketokohan Mat Indera

Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik “Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni”. Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato’ Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, “proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari ‘kebenaran'”.

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama’ dan golongan yang “bukan UMNO” turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato’ Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.

Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa “Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan”. Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut “Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? …Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang”. Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?

Hd

%d bloggers like this: