Tag Archives: United States

Armada Amerika Menghampiri Syria


uss

Adakah krisis Syria- US dan sekutunya akan membawa  kepada perang dunia ke 3 ?

Damsyik dakwa pemberontak lakukan serangan kimia

KUALA LUMPUR: Armada tentera Amerika Syarikat kini bergerak mendekati Syria yang membayangkan kemungkinan kekerasan digunakan terhadap Damsyik selepas ramai menjadi korban serangan senjata kimia beberapa hari lalu.

Berita itu disiarkan ketika pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berada di Syria untuk mengadakan rundingan mengenai siasatan segera serangan berkenaan.

Setiausaha Pertahanan Amerika, Chuck Hagel yang dalam perjalanan ke Malaysia mengesahkan gerakan di laut meskipun Presiden Barack Obama masih berhati-hati mengulas isu mengenai Syria.

“Jabatan Pertahanan bertanggungjawab memberi pilihan kepada presiden mengenai langkah tertentu yang perlu diambil pada waktunya,” katanya.

Hagel memberi ulasan itu ketika seorang pegawai pertahanan berkata, tentera laut Amerika akan memperkukuh kehadiran di Laut Mediterranean dengan sebuah lagi kapal perang dilengkapi peluru berpandu.

Armada ke-6 Amerika menempatkan kapal perang USS Mahan bersama tiga lagi kapal pemusnah iaitu USS Gravely, USS Barry dan USS Ramage yang memiliki peluru berpandu Tomahawak.

Ketika Obama menyifatkan dakwaan penggunaan senjata kimia sebagai amat membimbangkan, Russia mengecam desakan supaya kekerasan digunakan ke atas sekutunya itu.

Britain pula menuduh Damsyik menggunakan senjata kimia dan Perancis menggesa kekerasan digunakan jika dakwaan berkenaan disahkan.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, meningkatkan tekanan dengan mengumumkan Setiausaha Agung Rendah, Angela Kane, menuju ke Damsyik untuk berunding mengenai siasatan isu itu, kata jurucakapnya.

Kane dijangka tiba semalam, dan Ban bersungguh-sungguh melakukan siasatan menyeluruh, adil dan segera mengenai dakwaan senjata kini, menurut kenyataan.

“Setiausaha Agung menggesa pihak berkuasa Syria bertindak positif dan segera kepada permintaannya tanpa sebarang penangguhan,” kata kenyataan sambil menambah Ban juga menggesa pejuang pembebasan Syria supaya bekerjasama dengan misi itu.

– AFP

Senjata Israel Digunakan Dalam Serangan Keatas Penyokong Dr Mursi


Pro-Morsi Protesters Clash With Security Forces

Kaherah: Senjata Israel mungkin digunakan untuk menyerang penyokong Presiden Mohamed Mursi yang digulingkan Rabu lalu.

Terdapat laporan menyatakan, pesawat kargo Israel dilihat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada hari berkenaan sejurus sebelum tentera dan polis melancarkan gerakan menyuraikan penyokong Mursi secara paksa.

Laporan itu disahkan oleh koresponden agensi berita Mi’raj Dany Novery.

Menurutnya, senjata Israel mungkin tiba pada hari berkenaan kerana alat yang digunakan untuk menyerang penyokong Mursi dan anggota Ikhwan, termasuk gas pemedih mata dan peluru mempunyai tulisan bahasa Ibrani.

Pada masa sama, seorang lagi wartawan agensi itu, Amran Hamdani berkata, laporan media tempatan menyatakan, pesawat Israel itu mungkin membawa senjata yang didakwa untuk membantu tentera Mesir.

Beberapa saksi dipetik sebagai berkata, ada ambulans yang tiba di kawasan sekitar Masjid Rabaa al-Adawiyah dengan membawa peluru untuk tentera.

Mereka berkata demikian selepas melihat pemandu ambulans enggan membawa mangsa ke hospital.

“Saksi itu melihat ambulans penuh dengan peluru yang kemungkinan diangkut dari pesawat kargo Israel itu,” kata Amran.

– Agensi

Gambar Bogel: Wakil Rakyat Perlu letak Jawatan!


Skandal seks wakil rakyat

PORTLAND, Amerika Syarikat (AS) – Seorang lagi wakil rakyat AS daripada Parti Demokrat, David Wu didesak supaya meletak jawatan selepas beliau didakwa terbabit dalam skandal seks dengan seorang wanita muda.

Laporan mengenai skandal Wu yang didakwa mengadakan hubungan seks secara paksa dengan wanita berkenaan, didedahkan oleh sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Pada Jun lepas, wakil rakyat Parti Demokrat pimpinan Presiden Barack Obama, Anthony Weiner meletak jawatan selepas dia didapati menyiarkan gambar bogelnya di akaun jaringan sosial Twitter miliknya.

AP

Kerana Kes Cabul Kena Bayar RM175 juta


Pekerja stor pasaraya mendapat pampasan 58 juta pound

ST. LOUIS, Missouri – Seorang pekerja stor sebuah pasar raya di Amerika Syarikat (AS) diberikan pampasan £58 juta (RM175.1 juta) selepas ketuanya memukul kepala pekerja wanita tersebut dengan menggunakan kemaluannya di dalam bilik stor, lapor sebuah akhbar semalam.

Pekerja berkenaan, Ashley Alford yang berusia dalam lingkungan 20-an, diberikan ganti rugi gangguan seksual terbesar di AS setelah dia dicabul oleh bekas ketuanya.

Hakim sebuah mahkamah di sini memerintahkan pampasan itu dibayar oleh syarikat pasar raya Aaron.

“Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, ini adalah pampasan gangguan seksual terbesar pernah diberikan kepada individu di AS,” kata peguam wanita berkenaan, David Ratner.

Pengurus pasar raya Aaron, Richard Moore didakwa melakukan onani di depan Alford sambil menekan mangsa yang sedang duduk di dalam bilik stor.

Moore didakwa kerap mengganggu bekas pekerjanya itu sebelum melakukan serangan seksual tersebut pada Oktober 2006.

Dia turut dituduh menyelinap di belakang Alford ketika wanita itu sedang duduk di lantai bilik stor dan memukul kepala mangsa dengan menggunakan kemaluannya pada September 2006.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa pernah menelefon unit aduan pasar raya berkenaan pada Mei 2006 untuk mengadu tentang gangguan yang dilakukan oleh ketuanya tetapi tiada tindakan susulan diambil.

Mangsa kemudian membuat aduan kepada polis.

Pasar raya berkenaan yang dilaporkan bernilai £600 juta (RM1.8 bilion) dilapor akan membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah berkenaan.

Agensi

HOT di Libya: ‘Uncle Sam’ Hantar Kapal Perang


Gambar fail menunjukkan kapal pengangkut USS Kearsarge yang dihantar Amerika Syarikat berhampiran perairan Libya.


Ada agenda ‘Tersembunyi’ dari Washington

TRIPOLI – Kuasa-kuasa asing meningkatkan tekanan terhadap diktator Libya, Muammar Gaddafi kelmarin. Sebuah akhbar melaporkan langkah itu diambil selepas tentera Gaddafi menyerang pihak penentang di dua buah bandar yang terletak berhampiran dengan kubu kuatnya di ibu kota Libya, di sini.

Beberapa jet pejuang pasukan tentera yang setia pada Gaddafi turut mengebom sebuah depot simpanan peluru di timur negara itu. Continue reading

Ikan Buaya Terberat di Dunia Kena Tangkap


DUA orang ahli biologi Jabatan Perikanan, Hidupan Liar dan Taman Mississippi mengukur ikan buaya yang ditangkap Kenny Williams di Tasik Chotard, Amerika Syarikat pada 14 Februari lalu.


Arapaima Gigas atau ikan buaya terberat didunia kena tangkap

TASIK CHOTARD, Amerika Syarikat – Seekor ikan buaya paling berat di dunia berjaya ditangkap oleh seorang pemancing, Kenny Williams di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Berat ikan itu ialah 148.32 kilogram (kg), panjang 2.59 meter dan dianggarkan berusia di antara 50 hingga 70 tahun.

Sebelum ini seekor ikan buaya berjaya ditangkap di Rio Grande, Texas pada 1951 dengan berat 126.55kg.

Menurut Williams, pada mulanya dia tidak mengetahui bahawa ikan yang ditangkapnya pada 14 Februari lalu itu cukup besar.

Lelaki tersebut berkata, selepas dia menaikkan tangkapannya di atas bot, dia berasa terkejut melihat ikan buaya itu yang terlalu besar.

Williams membuat keputusan untuk menyerahkan ikan itu kepada Muzium Sains Semula Jadi Mississippi di Jackson untuk dipamerkan kepada orang ramai.

ksm/Agensi

%d bloggers like this: