Tag Archives: United Malays National Organisation

Hasan Ali Masuk Umno Esok ?


Benarkah Hasan Ali umum sertai Umno esok ?

“Kami akan panjangkan borang permohonan tersebut kepada majlis tertinggi (MT) Umno,” kata Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukor Idrus.

Desas desus mengenai Exco Agama kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menyertai Umno semakin semakin kedengaran.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukor Idrus menafikan perkara tersebut.

“Saya tidak mendengar apa-apa lagi. Tetapi jika berminat, dia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan parti.

“Pertama, dia kena isi borang dan kemudian serahkan kepada pejabat Umno negeri di Shah Alam.

“Kedua, kami akan panjangkan borang permohonan tersebut kepada majlis tertinggi (MT) Umno,” katanya.

Sidang media esok

Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor akan mengadakan sidang media di rumahnya di pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur esok.

PAS memecat beliau Ahad lalu ekoran beberapa kenyataan kontroversi dan yang terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menentang sokongan rakyat kepada perhimpunan di mahkamah tinggi Kuala Lumpur di hari keputusan kes liwat Anwar kerana menganggap ia kes peribadi tokoh pembangkang itu.

Mahkamah, Isnin lalu membebaskan Anwar dari tuduhan tersebut.

Syukor menambah, Umno Selangor mengalu-alukan kemasukan Dr Hasan ke dalam Umno.

“Sebagai tokoh politik yang berpengalaman, Dr Hasan boleh membantu Umno negeri merampas balik Selangor,” tambahnya.

oleh Muda Mohd. Noor

Datuk Lajim Ukin Keluar Umno ?


KOTA KINABALU, 3 Jan: Pemuda PAS Sabah hari ini menyambut baik dan mengalu-alukan tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin(gambar) jika mahu keluar daripada Umno BN.Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, jika benar dakwaan itu, tindakan yang dibuat oleh ahli parlimen itu sekaligus memberi petanda bahawa Umno BN juga ditolak oleh pemimpinnya sendiri.

“Pemuda PAS mengalu-alukan tindakan beliau untuk keluar daripada Umno BN.

“Ini merupakan petanda bahawa, Umno BN tidak hanya ditolak oleh rakyat tetapi termasuklah pemimpinnya sudah meragui kewibawaan parti itu,” katanya.

Sehubungan itu, kata Lahirul, pihaknya turut mempelawa Datuk Seri Lajim untuk bersama-sama perjuangan Pakatan Rakyat bagi membela nasib dan taraf hidup rakyat Sabah.

“Kita pelawa beliau untuk sama-sama dengan Pakatan Rakyat. Beliau sudah sedar apabila bersama UMNO/ BN masih tidak berubah.

“Yang berubah ialah pemimpin-pemimpin Umno BN,” ujar Lahirul.

Lajim, yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini diwar-warkan akan keluar dariUmno dan akan mengetuai satu front baru yang dikenali sebagai SPF sebagaimana yang telah dilaporkan di media massa perdana.

Desas desus mengatakan demikian semakin kuat apabila tindakan Lajim menghadiri majlis sambutan Krismas bekas wakil rakyat Kuala Penyu, Datuk John Ghani yang turut dihadiri beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PKR, N. Surendran dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Tambah Lahirul (gambar atas) , sifat pemimpin Umno BN yang tidak mengenang budi dengan jasa-jasa Lajim yang telah memberi kuasa kepada Umno BN untuk memegang tampuk pemerintahan Sabah sekitar tahun 1994 lalu juga menyaksikan bahawa parti itu dalam dilema dan perpecahan.

“Tindakan berani Lajim melompat daripada PBS kepada Umno bersama beberapa rakannya yang lain telah memberi laluan Umno mendapat majoriti mudah mentadbir negeri,” jelasnya.

Hd

Transformasi Najib Jadikan 2 Orang Kuat Umno Masuk DAP !


Biar dicemuh biar caci maki..

Biar didustakan dengan sejuta fitnah, biar segala macam nista dilemparkan..

Transformasi Najib akhirnya menjadikan bekas orang kanan beliau menyertai DAP..

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dan veteran Umno Pahang, Aspan Alias sah menyertai DAP.

Penyertaan Ariff Sabri ke dalam DAP adalah satu tamparan besar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana Ariff Sabri adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004.

Beliau kagum dengan DAP yang merupakan parti komponen Pakatan Rakyat kerana cara kerja mereka yang fokus dan sentiasa berfikir – jauh berbeza dengan orang-orang Umno, kata Ariff seperti dilaporkan FreeMalaysiaToday.

Bercakap lanjut, Ariff yang juga seorang kolumnis di FMT berkata DAP kini ‘lebih relevan’ buat orang Melayu berbanding Umno.

“Saya percaya DAP kini lebih relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara yang lebih demokratik dan bebas,” kata Ariff.

Tambahnya, perjuangan membela Melayu yang dijaja Umno tidak lagi meyakinkannya dan sebahagiannya berpunca daripada sikap tidak endah Umno terhadap gejala rasuah dalam pentadbiran mereka.

“Dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno.

“Umno kini menutup sebelah mata terhadap rasuah dan salah guna kedudukan politik. DAP membenci ciri-ciri ini,” kata Ariff.

Beliau juga menegaskan yang penyertaannya ke dalam DAP satu bukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti yang boleh membela nasib Melayu.

“Sebagai Muslim, saya menukar wadah, bukan akidah…dan ini sangat ditakuti Umno. Mereka risau monopoli mereka ke atas Melayu kini berakhir,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24998

Jom Meraikan Majlis 50,000 Ahli PKR Menyertai Umno !


Majlis meraikan hampir 500 ribu ahli PKR menyertai Umno penuh meriah
.
Satu majlis gilang-gemilang telah dilangsungkan di PWTC petanng ini bagi meraikan kira-kira hampir 500 ribu ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak keluar parti beramai-ramai untuk menyertai Umno baru-baru ini.
.
Dalam majlis tersebut, kehadiran 500 ribu bekas ahli PKR yang setiap seorang dibawa dengan kereta limosin dan diiringi sepuluh polis trafik bermotorsikal setiap seorang turut diraikan dengan acara berjalan atas  karpet merah.Ketika mereka menuju ke Dewan Tun Hussein Onn di mana majlis akan berlansung, kehadiran 500 ribu bekas ahli PKR ini juga diiringi laungan kata-kata semangat oleh beberapa pemimpin tertinggi Umno yang berdiri di tepi laluan karpet tersebut.

Menurut jurucakap acara tersebut yang merupakan Ketua Umno Cawangan Kampung Telaga Tunggal, Datuk Naina Mat Ali, acara karpet merah tersebut terpaksa diadakan semenjak  jam 7.00 pagi dan berakhir jam 8.00 malam sebelum majlis meraikan bekas ahli PKR dimulakan dengan acara menghafal lirik lagu Umno dan jamuan mega diadakan.
 .
“Acara berjalan atas karpet merah kita kena buat awal dari jam 7.00 pagi lagi sebab ia melibatkan penyertaaan yang terlalu ramai iaitu lebih kurang 500 ribu bekas ahli PKR akan melalui karpet itu.
“Kalau pukul 6.00 petang baru nak mula acara red carpet, memang tak sempat nak habis sebelum  majlis hafal lirik lagu Umno yang mula pukul 8.00 malam nanti,” beritahu beliau.
.
Ketika ditanya adakah 100 ribu orang yang diraikan tersebut memang benar-benar bekas ahli PKR yang keluar parti untuk menyertai Umno, beliau memberitahu selepas jamuan nama setiap seorang dipanggil sebagai bukti.
.
“Untuk membuktkani bahawa 100 ribu orang ini memang wujud, selepas jamuan nanti kita akan memanggil nama setiap orang naik ke pentas bagi membuktikan kepada media bahawa isu keluar parti ini memang benar-benar berlaku.
“Acara ini dijangkakan hanya akan tamat sekitar jam 7.00 pagi dua hari selepas itu maklumlah seramai 500 ribu kita panggil seorang demi seorang naik ke pentas, tentulah ambil masa yang panjang.
.
“Kalau tidak nanti pembangkang kata semua ini tipu atau cuma dua-tiga orang sahaja yang keluar parti, jadi kami buktikan dengan memanggil seorang demi seorang naik ke pentas,” ujarnya lagi.
Selain itu, dalam majlis ini terdapat beberapa ahli Umno yang akan menerima selendang dan bengkung kehormat Umno sebagai membalas usaha keras dan kejayaan mereka membawa masuk ahli-ahli PKR ke dalam Umno.
.
Majlis yang mendapat liputan meluas dari media-media tempatan dan luar negara itu turut disiarkan secara langsung oleh semua stesyen televisyen tempatan dan rancangan popular antarabangsa, Animal Planet melalui saluran National Geographic.
.
Nukilan Bro …
.
.
* Berita satira dari BC

Heboh Skim Cepat Haji Kaya Najib Rosmah Pulak Dah ??


Harakahdaily melaporkan skim cepat kaya ..

Siapa punya skim ini ?.. macam cerita Jom Heboh jadinya..

KUALA LUMPUR, 21 Dis: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa meluluskan satu program cepat kaya sehingga lebih 200,000 orang tertipu kerananya.

Kini ketika semua pihak tertanya-tanya ke mana pergi pemimpin skim cepat kaya itu menghilangkan diri, pihak polis pula meminta ianya jangan diganggu dan serahkan kepada proses penyiasatan pihak polis.

(Laporan akhbar Harian Metro)

Namun bangkai gajah ini kini meletup dan tidak boleh ditutup lagi apabila sebahagian mangsa mengesyaki ia ada kaitan dengan pengumpulan dana untuk Umno menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Pada 26 April 2008 lalu, Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu meluluskan satu permohonan untuk melaksanakan satu skim yang dinamakan Sistem Ekonomi Berkonsep Parlimen.

Surat itu mencadangkan agar kawasan Pekan dijadikan pilot projek ini.

Persetujuan Najib jelas berdasarkan tandatangan Najib pada kertas permohonan itu dan ia telah digunakan oleh penganjur skim ini dalam kempen mereka mengumpulkan sokongan.

(Gambar kanan, tandatangan  kelulusan dan sokongan Najib terhadap permohonan skim ini)

Dua hari kemudian, 28 April, Pejabat Timbalan Perdana Menteri melalui Setiausaha Sulit Kanannya mengeluarkan surat sokongan rasmi kepada projek itu.

Berbekalkan surat dan tandatangan Najib ini kempen dibuat oleh pengajurnya ke seluruh negara untuk mengumpul wang orang ramai.

Ia dikaitkan dengan usaha untuk kepentingan Islam dan menjaga kepentingan ekonomi orang Melayu.

Pemimpinnya pula adalah bergelar seorang ustaz yang kini dikatakan sedang diburu polis dan dikatakan orang yang paling dikehendaki Bank Negara Malaysia.

Melalui projek ini, setiap peserta boleh melabur antara RM1,000 – RM1 juta dan bayaran 10 kali ganda akan diberikan kepada peserta itu dalam masa satu tahun.

“Selepas empat bulan, kami bayar 30%, empat bulan lagi 30% dan selepas cukup setahun, lagi 40% akan dibayar dengan keuntungan 10 kali ganda itu

“Saya sendiri secara pribadi menerima wang dan membayar untuk enam bulan pertama duit itu kepada peserta di bawah saya, namun selepas itu tidak ada lagi bayaran dibuat hingga sekarang,” kata satu sumber kepada Harakahdaily.

(Surat Setiausaha Sulit Najib yang mengesahkan sokongannya)

Semua urusan pembayaran ini dibuat secara tunai.

Baru-baru ini, akhbar Harian Metro meletupkan kes ini melalui laporan muka depan mereka dengan tajuk “Lebai RM200J”.

Namun bagi sumber Harakahdaily, Ustaz ini kini menyimpan hampir satu bilion ringgit wang peserta program ini yang lebih 200,000 orang itu.

Ustaz ini dikatakan mempunyai helikopter dan jet peribadi dan tinggal di kawasan perumahan mewah di Shah Alam.

“Yang membingungkan saya adalah ke mana Ustaz ini pergi. Saya bimbang kalau ia ada konspirasi dan saya minta Datuk Seri Najib menjelaskan perkara.

“Ini kerana, melalui surat Datuk Seri Najib lah ramai yang terpengaruh dengan projek ini dan menyertainya dengan melaburkan wang mereka,” katanya.

Harakahdaily

What Are You Doing Last 1999 Tun Mahathir ?


Apa kah PM pada tahun 1999 telah lakukan..

Sekadar sandiwara atau lakonan seperti filem hindustan?

Fakta dari web world bank menjelaskan tindakan tindakan PM pada tahun tersebut.

Sandiwara Tun Mahathir terbongkar

Selama ini, Mahathir menyalahkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Sandiwara mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pinjaman dari Bank Dunia pada sekitar tahun 1999 sudah terbongkar walaupun selama ini beliau menafikannya.

Selama ini, Mahathir menyalahkan Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Laman web Bank Dunia mendedahkan bahawa Malaysia membuat pinjaman sebanyak tiga kali pada tahun 1999 dan sekali pada 1998 yang berjumlah AS$400 juta dan pinjamam itu dibuat setelah Anwar dipecat dari kabinet.

Pinjaman Mac 1999 itu atas nama projek “Malaysia Education Sector Support Project”, “Malaysia Social Sector Support Project” dan

Malaysia Year 2000 Technical Assistance Project” manakala pada 18 Jun 1998 bagi projek “Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan”.

Tuduhan terhadap Anwar direkayasa semenjak tahun 1998 lagi lantaran komitmen beliau dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban, demikian menurut satu kenyataan dari pejabat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Kata kenyataan itu, Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98.

Lantaran ketegasan beliau inilah Mahathir sebagai perdana menteri ketika itu merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara, kata kenyataan itu lagi.

Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan Umno serta juak mereka.

Menurut kenyataan itu lagi, rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush.

Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan Perdana Menteri itu semberono memfitnah Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekaligus agen Barat.

Mahathir cari alasan

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Mahathir sekarang terkedu dan terdesak dan sedang cuba mencari alasan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu beliau meminjam wang dari Bank Dunia pada tahun 1999.

“Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan ketika itu.

“Kenapa beliau takut dan kalau betul baik mengaku sahaja jangan melepaskan apa yang beliau lakukan kepada orang lain,” katanya kepada harakahdaily.

Tambahnya pendedahan pinjaman itu menunjukkan ianya berlaku pada tahun 1999 iaitu selepas Anwar dipecat sebagai Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.

“Dulu beliau cuba tunjukkan dirinya sebagai ‘hero’ yang tidak akan tunduk kepada Bank Dunia yang bersikap ‘kapitalis’. Tetapi sekarang segalanya terbukti bahawa Mahathir diwaktu siang beliau bermusuh dengan Bank Dunia tetapi malam menjadi teman perbualan telefon.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, rakyat sendiri boleh melihat sikap berpura-puraan dan berbohong Mahathir hanya untuk kepentingan sendiri.

Katanya, dalam isu itu Mahathir yang sepatutnya perlu bersumpah bukan Anwar, dan seluruh rakyat sedang menunggunya.

bingkisan fmt

%d bloggers like this: