Tag Archives: umno

Bongkar Maksud Dr M Umno ‘Sakit Tua Dan Nak Mati’


mahathir-worriedlook

Beberapa hari lalu mantan Presiden Umno (Baru) dan PM Malaysia memberikan SIGNAL kepada puak puaknya untuk memberikan sokongan kepada ‘calon muda’ untuk kononnya menyelamatkan Umno yang ‘sakit tua dan sudah hendak mati’.

Petikan: 

Meskipun jelas Dr Mahathir, beliau cuba untuk menyedarkan Umno berhubung perkara itu, ada pihak yang memandang serong terhadapnya, malah menuduh beliau mempunyai agenda tersendiri.

“Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-sakit-tua-dan-bakal-mati-kata-dr-mahathir

Hari ini sudah terang lagi bersuluh siapakah calon muda itu.

Tidak lain dan tidak bukan melainkan anak beliau sendiri…..

Siapa yang sakit tua dan nak mati sekarang? …fikirlah sendiri …..

MB Kedah Dapat Sokongan Tanding Naib Presiden

Oleh SIRA HABIBU

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir telah menerima sokongan sebulat suara daripada pemimpin-pemimpin Umno bahagian di peringkat negeri untuk bertanding jawatan naib presiden.

Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin bahagian malam Selasa.

Jika Mukhriz memutuskan untuk bertanding, beliau akan menukar persaingan menjadi persaingan sengit enam penjuru di kalangan calon ‘heavyweight’ bagi merebut tiga jawatan naib presiden.

“Insya Allah saya akan membuat pengumuman pada hari Khamis,” kata Mukhriz.

Setakat ini pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam telah mengumumkan hasrat mereka bertanding, menyaingi penyandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Mukhriz adalah anak kepada perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad, manakala Hishammuddin perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn.

Pemerhati politik dan pengguna internet pada Selasa dikejutkan dengan berita Mukhriz memanggil pemimpin Umno Kedah untuk bermesyuarat malam tadi.

Mukhriz dikatakan telah bertemu dengan pemimpin-pemimpin termasuk daripada sayap Umno di kediaman rasminya di Alor Setar.

Menurut sumber, beliau memanggil mesyuarat itu untuk mengukur maklum balas mereka sebelum membuat keputusan muktamad.

Ketua Umno Bahagian Langkawi Datuk Nawawi Ahmad berkata Mukhriz perlu bertanding jawatan naib presiden dan menang, beliau boleh membantu memulihkan Umno.

“Generasi muda dalam Umno melihat Mukhriz sebagai ikon.

“Barisan Nasional dapat merampas kuasa di Kedah daripada PAS kerana sokongan besar daripada pengundi muda.

“Kita perlu mendapatkan pemimpin muda seperti Mukhriz untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam parti kerana kita perlu bersedia untuk pilihan raya umum akan datang di mana generasi muda membentuk lebih daripada 40 peratus daripada pengundi,” katanya.

Ketua Umno Bahagian Sungai Petani Datuk Ali Yahaya berkata Mukhriz adalah seorang yang rasional yang tidak akan membiarkan tekanan luaran mempengaruhi keputusannya.

“Mana-mana jawatan yang beliau akan bertanding, kita akan menyokong beliau, dan orang-orang di utara mahu melihat beliau disanjung,” kata beliau.

Hasan Ali Masuk Umno Esok ?


Benarkah Hasan Ali umum sertai Umno esok ?

“Kami akan panjangkan borang permohonan tersebut kepada majlis tertinggi (MT) Umno,” kata Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukor Idrus.

Desas desus mengenai Exco Agama kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menyertai Umno semakin semakin kedengaran.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukor Idrus menafikan perkara tersebut.

“Saya tidak mendengar apa-apa lagi. Tetapi jika berminat, dia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan parti.

“Pertama, dia kena isi borang dan kemudian serahkan kepada pejabat Umno negeri di Shah Alam.

“Kedua, kami akan panjangkan borang permohonan tersebut kepada majlis tertinggi (MT) Umno,” katanya.

Sidang media esok

Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor akan mengadakan sidang media di rumahnya di pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur esok.

PAS memecat beliau Ahad lalu ekoran beberapa kenyataan kontroversi dan yang terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menentang sokongan rakyat kepada perhimpunan di mahkamah tinggi Kuala Lumpur di hari keputusan kes liwat Anwar kerana menganggap ia kes peribadi tokoh pembangkang itu.

Mahkamah, Isnin lalu membebaskan Anwar dari tuduhan tersebut.

Syukor menambah, Umno Selangor mengalu-alukan kemasukan Dr Hasan ke dalam Umno.

“Sebagai tokoh politik yang berpengalaman, Dr Hasan boleh membantu Umno negeri merampas balik Selangor,” tambahnya.

oleh Muda Mohd. Noor

Transformasi Najib Jadikan 2 Orang Kuat Umno Masuk DAP !


Biar dicemuh biar caci maki..

Biar didustakan dengan sejuta fitnah, biar segala macam nista dilemparkan..

Transformasi Najib akhirnya menjadikan bekas orang kanan beliau menyertai DAP..

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dan veteran Umno Pahang, Aspan Alias sah menyertai DAP.

Penyertaan Ariff Sabri ke dalam DAP adalah satu tamparan besar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana Ariff Sabri adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004.

Beliau kagum dengan DAP yang merupakan parti komponen Pakatan Rakyat kerana cara kerja mereka yang fokus dan sentiasa berfikir – jauh berbeza dengan orang-orang Umno, kata Ariff seperti dilaporkan FreeMalaysiaToday.

Bercakap lanjut, Ariff yang juga seorang kolumnis di FMT berkata DAP kini ‘lebih relevan’ buat orang Melayu berbanding Umno.

“Saya percaya DAP kini lebih relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara yang lebih demokratik dan bebas,” kata Ariff.

Tambahnya, perjuangan membela Melayu yang dijaja Umno tidak lagi meyakinkannya dan sebahagiannya berpunca daripada sikap tidak endah Umno terhadap gejala rasuah dalam pentadbiran mereka.

“Dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno.

“Umno kini menutup sebelah mata terhadap rasuah dan salah guna kedudukan politik. DAP membenci ciri-ciri ini,” kata Ariff.

Beliau juga menegaskan yang penyertaannya ke dalam DAP satu bukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti yang boleh membela nasib Melayu.

“Sebagai Muslim, saya menukar wadah, bukan akidah…dan ini sangat ditakuti Umno. Mereka risau monopoli mereka ke atas Melayu kini berakhir,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24998

Dr Asri Zainul Abidin Masuk UMNO ?


Asri hang nak masuk Umno masuk pi laah

Desas desus ..sepoi sepoi bahasa..angin timur bawak hujan…hahahaha

Bukan main lagi depa duk bersembang di Parlimen kedai kopi kata dr Asri dah masuk Umno.

Yaa..Aku jawab kat depa..memang betui dr Asri dah masuk Umno, banyak kali dah beliau masuk Umno..hahahaha

Dr Asri pi masuk dewan Umno laa bro..kalu beliau nak masuk Umno jadi ahli seumur hidup pun tak apa..hahaha

Beliau pi nak tengok apa ada dan apa yang berlaku dalam Persidangan Angguk Umno tuu..Ada berapa orang kaki angguk, kaki tepuk dan kaki ampu..Aku ampu hang..Hang ampu aku..kantoi

Pakat pakat hentam DAP,PKR,PAS supaya nama dia ‘lekat’ atau tersenarai untuk jadi calon pada PRU13 nanti..hahahaha

Hentam habis habisan pemimpin Pakatan Rakyat…Dengan cara tuu agak agak hangpa laa..cabaran aku tempohari kepada semua pejuang Umnoputra boleh direlisasikan ka?

1. Harga ayam boleh bagi kepada rakyat $5.50 sekilo ?

2. Minyak pertol boleh turun balik harga ka semasa Tuan Haji Anwar jadi Menteri kewangan dulu ?

3. Pendidikan percuma untuk semua rakyat dari sekolah rendah ke peringkat tertinggi ?…

5. Telaga minyak yang digadai kepada Brunei Darussalam berharga $320 Billion apa cerita beb ?

5. Tanah Rezab Melayu yang ‘hilang’ sehingga kini tak berjawab.Tup tup bagi lagi Tanah Tanjong Pagar kepada Singapura !

6. Hangpa tambah laa pulak..hahahaha

OK..antara diatas DAP dan PKR serta PAS punya kerja ka?….

Aku bagi satu contoh di Kelantan ..Hangpa ingat senang ka ‘orang luar’ nak beli tanah negeri Kelantan ? Terbukti Pas lebih sistematik untuk memelihara anak melayu dan bukan melayu Kelantan.

Banyak lagi yang aku simpan…simpan sat..hahahah hahahaha

Asri nafi sertai Umno,mahu kekal ‘pemerhati luar’

KUALA LUMPUR, 2 Dis — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan beliau tidak ada sebarang rancangan untuk menyertai mana-mana parti politik termasuk Umno buat masa sekarang.

Sehubungan itu kata beliau, kehadirannya pada Perhimpunan Agung Tahunan 2011 yang berlangsung sekarang hanyalah sebagai tetamu jemputan dan tidak harus dilihat sudah pun memutuskan untuk menyertai Umno.

Katanya, kehadirannya pada perhimpunan parti itu sekarang tidak boleh dianggap beliau sudah atau akan menyertai Umno.

Ini kerana, kata Asri (gambar), beliau pernah menerima dan menghadiri jemputan parti-parti lain termasuk PAS.

“Tidak, tidak. Saya hanya hadir sebagai tetamu jemputan, mereka jemput saya hadir, hormati jemputan, lagipun secara kebetulan saya ada masa,” kata beliau sambil menambah mahu kekal seperti sekarang di mana menjadi pemerhati dan penganalisis dari luar.

“Saya pun sepatutnya hadir pada 27 November lalu atas jemputan PKR, tetapi saya tidak sempat. Dulu saya pernah hadir muktamar PAS. DAP pun pernah jemput saya dua tahun lalu, tetapi saya tidak sempat pergi,” kata felo Pusat Pengajian Islam Oxford ini.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Asri berkata, “saya lebih suka berada seperti sekarang, menjadi pasukan ketiga, melihat dari luar.”

Selaku tetamu Umno Asri mengambil bahagian dalam hampir kesemua acara utama dan sampingan sejak empat hari lalu.

Beliau pernah disebut-sebut akan menyertai Umno tahun lalu bersama sekumpulan ulama muda, tetapi akhirnya memberi kenyataan bahawa mahu kekal tidak menjadi ahli politk mana-mana parti.

Asri juga berkata beliau gembira menjadi “pihak ketiga” dengan memberi pandangan dan nasihat kepada parti-parti politik.

“Ini bermakna parti-parti politik masih sanggup menerima pandangan daripada pihak ketiga. Ini perkembangan yang sihat,” kata beliau lagi.

tmi

Umno Melucah Lagi Dalam DUN N.9


Sidang DUN: Adun wanita DAP ‘serang’ menteri besar

Berhubung kenyataan Datuk Seri Mohamad Hasan kadang kala jenayah juga berpunca daripada kecuaian orang ramai yang tidak mengunci pintu dan meletakkan tong gas di belakang rumah.

SEREMBAN: Sidang DUN Negeri Sembilan hangat seketika apabila Adun wanita Wong May  May (DAP-Mambau) “menyerang” Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataan kadang kala jenayah juga berpunca daripada kecuaian orang ramai yang tidak mengunci pintu dan meletakkan tong gas di belakang rumah mereka.

Mohamad (BN-Rantau) berkata demikian ketika menjawab soalan asal P Gunasekaran (DAP-Senawang) yang meminta kes jenayah perlu dibanteras secepat mungkin agar orang awam bebas bergerak dan berada di dalam situasi yang selamat.

Jawapan  itu membangkitkan kemarahan May May apabila beliau mendesak Mohamad meminta maaf kerana menyalahkan mangsa jenayah.

“Jawapan ini menghina dan meletakkan kesalahan pada mangsa jenayah sedangkan peratusan mangsa cuai adalah amat kecil.

“Malah rumah Adun Lobak, Loke Siew Fook sendiri pernah dipecah masuk sehingga pintu bilik beliau turut dipecah walaupun rumah beliau mempunyai tiga kunci dan bilik juga berkunci”, kata May May.

Ketika itu  Zainal Abidin Ahmad (BN-Sungai Lui) mencelah dengan bertanya pada May May “Mambau masuk bilik Lobak kah?”.

Desak minta maaf

Pertanyaan yang berbaur lucah tersebut membuatkan wajah May May agak berang. Bagaimanapun May May tidak menghiraukan Zainal Abidin dan terus mengasak Mohamad dengan mendesak meminta maaf.

May May juga turut mempertikaikan jawapan Mohamad bahawa kadar jenayah telah menurun sebanyak 20 peratus.

May May berkata kadar jenayah tidak turun tetapi mungkin ramai yang tidak mahu membuat laporan polis kerana hilang keyakinan ke atas pihak polis .

“Ada mangsa yang membuat lima hingga enam laporan polis tetapi tiada tindakan.Kadang kala terpaksa menunggu sehingga berjam-jam untuk membuat laporan polis dan menunggu pegawai penyiasat (IO).

“Mangsa yang dalam keadaan seperti ini sudah tentu akan hilang keyakinan kepada pihak polis”, ulas May May lagi.

Mohamad  bangun dan menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud meletakkan kesalahan kepada orang ramai yang cuai sebagai punca jenayah tetapi sekadar mengingatkan bahawa tanggungjawab untuk memastikan tahap jenayah terkawal itu adalah tanggungjawab bersama dan bukan seratus peratus diletakkan di atas bahu pihak berkuasa semata-mata.

fmt

Gaddafi Libya Sudah Mati,Gaddafi Malaysia Siapkan Kubur


Bekas pemimpin Libya Kol Muammar Gaddafi, yang memerintah negara itu selama 42 tahun, ditemui terbunuh di lokasi beliau bersembunyi di Sirte hari ini.

Gaddafi Libya yang zalim sudah sampainya untuk pergi selamanya.42 tahun sudah begitu azab bagi rakyat marhaen Libya.Kezaliman dalam bermacam sudut sudah sampai waktunya ditamatkan oleh rakyat Libya.

Kini giliran Gaddafi Malaysia untuk bersedia menggali lubang kubur setelah 54 tahun bermaharajalela, segala tindak tanduk BN sudah sampai waktunya ditamatkan oleh rakyat marhaen Malaysia pula.

Golongan bangsawan Umno/Bn perlu segera dibuang dari peta politik Malaysia.Rakyat Malaysia perlukan pentadbiran yang lebih cekap dan adil untuk semua mengembalikan semula wajah sebenar ‘Semenanjung Emas’ yang sejak dulu sudah dikenali dengan tanah makmur dan gemilang bangsa.

Bob Lokman dan Aziz Bari sebagai ikon baru untuk rakyat..

Akedemis dan seni, Umno tidak akan berupaya menghalang ombak perubahan Melayu

Bekas pelakon dan penulis lirik Bob Lokman mesti tertanya-tanya adakah dia akan menjadi orang Melayu seterusnya yang dikecam pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak selepas Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menggantung Professor Aziz Bari kerana komentarnya dilihat tidak digemari olah parti pemerintah Malaysia – UMNO.

“Apa salahnya saya menjadi alat untuk Islam yang merupakan the way of life?” Tanya Bob, yang nama sebenarnya adalah Muhamad Hakim Lokman yang sudah disenarai hitam oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pada hari Khamis, Aziz Bari telah digantung oleh UIA – langkah yang menggerunkan dunia akademia di Malaysia. Tetapi rakyat Malaysia sudah biasa dengan intimidasi seperti ini oleh kerajaan persekutuan UMNO-BN, dan perasaan yang dirasakan sekarang adalah amarah di atas perlakuannya.

Adalah ironis apabila tidak sampai satu bulan yang lalu di malam Hari Malaysia, Najib telah berikrar untuk lebih mendemokrasikan negara ini, dan membenarkan kebebasan bersuara dengan membenarkan perhimpunan aman. Untuk menunjukkan beliau bersungguh-sungguh, beliau juga mengumumkan rancangan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Kecemasan (EO) walaupun beliau dengan cepat berkata undang-undang baru akan diwujudkan.

“Najib dan BN asyik mengecewakan rakyat Malaysia. Sekarang, kelihatannya mereka akan bersungguh-sungguh untuk menghalang ombak perubahan merebak di golongan Melayu, yang merupakan pengundi utama mereka. Maka Melayu yang liberal dan berpengaruh akan menjadi sasaran. Selebiti-selebriti yang terkenal dan secara terbuka menyokong Pakatan juga akan menjadi sasaran,” kata Naib Presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Tidak takut

Sekarang yang merupakan ahli PAS, Bob terlibat dalam satu masalah pada awal bulan ini apabila Jais kawalan UMNO cuba mencegahnya daripada berdakwah tanpa lesen di Masjid Sungai Lu di Hulu Langat.

Bob tetap pada pendiriannya, enggan mengalah kepada Jais yang didakwanya menjadi balaci UMNO. Sememangnya, Jais dianggap oleh orang-orang Islam sebagai kubu terakhr UMNO di negeri Selangor.

“Sopan ini termasuk dalam bab akhlak. Akhlak ni kalau bab bersopan mesti dalam keadaan tertentu. Dalam kes tangkapan Jais ini, kita nampak Jais buat kerja kerana Umno. Jadi kalau saya duduk dalam PAS orang yang panggil saya itu orang Umno saya tak datanglah,” Harakahdaily melaporkan kata Bob.

“Kalau dia bersifat neutral saya akan datang. Tapi ada kenyataan Jais menghina bahawa ahli PAS 85 peratus tak boleh baca Quran maka saya tau pendirian dia…maka saya pun kena nyatakan pendirian saya. Jadi kita kena tahu pendirian dan orang yang berjuang kena tahu prinsip.”

Kerana cintakan Islam

Dengan cepat Bob menafikan yang dia digunakan oleh PAS dan diheret ke setiap ceramah oleh pemimpin-pemimpin parti, yang mahu menggunakan status selebritinya untuk menarik penonton.

“Soal dipergunakan ini, kita kena tau apa ini dunia. Dunia ini satu lapangan. Lapangan perlukan alat untuk membuka pintu akhirat dan agama alat menuju akhirat. Jadi orang kena fahamlah apa itu the way of life. Kalau orang tak boleh faham the way of life, maka dia menyembah dunia,” kata Bob yang menjadi ahli pada bulan Februari.

“Kita menyembah Allah, Islam itu Allah beri kepada kita untuk bagaimana kita nak guna. Bagaimana nak pakai umur, nak pakai harta kita? Islamlah caranya…dan saya tak salah diperalat Islam untuk buka pintu akhirat.”

Hidup sekarang lebih bermakna

Dianggap sebagai ‘Lahir-semula-Muslim’, Bob akui hidupnya lebih bermakna sekarang dibandingkan dengan sewaktu dia seorang artis. Apa-apa yang dituturinya adalah untuk Islam, tegasnya.

“Hari ini pun macam dulu jugak banyak bercakap tapi sekarang cakap ada maknalah. Dari hati, cakap untuk mati,” katanya.

Tambahnya, kehidupannya sekarang lebih kepada menguatkan jiwa untuk perjuangan Islam.

“Ini perjuangan yang menggunakan zahir dengan apa cara sekalipun tapi tujuannya ialah memperkukuhkan roh. Kalau dulu berlakon cari duit nak makan je. Sekarang bukan berlakon tapi cakap betul. Tapi bukan cari duit nak makan. Kadang-kadang bukan dapat duit pun, bukan orang bayar pun,” katanya berseloroh.

MC

%d bloggers like this: