Tag Archives: Umno Selangor

Hasan Ali Masuk Umno Esok ?


Benarkah Hasan Ali umum sertai Umno esok ?

“Kami akan panjangkan borang permohonan tersebut kepada majlis tertinggi (MT) Umno,” kata Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukor Idrus.

Desas desus mengenai Exco Agama kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menyertai Umno semakin semakin kedengaran.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukor Idrus menafikan perkara tersebut.

“Saya tidak mendengar apa-apa lagi. Tetapi jika berminat, dia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan parti.

“Pertama, dia kena isi borang dan kemudian serahkan kepada pejabat Umno negeri di Shah Alam.

“Kedua, kami akan panjangkan borang permohonan tersebut kepada majlis tertinggi (MT) Umno,” katanya.

Sidang media esok

Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor akan mengadakan sidang media di rumahnya di pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur esok.

PAS memecat beliau Ahad lalu ekoran beberapa kenyataan kontroversi dan yang terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menentang sokongan rakyat kepada perhimpunan di mahkamah tinggi Kuala Lumpur di hari keputusan kes liwat Anwar kerana menganggap ia kes peribadi tokoh pembangkang itu.

Mahkamah, Isnin lalu membebaskan Anwar dari tuduhan tersebut.

Syukor menambah, Umno Selangor mengalu-alukan kemasukan Dr Hasan ke dalam Umno.

“Sebagai tokoh politik yang berpengalaman, Dr Hasan boleh membantu Umno negeri merampas balik Selangor,” tambahnya.

oleh Muda Mohd. Noor

Video Persidangan Umno Sungai Besar Kena Boikot


jawapan kepada noh omar yang nak tawan 35 kerusi Dun Selangor..

Kerajaan Selangor Gesa SPRM Siasat Dana Umno Selangor


 

SPRM perlu siasat dana Umno Selangor

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Kerajaan negeri Selangor menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat punca Umno Selangor dan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) memperoleh dana, dipercayai lebih sejuta ringgit, yang digunakan sebagai wang sumbangan kepada pelajar-pelajar yang balik ke Mesir.

Pelajar-pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir menerusi Ops Piramid mula balik ke negara itu sejak minggu lalu untuk meneruskan pengajian, dengan sebahagian mereka menerima sumbangan wang sagu hati. Continue reading

%d bloggers like this: