Tag Archives: Trio Umno

HOT: Papagomo Kena Kantoi Dengan Johari Abdul


Pasti 3 boroi sudah berikan klip video penuh itu kepada papagomo

Jika tidak bagaimana papagomo jadi balachi 3 boroi itu…Atau polis yang berikan klip video itu kepada papagomo?

Taktik lama 3 boroi sudah diketahui dari awal lagi sebelum Johari menerima jemputan 3 boroi itu.

Johari cabar papagomo dedah klip video penuh

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mencabar pemilik blog Papagomo supaya menayangkan rakaman video penuh semasa beliau sedang menonton video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang di bilik Hotel Flamingo Mac lalu.

“Saya cabar Papagomo keluarkan klip video penuh yang dirakam semasa saya menonton video seks itu. Jangan setakat dua minit saja kerana pertemuan kami lebih dua jam setengah.

“Sekurang-kurangnya tayanglah klip video selama 32 minit,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Rabu.

Menurut Johari yang yakin pemilik blog pro kerajaan itu memiliki rakaman penuh klip video beliau sedang menyaksikan video seks kononnya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama trio Datuk T mahu rakaman audio bekas Menteri Besar Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik didakwa menawarkan wang ‘pelincir’ sebanyak RM50,000 kepadanya turut didedahkan.

“Saya minta siarkan juga di mana babak Rahim tawarkan duit dan keselamatan serta berjanji membawa saya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri. Dalam klip video itu pasti ada disebut dengan jelas,” ujarnya.

Johari yang juga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mengakui menonton video seks bersama trio Datuk T Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Abdul Rahim dan Datuk Shuaib Abdul Lazim yang juga bapa saudara beliau.

Katanya, beliau sudah memaklumkan jemputan itu kepada Anwar dan bersetuju untuk datang atas dasar persahabatan dan hubungan anak saudara kepada Shuaib.

Di dalam paparan klip video terbaru ini, ketiga-tiga mereka kelihatan sedang berjenaka manakala Johari dilihat sedang ketawa dan memperkatakan sesuatu tentang adegan yang terdapat di dalam klip video yang sedang dia saksikan itu.

Bagaimanapun, Johari mengakui beliau bersikap demikian kerana ingin menjaga hubungan persahabatan di antara mereka yang sudah lama terbina, apatah lagi bapa saudaranya juga berada di situ. “Saya dapat rasakan mereka mahu memerangkap saya… sebab itu saya angguk dan senyum. Anda bayangkan saya ada perasaan bahawa ia bukan mengenai Anwar tetapi dosa. “Oleh itu, saya terpanggil untuk menerangkan isu ini kerana klip video selama dua minit itu mendapat pelbagai tafsiran oleh semua pihak,” katanya.

mStar

Pi Masjid Pakai Jaket Kalis Peluru,Pi Sarang Pelacur Tak Payah Pakai


Mat Zain: Eskay rancang timbul ketegangan di masjid

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim percaya tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memakai jaket kalis peluru ketika mengangkat sumpah laknat di sebuah masjid baru-baru ini, bertujuan menimbulkan kekecohan.

Dalam surat terbarunya, Mat Zain berkata perbuatan itu bukan sahaja mencemarkan kesucian masjid dan agama Islam malah merupakan satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 295 Kanun Keseksaan.

“Sebaliknya apabila ke masjid, bukan sahaja beliau memerlukan jaket kalis peluru, malahan beberapa orang pengawal peribadi yang mungkin bersenjata mengawalnya.

Dalam kata yang lebih mudah, pada pendapat saya, Eskay ingin memberi tahu umum bahawa kepada beliau, berada ditempat pelacuran, lebih selamat daripada berada dalam Masjid.

“Pada pendapat saya seterusnya, pemakaian jeket kalis perluru di dalam masjid itu adalah sesuatu yang telah dirancang. Suasana tegang yang timbul di perkarangan Masjid pada hari tersebut adalah sesuatu yang telah diduga, malah yang diharapkan oleh Eskay, Rahim dan Shuib,” katanya yang baru-baru ini menulis surat terbuka kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar supaya tidak mengikut telunjuk Peguam Negara dalam kes itu.

Menurut Mat Zain, keadaan itu ditambah dengan tindakan Eskay mengumumkan secara meluas acara sumpah laknat tersebut beberapa hari sebelum upacara itu diadakan di Masjid Amru Al-As itu, Sentul.

“Malah Eskay mencabar secara terbuka sesuatu pihak untuk turut sama dalam majlis tersebut.

“Tidak keterlaluan untuk saya berpendapat,bahawa Eskay,Rahim dan Shuib memang mengharapkan mereka atau salah seorang daripada mereka dicederakan walaupun sedikit, supaya keadaan yang lebih kecoh boleh diujudkan di dalam Masjid itu yang mungkin boleh menjejaskan ketenteraman awam , malah mungkin merebak ke masjid-masjid lain,” ujarnya lagi.

Shazryl, bekas ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim adalah tiga individu yang menayangkan rakaman video fitnah mengaitkan ia dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu.

Ia mengundang kecaman banyak pihak, berikutan video itu disebar secara meluas di internet dan dikesan sebagai percubaan jahat untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana paparan imej lelaki dalam video berkenaan ternyata bukan Anwar, berdasarkan kepada bentuk badan beliau, potongan rambut dan lenggok beliau.

Pada 29 April lalu, Syazryl, disaksikan Rahim dan Shuib mengangkat sumpah laknat bertempat di-Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur bagi membenarkan dakwaan itu.

Tindakan  itu dikecam banyak pihak terutama golongan agamawan kerana sumpah seumpama itu, tidak dianjurkan Islam.

Di dalam Islam, Islam hanya menganjur kan sumpah Li’an, dalam perkara membabitkan hubungan suami dan isteri, manakala sumpah mubahalah pula hanya membabitkan persoalan akidah.

Tindakan Trio Datuk T itu mengundang kekecohan di dalam masjid berkenaan apabila beberapa pihak menghalang mereka dari melakukan perbuatan yang menghina kesucian Islam dan masjid itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13194

Gempar: Eskay Nafi Tuduh Anwar Berzina Pulak


Biaq betui..hahaha

Apa sudah jadi pada si eskay ni?..kot mana pulak hangpa nak putar ni?

Atau dah kena badi ‘Sumpah Laknat’..Wallahu A’lam

Eskay nafi tuduh Anwar lakukan seks

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks yang didedahkannya.

Pengakuan itu bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,” kata Eskay selepas memberi kenyataan di Balai Polis Kepong petang tadi, lapor Malaysiakini.com.

Eskay juga dilapor cuba meletakkan beban dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu kepada wartawan.

Menurutnya,  beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

Mereka turut mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.

Video fitnah berkenaan kemudian disebar secara meluas di internet oleh blogger Umno- Barisan Nasional.

Keadilandaily

Husam Cabar ‘Datuk T’ Jalani Ujian Poligraf


Selepas sumpah ‘Liaan’ disalahgunakan,adakah trio Umno akan buat ujian poligraf pula

BANDAR PUTRA – Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa mencabar trio ‘Datuk T’ menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada mereka berbohong atau tidak dalam isu video seks yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, ujian itu perlu dilakukan bagi membolehkan dakwaan mereka itu benar-benar boleh dipercayai dan bukan sekadar tindakan terdesak untuk kepentingan politik murahan.

“Kalau Datuk T betul, saya cadangkan adakan ujian poligraf untuk memastikan mereka tidak berbohong mengenai isu video aksi seks. Ujian perlu dilakukan secara terbuka dengan dihadiri panel-panel pakar,” katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Johor, di sini.

Selain itu Husam turut turut mempersoalkan tindakan Datuk Shazrul Eskay Abdullah tidak melaporkan kepada pihak berkuasa agama ketika kejadian seks itu berlaku, sebaliknya mendedahkannya ketika musim pilihan raya Sarawak berlangsung.

“Mengapa ketika kejadian itu berlaku dia (Eskay) tidak panggil penguat kuasa jabatan agama sebab itu lebih mudah kerana mempunyai saksi cukup untuk dakwa si pelaku dalam video itu,” katanya.

Bagaimanapun katanya, isu video seks berkenaan tidak akan menggugat kedudukan dan pengaruh Pakatan Rakyat (PR) kerana tidak mampu untuk mengubah pendirian rakyat terhadap kredibiliti kepimpinan mereka.

“Cabaran boleh ditukar menjadi peluang jika dihadapi dengan tenang dan masalah ini (isu video seks) boleh digunakan untuk bangkitkan sentimen orang Melayu. Tidak mustahil isu ini juga akan tikam UMNO semula,” katanya.

Beliau turut menyifatkan pendedahan video aksi seks itu sebagai politik lucah yang diamalkan parti tertentu untuk meraih kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

“Kejadian yang dirakam dalam video itu berlaku pada malam 21 Februari tetapi pagi keesokannya (22 Februari) Anwar dilihat menghadiri perbicaraan di mahkamah.

“Kemudian rambut individu dalam video itu jauh lebih pendek berbanding rambut Anwar pada 22 Februari. Jika Anwar adalah individu itu, tidak mungkin rambutnya boleh tumbuh panjang dengan begitu pantas dalam masa beberapa jam sahaja.

“Jadi besar kemungkinan bahawa pelakunya merupakan orang berbeza dan ini perlu disiasat dengan lebih terperinci,” katanya.

HS

Video Seks: Polis Cooperate Dengan BN?


Video seks: Polis bersekongkol dengan BN,dakwa PKR

PKR mendakwa polis bersekongkol dengan BN berhubung sebuah video seks yang didakwa membabitkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan aksi seks dengan seorang pelacur.

Pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pemimpin parti itu mendakwa polis bertanggungjawab menuduh Anwar sebagai pelaku dalam video seks berkenaan.

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata beliau mendapat aduan seorang pegawai polis yang dikenali sebagai SAC1 Isa Abdul Rahman dari Bukit Aman telah memberi ceramah kepada guru-guru di beberapa sekolah di Kelantan sejak beberapa bulan lalu dan mencemarkan nama baik bapanya itu.

“Saya diberitahu pegawai dari Bukit Aman itu memberitahu guru-guru di Kelantan bahawa Anwar adalah ancaman kepada keselamatan negara dan pelaku video itu adalah Anwar.

Kita mengecam perbuatan ini dilakukan sendiri oleh pegawai tertinggi Bukit Aman,” katanya.

Rakan naib presiden PKR Tian Chua juga senada menuduh polis “menari mengikut rentak parti pemerintah”.

Katanya, beliau secara peribadi juga mendapat aduan bahawa pekerja parti berbangsa Melayu PKR telah diberikan ‘nasihat mesra’ daripada polis.

“Pekerja pilihan raya kami telah dipanggil dan diberi ceramah oleh polis yang berkata Anwar adalah lelaki di dalam video itu dan mereka mempunyai maklumat dalaman.

“Ini bukan kes terpencil. Ramai ahli kami yang berbangsa Melayu dijadikan sasaran untuk diberikan ‘nasihat’ bahawa Anwar adalah pelakunya. Kata-kata seumpama itu telah banyak dialami oleh ahli PKR,” katanya.

Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid.

mKini

Nota: Hebat jugak 3 boroi masuk keluar masjid pun di kawal ketat oleh Polis.Patutlah dari awal lagi Polis tak mau tangkap 3 ekoq boroi tu..hahaha

Kuharapkan pagar,rupanya pagar …….hangpa sambung ayat tu..hahaha

Lepas ni kita tunggu apa pulak drama 3 boroi tu..


PDRM Cekap Tapi 2 Kali Kena Reject?


Mengapa Polis cekap susah dakwa Trio Umno

Siasatan siap, dihantar ke pejabat Peguam Negara, kena tendang, sudah lengkapkan siasatan dan hantar semula, pejabat Peguam Negara tendang lagi dan kini tetiba polis meminta lebih banyak masa untuk melengkapkan siasatan berhubung video lucah yang didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang.

“Polis Malaysia yang terkenal dengan kecekapannya, apa yang payah sangat untuk dakwa pemilik video dan orang yang menayang klip video lucah kepada orang awam? Kan ini terang-bederang sudah bercanggah dengan akta yang ada?” sindir Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar menyatakan polis memerlukan lebih masa untuk menjalankan siasatan berhubung rakaman video seks yang didedahkan trio Umno Datuk T, yang diketuai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik setelah Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis untuk menyemak dan menambah maklumat berhubung kertas siasatran rakaman aksi tersebut untuk kali keduanya.

“Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari.

“Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan,” kata Khalid yang dipetik Bernama.

Khalid, bagaimanapun enggan mendedahkan bahagian mana dalam siasatan tersebut yang ditegur Pejabat Peguam Negara. Jika selepas ini polis menghantar lagi kertas siasatan kepada Peguam Negara, ini adalah kali ketiga perkara ini dilakukan.

Berikut ialah kronologi ‘pengisytiharan’ polis mengenai siasatan video seks melalui media tradisional Umno Barisan Nasional:

11 April: Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata identiti pemilik jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada polis berhubung kes rakaman video aksi seks didakwa melibatkan pelaku dilaporkan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui tidak lama lagi.

Polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.

14 April: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah memperolehi bukti-bukti ‘kukuh’ yang mencukupi untuk mengenalpasti individu yang dikaitkan dalam video seks.

“Kami sudah mengambil kenyataan dari semua orang yang boleh membantu dalam siasatan kes ini, termasuk wanita dalam video,” Ismail dipetik berkata oleh The Star.

15 April: Acryl berkata polis percaya wanita dalam rakaman video seks itu adalah rakyat China dan menafikan laporan akhbar yang memetik Ismail sebagai berkata polis telah mengambil keterangan wanita dalam video itu.

Setakat ini maklumat kita mempercayai wanita (dalam) video itu sebagai warga China tetapi belum disahkan secara pasti dan setakat ini tiada perkembangan yang sensasi,” katanya kepada Bernama menerusi SMS.

18 April: Acryl berkata “kemungkinan” Datuk T akan didakwa berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video.

Jam Omega, katanya, bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu.

April 20: Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis membuat semakan serta penambahan maklumat berhubung kertas siasatan rakaman aksi seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang.

“Saya telah berikan polis arahan supaya menyiasat lanjut. Kita tidak memberikan mereka sebarang tempoh masa untuk melengkapkan siasatan.

“Ini kali kedua kertas siasatan dipulangkan kepada polis,” kata Ketua pendakwa Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

April 21: Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

April 23: Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, “Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari.”

“Kenyataan pihak polis bahawa mereka telah siap dan telah serah kepada pihak pnguam negara, dan media telahpun mengambarkan bahawa Datuk T trio Umno akan didakwa; tiba-tiba kini polis memerlukan masa lagi untuk lengkapkan siasatan.

“Apakah ada motif lain sehingga ianya mengambil masa yang sangat lama? Apapun rakyat akan terus menilai setiap perkara,” kata Tuan Ibrahim sebagai respon kepada perkembangan kenyataan polis yang semakin tidak menentu dan kelewatan siasatan yand didakwanya akan mendedahkan mangsa kepada pelbagai keaiban yang dimanipulasikan oleh media tradisional Umno Barisan Nasional.

Topik video seks yang didakwa membabitkan Anwar telah menjadi topik hangat media tradisional Umno Barisan Nasional sejurus selepas video berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan trio Umno dikenali sebagai ‘Datuk T’ di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac yang lalu.

HD

Nota: Keupayaan dan kecekapan Polis Diraja Malaysia memang terbaik dirantau Asean dan Asia, tahniah Blog ini ucapkan kepada PDRM di arena antarabangsa.

%d bloggers like this: