Tag Archives: tipu

Kerana Cinta Tubuh Kuserahkan Kepada Warga Asing


Serah tubuh untuk bebaskan suami

MELAKA: Seorang kakitangan sebuah bank di negeri ini mendakwa diperdaya seorang lelaki warga asing yang memaksanya melakukan hubungan seks sebagai balasan bagi membebaskan suami yang kononnya diculik.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa pada 8 Oktober lalu, wanita berusia 27 tahun itu mendakwa dirogol dan dipaksa melakukan seks oral oleh lelaki berkenaan selepas mengikuti suspek, 29, yang kononnya mahu membantunya mencari suaminya.
Menurut sumber, sehari sebelum kejadian (7 Oktober), mangsa mendakwa dia dan suaminya, lewat 20-an, membawa lelaki warga asing itu yang juga rakan suaminya, makan di sebuah restoran di Bukit Beruang, sebelum suaminya menghantar lelaki itu pulang, manakala dia menaiki sebuah lagi kereta.

“Beberapa jam kemudian, mangsa mendakwa lelaki berkenaan menelefonnya bertanya mengenai suaminya menyebabkan dia terkejut kerana sepatutnya dia bersama kenalannya itu.
“Lelaki warga asing itu yang juga ahli perniagaan kemudiannya menyatakan suaminya mungkin diculik dan menawarkan diri untuk membawa wanita itu ke balai polis untuk membuat laporan.
“Mangsa cuba menghubungi suaminya beberapa kali, namun gagal dan berikutan bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia akhirnya bersetuju mengikuti lelaki berkenaan,” kata sumber.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, wanita itu mendakwa lelaki berkenaan mengherdiknya selain mengaku dia yang menculik suami mangsa dan disembunyikan di rumahnya di Bukit Beruang.
Katanya, wanita itu mendakwa kemudian dibawa ke rumah suspek sebelum dipaksa melakukan seks oral dan dirogol dengan ganas hingga mangsa mengalami kecederaan di kedua-dua belah pahanya sebagai balasan membebaskan suaminya.

“Mangsa mendakwa lelaki memberitahu dia ghairah melihat bentuk tubuhnya hingga mahu melakukan hubungan seks.
“Berikutan laporan polis yang dibuat mangsa, polis kemudian menahan lelaki warga asing berkenaan di rumahnya di Bukit Beruang Utama beberapa hari selepas itu.
Sumber berkata, kejadian culik itu dipercayai tidak berlaku dan suami mangsa pulang ke rumah keesokan harinya dan ketika kejadian, dia berada di tempat lain.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, warga asing itu turut membuat laporan berasingan kelmarin mendakwa wanita itu dan suaminya mereka-reka cerita kerana gagal memeras wang daripadanya.

HM

Kantoi: Gadis dan Mamat Negro Kena Cekup Tipu Wang Bapa sendiri


Awek dan mamat negro kena cekup

Akibat terdesak untuk mendapatkan wang, seorang gadis sanggup bersekongkol bersama teman lelaki warga asing dengan merancang penculikan dan mendesak bapa sendiri membayar wang tebusan berjumlah AS$500,000 (RM1.5juta).

Bagaimanapun taktik mereka musnah setelah polis berjaya menghidu rancangan itu adalah satu penipuan malah kedua-duanya ditahan dalam tempoh 48 jam di sebuah hotel di Pulau Pinang pada 23 Julai lalu.

Gadis tempatan berusia 23 tahun berkenaan dan teman lelakinya, warga Nigeria berusia 20-an adalah penuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di ibu negara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah (gambar) berkata, pada 21 Julai lalu, keluarga gadis itu yang berada di Kuching, Sarawak mendapat panggilan seorang lelaki kira-kira jam 3 petang, mengatakan mereka diculik dan hanya akan dibebaskan jika keluarga membayar wang tebusan itu.

Beliau berkata, selepas menerima panggilan, keluarga gadis tersebut sangat terkejut kerana menyangka anak perempuan mereka benar-benar diculik.

Menurutnya, bapa gadis itu, 53, yang bekerja sebagai akauntan kemudian membuat laporan polis di Kuching kira-kira 11.06 malam hari sama, berhubung kejadian.

“Hasil maklumat itu, kita jalankan siasatan sebelum dapat kesan kedudukan kedua-dua suspek dan menahan mereka di lobi sebuah hotel di Pulau Pinang pada Ahad lalu.

“Setelah ditahan, kedua-dua mereka mengaku merancang penculikan itu dan meminta wang tebusan terbabit daripada keluarga suspek wanita,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, semalam.

Mohd Adnan berkata, siasatan awal dapati kedua-duanya merancang penipuan itu kerana kehabisan duit belanja harian, selain terdesak untuk membayar kos perbelanjaan program pengajian berkembar mereka

Bongkar: Biometrik Alat BN Untuk Selamatkan Kuasa


PENIPUAN YANG LICIK 

PAKATAN KEKAL PENDIRIAN TOLAK SPR GUNA BIOMETRIK – minsider

Pakatan Rakyat terus dengan pendiriannya menolak sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 dan masih mahu kerajaan menggunakan dakwat kekal.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya menolak sekeras-kerasnya sistem biometrik kerana tidak menjamin elemen satu orang satu undi semasa pilihan raya.

“Kita perlu menentang sistem ini. Sudah menjadi tanggungjawab rakyat memastikan negara bersih dan adil,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran slogan Selangorku di sini malam tadi.

NOTA:
ingat kembali
ingat kembali
tukar tiub pernah mengingatkan
bahawa biometrik ini adalah kunci kemenangan sampai kiamat

kuncinya:
siapa memiliki server
maka orang inilah yang memiliki jumlah undi

lupa?
tak ingat?
lalai?
atau memang bodoh

ingat kembali pemilihan president amerika tahun 2000

al gore lawan bush

al gore tewas di florida
tahu apa sebabnya?

di new mexcio bush hanya menang dengan 363 undi
ini masuk akal kerana ini kota yang kecil

tetapi di florida bush dikatakan menang dengan 537 undi
ini tak munusabah keana florida wilayah yang besar

kenapa al-gore tewas?
kah kah kah
kah kah ka

siapa memiliki server akan memiliki undi

siapa pemilik server di florida?
syarikat siapa?
kah kah kah

syarikat yang dimiliki oleh jeb bush
hantu mana maloan ini
kah kah kah

jeb bush ialah adik george bush

NOTA:
ingat 2 tahun daulu najib pergi ke india
najib singgah di puna
ketika ini lagi ajenda biometrik telah dibincangkan
sebuah syarikat kroni telag mendapat kontrek ini

jadi bagimana?

di cubakan pada pelajar universiti dahulu
ada bantahan oleh pelajar dan mahasiswa
maka sekarang sedang dicuba kepada pendatang haram

jelas: sampai kiamat kalau sistem ini digunakan
malapetaka yang kita hadapi sekarang akan
berterusan hingga kiamat

JELAS:
kalau pilihanyara boleh mengubah apa apa
pilihanraya ini akhirnya akan di haramkan

BUKAN SIAPA TURUN MENGUNDI
TETAP SIAPA MENGIRA UNDI

TT

http://tukartiub.blogspot.com/2011/07/rancangan-untuk-menipu.html

Lagi Seorang ‘VIP’ Kena JeL


‘VIP’ masuk jel kali kelima

Seorang pemuda yang gemar berlagak dengan menyamar sebagai Very Important Person (VIP) dengan menjalani gaya hidup mewah sejak tiga tahun lalu sekali lagi menjerat dirinya sendiri, semalam.

Lepasan diploma dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan tersebut dijatuhi hukuman penjara untuk kali kelima di Mahkamah Kota Bharu, di sini, pagi semalam.

Wan Hazrul Anuar Wan Hussein dihukum 24 bulan penjara selepas didapati bersalah menyamar sebagai setiausaha sulit kepada orang kenamaan bertujuan memperdaya seorang peniaga supaya menyerahkan dua televisyen Panasonic 32 inci bernilai RM2,400, 4 Januari lalu.

Pada prosiding semalam, tertuduh yang berusia 28 tahun mengaku menyamar sebagai setiausaha sulit tersebut sebelum menghubungi Reza Nasriq Ridhuan mendakwa ada individu yang mahu memberi sumbangan televisyen kepada sebuah badan perhubungan, di sini.

Pada jam 4.15 petang, tertuduh sendiri datang ke Kedai Televisyen Wani Jaya Enterprise, Kubang Kerian dan mengambil televisyen tersebut sebelum meninggalkan sekeping cek.

Bagaimanapun ketika mangsa cuba tunaikannya mendapati ia adalah cek lama lalu bertindak melaporkan ke balai polis Kubang Kerian yang membawa kepada penahanan tertuduh 16 Mei lalu.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad dalam keterangannya memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal berikutan tertuduh mempunyai empat rekod kesalahan lampau.

“Rekod lampau menunjukkan tertuduh tidak insaf dengan perbuatan yang dilakukannya itu,” katanya.

Majistret Nur Zakiyah Shamsudin kemudiannya mengenakan hukuman penjara tersebut bersama satu sebatan rotan terhadap Wan Hazrul Anuar mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Wan Hazrul Anuar dari Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, di sini sedang menjalani hukuman tiga tahun penjara dan lima sebatan rotan bersabit kesalahan menyamar anak Exco, 26 April lalu.

%d bloggers like this: