Tag Archives: Teoh Beng Hock

Perbelanjaan Melampau SPRM: RM90k untuk Vanezis, RM150k untuk Shafee


$150,000.00 bayaran kepada peguam SPRM ?

Malaysia sudah mempunyai beberapa kes rasuah berprofil tinggi dalam beberapa bulan ini, yang didedahkan kepada rakyat. Anehnya, dalam kes-kes seperti skandal Scorpene dan penyiasatan Ananda Krishnan di India, kes-kes rasuah ini disiasat oleh agensi asing. Adalah memalukan untuk membayangkan badan sejawat kepada agensi-agensi pencegah rasuah asing di Malaysia adalah lembab dan tidak memberi perhatian penuh untuk bertindak di tempat sendiri.

Walaupun diberikan mandat baru pada tahun 2008, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia tidak membuahkan banyak hasil walaupun peruntukan tahunannya daripada perbelanjaan negara telah meningkat sepanjang beberapa tahun ini. Dengan perbelanjaan yang meningkat, kenapa hasil SPRM sangat lemah dalam menyelesaikan kes-kes rasuah dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan?

Perbelanjaan melampau

Kes Teoh Beng Hock telah menunjukkan penggunaan wang rakyat yang tidak masuk akal untuk membela dan menjustifikasi peranan SPRM dalam menyiasat kes-kes rasuah. Semenjak 2008, sudah ada dua kematian dalam kawasan persekitaran SPRM yang melibatkan individu-individu di bawah pengawasannya. Teoh Beng Hock merupakan seorang yang menemui ajalnya selepas diinterogasi di dalam pejabat SPRM. Seorang lagi adalah Pengarah Kastam Ahmad Sarbaini.

Penyiasatan Suruhanjaya Di-Raja terhadap kematian Beng Hock yang dilakukan selepas itu memperlihatkan SPRM membela dirinya dan melepaskan diri daripada kes tersebut, dan enggan mengambil tanggungjawab walau sedikit pun terhadap salah lakunya.

Bandingkan ini dengan pakar forensik Thailand Dr Pornthip Rojanasunand. Beliau datang ke Malaysia 4 kali untuk memberi keterangan di mahkamah koroner dan RCI. Beliau juga melibatkan diri dalam autopsy kedua ke atas mayat Teoh Beng Hock. Untuk semua usaha-usahanya itu, beliau tidak mengenakan bayaran walau satu sen pun kerana beliau didorong oleh nuraninya.

Karpal Singh dan Gobind Singh telah melawan di mahkamah bagi pihak keluarga Teoh sejak tahun 2009, daripada mahkamah koroner sehingga ke rayuan dan reviu kehakman yang masih berlangsung sekarag ini – tempoh selama tiga tahun. Pasukan bapa dan anak itu pun melawan untuk pengadilan bagi keluarga Teoh atas dasar pro-bono.

Berbeza dengan ini adalah jumlah wang yang dibelanjakan oleh SPRM untuk membawa pakar-pakar seperti pakar forensik terkenal dari England, Peter Vanezis, dan Muhamad Shafee Abdullah, peguam UMNO yang terkenal, untuk mewakili mereka.

Menurut jawapan bertulis daripada Menteri di Pejabat Perdana Menteri Nazri Aziz kepada MP Serdang Nie Ching, jumlah perbelanjaan oleh SPRM untuk Peter Vanezis, termasuk bayaran pesawat, tempat tinggal, makanan dan miuman, transportasi dan upah kerja, mencecah RM90,680; dan upah kerja professional yang dibayar kepada Muhamad Shafee Abdullah adalah RM150,000. Tidakkah ini melampau?

Yang lawaknya ialah ia mempunyai prestasi paling teruk di kawasan ini

Untuk tahun 2012, peruntukan persekutuan untuk SPRM telah ditingkatkan kepada RM211 juta, jadi membelanjakan wang itu untuk pakar-pakar adalah perkara remeh. Tetapi, kenapa SPRM membelanjakan begitu banyak wang apabila Dr Pornthip datang sebanyak empat kali secara percuma dan Karpal Singh boleh bekerja dengan pro-bono?

Lawak yang paling mantap ialah meskipun mempunyai sumber yang tinggi untuk mendana kerja-kerja mereka, kadar kejayaan SPRM adalah sangat rendah berbanding badan-badan sejawatnya di negara-negara ASEAN yang lain. Kadar sabitan kesalahan SPRM adalah 73%, berbanding Indonesia 100%, Singapura 85% dan Hong Kong 95%. Jelaslah dengan perbelanjaan yang begitu tinggi, SPRM membawa pulangan yang rendah ke atas pelaburan kerajaan dan rakyat Malaysia.

Di sebalik peruntukan yang meningkat untuk mendana perbelanjaan pakar yang tinggi untuk mewakili mereka dan melengkapkan pejabat mereka dengan peralatan-peralatan yang terkini, SPRM tidak dapat menunjukkan peningkatan dalam prestasi dan keberkesanan mereka. Kelihatannya seperti SPRM hanya cakap besar, belanja besar tetapi lemah bekerja dan tidak dapat menjustifikasi jumlah peruntukan yang diterima.

Memasukkan lebih banyak wang kepada usaha yang tidak menguntungkan adalah kurang bijak. Dan ini yang boleh dikatakan mengenai SPRM. Rakyat Malaysia harus menuntut tanggungjawab daripada SPRM terhadap negara kerana menyalah gunakan wang rakyat. Adalah sangat ironis apabila sebuah agensi yang dibina untuk membebaskan Malaysia daripada rasuah menjadi korup disebabkan oleh peruntukan yang sangat tinggi yang diberikan kepada mereka.

MC

Nazri Aziz Akui Pegawai SPRM Memang ‘Bangang’


Blog ini bersetuju dengan kenyataan Nazri siasatan terhadap TBH tidak ikut standard.seperti alasan terbaik Nazri setakat ini…tetapi standard kebinatangan pegawai SPRM itu sudah dilakukan.

TBH sudah tiada..sudah mati ..kerana semasa disoal siasat oleh pegawai SPRM..

Pegawai SPRM hanya kena gantung tugas…adakah itu satu yang relevan?

Kalu dah pegawai ‘bangang’ tu dah mengaku …nak siasat apa lagi

itulah persoalan yang hangat ketika ini jika kita masuk kemana mana forum bual @ chat..

Apa pun rakyat masih ingin melihat apakah tindakan ‘SEWAJARNYA‘ yang dikatakan oleh Nazri itu.

Nazri: ‘Kematian Teoh tidak berlaku jika siasatan ikut standard’

Putrajaya memperakui bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock tidak mati dua tahun lalu jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mematuhi prosedur-prosedur siasatan yang sewajarnya dengan betul.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) menegaskan, beliau tetap bersetuju dengan cadangan suruhanjaya diraja kerana apa yang telah berlaku adalah satu kematian.( seluar koyak ada siasat ke)

Pada sidang media Khamis lalu juga, Nazri berkata kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.

Katanya, hasil siasatan suruhanjaya itu juga mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada.( macam zionist siasat orang palestin)

Dalam satu temu bual hari ini, tegas Nazri, kematian melibatkan Teoh tidak berlaku kalau sisatan dijalankan mengikut standard siasatan yang telah ditetapkan dan menepati piawaian yang memuaskan.

Apabila berlaku keadaan macam ini kita kena terima hakikat bahwa ada perkara-perkara yang tidak patut dilakukan,” kata Nazri sambil menambah, “saya ingin mencadangkan supaya SPRM yang bekerja rapat dengan badan pencegahan rasuah di Hong Kong supaya mengikut cara mereka bekerja.”

“Dulu mereka belajar daripada kita, sekarang mereka berada di kedudukan nombor satu,” katanya lagi.

Nazri menambah, prosedur operasi standard (SOP) di Hong Kong mempunyai piawaian yang sangat tinggi dan SPRM seharusnya berunding dengan badan pencegahan rasuah berkenaan.

“Ikut dan contohilah mereka,” kata beliau lagi dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia edisi hari ini.

“Di Hong Kong tuntutan kepada demokrasi sangat kuat, mereka tidak akan bertolak ansur dengan badan pencegahan rasuah di sana kalau SOP yang diamalkan adalah tidak baik,” kata menteri yang bertanggungjawab atas hal ehwal perundangan dan Parlimen ini.

Nazri juga berkata, kerajaan perlu mengakui bahawa sudah tentu ada kelemahan dalam sistem semasa.

“Jangan nafi. Saya bukan tidak hendak mempertahankan pegawai-pegawai ini tetapi saya percaya dan tahu ada perkara yang berlaku.

“Berdasarkan laporan yang kita baca jelas menunjukkan bagaimana siasatan dijalankan secara berterusan,” katanya yang turut mahu SPRM membetulkan diri.

“Dunia dahulu mungkin berbeza, orang tak banyak buat aduan, aliran maklumat juga sangat perjalan, tetapi sekarang apa saja berlaku sekelip mata, semua orang tahu. Mereka mesti berubah,” katanya lagi.

Suruhanjaya siasatan terdiri daripada lima anggota diketuai oleh seorang hakim telah menjalankan prosiding siasatan selama 50 hari dan memanggil 70 saksi.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Bagaimanapun menurut Nazri, beliau tidak melihat imej SPRM terjejas dengan penemuan siasatan diraja atas alasan dalam mana-mana organisasi ada segelintir kakitangan yang membuat sesuatu tidak mengikut peraturan.(standard la,hang nak kata apa lagi).

“Namun pada saya ia tidak menjejaskan kerja baik yang selama ini dilakukan SPRM untuk membendung rasuah,” katanya.

tmi

Kematian TBH: Berbaloikah Hanya Lucut Jawatan 3 Pegawai Sahaja?


Sudah hampir tiga tahun perjalanan kes Teo Beng Hock berjalan..

Sudah bermacam laporan ,penghakiman dan bermacam lagi perkara bersangkutan ‘dijalankan’.

Apakah keputusan Suruhanjaya Diraja akan terus ‘merajakan’ pihak yang terlibat , atau juga boleh dikatakan ‘merajakan’ mereka hanya dimata tetapi dihati tetap berdetik …itu semua hanya hanya satu permainan licik.

Ramai telah melahirkan kekecewaan kepada sissatan ini , itulah petanda terbaik untuk indeks jenayah yang melibatkan graf Malaysia semakin meninggi dari setahun ke setahun.

Adakah ‘drama’ dari mahkamah akan berulang lagi…’TBH tidak dibunuh dan tidak membunuh diri’.

Maka biarkan saja kluk klek kluk klek terus dimainkan sehingga PRU13 nanti.

Kematian Teoh: SPRM lucutkan tugas tiga pegawai

Dua hari selepas laporan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock didedahkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan tiga pegawainya yang dikatakan bertanggungjawab telah dilucutkan daripada tugas operasi siasatan.

NONEKetiga-tiga mereka adalah – pengarah SPRM Negeri Sembilan Hishamuddin Hashim (kiri), yang ketika itu timbalan pengarah SPRM Selangor dan dua pegawai penguatkuasanya Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus yang terbabit menyoal-siasat Teoh.

Suruhanjaya itu juga telah membentuk sebuah panel siasatan khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Professionalisme) Datuk Zakaria Jaffar untuk menjalankan siasatan dalaman susulan yang menyeluruh serta menyediakan laporan yang komprehensif berhubung dakwaan dalam laporan itu ke atas ketiga-tiga mereka.

Sementara hasil laporan susulan tersebut diperolehi, ketiga-tiga pegawai berkenaan dilucutkan atau dikecualikan daripada sebarang tugas operasi siasatan.

“SPRM ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya ini tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tatakelakuan,” kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

azlanHasil laporan yang disediakan kelak akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan yang terdiri daripada empat orang individu bebas, yang dipengerusikan oleh mantan Hakim Mahkamah Rayuan dengan keanggotaannya terdiri daripada mantan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, mantan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam dan seorang peguam.

“Mereka-mereka ini adalah Datuk Mohd Noor Abdullah, Datuk Muhammad Mohd Noor, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah dan V Ravindran,” petik kenyataan itu.

SPRM juga berkata pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melanggar peruntukkan undang-undang atau melakukan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang.

Menurut kenyataan itu, SPRM menerima dan memandang serius terhadap cadangan-cadangan penambahbaikan yang dinyatakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang dikeluarkan pada Khamis lalu.

“Beberapa cadangan dalam Suruhanjaya tersebut telah dan sedang diambil tindakan seperti pemasangan kamera litar (CCTV), mewujudkan ‘Video Interview Room’ (VIR), semua pelanggan dilayan di aras bawah bagi bangunan milik SPRM, pelanggan sentiasa diiringi semasa berada dalam premis SPRM dan sebagainya.

“Cadangan lain akan terus diteliti dan diambil tindakan penambahbaikan yang sewajarnya.,” petik kenyataan itu.

Ia juga berkata SPRM akan menyerahkan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan berkaitan secara bebas dan telus.

mKini

HOT: Bukan Sorang Tapi 2 Pegawai SPRM Download Porno


RCI Teoh: 2 anggota SPRM muat turun bahan lucah

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini mendedahkan bukan satu tetapi dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didapati memuat turun video lucah pada malam pembantu politik itu dijumpai mati.

Perkara itu didedahkan dalam laporan awal yang dikemukakan oleh penyiasat persendirian, Michael Leslie Squires, yang diupah oleh suruhanjaya berkenaan seleaps menganalisis lima daripada enam komputer milik SPRM.

Pemeriksaan mendedahkan dua pegawai, Raymond Nion dan Mohd Ashraf Mohd Yunus pada malam 16 Julai, 2008 sedang memuat turun bahan lucah ke komputer mereka.

Semakan Squires ke atas komputer Ashraf mendapati beliau juga memuat turun wayang gambar, muzik dan melayari beberapa laman lucah antara tengah malam hingga jam 1.20 pagi ketika Teoh disoal siasat di premis SPRM Shah Alam.

Beliau juga menjumpai perkara yang sama di komputer Nion.

DR Pornthip: Teoh dicekik sebelum jatuh

Pakar patologi Thai, Dr Pornthip Rojanasunand bersependapat dengan pakar forensik Britain Prof Dr Peter Vanezis bahawa Teoh Beng Hock masih bernyawa.

Namun katanya, beliau tetap mempertahankan hujahnya bahawa kesan tanda merah di sekeliling leher mangsa pembantu politik itu adalah akibat dicekik.

dr pornthip rojanasunand at teoh beng hock rciMenurut beliau, kesan merah itu amat ketara pada bahagian kiri leher Teoh pada bedah siasat pertama meskipun tubuh mangsa telah dijahit semula.

Pakar patologi dari Thai itu tidak menjalankan bedah siasat pertama tetapi hadir sebagai pemerhati pada bedah siasat kedua.

Pornthip, 56, yang tiba hari ini dan diberi kawalan ketat berkatakontusi pada sebelah kiri leher Teoh menunjukkan mangsa dicekik.

Tegasnya, terdapat tiga senario di mana kontusi boleh berlaku.

  • dicekik dengan menggunakan tangan,
  • leher mangsa dipukul dengan objek tumpul,
  • ataupun leher mangsa ditekan kepada objek atau kedua-duanya sekali.

Katanya, tanda seperti bentuk syiling di leher Teoh adalah akibat tekanan jari atau objek bulat dan kejelasan tanda itu mengikut Pornthip bergantung kepada tekanan yang digunakan.

“Teoh berkulit cerah jadi kesan tanda lebam ini boleh dilihat dengan jelas,” kata saksi itu.

Beliau juga memberikan beberapa contoh tentang bagaimana kecederaan di leher akibat dicekik yang mempunyai tanda-tanda lebam yang sama.


Hafiz Yatim

Nota: Soalan menarik pulak hari ini..Siapa yang mencekik Teoh beng Hock?

Patutlah siasatan dilakukan selepas waktu pejabat!

Rupa rupanya ada agenda lain.

HOT: Pegawai SPRM Tonton Video Seks Selepas Siasat T.B Hock


Bolehkah seorang penjawat awam memuat turun bahan porno menggunakan kemudahan kerajaan?

Bolehkah seorang pegawai menunjukkan perangai tidak baik kepada orang yang disoal siasat?

‘Seorang pegawai SPRM tonton pornografi selepas soal Teoh’

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal siasat Teoh Beng Hock.

Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, tan Sri James Foong hari ini.

Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitangannya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka berada di premis berkenaan.

Dalam keterangannya, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009.

Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longgar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan?

Hishamuddin:
Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi).

Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?

Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.

Foong:
Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.

Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap “ia di luar kawalannya”.

“Ini tiada kaitan dengan kerja… mungkin inisiatif sendiri,” katanya.

Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh.

mKini

%d bloggers like this: