Tag Archives: Tehran

Gempar: Iran Gantung Perogol Kanak Kanak di Khalayak Ramai


Sesuaikah hukuman ini dilaksanakan di Malaysia?

TEHRAN: Iran hari ini melaksanakan hukuman gantung sampai mati di khalayak umum bandar Kemanshah ke atas dua perogol lelaki atas kesalahan merogol kanak-kanak, kata agensi berita rasmi IRNA.

Kedua-dua lelaki itu yang dihukum gantung itu dikenali sebagai P Mohammadi Pashterizeh dan A Namaki, masing-masing didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak dan merakamkan sebelum serta selepas memperkosa kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

Laporan IRNA berkata, orang awam yang berkumpl di tengah bandar itu menjerit “Kehakiman, terima-kasih.”

AFP

Mahkamah Iran Arahkan Lelaki Disimbah Asid


Hukuman balas atas tindakannya sendiri

TEHERAN – Seorang lelaki Iran, Majid Movahedi yang didapati bersalah menyimbah sebaldi asid ke muka seorang wanita, dijatuhi hukuman sama dengan jenayah yang dilakukannya oleh mahkamah negara itu.

Majid melakukan perbuatan kejam itu selepas mangsa, Ameneh Bahrami beberapa kali menolak lamarannya untuk berkahwin, sehingga mengakibatkan wajah wanita itu rosak teruk selain menyebabkannya menjadi buta dalam serangan pada 3 November 2004.

Mahkamah mengarahkan Majid dibutakan menggunakan asid selepas lelaki itu mengaku bersalah atas jenayah itu.

Hukuman itu sepatutnya dijalankan kelmarin, namun pihak berkuasa Iran menangguhkannya selepas campur tangan masyarakat antarabangsa, termasuk Britain, yang mengecam hukuman itu.

Ameneh berkata, pada awalnya dia mahu menjalankan sendiri hukuman itu yang ditegaskan sebagai sah dari segi undang-undang agama.

“Tetapi saya takut asid tumpah di tangan saya, jadi lebih baik doktor yang melakukannya. Saya menunggu selama enam tahun untuk hari ini,” katanya, kelmarin.

Hukuman relevan untuk kes di Malaysia

Mengejutkan. Meskipun sudah 23 kes simbah asid melibatkan mangsa dan pemangsa yang saling tidak mengenali dilaporkan di sekitar Lembah Klang sejak Mac lalu, dan semakin menjadi-jadi bulan ini, masih ramai wanita yang seakan tidak ambil endah, sekali gus mendedah­kan diri mereka sendiri untuk menjadi mangsa seterusnya.

Ini kerana, daripada laporan kes terdahulu, hampir kesemua mangsa diserang di tempat terbuka, tidak ada kaitan malah tidak mengenali penyerang selain daripada berimej sama iaitu bertudung.

Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, rata-rata wanita muda di Ibu Kota dan pusat bandar lain di Lembah Klang, bukan sahaja tidak takut malah tidak sedar keselamatan mereka kini terancam, meskipun berada di tempat terbuka seperti berhampiran stesen Komuter atau LRT.

“Saya tak tahu. Betulkah ada kejadian seperti itu?” tanya Amira Mohamad, 23, penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ketika ditemui di Jalan Pantai Bharu di sini.
Menurutnya, rutin harian sebagai penuntut sentiasa sibuk dengan pelajaran menyebabkan dia kurang memberi perhatian.

“Kalau baca surat khabar pun, setakat baca saja. Saya tak ikuti sepenuhnya dan tak ambil ingat sesuatu perkara. Terima kasihlah kerana beritahu” katanya.

Nur Ilyka Mohd Nasir, 17, seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Ampang mengaku, ada mendengar me-ngenai serangan itu, namun dia tidak berasa dirinya terancam.

“Saya pergi sekolah dengan bas, balik sekolah pun dengan bas. Semasa tunggu bas pun, ramai-ramai dengan kawan. Jadi saya tak rasa diri saya akan diserang ‘lelaki asid’,” katanya.
Tambahan, Nur Ilyka berkata, daripada apa yang pernah diberitahu ibu bapanya, serangan itu berlaku di kawasan yang hampir dengan pusat bandar.

“Setahu saya, serangan itu tak pernah berlaku di kawasan Lembah Jaya, Ampang tempat saya tinggal,” katanya.

Mengikut rekod, pagi Jumaat lalu, serangan seumpama itu berlaku di Seksyen 10, Wangsa Maju yang berjarak hanya kira-kira 10 kilometer dari Ampang, tempat di mana Nur Ilyka berasa selamat.

S Yasotha, 38, ketika ditanya mengenai hal itu berkata, dia tidak tahu mengenai ‘lelaki asid’ kerana tidak mengikuti laporan media massa.

“Saya tidak tahu mengenai simbah asid. Betulkah kejadian itu ada berlaku?,” katanya.
Seorang guru, Shobihah Ismail percaya, lelaki asid hanya menyerang mangsa tertentu.
“Oleh itu, tidak perlu khuatir dan berhati- hati menghadapi kemungkinan disimbah asid,” katanya.

Pandangan sama juga disuarakan pembantu kedai, Siti Hawa Ramly, 18, yang mengaku tidak bimbang keluar berurusan setiap hari walaupun tahu isu ‘lelaki asid’ berleluasa.

“Saya tidak bimbang kerana percaya serangan itu berlaku kerana ada sebab tertentu, mungkin dendam. Saya tidak terlibat dengan penyerang itu jadi buat apa nak rasa takut?,” katanya.

Penuntut kolej swasta, Nurhaliza Abd Razak, 21, mengaku tidak buat sebarang persediaan menghadapi kemungkinan seandainya dia dijadikan sasaran.
“Sudah tahu ini, rasa takutlah juga tapi saya buat macam biasa saja,” katanya.

HS

Peugeot 504 Ahmedinejad Dibeli RM7.5 Juta


KETUA Pertubuhan Kebajikan Iran, Ahmad Esfandyari (dua dari kanan) membuka pintu untuk Mohammad Isari (kanan) yang mewakili seorang pelanggannya yang membeli kereta Peugeot 504 milik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad di Abadan kelmarin.


Peugeot 504 tahun 1977  Presiden Iran dibeli RM7.5 juta

TEHERAN – Sebuah kereta Peugeot 504 keluaran tahun 1977 milik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dijual pada harga AS$2.5 juta (RM7.5 juta) dalam satu lelongan antarabangsa kelmarin, kata laman web Pertubuhan Kebajikan Iran. Continue reading

Iran Tidak Akan Serang Arab


gambar latihan menembak kapal terbang dari Iran

‘Kuasa anda kuasa kami, kuasa kami adalah kuasa anda’: Manoucher Mottaki

MANAMA: Iran tidak akan menggunakan kekerasan terhadap negara Islam jirannya, kerana ‘jiran kami adalah Muslim,’ kata Menteri luarnya, Manouchehr Mottaki pada persidangan keselamatan Asia Barat semalam.

Beliau memberi jaminan demikian, selepas Amerika Syarikat mendakwa negara Arab bimbang dengan cubaan Teheran yang didakwa mahu menghasilkan tenaga nuklear. “Kami tidak pernah menggunakan kekerasan negara Islam jiran kami. Kuasa anda di wilayah ini adalah kuasa kami dan kuasa kami adalah kuasa anda,” katanya. Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton dalam ucapannya kelmarin berkata Amerika bimbang dengan program nuklear Iran dan kebimbangan itu dikongsi negara jirannya.

Mottaki sebaliknya meminta negara Islam tidak tunduk ‘kepada tekanan pihak luar yang mahu memecahkan kita dan mewujudkan keadaan tidak stabil’ sambil menambah, ‘kehadiran kuasa asing tidak akan membantu menstabilkan keselamatan di wilayah ini’.

Beliau yang menggesa kerjasama dipertingkatkan di kalangan negara Arab menegaskan, adalah penting bagi Iran mengekalkan kestabilan dan keselamatannya.

“Iran dan negara Arab menyediakan kebanyakan sumber bahan api dunia dan kerana itu negara ini berazam menjamin keselamatan antarabangsa dalam tenaga.
Sementara itu Raja Abdullah dari Jordan dalam ucapannya berkata rundingan damai Israel-Palestin mesti diselamatkan daripada kegagalan bagi memastikan kestabilan di wilayah itu keseluruhannya.

Afp

Berkaitan…https://abushahid.wordpress.com/2010/11/30/negara-arab-minta-u-s-serang-iran/

Isteri ‘Mutaah’ diGantung Sampai Mati


Shahla dibawa keluar dari mahkamah setelah didapati bersalah pada 2004

Shahla didapati bersalah membunuh isteri pemain bola Iran Nassir Mohamed Khani

TEHERAN: Iran semalam mengantung sampai mati isteri sementara atau ‘mutaah’ seorang bekas pemain bola sepak negara itu, yang didapati bersalah membunuh isterinya yang tetap, lapor agensi berita rasmi IRNA. Shahla Jahed, 40, digantung selepas merengkok di penjara selama lapan tahun, dalam kes yang menjadi perbincangan hangat rakyat di negara berkenaan. Shahla menjadi isteri mutaah kepada bekas bintang bola sepak Iran, Nasser Mohammad Khani. Dia didakwa pada 2002 atas kesalahan membunuh isteri Nasser, Laleh Saharkhizan, dan didapati bersalah, selepas rayuannya ditolak pada 2004 dan 2009.

Perkahwinan sementara atau mutaah dibenarkan dalam kalangan lelaki Iran, bermakna mereka boleh mempunyai isteri lain di luar  dengan perjanjian bagi tempoh beberapa jam hingga beberapa tahun.

Hukuman yang dilaksanakan semalam dibuat mengikut undang-undang qisas atau bunuh balas bunuh.

Pertubuhan hak asasi antarabangsa termasuk Amnesty International menjalankan kempen besar-besaran mendesak Kerajaan Iran membatalkan hukuman itu.
Laman web Khabaronline.ir, melaporkan, anak lelaki Laleh menarik kerusi di bawah kaki Shahla, menyebabkan wanita itu tergantung dan menghembuskan nafas terakhir. Nasser turut hadir ketika hukuman dilaksanakan.

Laporan menyatakan pegawai kehakiman menghabiskan sejam berbincang dengan keluarga Laleh Saharkhizan sebelum hukuman dilaksanakan, dalam usaha meminta pengampunan tetapi gagal.

Shahla pada mulanya menafikan terbabit dalam pembunuhan Laleh tetapi kemudian mengaku menikam wanita itu sebelum menarik balik pengakuannya.

AP

%d bloggers like this: