Tag Archives: Syria

Perang Syria: PM Kalah Undi !


no war

David Cameron kalah pengundian penggunaan ketenteraan ke atas Syria

Perdana Menteri Britain, David Cameron kalah undi parlimen yang penting malam semalam bertujuan untuk membuka jalan bagi Britain untuk menyerang Syria.

Dalam perkembangan yang memalukan dan tidak dijangka, Cameron dan kerajaan campuran gagal memenangi undi untuk meluluskan usul yang akan diberi kuasa tindakan ketenteraan terhadap Syria, pada dasarnya beliau tewas  285-272 undi.

Cameron berkata, selepas itu beliau tidak akan mengatasi kehendak parlimen dalam meluluskan tindakan ketenteraan,beliau  berkata ia adalah jelas bahawa penggubal undang-undang British tidak mahu melihat serangan tentera ke atas kerajaan Syria untuk menghukum serangan senjata kimia haram di pinggir bandar Damsyik minggu lepas .

Apabila ditanya oleh pemimpin Buruh Ed Miliband sama ada beliau berjanji tidak akan memintas Parlimen dan membenarkan tindakan ketenteraan, beliau berkata:

“Saya boleh memberi jaminan. Saya percaya dalam keperluan untuk tindak balas yang sukar penggunaan senjata kimia, tetapi saya juga percaya dalam menghormati kehendak Dewan Rakyat ini.

“Ia adalah malam yang sangat jelas bahawa Dewan tidak meluluskan usul, ia adalah jelas kepada saya bahawa Parlimen British, mencerminkan pandangan rakyat British, tidak mahu melihat tindakan tentera British ke atas Syria – saya akan bertindak dengan sewajarnya. ”

-reuters

Pasukan Penyiasat Senjata Kimia PBB Kena Serang


snyper

Dipercayai penyerang menggunakan senjata jenis sniper

DAMSYIK – Beberapa penembak tepat menyerang pakar-pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBBO) semalam semasa mereka cuba menyiasat serangan senjata kimia dekat sini, kata seorang jurucakap.

Namun, selepas berundur seketika, pakar-pakar berkenaan mengunjungi sebuah hospital lapangan di mana mangsa-mangsa serangan pada minggu lalu itu dirawat.

Jurucakap PBB berkenaan, Martin Nesirky berkata, kenderaan utama konvoi PBB itu terkena beberapa das tembakan penembak tepat ketika mereka menuju ke lokasi tersebut di Ghouta, timur bandar raya ini.

Tiada kecederaan dilaporkan tetapi pasukan PBB itu terpaksa berpatah balik ke pangkalan mereka, kata Nesirky.

“Kenderaan pertama pasukan penyiasat senjata kimia kami ditembak dengan sengaja oleh beberapa penembak tepat yang tidak dikenali,” ujarnya.

“Pasukan itu terpaksa berpatah balik kerana kenderaan tersebut rosak,” tambah jurucakap tersebut.

Pasukan PBB kemudian mengunjungi sebuah hospital lapangan di bandar Moadamiyet Al-Sham untuk mengambil sampel pesakit.

Beratus-ratus orang terbunuh dalam serangan pada minggu lalu di Ghouta yang didakwa melibatkan penggunaan senjata kimia.

Kerajaan Syria pula mendakwa serangan kejam itu dilancarkan oleh pihak penentang.

– AFP

Armada Amerika Menghampiri Syria


uss

Adakah krisis Syria- US dan sekutunya akan membawa  kepada perang dunia ke 3 ?

Damsyik dakwa pemberontak lakukan serangan kimia

KUALA LUMPUR: Armada tentera Amerika Syarikat kini bergerak mendekati Syria yang membayangkan kemungkinan kekerasan digunakan terhadap Damsyik selepas ramai menjadi korban serangan senjata kimia beberapa hari lalu.

Berita itu disiarkan ketika pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berada di Syria untuk mengadakan rundingan mengenai siasatan segera serangan berkenaan.

Setiausaha Pertahanan Amerika, Chuck Hagel yang dalam perjalanan ke Malaysia mengesahkan gerakan di laut meskipun Presiden Barack Obama masih berhati-hati mengulas isu mengenai Syria.

“Jabatan Pertahanan bertanggungjawab memberi pilihan kepada presiden mengenai langkah tertentu yang perlu diambil pada waktunya,” katanya.

Hagel memberi ulasan itu ketika seorang pegawai pertahanan berkata, tentera laut Amerika akan memperkukuh kehadiran di Laut Mediterranean dengan sebuah lagi kapal perang dilengkapi peluru berpandu.

Armada ke-6 Amerika menempatkan kapal perang USS Mahan bersama tiga lagi kapal pemusnah iaitu USS Gravely, USS Barry dan USS Ramage yang memiliki peluru berpandu Tomahawak.

Ketika Obama menyifatkan dakwaan penggunaan senjata kimia sebagai amat membimbangkan, Russia mengecam desakan supaya kekerasan digunakan ke atas sekutunya itu.

Britain pula menuduh Damsyik menggunakan senjata kimia dan Perancis menggesa kekerasan digunakan jika dakwaan berkenaan disahkan.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, meningkatkan tekanan dengan mengumumkan Setiausaha Agung Rendah, Angela Kane, menuju ke Damsyik untuk berunding mengenai siasatan isu itu, kata jurucakapnya.

Kane dijangka tiba semalam, dan Ban bersungguh-sungguh melakukan siasatan menyeluruh, adil dan segera mengenai dakwaan senjata kini, menurut kenyataan.

“Setiausaha Agung menggesa pihak berkuasa Syria bertindak positif dan segera kepada permintaannya tanpa sebarang penangguhan,” kata kenyataan sambil menambah Ban juga menggesa pejuang pembebasan Syria supaya bekerjasama dengan misi itu.

– AFP

Video Aksi Seks Pak Arab Pemimpin Teluk


Syria sedia dedah rakaman di internet ketika hadapi tekanan antarabangsa

DAMSYIK: Penasihat Presiden Syria, Buthaina Shaaban bersedia mendedahkan pita seks membabitkan pemimpin dari negara Teluk ketika negaranya menghadapi tekanan antarabangsa mengenai kekerasan pentadbiran Bashar al-Assad terhadap penentangnya.

Shaaban memberi taklimat kepada delegasi masyarakat Syria yang tinggal di rantau itu selepas satu mesyuarat diadakan dengan Bashar.

Akhbar The Kuwait Times melaporkan, Shaaban memberitahu mesyuarat itu: “Kita akan tunjuk rahsia mereka selepas mendedahkan pita seks mereka di internet.” 

Beliau memberi amaran itu menjelang mesyuarat tergempar Menteri Luar Liga Arab di Kaherah Sabtu ini bertujuan memberi maklum balas terhadap cadangan Syria menerima pemantau sebagai pertukaran menamatkan sekatan serantau.

Mohammed Zaidi, penasihat ketua Liga Arab, Nabil al-Arabi, berkata pasukan khas peringkat menteri mengenai Syria akan berunding di ibu pejabat negara anggota 22 blok itu Sabtu ini, mesyuarat tergempar bermula.

Ahad lalu, Syria berkata, ia membenarkan pemantau masuk ke negara itu sebagai sebahagian pelan damai Arab bagi menamatkan keganasan sejak beberapa bulan lalu dalam cubaan mengelak sekatan baru Liga Arab ke atasnya.
Menteri Luar Syria, Walid Muallem, dalam sepucuk surat kepada Arabi, berkata Syria akan menerima pemantau mengikut syarat tertentu, termasuk penarikan balik sekatan Liga Arab pada 27 November lalu.

Sementara itu, Damsyik bertindak mendakwa seorang blogger Amerika Syarikat kelahiran Syria cuba mencetuskan pergaduhan mazhab, sementara tentera melepaskan tembakan ke arah satu majlis pengebumian di satu kawasan barat laut menjadikan angka korban pertumpahan darah di situ mencapai 28 orang.

Razan Ghazzawi antara berpuluh aktivis, wartawan dan blogger yang ditahan sejak pemberontakan menentang Bashar bermula sembilan bulan lalu.

Ia memaksa Damsyik melancarkan tindakan balas yang mengorbankan lebih 5,000 orang selain menyaksikan beribu-ribu lagi ditahan di penjara, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ghazzawi, 31, sedang mengumpul butir-butir kes pencabulan hak asasi manusia sejak beberapa bulan lalu dan ditahan 4 Disember lalu di sempadan ketika dalam perjalanan ke Jordan untuk menyertai sidang mengenai kebebasan media.

Isnin lalu, dia didakwa pihak berkuasa Syria cuba menghasut pertikaian mazhab, menyebarkan maklumat palsu dan melemahkan sentimen nasional, satu dakwaan yang biasanya dituduh ke atas mereka yang mencabar rejim Syria, menurut aktivis hak asasi. Dakwaan itu boleh membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Agensi

Taib Nafi Sudah Berkahwin


Pengumuman lanjut akan diberitahu kelak

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menafikan khabar angin mendakwa beliau sudah berkahwin, tetapi pada masa sama meminta semua pihak bersabar menunggu pengumuman lanjut mengenainya.

Taib yang menghadiri sesi dialog bersama Dewan Perniagaan Cina Sarawak, di sebuah hotel di sini, semalam, sebelum itu kelihatan ceria malah dilihat bersemangat memberi ucapannya. Terdahulu pihak media cuba mendapatkan reaksi beliau mengenai gembar gembur perkahwinannya namun Ketua Menteri yang berpakaian kasual meminta wartawan menunggu majlis selesai. Ketika ditemui selepas majlis berakhir, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, termasuk berhubung satu majlis yang dijadual diadakan di kediaman rasminya, petang ini. “Belum lagi.. belum lagi,” kata Taib, merujuk kepada khabar mengenai perkahwinannya yang sedang bertiup kencang ketika ini, tetapi sumber rapat kepada Ketua Menteri kemudian menjelaskan pengumuman mengenai perkara itu dijangka dibuat dalam tempoh terdekat.

“Kami hanya dimaklumkan isterinya berusia lewat 20-an, berasal dari Syria atau Lubnan. Kami juga tidak berapa tahu perkara ini. Majlis esok (petang ini) cuma kenduri doa selamat… resepsi perkahwinan beliau mungkin diadakan pada Januari depan,” kata sumber terbabit kepada Berita Harian.

Usaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkahwinan berkenaan bagaimanapun gagal, namun difahamkan Taib ada bertemu dengan pilihan hatinya itu ketika menunaikan fardu haji, baru-baru ini.

brm

Dari sumber lain


Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 74, dikatakan telah bernikah dengan seorang wanita Arab dipercayai dari Lebanon berusia 30-an di sini hari ini.

Utusan Malaysia difahamkan majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu disempurnakan oleh Mufti Sarawak, Kipli Yassin.

Majlis resepsi perkahwinan tersebut dikatakan akan berlangsung esok (Sabtu).

Perkahwinan itu sekali gus menamatkan zaman duda Ketua Menteri itu selepas kematian isteri, Allahyarham Puan Sri Laila Taib akibat kanser pada April tahun lalu.

Beliau yang berkahwin dengan Allahyarham pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu.

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan Abdul Taib berkahwin dengan anak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Dian P. Ramlee memandangkan minat mendalam beliau pada lagu-lagu Seniman Negara itu.

Bagaimanapun, dramatis tersebut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut menyebabkan berita tersebut tenggelam begitu sahaja.

Usaha wartawan Utusan untuk mendapatkan pengesahan berita perkahwinan terbaru Abdul Taib dengan wanita Arab daripada pelbagai pihak termasuk Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman menemui kegagalan.

Abdul Taib yang diminta mengulas berita pernikahannya ketika ditemui wartawan selepas menghadiri Majlis Dialog dan Makan Malam Bersama Persatuan-Persatuan Cina di sebuah hotel di sini, sekadar menjawab: “Belum lagi.”

Difahamkan beliau mempunyai program di Kapit, esok.

%d bloggers like this: