Tag Archives: Syiah

Buku Teks Ada Unsur Syiah ?


buku teks x syiah

Buku teks ada unsur Syiah tidak benar

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan menafikan dakwaan kononnya terdapat buku teks berunsurkan Syiah digunakan di sekolah rendah dan menengah seperti yang didakwa Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis), Julai lalu.

Merujuk kepada laporan muka hadapan akhbar Sinar Harian bertarikh 30 Julai itu, KPM berkata, pihaknya sudah membuat semakan dan mendapati dakwaan tersebut tidak benar di samping ia bukanlah buku teks terbitannya.

“KPM telah meneliti dakwaan berkenaan dan mendapati buku teks yang dimaksudkan tersebut bukan buku teks KPM.

“Ia adalah terbitan pihak swasta bagi rujukan murid Tingkatan Enam yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM),” jelas KPM dalam kenyataan itu.

Giptis sebelum ini menggesa kerajaan supaya mengkaji semula sejarah Islam yang terdapat dalam buku teks Pendidikan Islam rendah dan menengah yang didakwa mempunyai kecenderungan ke arah fahaman Syiah.

Pengerusinya, Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi berkata, perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana ada silibus pengajian yang menggambarkan seolah-olah para sahabat nabi terlibat dalam pembunuhan Saidina Uthman.

“Saya khuatir perkara ini boleh merosakkan akidah pelajar. Sebabnya, sahabat nabi tidak seorang pun yang terlibat dalam pembunuhan Saidina Uthman. Malah, mereka murka terhadap pembunuhan yang dilakukan itu,” katanya.

Namun KPM menegaskan, setelah meneliti beberapa halaman buku teks Pendidikan Islam Tingkatan Lima, didapati tiada sebarang unsur yang cenderung mempromosikan fahaman Syiah.

“Kandungan buku teks tersebut ialah fakta-fakta mengenai penyelewengan Syiah dan bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Di samping itu, dalam Bahagian Aqidah buku teks ini memperjelaskan pegangan-pegangan lain yang menyalahi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Qadiani, Bahai dan Taslim, yang dikategorikan sebagai ajaran sesat.

“Berdasarkan dapatan tersebut, KPM menolak dakwaan yang dikemukakan oleh Giptis kerana buku teks yang dimaksudkan itu diterbikan oleh swasta sebagai rujukan murid Tingkatan Enam yang mengambil peperiksaan STPM,” tegas kenyataan itu.

Pihak KPM juga menegaskan buku teks Pendidikan Islam Tingkatan Lima KPM juga telah disemak dan dikenal pasti bebas daripada kecenderungan atau mempromosikan fahaman Syiah.

SH

Banteras Syiah: Malaysia Tidak Akan Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Iran – Anifah


anifah

Tidak wajar dan tidak berasas kata Menteri Luar Malaysia

PETALING JAYA: Malaysia tidak akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran dalam usaha membanteras penyebaran ajaran Syiah di negara ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata Iran merupakan rakan penting bagi Malaysia dan adalah tidak wajar serta tidak berasas, kerana isu yang dibincangkan merupakan satu isu domestik yang perlu ditangani oleh pihak berkuasa yang berkenaan di negara ini.

“Ingin saya menyatakan bahawa kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh itu tidak mencerminkan pandangan Kerajaan Malaysia walau dalam apa cara sekalipun.

“Adalah menjadi dasar luar Malaysia untuk menjalin hubungan baik dengan semua negara berlandaskan sikap saling menghormati untuk memupuk hubungan muhibah dan kerjasama dalam semua bidang yang berkepentingan demi manfaat bersama,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Dalam laporan media baru-baru ini, Wan Zahidi dilaporkan mengusulkan supaya Kerajaan Malaysia menamatkan hubungan diplomatik dengan Iran dalam Seminar “Mendepani Virus Syiah”, yang diadakan di Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 8 September lalu.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Anifah berkata dalam usaha untuk memperkukuh dan memperluaskan skop serta keakraban hubungan Malaysia dengan negara-negara lain, adalah menjadi amalan Malaysia untuk berinteraksi dengan semua negara yang menjadi rakan kongsi melalui pelbagai mekanisme dan forum yang turut memberikan peluang kepada Malaysia untuk membincangkan serta menyelesaikan isu-isu berkepentingan bersama.

Justeru itu, beliau berkata gesaan supaya Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran, adalah tidak wajar serta tidak berasas, kerana isu yang dibincangkan merupakan satu isu domestik yang perlu ditangani oleh pihak berkuasa yang berkenaan di negara ini.

“Saya ingin menyatakan bahawa Malaysia mengalu-alukan kedatangan warganegara asing ke Malaysia untuk meneroka serta menikmati keindahan dan kepelbagaian unik yang ditawarkan Malaysia termasuklah hospitaliti rakyatnya, serta mengalu-alukan penyertaan mereka dalam bidang perniagaan di Malaysia.

“Semasa berada di Malaysia, mereka perlulah menghormati undang-undang Malaysia dan peka akan sensitiviti budaya dan agama masyarakat negara ini, serta tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara kita atau menyebabkan perpecahan atau mengganggu keharmonian kaum dan agama, termasuklah perihal yang membabitkan agama Islam di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian sosial dan budaya,” katanya.

Anifah berkata sepertimana juga di negara lain, sebarang pelanggaran undang-undang dan tingkah laku yang menimbulkan ketegangan di negara ini tidak kira sama ada kesalahan tersebut dilakukan oleh rakyat Malaysia ataupun warganegara asing akan dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang Malaysia.

mStar

Syiah Lebih Bahaya Dari Komunis, Mufti Gesa Putus Hubungan Dengan Iran


pak lah matnejad

Gesaan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Ajaran Syiah lebih berbahaya berbanding fahaman Komunis, kata Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Wan Zahidi Wan Teh serta menggesa kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang mempunyai majoriti penganut mazhab itu.

Wan Zahidi berkata, meskipun Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan China sejak sekian lama, negara berkenaan tidak pernah menyebarkan fahaman komunis melalui hubungan diplomatik, dan perkara itu jelasnya berbeza dengan pegangan penganut Syiah.

Malah, katanya, kajian beliau sejak 1980-an mendapati, ajaran Syiah juga lebih berbahaya berbanding Yahudi dan Nasrani.

“Dua puak ini tidak pernah mencerca sahabat Nabi Musa dan Nabi Isa sebaliknya mereka menyanjung sahabat mereka. Ini berbeza dengan Syiah, mereka mencerca sahabat Rasullullah,” katanya dipetik akhbar Utusan Malaysia ketika bercakap dalam satu forum bertajuk Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam.

“Walaupun kita ada hubungan dengan China sejak zaman Tun Abdul Razak, kerajaan itu tidak pernah menyebarkan fahaman mereka melalui hubungan diplomatik,” katanya.

Wan Zahidi berkata, tindakan memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran akan dapat mengekang penularan fahaman berkenaan daripada tersebar secara meluas.

Kenyataan mufti itu bercanggah dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata, penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu cuma dihalang untuk menyebarkannya kepada orang ramai.

Awal bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran, Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di Tehran.

Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang ditakuti negara Barat kerana kelantangannya menyuarakan bantahan terhadap tindakan Amerika Syarikat dan Israel “membuli” negara lain.

Mohd Farhan Darwis tmi

Ulasan “Berapi” Bro Tukar Tiub Mengenai Syiah


PENGIKUT SYIAH DI KARBALA IRAQ

JAIM SERBU MARKAS FAHAMAN SYIAH – meloya

MELAKA 25 Ogos – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) hari ini menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam dekat sini yang dipercayai menjadi markas sebuah kumpulan penganut fahaman Syiah.

Dalam serbuan itu, sejumlah 35,000 buku dan risalah mengenai fahaman Syiah yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri ditemui di rumah tersebut.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, buku dan risalah yang ditemui itu telah siap dibungkus dan akan diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan-jabatan kerajaan.

Lebih mengejutkan, katanya, satu memorandum mengenai penubuhan Persatuan Syiah Malaysia yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut ditemui di situ.

“Siasatan awal mendapati, buku-buku yang akan dihantar itu datang daripada Majlis Syiah Malaysia beralamat di Ulu Tiram, Johor Bahru dan sejumlah 6,000 naskhah telah dihantar ke seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai serbuan itu di sini, hari ini.

Antara ajaran kumpulan itu adalah menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa walaupun bukan dalam keadaan darurat.

Pengikut ajaran tersebut juga menyanjung Ahlul Bait iaitu ahli keluarga Nabi Muhammad SAW secara keterlaluan dengan menganggap golongan itu maksum atau bebas daripada dosa serta anti para sahabat kecuali Saidina Ali.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH

woit… SUSAH JADI ORANG MELAYU DI MALAYSIA INI… kah kah kah…

kah kah kah…. MAKAN DALAM GEREJA DITUDUH MURTAD…. kah kah kah…

kah kah kah…. DAPAT BATUAN DARI GEREJA DI TUDUH MURTAD…. kah kah akh

woit….YANG TERBARU…. TAK IKUT AJARAN SUNNAH WAL RASUAH KENA TANGKAP….kah kah kah…

nota:
kalau ikut ajaran sunnah wal rasuah ini
berapa ramai agaknya pengikut syiah yang akan ditangkap?
dipakistan hampir setengah penduduk ialah syiah
di iraq majhoriti syiah
di syria libanon mesir memang ramai penganut syiah
dan di iran lagi ramai
hu la la kah kah kah

http://tukartiub.blogspot.com/2011/08/memang-susah-jadi-melayu.html

Tangkap Pengikut Syiah,Ar Ridha Bidas JAIS


Tangkap tanpa waran dan tidak mengikut saluran undang undang

Pengarah sebuah NGO penganut Syiah Ar-Ridha Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan empat pengikutnya semalam sebagai tindakan biadap dan suatu bentuk penindasan.

Ini kerana dakwanya, agensi kerajaan itu menahan mereka tanpa waran dan tidak mengikut saluran undang-undang yang betul.

“Tindakan JAIS dalam membuat serbuan dan menahan empat anggota Syiah adalah bercanggah dengan Artikel 11, Perlembagaan Malaysia, yang menyebut agama Islam sebagai agama rasmi dan penganut-penganut agama lain bebas untuk mengamalkan ajaran agama mereka,” kata Mohd Kamilzuhairi (atas, berseluar cokelat).

Beliau berkata mereka ditahan kerana didakwa menyebarkan ajaran mazhab Syiah walaupun majlis itu sekadar majlis jamuan makan yang diadakan setiap tahun bagi mengingati kelahiran puteri Rasulullah SAW Fatimah Az-Zahra.

Semalam, beliau bersama tiga lagi rakannya – Radin Ahmad Faizul Radin Mohd Hambali, Mohd Asyraf Ahmad dan Syed Mohd Shafik Syed Hussin – ditangkap ketika mengadakan satu majlis jamuan makan yang berlangsung di Dataran Rakyat, Taman Sri Gombak.

Dalam kenyataannya, beliau berkata semasa serbuan itu, lebih 1,000 tetamu daripada pelbagai bangsa dan agama dalam konteks 1Malaysia sedang menjamu selera dan tindakan menahan mereka adalah sesuatu yang memeranjatkan serta tidak wajar.

“Ini kerana pihak penganjur telah mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Selayang, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (Rela) untuk menganjurkan majlis tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak JAIS menggugurkan segala pertuduhan ke atas mereka kerana mendakwa majlis tersebut telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

NONEKatanya, mereka juga akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor pada 7 Jun depan.

Sementara itu, kumpulan berkenaan juga membuat laporan polis berhubung dua artikel yang didakwa berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 23 Mei 2011 bertajuk “Masyarakat mesti disebar luas bahaya Syiah” dan “Tiada sebab terima Syiah di Malaysia” semalam. Kedua-dua artikel itu tulisan Hasliza Hassan

Mohd Kamilzuhairi berkata pihaknya juga akan menganjurkan solat hajat di seluruh negara atas sikap biadap JAIS itu.

mKini

Ajaran Syiah Dilarang Disebar Tetapi Bebas Diamalkan


Pengikut syiah dilarang sebar fahaman,bebas untuk mengamalkan: Jamil khir

Pengikut ajaran Syiah di negara ini adalah dilarang sama sekali menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi bebas untuk terus mengamalkannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, mereka dibenarkan berbuat demikian selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan hak beragama kepada rakyat negara ini. Continue reading

%d bloggers like this: