Tag Archives: syella

Hanya Mencari Maklumat Perkahwinan RM15 Juta Sahaja


Majlis RM15 juta..mymetro

Lalu blog ini bertemu dengan beberapa artikel yang bersangkutan..

1. http://wikimalay.blogspot.com/2011/11/siapakah-lelaki-misteri-yang-berkahwin.html

2. http://wikimalay.blogspot.com/2011/11/terbongkar.html

3.http://amenoworld.blogspot.com/2011/11/musa-hasan-yang-kahwin-dengan-artis.html ..dan beberapa hasil pncarian lain.

Blog ini  jugak sama seperti pelayar internet lainnya yang mencari maklumat mengenai syella yang gah diperkatakan oleh mymetro diatas.

Oleh itu blog ini kemukakan pertanyaan samada  Musa Hassan Kahwin dengan Syella Kamaruddin ? … dan blog ini katakan seandainya berita itu benar , hanya ingin mengucapkan selamat pengantin baru dan selamat berbahagia hendaknya.

Ada orang berpendapat blog ini membuat fitnah.Maka blog ini menarik balik posting terdahulu.

Sedikit penjelasan , TANDA  (?) itu apa yang diajar oleh cikgu dulu mengajarkan sewaktu bersekolah ialah tanda untuk soalan atau untuk pertanyaan.

Blog ini juga sudah pamerkan.. sangat cantik penjelasan sigadis wartawan itu.

https://abushahid.wordpress.com/2011/12/04/gambar-suami-syella-yang-sebenar/

Oleh kerana posting dari blog yang sangat cikai ini mendapat liputan dari portal berita yang besar dan respon terbaik Tan Sri Musa Hassan..

DENGAN INI BLOG PENA KUSISIP MEMOHON BERBANYAK MAAF KEPADA BEKAS KETUA POLIS NEGARA TAN SRI MUSA HASSAN.

Semoga permohonan maaf ini diterima.

Blog ini hanya ingin mencari maklumat yang benar sahaja .

Itu Bukan Saya – Musa Hassan


Amboi..banyak hari jugak tunggu jawapan dari bekas KPN ni

Terima kasih banyak kerana sudi memberikan jawapan yang kiranya ramai menantikan…

Namun misteri siapa suami syella yang sebenarnya akan terjawap jugak..

Siapa pulak akan membongkar misteri ini..hahaha

Siapakah Tok Bilal Mesjid yang dimaksudkan oleh syella itu ?

Itu bukan saya 

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin baru-baru ini.

Menurut Musa, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Musa, 60, berkata, segala apa yang ditulis dalam blog-blog itu kononnya beliau merupakan suami kepada Syella adalah fitnah.

“Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.

.

“Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama,” katanya sambil mengakui tidak mengenali penyanyi itu.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella atau nama sebenarnya Nurshid’la Ahmad Kamaruddin, 26, dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog sejak kebelakangan ini.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau akan menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang menyebarkan fitnah tersebut.

Sementara itu, Syella gagal dihubungi untuk mendapatkan komennya berhubung isu ini. Bagaimanapun, dalam laporan perkahwinannya yang disiarkan dalam majalah URTV keluaran 1 Disember ini, Syella mengesahkan majlis pernikahan itu berlangsung pada 11 hingga 13 November lalu di ibu negara.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suaminya sebaliknya memaklumkan kepada wartawan URTV, suaminya itu bukan seperti dihebohkan di Internet.

utusan.com

Perkahwinan Syella $15juta Tapi Pengantin Perempuan Tak Pakai Baju


Macam laa cerita the best wedding of the year..wa cakap luu.. hahahaha

Buat apa nak perabis sampai 5 juta ringgit Malaysia bro…Apa yang hebat sangat ?..Tup tup pengantin perempuan mai keluar tak pakai baju…nak tayang apa lagi bro…ini laa kalu orang kata pandai perabis duit ,buat majlis menelan belanja berjuta juta tapi untuk apa?

Dah pengantin lelaki tu orang kaya antah berantah nak bagi hantaran $30 juta pun ambik laa..memang dah itu rezeki hang..tak dak sapa nak sakit hati laa..Kalu nak buat gah seluruh Malaya pun,apa salahnya pengantin perempuan ni tutup laa sikit dada putih hang tuu..Orang lain pun ada lagi baik punya dada montok dan putih melepak..

Lagi aku naik heran bin ajaib..bila syella kata dia baru balik umrah!

ini apa punya pesyen..takkan laa orang balik dari tanah suci Makkah nak tunjuk bidang dada pulak!

aku code dari harian metro sat…

“ pada April lalu saya mengerjakan umrah. Ketika berada di Tanah Suci itu setiap hari saya berdoa semoga dapat suami yang baik, beriman, boleh menjaga saya dan keluarga saya. Di samping itu saya juga mengerjakan solat hajat dan istiqarah. Setiap kali saya solat istiqarah, wajah suami saya sekarang yang sering muncul dalam mimpi.

.
“Untuk menguatkan lagi jodoh dengannya, sekembalinya dari umrah, saya dapat tahu teman lelaki saya curang. Suami pula meluahkan isi hatinya yang dia sukakan saya,” katanya yang meminta media menghormati permintaannya supaya gambar, status dan siapa suaminya itu dirahsiakan daripada umum.

Menurut Syella, dia boleh dapat rasakan yang orang itu sukakan dia atau tidak termasuklah perasaan suaminya terhadapnya. “Saya bukanlah bodoh sangat untuk menilai orang tetapi saya tak mahu terlalu memikirkannya kerana sibuk dengan kerja. Tetapi kalau sudah jodoh, ia akan bertemu juga. Sebab itu saya tak rasa pelik ketika wajah suami muncul dalam mimpi ketika di Makkah kerana saya tahu dia sukakan saya. “Emak pun merestui niat baik suami kerana emak tahu dia lelaki yang baik. Emak kasihankan saya yang bekerja keras untuk menyara keluarga. Lantaran dengan restu keluarga, kami diijabkabulkan pada September lalu. Majlis resepsi baru saja diadakan pada 11 hingga 13 November lalu di rumah emak di Cheras.

.

Jangan terkejut kerana majlis perkahwinan Syella menelan belanja RM15 juta termasuk nilai barang hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Sebagai tanda kasih suaminya, pada hari berbahagia itu Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

donia donia…ini laa dikatakan akhir zaman..

wallahu aa’lam.

%d bloggers like this: