Tag Archives: Sungai Siput

Mamat Bangla Gian, Cabul Pelajar Tingkatan 1


Mamat bangla buat hal lagi

Seorang lelaki warga Bangladesh yang bekerja sebagai pembantu kedai makan didakwa mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Azman Salim berkata, pada 14 Oktober lalu, lelaki berumur 21 tahun itu menjemput seorang pelajar di hadapan sebuah sekolah di Pekan Sungai Siput.

Menurutnya, perbuatan remaja itu menunggang motosikal bersama lelaki warga asing tersebut disedari beberapa guru dan rakannya.

“Difahamkan pelajar berkenaan memang mengenali lelaki itu dan sudah berhubung melalui telefon pada malam sebelum kejadian.

“Mereka berjanji untuk bertemu di hadapan sekolah sebaik sahaja pelajar itu turun dari bas,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, kelmarin.

Beliau berkata, berdasarkan laporan dibuat ibu mangsa yang berusia 48 tahun, lelaki berkenaan didakwa mencabul anaknya dan ada memaksa pelajar itu membuka seluar.

Jelasnya, menurut laporan, lelaki itu membawa pelajar berkenaan ke rumah sewanya di Taman kemiri dan anaknya memberitahu diraba di situ.

“Lelaki itu juga ada memaksa mangsa membuka seluar trek yang dipakai dan kebetulan pada hari kejadian terdapat aktiviti kokurikulum di sekolah.

“Pelajar itu menolak perbuatan lelaki tersebut dan warga asing berkenaan kemudiannya meninggalkan mangsa di belakang sebuah kafe siber di pekan Sungai Siput,” katanya.

Azman berkata ,kira-kira jam 10 pagi pada hari yang sama, suspek ditangkap orang awam apabila guru dan rakan mangsa menyampaikan maklumat mengenai tindakan pelajar itu kepada ibunya.

Katanya, lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Sungai Siput untuk siasatan lanjut dan dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan.

“Lelaki itu disiasat di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat jika sabit kesalahan.

“Dia dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 yang dibayar majikannya dan lelaki itu memiliki Kad Pendatang Asing menerusi program pemutihan baru-baru ini,” katanya.

Sh

*gambar sekadar hiasan

Gani Patail Kachiwa: Mahkamah Tolak Permohonan Peguam Negara


Mahkamah tolak permohonan Peguam Negara tangguh perintah

Pada 25 Feb lepas, Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan Jeyakumar bagi mendapatkan semakan kehakiman untuk mencabar penolakan permohonan beliau mendapatkan dana kerajaan.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Jabatan Peguam Negara untuk menangguhkan perintah membolehkan Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar mencabar penolakan permohonan mendapatkan dana projek di kawasan parlimennya.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim membuat keputusan itu di kamar.

Jeyakumar diwakili peguam B Mahaletchumi manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan bertindak bagi pihak Jabatan Peguam Negara.

Shamsul memberitahu pemberita bahawa hakim mendapati tidak terdapat keadaan yang membenarkan penangguhan perintah berkenaan.

Pada 25 Feb lepas, Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan Jeyakumar bagi mendapatkan semakan kehakiman untuk mencabar penolakan permohonan beliau mendapatkan dana kerajaan.

Mahkamah menetapkan 12 Okt ini untuk perbicaraan terhadap semakan kehakiman tersebut.

Dalam permohonannya, Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia, menamakan Ketua Pengarah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri, Pengarah Jabatan Pembangunan Perak dan kerajaan sebagai responden.

Jabatan Peguam Negara mewakili pihak responden memfailkan permohonan mendapatkan penangguhan perintah diperoleh Jeyakumar itu sementara menunggu keputusan rayuan jabatan tersebut. Mahkamah Rayuan semalam menangguhkan keputusan penghakimannya setelah mendengar hujah kedua-dua pihak.

Anggota Parlimen berkenaan mengambil tindakan undang-undang selepas permohonannya mendapatkan dana untuk sumbangan kepada SMJK Shin Chung, SJK Methodist dan Rumah Anak Yatim Ihsan serta dana bagi projek kecil faedah Orang Asli, ditolak oleh pengarah berkenaan melalui sepucuk surat bertarikh 12 Okt tahun lepas.

Jeyakumar berkata permohonannya mendapatkan dana seharusnya diluluskan kerana projek-projek berkenaan sepatutnya menerima wang daripada peruntukan khas yang sememangnya untuk tujuan sedemikian.

Beliau mendakwa besar kemungkinan pihak responden menggunakan budi bicaranya meluluskan dana daripada peruntukan tersebut secara berat sebelah memihak kepada Anggota Parlimen daripada Barisan Nasional yang memerintah dan tidak kepada Anggota Parlimen pihak pembangkang.

Jeyakumar menuntut antara lain perisytiharan bahawa peruntukan khas itu diberi kepada semua Anggota Parlimen secara sama rata, mengikut Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga memohon perintah mandamus agar mahkamah mengarahkan supaya pihak responden menerangkan kuasa mereka dalam meluluskan dana daripada peruntukan khas itu dan menyatakan prosedur pemberian peruntukan sejak 2008.

Bernama

%d bloggers like this: