Tag Archives: Suhaizan Kaiat

Ghani Othman Pegawai British Terbaru di Johor


‘Kenyataan MB Johor seperti pegawai penjajah British’

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor turut mencabar Ghani Othman untuk berdebat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat menyifatkan kenyataan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang melabelkan Mat Indera sebagai militan Parti Komunis Malaya ‘tak tumpah seperti seorang pegawai penjajah British’.

“Hujah-hujah yang beliau gunakan adalah saling tak tumpah seperti alasan dan hujah daripada seorang pegawai British untuk menentang kemaraan pejuang-pejuang kemerdekaan yang berjuang dengan darah dan air mata sewaktu negara kita masih dijajah dahulu,” katanya.

Suhaizan turut mencabar Ghani untuk berdebat berhubung isu serangan komunis pimpinan Mat Indera di Bukit Kepong pada tahun 1950.

“Saya cabar Ghani untuk berdialog secara terbuka di daerah Muar, Johor!” Suhaizan berkata dalam satu kenyataan media hari ini. Suhaizan menyanggah hujah Ghani bahawa Mat Indera seorang militan kerana para sarjana masih mengkaji sama ada pejuang haluan kiri perlu digelar pejuang atau pengkhianat.

“Dalam konteks peristiwa yang berlaku sekitar tahun 1948 hingga 1957, para sarjana masih sedang mengkaji dan masih tidak ada lagi (menurut kajian dan pembacaan saya) satu keputusan yang muktamad adakah pejuang-pejuang berhaluan kiri dikira sebagai pejuang atau pengkhianat.

“Tindakan beliau (Ghani) dengan mudah melabel Mat Indera sebagai pengganas yang kejam dan zalim adalah sama sekali tidak rasional.

Ini adalah berikutan kenyataan Ghani yang melabelkan Mat Indera sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia hari ini.

“Tindakannya (Mat Indera) terus menyertai PKM dan menyertai gerakan militan adalah haram, tidak sah dan tidak benar dengan menggunakan taktik kekejaman dan kezaliman, sehingga menyebabkan dia termasuk dalam golongan yang bertindak secara salah dan terpesong.

“Ini berlainan daripada para pemimpin berhaluan kiri lain seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad atau pun Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan,” kata Ghani.

Ghani yang juga penaung Yayasan Warisan Johor (YWJ) turut mempertahankan penerbitan buku Pengukir Nama Johor yang turut memuatkan kisah Mat Indera.

Beliau menyifatkan penerbitannya sebagai “data-data kemasyarakatan berkaitan seorang anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini, khususnya di negeri Johor dalam perjalanan sejarah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.”

Adakah Tok Janggut juga pengganas? 

Suhaizan turut menimbulkan persoalan samada pejuang kemerdekaan Tok Janggut di Kelantan juga akan dilabel sebagai militan kerana serangan Tok Janggut ke atas balai polis Pasir Puteh menyamai serangan di Bukit Kepong pada tahun 1950.

Beliau turut mempertikaikan peranan Ghani sebagai penaung YWJ dan penulis prakata Pengukir Nama Johor sedangkan YWJ adalah agensi kerajaan Johor.

“Bagaimana selama ini semuanya ok dan baru kini beliau menyanggah buku yang beliau iktiraf sendiri?,” soal beliau.

Suhaizan turut mengemukakan kajian tulisan Ismail Adnan berkaitan sejarah Bukit Kepong agar debat ilmiah dan kajian akademik dijalankan.

fmt

Memang Patut: Mat indera Ludah Muka Penjajah British


Mat Indera: PAS persoal dakwaan Khoo Kay Kim

PAS Johor mempersoalkan tindakan sejarahwan Tan Sri Khoo Kay Kim yang mendakwa tokoh kontroversi kemerdekaan Muhammad Indera – atau Mat Indera – seorang pengganas tanpa membuat sebarang kajian berkaitan.

“Adakah (Tan Sri) Khoo Kay Kim ada kajian tentang Bukit Kepong dan Mat Indera? Kalau dia sendiri tiada kajian, bagaimana dia boleh tolak kajian orang lain,” kata Ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat.

Mat Indera ludah muka British

Sehubungan itu, Suhaizan  mempersoalkan kenapa gelaran negatif terus digunakan kepada Mat Indera sedangkan ia diberikan oleh British.

“Ini keputusan British.

“Mat Indera sendiri orang yang tegas dan tegar sehingga dalam lokap pun dia ludah orang British,” katanya yang diberi kepercayaan oleh timbalan presiden PAS berdebat dengan Pemuda Umno dalam isu itu.

Sementara itu, mengulas kesahihan fakta berhubung Mat Indera dalam buku terbitan Yayasan Warisan Johor (YWJ), Suhaizan tidak menjawab secara langsung sebaliknya membacakan satu persatu nama ahli akademik terkenal yang menjadi anggota jawatankuasanya.

“Adakah dia (YWJ) sendiri terbitkan dokumen yang salah? Ini bukan dokumen diterbitkan individu. Ini dokumen rasmi yayasan bawah kerajaan Johor,” katanya.

‘Umno Johor beza pandangan’

Media arus perdana hari ini melaporkan Mat Indera tidak pernah diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan dalam Buku Pengukir Nama Johor walaupun namanya disenaraikan.

Sebaliknya, dua penulisan berkaitan Mat Indera diterbitkan dalam buku itu hasil penyelidikan dua penulis berbeza, memerlukan tafsiran dan penilaian masyarakat, khususnya golongan sejarawan, sama ada seorang pengganas komunis atau pejuang.

Suhaizan juga yakin pandangan dalam buku itu selari dengan pandangan Umno Johor dan pemimpinnya di peringkat negeri.

“Saya cabar Umno Johor cakap mereka setuju dengan keputusan British bunuh Mat Indera.

“Saya hendak tengok macam mana mukanya.”

Suhaizan berkata, beliau yakin pemimpin Umno Johor mempunyai pandangan berbeza dengan pimpinnya di peringkat pusat. berdasarkan pendirian terdahulu dalam perbagai isu sebelumnya.

Isu tersebut, antaranya dasar Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan penolakan terhadap usaha memperkenalkan judi bola sepak, tambah Suhaizan.

mKini

Kompom: Mat indera Bukan Anggota Komunis


Adik: Mat Indera bukan anggota PKM

Bukan sahaja tidak berfahaman komunis, tokoh kontroversi kemerdekaan Muhammad Indera atau lebih dikenali Mat Indera juga bukan anggota Parti Komunis Malaya (PKM), kata keluarganya.

Baharum Shah, 65, berkata, abang keduanya itu sebenarnya seorang pejuang kemerdekaan sayap kiri yang mahu menghalau penjajah British dari negara ini.

suhaizan kayat baharom shah 070911“Tidak. Itu peristiwa tahun 1948. Beliau (Mat Indera) komited pada perjuangan membebaskan negara ini,” kata Baharum ketika ditanya sama ada abangnya mengganggotai mana-mana platun PKM.

Justeru, tampil dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Baharum (kiri) mahu kerajaan dan ahli akademik membuat kajian dan membersihkan nama abangnya.

“Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan perlu dikaji semula.

“Saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya,” katanya dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat.

Ditanya kenapa baru tampil untuk tujuan itu setelah 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, Baharum berkata, beliau pernah menyuarakannya melalui kajian sendiri dan penulisan tetapi tidak mendapat perhatian.

Katanya, sekitar tahun 1970-an, beberapa siri rencananya berhubung perkara itu disiarkan akhbar milik Umno Utusan Malaysia.

“Saya pergi ke arkib negara untuk buat kajian dan tulis tentangnya,” katanya yang sebelum itu memulakan sidang media dengan mengajak pemberita menyedekahkan al-Fatihah kepada arwah abangnya yang dikatakan kuat beragama.

Rangkaian komunis

Bagaimanapun, menurut pesara tentera itu, rekod tersebut tidak lagi disimpannya kerana hilang semasa berpindah rumah. Baharum kini tinggal berdekatan Cheras, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Suhaizan berkata, setelah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dianggotai Mat Indera diharamkan dan beliau sekali gus dikehendaki British, Mat Indera tiada pilihan selain menyertai gerakan gerila.

suhaizan kayat barom shah 070911“Sama ada beliau bekerjasama dengan komunis atau tidak, itu kena ada kajian. Sama ada beliau alat PKR atau memperalatkan PKM (untuk menuntut kemerdekaan). Sebab itu kajian perlu dibuat.

“Dan adakah menggunakan PKM untuk menuntut kemerdekaan menjadi satu kesalahan?” kata anak kelahiran Johor itu.

Malah, kata Suhaizan (gambar, di tengah), selain Umno yang berhaluan kanan, semua pertubuhan lain ketika itu diharamkan British.

Beliau berkata, dengan keadaan komunikasi terhad pada masa itu, Mat Indera juga sudah pasti tidak tahu kaitan antara PKM dengan rangkaian komunis antarabangsa.

“Yang dia tahu, di depannya ada sekelompok orang yang mahukan kemerdekaan,” kata Suhaizan yang diberi kepercayaan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bagi berdebat berhubung perkara itu dengan Pemuda Umno.

mKini

Mat indera Adalah Abang ipar Muhyiddin Yassin ?


Mat Indera murid bapa Muhyiddin dan hampir menikah dengan kakak Timbalan Perdana Menteri dakwa PAS Johor.
Di sebalik serangan bertubi-tubi terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam isu Muhammad Indera, lelaki itu didakwa pernah menjadi anak murid kepada bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONEMalah, kata Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (kiri), pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) itu didakwa hampir menikah dengan kakak timbalan perdana menteri.

“Mat Indera mahu berkahwin dengan kakak TPM Muhyuddin Yassin tapi tidak dipersetujui oleh bapa Mat Indera,” kata Suhaizan selepas menziarahi adik Muhammad – Johan Shah – semalam.

Menurut Suhaizan, Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed turut serta dalam pertemuan itu.

Menulis di laman Facebook, Suhaizan berkata, Mat Indera pernah menegaskan bahawa beliau bukan komunis dalam pertemuan terakhir dengan Johan di Penjara Air Molek, Johor Bahru.

“(Sebaliknya) British (yang) tuduh Mat Indera Komunis,” tulisnya yang diberi tanggungjawab berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam isu sejarah itu.

Dibuang daerah, diseksa British

Justeru, Suhaizan menyifatkan tiada pembelaan terhadap kematian Muhammad Indera sebelum ini disebabkan “orang takut dengan British”.

Suhaizan turut menyenaraikan beberapa fakta yang kurang diketahui tentang Mat Indera, antaranya:

  1. Mat Indera anak kedua daripada lapan adik beradik. Ibunya meninggal ketika Johan (bongsu) berusia dua tahun.
  2. Johan, bapa Mat Indera, ibu tiri dan neneknya diseksa British dan dibuang daerah ke Singapura selama 5 tahun daripada tahun 1950 hingga 1954.
  3. British tawar $25,000 sebelum Peristiwa Bukit Kepong untuk tangkap Mat Indera. Selepas peristiwa itu, tawaran dinaikkan kepada $75,000.
  4. Mat Indera datang ke Bukit Kepong di saat akhir peristiwa tersebut dan tidak terlibat dalam serangan tersebut.
  5. Mat Indera pernah menyelamatkan anggota polis pada masa itu Yusof Rono.
  6. Mat Indera dilantik oleh kerajaan Johor sebagai guru agama. Beliau diberikan baju dan songkok rasmi. Beliau pernah belajar dengan ulama dikenali senagai Tuan Guru Fadil.
  7. Beliau digantung di Kampung Jambu Air, Taiping pada tahun 1953 dan kuburnya diasingkan daripada kubur utama.
  8. Mat Indera tidak pernah berkahwin.
mKini

Khairy ibaratkan Najib Rosmah ‘Bacul’


Storynya mudah dan ringkas sahaja..

Jika KJ ibaratkan penolakan Mat Sabu yang memberi ‘mandat’ kepada Suhaizan Kaiat sebagai bacol..maka dengan sendirinya khairy ‘mengiktiraf’ kebaculan Najib apabila Najib tidak berani berhadapan 1 by 1 dengan Anwar untuk tajuk Buku Jingga.

Mat Sabu sudah menyatakan hormatnya pada Khairy selaku ketua pemuda Umno, tetapi Khairy telah menunjukan sikap biadapnya dengan mengatakan Mat Sabu pulak bacul.

Disini jelaslah sikap ketua pemuda Umno yang tidak dapat kerusi menteri itu,khairy lebih baik cerminkan muka dulu sebelum teruk dibelasah oleh Mat Sabu…nasib baik Mat Sabu tak kata Khairy umpama melukut ditepi gantang...hahaha, takutnya nanti ‘KELUAR BUIH’ pulak macam mat bodek ganu tu…hahaha

Cadangan Mat Sabu supaya KJ berdebat dengan Pemuda Pas Johor sudah kena pada tempatnya kerana kejadian itu berlaku di Johor.maka adalah wajar untuk memberikan peluang kepada orang Johor untuk menyatakan hujah mereka.

Apa kes pulak nak dibuat di Kelantan? boleh jugak kalu nak debat pasal perjuangan Tok Janggut, sanggup ke pemuda umno?

Debat Royalti Kelantan lebih molek dibuat di Kota Bharu.

Suhaizan telah menyatakan kesediaan beliau menunggu KJ di Bukit Kepong….

Suhaizan: Khairy ibarat ‘ikan bilis’…mKini

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dalam reaksi segeranya menyahut tugas berdebat yang diamanahkan Mohamad kepadanya, malah mencadangkan ia diadakan di Bukit Kepong – tempat tragedi berdarah itu.

“Khairy sanggup turun, kami sediakan pentas!” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Saya menegaskan di sini, jika sekadar isu Mat Indera ini yang menjadi modal ‘pentas Patriot’ Khairy untuk menyerang PAS, biar Pemuda PAS Johor sahaja yang berhadapan dan ‘selesaikan’ perkara ini.”

Mengulas kenyataan Khairy yang menyifatkan tindakan Mohamad menyerahkan debat itu kepadanya, Suhaizan mengibaratkan pemimpin Pemuda itu sebagai ‘ikan bilis’ dan tidak setanding dengan Mohamad untuk berdebat.

“Bahkan saya fikir Umno/BN sepatutnya lebih berani berdepan dengan beliau (Mohamad) untuk menjawab isu-isu besar dalam negara yang dikemukakan PAS seperti isu lapan tuntutan BERSIH 2.0 terhadap perjalanan pilihan Raya, kenaikan harga barang, peningkatan tarif elektrik, kontroversi komisyen pembelian Scorpene, dan sebagainya,” katanya.

Bongkar: Kenapa Undi Pos Perlu Diharamkan


4 Bekas tentera mengaku pangkah ribuan kertas undi

Empat bekas bekas tentera hari ini mendedahkan penglibatan mereka dalam proses pengundian pos termasuk memangkah bagi pihak anggota tentera dan isteri mereka semasa pilihan raya.

Mereka mengaku memangkah ribuan kertas undi bagi pihak lain di kem-kem tentera, di markas  sempadan antara Malaysia-Thaland, Pengkalan TUDM di Pulau Pinang, Kem Terendak, Melaka dan Sandakan.

Kesemua mereka mengakui menjadi pegawai yang terlibat dalam pengundian pos dan melakukannya mulai dari pilihan raya umum 1978, 1986 hingga ke pilihan raya umum 1999.

Pendedahan itu dibuat di ibu pejabat Pas Pusat, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan Pengarah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pas Pusat, Suhaizan Kayat.

Dalam sidang media itu, Kamaruzzaman Ibrahim, 53 yang bertugas sebagai kerani pentadbiran menceritakan tindakannya memangkah ribuan undi pos di Kem Terendak, Melaka pada pilihan raya ke lapan.

‘Pangkah sampai lenguh’

“Saya dipanggil pegawai untuk memangkah undi.  Saya tak ingat berapa negeri yang saya pangkah, seluruh Malaysia mungkin.

“Saya pangkah bukannya satu atau dua jam, tapi tiga hari. Nak kata banyak saya tidak tahu. Tapi tangan sampai lenguhlah. Tangan inilah yang pangkah,” kata Kamaruzzan yang bersara dari tentera pada tahun 1991, selepas 10 tahun berkhidmat.

Sementara itu, Mejar (B) Risman Mastur,  64 yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand ketika pilihan raya umum ke-6 berkata, pihaknya terpaksa memulangkan semula karung undi pos yang ditandanya sendiri kerana kesuntukan masa.

“Saya menerima surat dari Kementerian Pertahanan yang dihantar bersama karung undi pos. Waktu itu kami hanya ada 4 hari sahaja sebelum memulangkan kembali undi pos.

“Untuk membawa karung undi pos ke kawasan operasi memang sukar. Jadi pegawai pemerintah mengarahkan supaya tindakan diambil, iaitu ‘menyelesaikan urusan’ tersebut di peringkat kami.

“Dan terpulanglah kepada kami untuk ‘menentukan’ undi tersebut,” kata Risman yang berkhidmat mulai 1966 hingga 1996.

‘Hang nak pangkah apa, hang pangkah lah’

Manakala Mohamed Nasir Ahmad, 50 yang bertugas di sebuah kem di Sandakan, Sabah memberitahu, dia ditugaskan bersama rakan sejawat, diarah untuk memangkah kira-kira 900 kertas undi anggota dan isteri pada pilihan raya ketujuh, tahun 1986.

“Kami diberikan masa hanya selama 3 hingga 4 jam sahaja sebelum dikembalikan. Kertas undi dibawa dengan pesawat termasuk ke lokasi lain di Pulau Banggi, Semporna dan Lahad Datu,” kata Mohamed yang berkhidmat selama 19 tahun dalam Kor Perkhidmatan Rejimen Askar Melayu Diraja.

Sementara itu Mohd Kamel Omar, 49 atau lebih dikenali dengan nama ‘Kamel Komando’ menceritakan pengalamannya membawa karung undi pos dari Kem Tentera TUDM Butterworth pada pilihan raya umum ke 10 pada tahun 1999.

“Pada hari mengundi pos, kira-kira jam 4.30 petang ketika masuk ke sebuah bilik yang ditutup tingkap dan pintu, saya terkejut bila lihat ramai anggota tentera yang sedang pangkah kertas undi.

“Mereka kata pada saya – Hang nak pangkah apa, hang pangkahlah. Nanti adalah habuan untuk hang. Mereka beri saya satu kotak suruh saya selesaikan pangkah dalam setengah jam. Saya tak mahu subahat. Ini khianat namanya,” cerita beliau.

Kd

Nota: anggota keselamatan Malaysia saja yang kerajaan Bn kalut nak dapatkan undi depa, negara lain anggota keselamatan buat kerja untuk rakyat. Tak dak kalut nak pi mengundi pun.

%d bloggers like this: