Tag Archives: Suaram

Apa Kejutan Untuk Rakyat Malaysia Malam ini ?


Skandal Scorpene akan dibongkar

Peguam mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Joseph Breham akan bercakap mengenai kes rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene di London malam ini.

Beliau akan menerangkan mengenai perkembangan kes itu kepada masyarakat antarabangsa, berhubung siasatan terhadap komisen yang dibayar oleh pembuat kapal selam berkenaan, DCN kepada pegawai tertinggi Malaysia.

Breham merupakan anggota kepada Kumpulan Peguam Hak Asasi Antarabangsa (SIHRG) yang dilantik Suaram bagi mewakili aduan yang difailkan terhadap DCN di Paris pada awal 2010.

Beliau dijangka menyentuh mengenai pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta bernilai RM7 bilion ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.

Komisen 114 juta Euro atau RM570 juta dibayar kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, seorang kenalan rapat kepada Najib Razak.

Transaksi berkenaan mengheret pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibu- perempuan simpanan Razak dan sebelum itu dikatakan turut mempunyai skandal dengan Najib.

Altantuya dibunuh dengan kejam pada Oktober 2006 apabila mayatnya diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam, Shah Alam oleh dua pegawai pengiring kepada Najib yang juga anggota Unit Tindakan Khas.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi pada Julai tahun lalu berkata, tidak ada keperluan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat transaksi itu kerana ia telah diluluskan kementerian kewangan dan pembelian itu dibuat melalui prosedur pemerolehan.

Jawapan itu memaksa Suaram untuk membuat aduan di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, kabel diplomatik Amerika Syarikat mendedahkan kepada WikiLeaks senarai kenalan Najib yang memainkan peranan dalam pembelian Scorpene.

Salah seorangnya ialah proksi kepada Najib iaitu Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Lodin Wok Kamaruddin yang juga Timbalan Pengerusi Bousted Holdings Bhd. Selain LTAT, Bousted Holdings memegang 20 peratus kepentingan dalam Perimekar, melalui KS Ombak Laut Sdn Bhd.

Menurut penyata kewangan Perimekar, Lodin adalah salah seorang dari lima pengarah Perimekar, disamping isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan, Rohanan Abdullah Meili, Abdul Rani Mohd Hussin Abdullah dan Mohd Hussin Tamby, lapor Malaysia-Chronicle.

Kd

Peguam Perancis Bakal Dedah Pembunuhan Altantuya


Hangat kes Altantuya bertambah malam esok

Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran  Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.

Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.

Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana.

Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu.

Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika.

Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini.

Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka menyiasat bukan sahaja kematian  wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu sehingga membawa kepada pembunuhannya.

Altantuya mati dibunuh dengan kejam mengguna peledak C4 oleh dua pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Datuk Seri Najib. Razak juga didakwa tetapi terlepas.

Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Peguam Perancis berkenaan telah datang ke Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti.

Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani. Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia dan juga Perancis.

Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki kawan baik Perdana Menteri ini.

Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini.

Malam esok, Bourdon dijangka akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang.

Menurut sumber Suaram ketika dihubungi Harakahdaily, kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya bulan Ogos tahun ini.

“Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk membiaya kes ini beberapa malam ini,” kata pegawai Suaram ketika dihubungi.

Mohamad Sabu dijadualkan akan turut berucap di Pulau Pinang malam esok tetapi oleh kerana lutut beliau yang dibedah masih belum sembuh sepenuhnya, dia hanya akan menyetai majlis Jumaat ini di Dewan Sivik MPPJ.

Lutut Mohamad cedera apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah land rover polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu di ibunegara. Rempuhan ini menyebabkan beliau jatuh dan lututnya cedera.

Beliau menjalani pembedahan ke atas ligamen lututnya yang koyak semasa insiden itu dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar di Shah Alam.

“Saya keluar hospital semalam. Doktor telah menanam 2 1/2 skru disebabkan ligamen saya yang terkoyak. Saya masih sakit dan tidak boleh berjalan….tapi keadaan saya beransur pulih,” kata Mohamad.

Di samping Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga akan berucap di samping kartunis Zunar akan membuat lakaran kartun secara langsung malam itu.

“Semua kutipan dari jualan meja dan lelongan kartun ini adalah untuk membiayai kes ini,” kata wakil Suaran itu.

Hd

Kementerian Pertahanan Berbelanja Mewah


10.4 Bilion Kontrek di meterai pada april lalu

Di sebalik usaha kerajaan cuba mendapatkan RM1 bilion hasil daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang cuba diperkenalkan dan keputusan mereka menarik balik subsidi ke atas barangan perlu seperti minyak, makanan dan barangan keperluan lain, bagi menjimatkan RM700 juta, namun Kementerian Pertahanan dengan bangganya mengumumkan pada 19 April lalu bahawa kontark RM10.4 bilion akan dimeterai.

Tindakan berkenaan bagi memodenkan angkatan tentera dan keselamatan negara selaras dengan Rancangan Malaysia Kesembilan.

“Kerajaan telah peruntukkan RM21 bilion atau 10.6 peratus daripada perbelanjaan pembangunan untuk tujuan berkenaan,” umum Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, perjanjian itu bagi mengganti kereta kebal, kapal penyokong pelbagai-guna, jet pejuang dan kapal peronda generasi terbaru.

Semua perbelanjaan itu dijangka diluluskan di Parlimen tanpa banyak perbahasan kerana sebahagian besar maklumat berkenaan akan dianggap rahsia dan memudaratkan keselamatan negara jika terdedah.

Kebimbangan berikut adalah antara perkara yang dibincangkan pada forum sempena pelancaran buku ‘Questioning Arms Spending in Malaysia’ tulisan pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong .

Ia turut dihadiri badan antarabangsa International Physicians for the Prevention of Nuclear War (IPPNW), Datuk Dr Ronald McCoy, ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan wakil NGO ‘Food Not Bombs’ Yuu Han.

McCoy pada forum ini berkata Malaysia memerlukan pelbagai transformasi bagi membolehkan perubahaan ke arah yang lebih baik dilakukan.

“Kerajaan ini telah memerintah selama 53 tahun, terlalu lama berkuasa. Semua polisi dilakukan untuk memenuhi agenda. Sebagai contoh, birokrasi digunakan sebagai alat oleh Umno.

“Saya tak nampak kita boleh mengubah semua ini tanpa pertukaran kerajaan.” katanya kepada TV Selangor.

Kua dalam bukunya dilancarkan ini mendedahkan mengenai cara negara membelanjakan berbillion ringgit saban tahun bagi menambah kekuatan tentera dan membeli pelbagai senjata dan kenderaan baru.

Katanya, perbelanjaan ketenteraan Malaysia mencetuskan banyak kontroversi seperti pembelian kapal selam Scorpene, skandal kehilangan enjin jet F-5E di Sungai Besi dan pelbagai lagi ketirisan.

Tulisnya betapa ‘perlumbaan senjata’ antara Malaysia, Singapura, Indonesia di rantau ini mengundang kepada trend kerajaan membelanjakan wang yang banyak setiap tahun atas alasan ‘memodenkan’ pasukan tentera.

Menurut Kua, rantau Asia Tenggara merupakan satu-satunya rantau di dunia ini yang menyaksikan peningkatan lebih 10 peratus dalam bajet ketenteraan mereka selepas Perang Dingin.

Sivarasa dalam forum itu turut menyatakan betapa Umno sebenarnya tiada Polisi Pertahanan Negara dan ia tidak pernah dibincangkan di Dewan Rakyat.

Malah, katanaya negara juga tiada mempunyai Jawatankuasa Pertahanan Negara di Parlimen dan ia hanya dikawal penuh oleh Menteri Pertahanan.

Beliau turut menceritakan kisah ahli parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed ditempelak rakan sejawatan dari Indonesia kerana mengeluarkan kenyataan bahawa pertahanan negara tidak penting.

“Dalam perjumpaan dengan ahli parlimen Asean dulu, beliau (Jazlan) mengatakan Malaysia tiada Jawatankuasa Parlimen dalam hal pertahanan negara kerana negara rasa ia tidak penting. Saya tak perlu bercakap apa-apa,” katanya.

azlanMalah Sivarasa sekali lagi memberi contoh perbelanjaan kerajaan yang tampak hanya menguntungkan orang tertentu tanpa mengira nilai sebenar sesuatu peralatan itu.

Menurut Sivarasa, angkatan tentera telah mengeluarkan sebanyak RM 8 billion bagi membeli 250 kenderaan pengangkut anggota (APC) pada harga RM 31 juta setiap satu dari syarikat kroni sedangkan harga pasaran adalah jauh nlebih rendah.

“Mereka nak beli sangat dengan ‘Syarikat Kesayangan’ Kerajaan. APC yang baik dari Switzerland boleh dibeli dengan harga RM 3.9 juta satu, malah Amerika menjual dengan harga RM 9.1 juta satu.

“Saya pelik mengapa Malaysia bertegas hendak belanja RM 31.1 juta untuk setiap satu kenderaan ini.”katanya.

Mk

%d bloggers like this: