Tag Archives: Stadium Merdeka

David Cameron Ketawa Besar baca Statement Najib hari ini?


aku ingat laa mungkin David gelak sampai jatuh kerusi..

Agak agak hangpa kalu David Cameron baca  statement Najib ni apa dia nak kata?

Macamlah si david tu buta kepala atau pekak badak..hahaha..apalah punya kelentong si Najib ni..

Mungkin Najib duk ingat si David tu duduk di kawasan Felda dalam Parlimen Pekan kot?…hahaha

Tu pun Najib nak buat sandiwara aka penglipur lara lagi…hahaha, Najib lupa dah kot David sudah jamu  ‘air kuning’  di London 4,5 hari lalu.

Najib jelas niat sebenar Bersih pada Cameron

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah menjelaskan kepada rakan sejawatannya di Britain, David Cameron mengenai niat sebenar perhimpunan haram di ibu negara 9 Julai lepas, semasa beliau melakukan lawatan rasmi empat hari ke United Kingdom baru-baru ini. Dalam pertemuan di No. 10 Downing Street Khamis lalu, Najib berkata Cameron banyak bertanyakan soalan kepada beliau termasuklah berkaitan perhimpunan yang dianjurkan badan tidak berdaftar itu ketika lawatan itu berlangsung.( ruang untuk polis membantai protester)

“Saya beritahu kepada Perdana Menteri United Kingdom “that we have room for dissent” (kami memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati) di Malaysia,” katanya ketika berkongsi pengalamannya kepada hampir 3,000 orang yang menyambut kepulangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini setelah mengakhiri lawatan ke tiga negara iaitu Turkmenistan, United Kingdom dan Itali selama lapan hari.

Hadir sama menyambut beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ialah timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman. Najib berkata sebagai kerajaan, soal ketenteraman awam harus dijaga dan pada masa sama memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati.

“Saya beritahu beliau kita tawar sebuah stadium tetapi mereka tolak. Mereka mahu Stadium Merdeka kerana tujuannya hanya mahu berarak. Selepas itu lakukan provokasi terhadap polis. Biar polis naik berang. Apabila polis bertindak, mereka ambil gambar masuk laman YouTube dan mereka katakan kekejaman polis,” kata Najib.( mana janji kata nak bagi stadium)

Perdana Menteri berkata Cameron juga dimaklumkan bahawa perhimpunan oleh badan tidak berdaftar itu bukanlah sebenarnya bertujuan menuntut “pembaharuan pilihan raya”.( david pun tahu itu satu kempen)

“Mereka lebih ingin tunjukkan kerajaan Malaysia seperti di Asia Barat. Mereka gambarkan kerajaan Malaysia autokratik. Sebenarnya mereka hendak ambil kuasa daripada kita (kerajaan) yang dipilih oleh rakyat,” katanya.( spr n da geng sebagai pelindung)

Beliau berkata Perdana Menteri Britain itu turut diberitahu kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang sentiasa menegakkan prinsip demokrasi.

“Saya kata pilihan raya di Malaysia, kita tidak pernah menipu. Pilihan raya di Malaysia adalah pilihan raya yang bersih,” kata Najib. ( logik ke 1 rumah ada 88 pengundi?..dalam syiling dan tandas pun ada orang duduk ke)

Bernama

Adegan yang Terharu buat 1Malaysia: “Bagi Cina semua keluar dulu, kita jalan nanti”


 Beberapa catatan menarik peserta Bersih 2.0

Pada 9 Julai 2011, saya menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0.  Saya dibasahi hujan, dua hari keletihan dan saya merehatkan diri selama dua hari, sekarang barulah ada mood untuk mencatatkan perasaan saya.  Ramai warga internet telah menulis kisah 709 masing-masing, maka saya cuma nak mencatatkan adegan-adegan yang memahat hati sahaja.

1. Saya berkenalan dengan kawan Melayu baru.  Seorang ahli PAS yang berpengalaman dalam demonstrasi sebelumnya memegang tangan saya, “Terima kasih kerana sokongan kamu (orang Cina)”.  Saya menjawab, “Ini usaha yang saya patut lakukan.  Ini negara saya juga.” (Rupa-rupanya dari pandangan mereka, orang Cina hanya mengaut  keuntungan dan mengutamakan keuntungan sahaja.  Jadi mereka amat gembira apabila ternampak dua tiga wajah orang Cina.)

2. Seorang uncle Cina membawa isterinya dan dua orang anak yang usianya kira-kira 20 tahun.  Tinggi, kurus dan kelihatan lemah.  Beliau memesan anaknya, “Cepat, cepat ikut mereka (kelompok orang).  Apa takut?  Bukan suruh kita pergi mati pun?  Jangan takut, kita bukan orang besar.  Sekarang bilangan orang yang diperlukan (perhimpunan), kita mesti sokong!” (Kebanyakan ibu bapa akan memarahi anak mereka, agar tidak terlibat dalam perhimpunan.  Mengapa pula keluarga ini “terbalik” keadaannya?)

3. Seorang Melayu yang agak lanjut usianya berkata kepada beberapa orang pemuda Cina, “Kita mahu tunjuk perasaan , bukan kemarahan.” (EQ pemuda Melayu lebih tinggi daripada orang Cina kali ini, memang cukup kelayakannya untuk berkata sedemikian.)

4. Sepasang suami isteri membawa dua orang anak, yang usianya kira-kira 8 hingga 10 tahun, mengambil makanan ringan di atas tangga.  Hati saya berfikir, “Berkelah ke?”  Wanita Melayu itu menatap saya, seolah-olah memahami apa yang bermain dalam fikiran saya.  Maka beliau senyum dan berkata, “Kami nak mereka tahu, dari kecil lagi, malah belajar bagaimana memperjuangkan demokrasi.”  (Lantas saya mengangguk-angguk kepala saya, agak malu dengan diri saya yang memandang rendah orang tadi.)

5. Sepasang suami isteri Melayu yang lanjut usianya, mengeluarkan topeng yang kelihatan seolah-olah alat mainan dari beg plastiknya, dengan tangan yang bergetar.  Mereka dengan ghairah berkata kepada saya, “Kami ada buat persediaan, kamu ada?” (Hati saya berfikir, memang kamu perlukannya, sebab kamu tak dapat lari dengan cepat!)

6. Sepasang suami isteri Cina yang muda, bukan sahaja turun ke jalan raya, malah membawa kereta bayinya.  Mereka memakai baju hujan semasa air hujan mencurah dari langit.  Malah, kereta bayinya sudah disediakan dengan kain kalis air.  Dengan cepat saya menutup kereta bayinya, kemudian bersama dibasahi hujan di situ. (Bayi pun turut serta dalam perhimpunan, comel juga bayi tu!)

(Selepas saya balik, saya menceritakan kisah ini kepada jiran saya.  Makcik-makcik itu mencelah, “Aiyoh, buat apa pergi demo?  Apa kena-mengena dengan kita?  Memang tak ada otak langsung.  Bawa bayi pulak?  Mengapa tidak kamu marahnya?”  Saya berbisik dalam hati, “Aunty, saya terasa nak marah kamu…”)

7. Seorang Mat Salleh nampak saya mengejar untuk merakamkan gambar bagaimana FRU menyuraikan orang ramai.  Beliau berlari mengikut saya, malah berulang-kali berkata kepada saya, “You must put it in the media.” (Brother, kamu terlebih memandang tinggi teknik sayalah.  Saya bukannya pro (profesional) sangat…)

8. Kawan Melayu saya memberitahu saya, dirinya mempunyai pengalaman yang banyak untuk berdemonstrasi – bagaimana beliau tidak gentar dengan kuasa, bagaimana bertahan sehingga akhir, malah beliau berjanji untuk menjaga saya.  Ketika gas pemedih mata ditembak untuk pusingan pertama, beliau menarik saya dan berlari.  Dalam hati saya tertanya-tanya, “Bukankah kamu kata nak bertahan sampai ke akhir?”

Selepas kami keluar dari kelompok manusia, beliau menunjuk ke satu arah, “Kamu jalan dari sini.  Tunggu kami di Stadium Merdeka.  Kami akan berjumpa kamu di sana.  Hubungi kawan yang lain.  Bilangan yang menyertai perhimpunan dah mencukupi sekarang.  Saya percaya polis akan lebihkan serangannya.  Kamu tak boleh singgah di sini.”

Saya bertanya, “Macam mana kamu pula?”  Dia jawab, “Saya nak ke baris depan, bersama kawan saya.”  Seterusnya, beliau memaling dan melangkah menuju ke kepulan asap gas pemedih…

Akhirnya, saya berhimpun dengan kawan saya di tempat yang berhampiran dengan stadium, dan menyertai perarakan terakhir yang menuju ke Stadium Merdeka.  Polis mengejar dan menangkap.  Saya tidak lagi menemui kawan Melayu saya itu lagi.  Saya dimaklumkan kemudiannya bahawa beliau telah ditangkap, bagaimanapun dibebaskan juga akhirnya.

Nota akhir: 

Saya membaca pengalaman ramai peserta, termasuk cerita Aunty Anne yang membuatkan saya terharu.  Tetapi saya tidak menitiskan air mata, sehingga saya terbaca catatan seorang warga internet,

“Adegan yang paling memahat ingatan saya sepanjang perhimpunan itu adalah, ketika kami sekumpulan orang melarikan diri dari tangkapan polis melalui pagar di belakang Hospital Tung Shin, orang Melayu menendang pagar itu dengan kakinya, dan berkata ‘Bagi Cina semua keluar dulu, kita jalan nanti’.  Kata-kata ini terus menusuk hati saya, saya amat terkagum! Kini barulah saya menghayati apa makna sebenarnya ‘saling menolong tanpa mengira kaum dan budaya dalam Satu Malaysia’, dan bukannya ‘1 Bumi, 1 Malaysia’ yang didukung Barisan Nasional’. ”

Tiba-tiba saya sebak.  Saya tahu apa yang dikatakannya adalah kisah benar, ini kerana kawan Melayu saya juga menjaga saya.  Lebih-lebih lagi, kawan saya dalam Facebook rata-ratanya menceritakan pengalaman bagaimana sahabat Melayu menjaga orang Cina kali ini.  Mungkin mereka menganggap orang Cina jarang menyertai perhimpunan, tiada pengalaman.

Mengapa saya tersentuh dengan hal yang remeh sebegini?  Kerana saya amat memahami, orang Cina adalah kaum minoriti di Malaysia.  Seandainya minda perkauman ini tidak dipecahkan, orang Cina akan tetap ditindas dan tidak dilayan dengan adil.  Namun, kerajaan kita bersikap perkauman, ditambah pula PERKASA yang melaga-lagakan, hal ini sukar diselesaikan!

Perhimpunan ini melakar gambaran masa depan untuk saya, malah mengubah persepsi saya terhadap kaum Melayu secara menyeluruh.  Seandainya dikatakan negara ini musnah kerana politikus dari kaum ini, maka negara ini juga akan bangkit kerana kaum ini!  Saya masih menaruh harapan dan keyakinan terhadap kaum ini dan negara ini.

Kawan-kawan Cina saya, perhimpunan aman tidak menakutkan. Jom turun untuk sokong lain kali!

MReview

Demo Bersih 9 Julai Berjaya, Molotov Cocktail Yillek (hilang)


Tarikh keramat 9 Julai 2011 siapa yang ganas?

Polis menutup semua pintu masuk ke Kuala Lumpur mulai petang 8 Julai namun semua itu tidak menghalang kira-kira 50,000 penunjuk perasaan untuk membanjiri tengah Kuala Lumpur melaksanakan bantahan menuntut penganjuran pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia.

Kerajaan menggambarkan selama dua minggu tunjuk perasaan tersebut sama ganasnya dengan rusuhan berdarah di luar negara melalui slot iklan di semua stesen penyiaran dan akhbar. Seolah-olah Kuala Lumpur akan terbakar seperti kota Jakarta dalam kebangkitan Reformasi 1998.

Akibatnya kebanyakan pekedai dan pemilik kompleks membeli belah menutup perniagaan. Jalan masuk ditutup menyebabkan orang ramai tidak boleh mengunjungi ibu negara. Namun  semua itu hanya merugikan peniaga dan orang yang tiada kena mengena dengan tunjuk perasaan.

Biar apa pun yang dilakukan, tunjuk perasaan aman tetap Berjaya dilaksanakan oleh Bersih. Kononnya polis berjaya menghalang huru-hara tetapi dengan kehadiran 50,000 penunjuk perasaan apa yang mampu polis lakukan jika mereka mahu membakar bangunan atau merompak perniagaan? Malah jika penunjuk perasaan itu benar-benar ganas, polis pun terpaksa berundur kerana jumlah polis dan penunjuk perasaan 1:10. Polis perlu mencari alasan lain yang lebih realitik untuk menghalang tunjuk perasaan aman.

Mana molotov

Beberapa hari sebelum tunjuk perasaan polis cuba mengeruhkan keadaan dengan penemuan molotov cocktail, parang dan mercun di Pertama Kompleks dan Gombak. Ini satu lagi tuduhan melulu yang cuba memperdaya rakyat sehingga menutup kedai pada 9 Julai. Jika tunjuk perasaan memang dirancang untuk menjadi ganas mustahil molotov tidak digunakan pada hari berlakunya demo. Polis sendiri ternyata gagal menghalang 50,000 penunjuk perasaan dan tentunya lebih sukar menghalang apa yang mereka bawa.

Molotov sangat mudah dibuat menggunakan botol minuman, petrol dan kain kapas. Bahan-bahan itu boleh ditemui di mana-mana sahaja dan boleh dibuat sejam sebelum tunjuk perasaan. Sebagaimana lazimnya tunjuk perasaan ganas di Korea Selatan, Greece, Jerman dan negara Amarika Latin yang tidak asing menggunakan molotov tidak ada jalan polis menyekat penggunaannya. Kecualilah tunjuk perasaan itu hanya beberapa ratus orang dan mudah dikawal.

Ternyata budaya tunjuk perasaan di Malaysia amat baik berbanding negara lain. Thailand misalnya menyaksikan tunjuk perasaan besar-besaran setiap tahun, begitu juga Indonesia. Tunjuk perasaan di sana bukan sahaja melibatkan kecederaan malah kematian. Polis juga ramai yang tercedera apabila penunjuk perasaan mengamuk membaling kayu, batu dan memukul polis pencegah rusuhan.

Penunjuk perasaan di Malaysia berundur apabila gas pemedih mata ditembak. Mereka tidak melawan ketika ditahan. Malah banyak yang luka dan lebam diterajang polis. Di manakah dalam dunia polis boleh  mencari rakyat sebaik ini?

Tidak wajar tahan

Oleh itu, tidak wajar polis menahan sebegitu ramai penunjuk perasaan sehingga melebihi 500 orang. Alasan mereka demo melanggar titah Yang di-Pertuan Agong. Polis yang tidak mengeluarkan permit untuk perhimpunan di Stadium Merdeka tidak pula mengingkari titah. Titah diraja tidak mengatasi Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan perhipunan aman. Begitu juga Akta polis dan ordinan Darurat. Polis perlu sensitif dan memahami perkara itu.

Rakyat mengucapkan tahniah kepada penunjuk perasaan yang walaupun diganyang dengan pelbagai propaganda buruk selama dua minggu tetapi telap melakukan demo secara aman. Keupayaan mereka berkumpul walaupun semua laluan masuk ditutup memperlihatkan keupayaan mereka untuk berbuat lebih daripada itu jika mereka mahu.

Begitu juga dengan jumlah yang hadir, jika tidak disekat laluan masuk tentunya mencecah 100,000 kerana banyak penujuk perasaan dari Selangor yang tersekat di beberapa batang lebuh raya kerana cuba masuk ke Kuala Lumpur pada sebelah tengah hari. Terbukti Pakatan Rakyat yang mengumpulkan penyokong mampu mengawal mereka dengan baik dalam keadaan paling genting. Parti seperti inilah yang layak memerintah negara.

Cuma peniaga agak terkilan, sekiranya kerajaan tidak mendesak mereka menutup kedai dan jalan masuk tidak disekat kedai mereka pasti akan dibanjiri pengunjung selepas berakhir tunjuk perasaan untuk membeli-belah kerana separuh dari penunjuk perasaan datang dari negeri yang jauh.

wira rakyat

Video dan Laporan Terbaru Bersih Hari ini


LAPORAN LANGSUNG:

4:52 petang: Sebahagian dari ribuan, peserta himpunan bersih menuju ke Kg Baru dan melintasi Ampang Park.

4.45 petang: Jawatankuasa Bersih dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini.

PAS akan lancarkan Gelombang Kedua

4.31 petang: Polis terus gempur peserta himpunan bersih 2.0 yang dalam perjalanan pulang di Masjid Negara hingga ke Pasar Seni.

4.30 petang: Tian Chua yang ditahan di Balai Polis Jinjang berkata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul hadi Awang masih berada dalam trak polis. Sekurang-kurangnya 100 ditahan di sana.

4.20 petang: Pimpinan Pakatan, Dr Hatta Ramli, Chegu Bard, Dr Chua Jui Meng, Syed Shahir, Nasruddin Tantawi kini bersama ribuan peserta di KLCC. Trak polis mula tiba.

: Pas memberi tempoh 24 jam supaya polis membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua dilakukan.

Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad, berkata, jika Hadi tidak dibebas, sejuta ahli Pas akan berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Beliau berkata demikian ketika sidang media di Hotel Hilton.

4.21pm: Jawatankuasa BERSIH akan mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah pada jam 4.45 petang ini.

4.10pm: Stesen LRT yang masih ditutup, menurut RapidKL – Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi.

NONE4.01pm: Facebook PDRM – Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:

Mahfuz Omar – KL Sentral
Salahuddin Ayub – KL Sentral
Mohamad Sabu – Jalan Mahameru
Fauziah Salleh – KL Sentral
Tian Chua – KL Sentral
S Ambiga – KL Sentral
Hadi Awang – KL Sentral
Azeez Rahim – Jalan Bukit Bintang

NONE4pm: Istana Negara – Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.

Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ.

3.50pm: KL Hilton – Dalam satu sidang akhbar, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan timbalan setiausaha agung PAS, Syed Azman mengutuk kekejaman polis yang didakwa mereka menyebabkan kecederaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan.

Mereka berkata, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke Hospital Pantai, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan pemimpin BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan A Samad Said juga mengalami kecederaan.

NONE3.50pm: Istana Negara – Sekumpulan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menuju ke arah istana dari Hotel Midah Hotel. Mereka sedang menunggu kelulusan pihak istana untuk menyerahkan petisyen BERSIH 2.0.

3.50pm: Pasar Seni – Pemimpin BERSIH, Wong Chin Huat, selepas membaca lapan tuntutan BERSIH 2.0, meminta orang ramai bersurai.

3.49pm: Pudu – Kumpulan penyokong BERSIH 2.0 yang terperangkap di antara dua sekatan polis dan berlindung di Hospital Tung Shin kini bersurai apabila polis bertindak menyerbu ke arah mereka dan memulakan tangkapan.

Ramai yang lariNONE mengikuti lorong belakang tetapi tidak kurang juga penyokong tegar yang bersembunyi di tempat letak kereta hospital berkenaan. Namun tindakan polis melepaskan gas pemedih mata menyaksikan mereka terus melarikan diri.

Orang ramai mula bersurai secara aman tetapi ada yang masih melaungkan ‘Reformasi’ dan ‘Bersih’ di bawah stesen LRT Pasar Seni.

Polis bertindak dengan menembak gas pemedih mata ke arah mereka.

3.40pm: Taman Tasik Titiwangsa – Kira-kira 20 ahli PERKASA dilihat di sebuah restoran di sini. Mereka hanya mengikuti perkembangan perhimpunan BERSIH melalui siaran televisyen.
Namun presiden kumpulan itu, Ibrahim Ali dan timbalannya langsung tidak kelihatan.

Terdapat sepuluh anggota polis yang berkawal di pintu masuk taman rekreasi itu.

NONE3.38pm: Pudu – 2,000 orang kini di Pudu selepas dinafikan laluan selamat yang didakwa dijanjikan sebelum ini menuju ke Jalan Sultan. Polis anti rusuhan terus melepaskan meraim air dan gas pemedih mata kepada mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin.

Mereka kini terperangkap di tengah-tengah antara dua sekatan FRU.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas rundingan dengan MP Pakatan R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham gagal berhubung apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berarak itu.

Adalah dipercayai orang ramai yang menggunakan separuh daripada jalan itu tetapi pihak polis mahu mereka bersurai dalam kumpulan kecil sebelum dibenarkan berarak.

Adalah dipercayau Sivarasa juga telah ditahan tetapi tempat beliau dibawa belum dapat disahkan.

3.15pm: Pudu – Polis bersetuju memberi laluan selamat kepada ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di Pudu sehingga Jalan Sultan dengan syarat mereka hanya menggunakan separuh jalan dan berarak secara aman.

Persetujuan dicapai selepas ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham berunding dengan pihak polis.

3.10pm: Facebook PDRM Facebook – Jumlah yang ditangkap setakat jam 2.30 petang tadi adalah 672 orang.

3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat http://www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas http://www.itv.com.

Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi http://www.intisari tvsnews.blogspot.com

NONE2.57pm: Bukit Bintang – Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU.

Meriam air dan gas pemedih mata juga ditembak ke arah baki penyokong Pemuda Umno, menyebabkan mereka berundur 50m dari tempat asal mereka.

Kumpulan itu tinggal kira-kira 200 orang.

mKini

Berita Sedih: Doctor Who Maklumkan Lidah PM Sudah Bercabang?


Setelah dibuat rawatan super intensif oleh pakar pakar rawatan untuk mengembalikan lidah PM yang teramat dikasihi dari daerah Pekan dan kawasan yang sama waktu dengannya…

Dengan segala takzim dan sembah durhaka dari  patek hina dina yang sebatang kara dan tidak ada cukup kemampuan untuk memandu di Lebuhraya TOL kerana banyak sesangat ‘PINTU DUIT”..

Maka setelah mendapat restu dari segala pencacai tua tua termasuk yang sekarang ini sudah mendapat gelar Tan Tin TUN dan pencacai muda muda yang kebanyakan berasal dari negeri Keling ,dengan segala upaya dibentangkan kepada segala rakyat jelata…

Bahawa PM kita sudah mendapat penyakit misteri, tak tahulah samada jangkitan dari para isteri beliau ataupun tidak..

Adapun berkenaan dengan berapa banyaknya jumlah cabang di lidah memanda PM tu ..

LU PIKIRLAH SENDIRI…

Mana Janji Manismu wahai Sang Najib

Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya “mematuhi janji” dengan menyediakan stadium kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dengan menyediakan sebuah stadium untuk perhimpunan Sabtu ini.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat juga berdiri teguh dengan BERSIH 2.0 yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka.

“Maklumat akhir, perdana menteri dan Kementerian Dalam Negeri sengaja memberi pelbagai alasan untuk tidak membenarkan stadium digunakan.

“Saya difahamkan BERSIH masih lagi merujuk kepada Najib supaya (beliau) mematuhi janji (dan) jaminan beliau untuk menyediakan stadium supaya BERSIH dapat menganjurkan majlis dengan teratur dan aman sepertimana semangat (ketika mengadap) dengan Yang di-Pertuan Agong.

“(Sebab itu) Kita menyokong tindakan keputusan BERSIH untuk meneruskan perhimpunan itu di Stadium Merdeka,” kata Anwar yang juga ketua umum PKR.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat di Menara G di ibu negara petang ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Pakatan Rakyat kesal dengan kenyataan dan “sikap keterlaluan” Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang didakwanya “nampak menyimpang dari semangat rundingan” BERSIH dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Anwar mendakwa Hishammuddin seolah-olah menganggap BERSIH sebagai pertubuhan haram walaupun selepas bertemu dengan Seri Paduka.

“Maknanya Yang di-Pertuan Agong memanggil pertubuhan haram, kemudian semangat rundingan diketepikan begitu sahaja,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Polis Diraja Malaysia supaya mengambilkira semangat pertemuan tersebut dan menasihati agar tidak mengeruhkan keadaan dengan membuat tangkapan khususnya terhadap ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

Turut hadir dalam sidang media itu, ialah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu; setiausaha agung Datuk Mustafa Ali dan tokoh DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu, Lim berkata keputusan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan di stadium merupakan “satu restu” daripada Seri Paduka dan dengan persetujuan daripada Najib.

“Kami berharap selepas pertemuan semalam, menteri dalam negeri dan polis mengambil inisiatif untuk mengawalselia perhimpunan itu,” katanya.

Katanya, dengan tindakan tersebut, masyarakat dunia boleh melihat Malaysia sebagai sebuah demokrasi yang membenarkan rakyatnya mengamalkan hak asasi mereka.

Manakala Mohamad pula menyentuh tindakan polis yang didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan yang dikatakan “tidak dapat mengawal ahlinya” termasuk kejadian yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.

“Saya nampak polis tidak mengambil tindakan dan memberi amaran kepada kumpulan itu.

“Kita tidak nampak kenyataan pihak tertinggi polis, dan menteri dalam negeri untuk menghalang tindakan yang membuat kacau,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau menggesa polis “menunjukkan kewibawaan dengan menjaga keselamatan rakyat, dan bukan menjaga pihak tertentu”.

Ditanya sekiranya pihak Stadium Merdeka tidak membenar penggunaannya pada tarikh tersebut, Mohamad berkata pihak stadium mesti membenarkan kerana ia adalah “janji perdana menteri”.

“Semangat rundingan BERSIH dengan Yang di-Pertuan Agong, pindah perarakan awal ke stadium. Disahkan oleh perdana menteri, apa alasan nak batal.

“Jaminan diberikan, ini dipersetujui BERSIH,” katanya.

Ditanya bagaimana cara pemimpin Pakatan Rakyat untuk pergi ke stadium berkenaan, dengan kemungkinan wujudnya sekatan, Anwar dengan beseloroh berkata: “Kalau boleh dengan helikopter”.

Lantas Mohamad mencelah: “Tiada sungai untuk kami renangi”, menyebabkan kira-kira 25 wartawan dan jurugambar ketawa.

“Kita guna kebijaksanaan dan kemahiran masing-masing,” kata Anwar meredakan keadaan.

Katanya, tempat terakhir pemimpin Pakatan Rakyat akan berhimpun adalah di dalam stadium pada tarikh tersebut.

mKini

Hot Today: Bersih Sudah Kena Main Dengan Puak ‘Kotor’ Pandy Kutty


Woit Bangang…Siapa yang kamu nak tembak!

Saudara kamu ,adik beradik kamu dan rakan taulan kamu sendirik ke?

Astaga..apalah punya mabok kuasa puak puak Pandy Kutty ni!

Kecelaruan yang ditimbulkan oleh puak puak Pandy Kutty sudah menampakkan kejayaan putar belit.

Polis terus menghalang sebarang perhimpunan dan terkini pentadbiran Stadium Merdeka tidak memberikan ‘green light’ untuk BERSIH.

Manakala latihan bersama diantara Polis dan Tentera di kem Sungai Besi hari ini menggambarkan cengkaman ‘kuku besi Pandy Kutty akan digunakan sepenohnya terhadap gerakan BERSIH yang walaupun perhatian diambil berat oleh Duli Yang Maha Mulia Dipertuan Agong.

Ketakutan BN semakin serius sehingga saat ini Polis masih lagi menahan aktivis dan Wakil Rakyat dari Pakatan Rakyat.Road block sudah menjangkau keseluruhan Malaysia Barat.

‘Drama 13 Mei’ seperti ingin diulang kembali oleh Bn.

Ini bukan kali pertama Bn menggunakan strategi ini,boleh dikatakan kepakaran untuk menipu dan membuat provokasi adalah sinonim dengan nama puak puak Pandy Kutty ini.

Lalu untuk apakah lagi seruan demokrasi dilaungkan! Kita adalah rakyat merdeka dibawah DYMM Dipertuan Agong dan Perlembagaan Malaysia.

Kamu Bn dan juak juak kamu adalah ejen pemecah belah masyarakat majmuk Malaysia.Kamu akan menghadapi bala Allah selepas ini, kamu akan akan hilang kuasa dari bumi Malaysia dengan izin Allah.

Rakyat Malaysia tidak akan melupakan saat hitam yang kamu lakukan sekarang.

Silalah kamu gunakan apa saja kuasa yang kamu ada sekarang sebelum kamu akan hancur binasa pada Pilihanraya umum akan datang,Insyaallah.

Haji Salleh

saudara abushahid TOLONG Siarkan Mesej saya.

mesej dari tetamu blog ini

%d bloggers like this: