Tag Archives: SPR

Pengerusi SPR Meraban Bila Lupa Makan Sahur


Nampaknya PM dan TPM akan mengamuk sakan lepas ni..hahaha

Aik, apa sudah jadi?..mungkin doa para ulama’ dan para pejuang keadilan  telah Allah makbulkan..Ameen Ya Rabb

Hari tu bukan main lagi puak puak 3/4 suku sakat Bn pertahankan kononnya Biometrik is da best..hahaha

Alih alih sekarang sundirik mengaku bahawa dakwat kekal lebih efisien dan economic..tu laa aku kata dah hangpa jangan ingat semua rakyat dan pemimpin masyarakat senang nak diperbodohkan.

Alamat karam kapal Bn semakin nyata ..inshaallah.

Tan Sri Abd Aziz: Biometrik lebih banyak masalah dari dakwat kekal

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, walaupun biometrik adalah “sistem yang sempurna” di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan.

“Hujah bahawa (seseorang yang mempunyai beberapa kad pengenalan) boleh mengundi sekali sahaja dan kemudian bawa kad lain ke saluran yang berbeza, dan ia akan sepadan dengan cap ibu jarinya dan dia akan dibenarkan mengundi

“Prasyarat bagi sistem ini berkesan ialah setiap orang mempunyai hanya satu kad pengenalan sahaja,” katanya.

Dibanding dengan dakwat kekal, katanya, sistem tersebut boleh juga bermasalah pada hari mengundi dan menyulitkan prosesnya.

Abdul Aziz berkata, pihaknya mencubanya dengan 50 orang dan purata masa bagi setiap orang adalah 10 saat, tetapi menghadapi masalah apabila mesin tidak dapat mengesannya.

“Dengan dakwat kekal, anda hanya perlu celup jari dalam dakwat,” katanya.

Beliau juga berkata sistem biometrik “sangat mahal” dan memerlukan sekurang-kurangnya tujuh bulan.

Abdul Aziz juga menafikan dakwaan timbalannya, Datuk Wan timbalan Ahmad Wan Omar bahawa dakwat kekal boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menandakan pengundi naif supaya mereka hilang kelayakan untuk mengundi.

mKini

Bongkar: Kenapa Undi Pos Perlu Diharamkan


4 Bekas tentera mengaku pangkah ribuan kertas undi

Empat bekas bekas tentera hari ini mendedahkan penglibatan mereka dalam proses pengundian pos termasuk memangkah bagi pihak anggota tentera dan isteri mereka semasa pilihan raya.

Mereka mengaku memangkah ribuan kertas undi bagi pihak lain di kem-kem tentera, di markas  sempadan antara Malaysia-Thaland, Pengkalan TUDM di Pulau Pinang, Kem Terendak, Melaka dan Sandakan.

Kesemua mereka mengakui menjadi pegawai yang terlibat dalam pengundian pos dan melakukannya mulai dari pilihan raya umum 1978, 1986 hingga ke pilihan raya umum 1999.

Pendedahan itu dibuat di ibu pejabat Pas Pusat, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan Pengarah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pas Pusat, Suhaizan Kayat.

Dalam sidang media itu, Kamaruzzaman Ibrahim, 53 yang bertugas sebagai kerani pentadbiran menceritakan tindakannya memangkah ribuan undi pos di Kem Terendak, Melaka pada pilihan raya ke lapan.

‘Pangkah sampai lenguh’

“Saya dipanggil pegawai untuk memangkah undi.  Saya tak ingat berapa negeri yang saya pangkah, seluruh Malaysia mungkin.

“Saya pangkah bukannya satu atau dua jam, tapi tiga hari. Nak kata banyak saya tidak tahu. Tapi tangan sampai lenguhlah. Tangan inilah yang pangkah,” kata Kamaruzzan yang bersara dari tentera pada tahun 1991, selepas 10 tahun berkhidmat.

Sementara itu, Mejar (B) Risman Mastur,  64 yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand ketika pilihan raya umum ke-6 berkata, pihaknya terpaksa memulangkan semula karung undi pos yang ditandanya sendiri kerana kesuntukan masa.

“Saya menerima surat dari Kementerian Pertahanan yang dihantar bersama karung undi pos. Waktu itu kami hanya ada 4 hari sahaja sebelum memulangkan kembali undi pos.

“Untuk membawa karung undi pos ke kawasan operasi memang sukar. Jadi pegawai pemerintah mengarahkan supaya tindakan diambil, iaitu ‘menyelesaikan urusan’ tersebut di peringkat kami.

“Dan terpulanglah kepada kami untuk ‘menentukan’ undi tersebut,” kata Risman yang berkhidmat mulai 1966 hingga 1996.

‘Hang nak pangkah apa, hang pangkah lah’

Manakala Mohamed Nasir Ahmad, 50 yang bertugas di sebuah kem di Sandakan, Sabah memberitahu, dia ditugaskan bersama rakan sejawat, diarah untuk memangkah kira-kira 900 kertas undi anggota dan isteri pada pilihan raya ketujuh, tahun 1986.

“Kami diberikan masa hanya selama 3 hingga 4 jam sahaja sebelum dikembalikan. Kertas undi dibawa dengan pesawat termasuk ke lokasi lain di Pulau Banggi, Semporna dan Lahad Datu,” kata Mohamed yang berkhidmat selama 19 tahun dalam Kor Perkhidmatan Rejimen Askar Melayu Diraja.

Sementara itu Mohd Kamel Omar, 49 atau lebih dikenali dengan nama ‘Kamel Komando’ menceritakan pengalamannya membawa karung undi pos dari Kem Tentera TUDM Butterworth pada pilihan raya umum ke 10 pada tahun 1999.

“Pada hari mengundi pos, kira-kira jam 4.30 petang ketika masuk ke sebuah bilik yang ditutup tingkap dan pintu, saya terkejut bila lihat ramai anggota tentera yang sedang pangkah kertas undi.

“Mereka kata pada saya – Hang nak pangkah apa, hang pangkahlah. Nanti adalah habuan untuk hang. Mereka beri saya satu kotak suruh saya selesaikan pangkah dalam setengah jam. Saya tak mahu subahat. Ini khianat namanya,” cerita beliau.

Kd

Nota: anggota keselamatan Malaysia saja yang kerajaan Bn kalut nak dapatkan undi depa, negara lain anggota keselamatan buat kerja untuk rakyat. Tak dak kalut nak pi mengundi pun.

Bongkar: Celaka SPR dan JPN!


Pengundi baru: Pagi tadi PR, petang ini warganegara

Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali – pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini – menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan – Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang – pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.

mKini

Nota: Minah indon tu anak haram ke? tak dak bin atau binti pun?

Kisah Celup yang Meresahkan Najib PM


celup mencelup tercelup dicelup kena celup… berapa banyak punya celup daa..hahaha

macam macam ceritera mengenai perkataan celup,ada orang suka celup dan ada orang Fobia dengan celup.

celup mencelup bukan sembarangan punya celup,silap celup kena cekup. Pak ostad dan majlis agama duk pantau siapa suka aktiviti tuu.

peraih dan peniaga barangan pakaian termasuk DVD pasar malam memang suka aktiviti celup.Orang kampung dan yang tinggal di rumah flat pun suka kepada barang celup.

Levi’s,adidas ,Tag Heuer dan pelbagai jenama banyak orang suka tapi kebanyakan beli yang celup punya jugak!

tapi ini celup untuk pastikan tidak ada lagi unsur ‘celup’ dalam sistem pilihanraya di Malaysia…hahaha

celup ini untuk membersihkan SPR..hahaha

Kenapa Najib takut sangat guna dakwat celup

“Sebenarnya, kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak takut hendak menggunakan celup dakwat?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, hanya orang salah sahaja yang takut menggunakan celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan.

“Perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR, zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu,” katanya.

Baginya, Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat.

Tambahnya, ini dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik.

Ini, ujarnya satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar kerana penipuan perjalanan pilihan raya semakin terserlah.

Beliau beberapa keraguan penggunaan biometrik, antaranya penggunaan  biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak.

Ini, tegasnya bukan isu dan tuntutan Bersih.

“Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR  telah dibersihkan? Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih?” soalnya.

Apabila ditanya kepada SPR, katanya mereka menjawab kerana waris tidak memberi surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada.

Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk online dengan Jabatan Pendaftaran Negara, tanya beliau apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih.

Beliau juga mempersoalkan apa jaminan sistem biometrik  yang boleh dionline serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihan raya.

“Adakah kemampuan, pengkalan data dapat berfungsi dengan baik?” tanya beliau lagi.

Katanya, cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara online mengalami masalah kerana kelembapan server kementerian sedangkan bilangan guru lebih 500 ribu sahaja.

Justeru, ujarnya cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihan raya yang hampir 10 juta pengundi.

Beliau menambah, ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut.

Soalnya, apakah itu bukan satu penganiayaan kepada rakyat yang berhak untuk mengundi.

Menurutnya, mereka akan dinafikan hak kerana alat tersebut tidak boleh diakses di jari mereka.

“Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pedalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan elektrik?” tanya beliau lagi.

Hd

Menarik: SPR Akan Penuhi 2 Tuntutan BERSIH, Shafee Abdullah Sokong Ambiga


kuasa rakyat semakin berjaya dari hari ke sehari..

6EO telah dibebaskan semalam..

SPR pula akan penuhi 2 tuntutan BERSIH..

Lawyer kuat BN pula menyokong Ambiga, barangkali lawyer BN sendiri pun sudah pandai menggunakan akal agaknya..

SPR pertimbang tambah hari berkempen kata Wan Ahmad

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti secara serius cadangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) agar tempoh kempen pilihan raya dipanjang berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun menurut Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad , cadangan tempoh kempen selama 21 hari tidak mungkin boleh dilaksanakan.

“Kita sedang melihat perkara ini, kita lihat (cadangan) tempoh kempen 21 hari ini dengan serius dan kita perlu mendapatkan respons semua pihak termasuk pihak berkuasa.

“Tapi tidak mungkin kita boleh berkempen selama 21 hari, biarlah tempoh yang sesuai mungkin 15 hari,” katanya pada forum Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).

Tambah beliau, pihaknya juga berharap media swasta memberikan laporan yang adil kepada semua parti yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Enam tuntutan Bersih 2.0 yang lain adalah gunakan dakwat kekal, membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Bagaimanapun tegas Wan Ahmad, Radio Televisyen Malaysia (RTM) adalah saluran rasmi kerajaan untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat dan tidak boleh “diganggu.”

“Media awam iaitu RTM adalah saluran rasmi kerajaan, kerajaan telah isytiharkan RTM adalah untuk salurkan maklumat kepada rakyat.

“Dan kerajaan tidak mahu ia digunakan untuk menyebarkan berita-berita palsu dan tidak benar,” katanya.

Jelas beliau, bagi media swasta pihaknya akan menasihatkan pemilik agar menyiarkan laporan yang adil.

Ia termasuk media elektronik dan media cetak.

“Media-media swasta ini kami hanya boleh merayu dan menasihatkan mereka agar membuat laporan yang adil, kami tiada kuasa untuk arahkan mereka.

“Kita hanya boleh nasihat dan ia terpulang kepada pemilik sebab kita tidak boleh paksa mereka,” kata Wan Ahmad.

Beliau menambah, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan agens-agensi media mengenai perkara itu.

Sementara itu, peguam terkenal Datuk Seri Shafee Abdullah menyokong cadangan Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevesan agar jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji sistem pilihan raya.

tmi

Debat Ambiga vs SPR Pusingan ke2,Wan Ahmad Kena Asak lagi


Pusingan ke-2: Ambiga terus asak Wan Ahmad

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengulangi bahawa SPR hanya sebuah “badan pengurusan” di bawah undang-undang untuk menguruskan pilihan raya, dan bukannya sebuah agensi penguatkuasa.

NONEKatanya, SPR berpandu kepada Pejabat Peguam Negara “dan
undang-undang yang diberikan kepada kami adalah undang-undang pengurusan.”

Beliau menyatakan demikian di forum “Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya’ anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).

Dalam ucapan pembukaannya di forum tersebut, Wan Ahmad berkata isu-isu yang berkaitan dengan politik wang, beli undi dan politik kotor adalah di bawah bidangkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“SPR boleh dipanggil sebagai responden atau saksi di mahkamah, tetapi tidak pernah dalam sejarah negara ini, SPR mengheret orang ke mahkamah berhubung rasuah,” katanya.

Mengenai pasukan penguatkuasa SPR yang dibentuk semasa kempen pilihan raya, Wan Ahmad berkata, peranan mereka adalah hanya memantau poster yang dipasang ketika kempen.

“Apa yang mereka (parti politik) cakap semasa ceramah dikendalikan oleh pihak polis, mengikut Akta Polis. Ianya menjadi tanggungjawab polis untuk memantau ceramah.”

Forum itu diadakan di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya, petang ini – dan merupakan pusingan kedua yang dinanti-nantikan antara Wan Ahmad dan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

‘Tak benar SPR tak ada kuasa’

Menjawab kenyataan Wan Ahmad, Ambiga, sebagai penceramah kedua, memetik Seksyen 27E Akta Kesalahan Pilihan Raya untuk membuktikan bahawa SPR sebenarnya mempunyai kuasa lebih luas daripada tanggapan suruhanjaya tersebut.

Menurut Ambiga, seksyen itu memberi kuasa kepada pasukan penguatkuasa SPR sewaktu kempen pilihan raya untuk “memastikan bahawa undang-undang bertulis berhubung dengan pilihan raya dipatuhi”.

Beliau berhujah bahawa SPR juga mempunyai kuasa di bawah undang-undang sedia ada, untuk memanggil pihak-pihak berkuasa lain untuk membantu suruhanjaya itu dalam menjalankan tugasnya.

Oleh itu, walaupun SPR tidak mempunyai kuasa pendakwaan, ia mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan polis atau meminta pihak berkuasa lain mengambil tindakan, apabila berhadapan dengan kes-kes penyelewengan.

Bekas presiden Majlis Peguam juga telah menyoal Wan Ahmad mengenai isu undi pos bagi rakyat Malaysia di luar negara, yang dinafikan peluang untuk mengundi.

“Daripada maklum balas yang kami terima, ia adalah mustahil bagi mereka untuk pergi ke kedutaan Malaysia untuk mengundi,” kata Ambiga.

Beliau mengingatkan Wan Ahmad bahawa 50,000 hingga 200,000 rakyat Sarawak di Semenanjung hilang hak untuk mengundi dalam pilihan raya negeri itu April lalu kerana mereka tidak layak sebagai pengundi pos.

Pendaftaran automatik ‘boleh dilakukan’

Menyentuh perkara yang sama, Ambiga juga meminta Wan Ahmad menjelaskan sama ada anggota tentera Wataniah, yang dicadang kerajaan diwujudkan di setiap kawasan parlimen di seluruh negara, akan didaftarkan sebagai pengundi pos.

Mengenai isu pendaftaran secara automatik – salah satu tuntutan BERSIH 2.0, Ambiga menolak alasan SPR bahawa ia akan memaksa

orang ramai untuk mengundi, dan ia akan menyebabkan peratusan mengundi yang rendah.

Beliau berhujah bahawa jika rakyat secara automatik didaftarkan sebagai pengundi apabila mencapai umur 21 tahun, mereka masih mempunyai pilihan sama ada untuk mengundi atau tidak.

Bagi masalah keluar mengundi yang lebih rendah, Ambiga membalas bahawa pendaftaran automatik akan menghasilkan sebaliknya, kerana ia mengatasi masalah mereka yang malas untuk mendaftar di bawah sistem sekarang.

Tambahnya, pendaftaran automatik boleh dilakukan jika pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang disambung kepada SPR, adalah bersih dan mempunyai integriti yang tinggi.

mKini

%d bloggers like this: