Tag Archives: Silvio Berlusconi

Terkini: PM Setuju Letak Jawatan


PM dah setuju letak jawatan..takkan laa baru balik dari buat kerja haji beliau terus nak jawatan pulak!

Eh biar betul bro..

Mana hang dapat berita ni..ke hang saja nak buat cerita?

Laa..aku posting bukan sembarangan bro…ini bukan cobaan ,ini betul punya cerita laa..sumber dia pun jelas…tak dak ragu ragu punya,jangan was was duk pi baca..

Cer hangpa baca berita kat bawah tu…cerita betul apa…

PM setuju letak jawatan

ROM – Itali dilihat bakal berhadapan kecelaruan politik berpanjangan selepas Perdana Menteri Silvio Berlusconi berjanji akan meletak jawatan selepas gagal mendapat sokongan majoriti di Parlimen negara itu.

Menurut Berlusconi, beliau menjangka Presiden Itali, Giorgio Napolitano akan membubarkan Par­limen dan mengadakan pilihan raya lebih awal selepas perletakan jawa­tannya.

Namun parti pembangkang pula menggesa pembentukan kerajaan cam­puran kebangsaan dilakukan sekali gus menggambarkan kekacauan politik akan tercetus di negara itu jika tiada persefahaman dicapai.

Berlusconi berjanji akan berundur selepas Parlimen meluluskan bajet bagi membantu Itali menghindari krisis hutang negara itu.

Undian bajet itu mungkin dilakukan bulan ini dan mengakhiri pemerintahan Berlusconi, pemimpin penuh kontroversi yang juga seorang hartawan media.

Sh

18SX: Ahli Perniagaan Sogok Pelacur Untuk PM


30 wanita diupah bermesra dengan PM 

ROME: Seorang ahli perniagaan Itali memilih 30 wanita cantik dan muda termasuk pelacur untuk menghadiri parti di kediaman Perdana Menteri, Silvio Berlusconi dan mengupah sebahagian daripada mereka untuk melakukan hubungan seks dengan pemimpin itu, menurut dakwaan terbaru pendakwa raya.

Selepas memilih mereka, Gianpaolo Tarantini memberitahu apa yang perlu dipakai dan bagaimana cara bergaul di parti itu antara September 2008 dan Mei 2009, menurut dokumen yang baru difailkan di mahkamah.

Pendakwa raya sudah menamatkan siasatan mereka terhadap kegiatan Tarantini. Berlusconi tidak disiasat dalam kes itu tetapi ia sekali lagi memalukannya.

Dakwaan itu diketahui ketika sokongan awam kepada Berlusconi berada di tahap paling rendah. Hanya 24 peratus rakyat Itali mengatakan ‘amat’ atau ‘terlalu’ mempercayai ahli perniagaan berusia 74 tahun itu.

Pendakwa raya membentangkan keputusan siasatan dua tahun mengenai tuduhan bahawa Berlusconi menjadikan kediamannya di sini sebagai tempat pelacuran model muda, aktres dan bintang baru.

Di kalangan wanita itu termasuk dari Amerika Selatan dan Eropah Timur, dijemput untuk menghadiri parti itu termasuk ramai pelacur untuk berdamping bersama perdana menteri sebagai balasan mendapat wang tunai atau hadiah lain.
Seorang aktres terkenal Itali, Manuela Arcuri, didakwa dijanjikan peluang menjadi hos festival muzik tahunan San Remo jika setuju tidur dengan Berlusconi, namun enggan menerima tawaran itu.

Identiti sesetengah wanita itu dibocorkan oleh media Itali sebelum ini namun ini adalah kali pertama penyiasat membentangkan satu senarai berdasarkan perbualan 100,000 panggilan telefon yang dipintas pihak berkuasa.

Lapan orang disiasat kerana didakwa membantu dan bersubahat menjalankan kegiatan pelacuran Tarantini, ahli perniagaan dari pelabuhan Adriatic di Bari.

Dia membekalkan wanita kepada Berlusconi dengan harapan memajukan kepentingan perniagaan, kata pendakwa raya Bari.

Orang lain termasuk Sabina Began, model kelahiran Jerman yang sering digambarkan sebagai ‘ratu lebah’ di kalangan peminat wanita Berlusconi.
Lapan suspek terbabit ‘terbabit tanpa sedar dengan rancangan penjenayah’ sindiket pelacuran, kata pendakwa.

Tarantini, 36, dan isterinya ditahan awal bulan ini kerana disyaki memeras lebih £500,000 (RM2.44 juta) daripada perdana menteri sebagai balasan berdiam diri mengenai bekalan gadis pengiring.

Berlusconi mengakui mengadakan parti persendirian di kediamannya di Rome, Milan dan Sardinia namun menegaskan beliau tidak tahu jika ada tetamunya adalah pelacur.

Senarai wanita termasuk Patrizia D’Addario, pelacur yang membuat pendedahan suasana parti di kediaman Berlusconi dan menulis buku mengenai dakwaan hubungan seksnya dengan perdana menteri itu; Ioanna Visan, gadis pentas Romania; Francesca Lana, model pakaian dalam; Camille Cordeiro Charao, model majalah lelaki serta Barbara Montereale, Sara Tommasi dan Barbara Guerra.

Kejatuhan teruk populariti Berlusconi ditunjukkan dalam satu tinjauan yang dijalankan sebelum dakwaan itu muncul dan kemungkinan hasil pakej penjimatan bernilai 54 bilion euro (RM230.32 bilion) yang amat tidak popular yang diluluskan kerajaan Rabu lalu, mencetuskan pertempuran antara polis anti rusuhan dan penunjuk perasaan.

Rakyat Itali yang mempunyai ‘sedikit’ atau ‘tiada kepercayaan’ terhadap Berlusconi meningkat daripada 60 peratus kepada 64 peratus, menurut tinjauan IPR dijalankan oleh akhbar tengah-kiri Repubblica, satu daripada pengkritik tetap perdana menteri.

Kedudukan sokongannya merudum kepada 24 peratus berbanding 62 peratus sejurus selepas dipilih semula pada 2008.

Agensi

PM Buat Parti “Bunga-Bunga” ..(GRO)



Berlusconi dan Karima el Mahroug

PM Berlusconi adakan parti ‘bunga -bunga’

ROM – Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi campur tangan dalam penangkapan Karima El Mahroug, gadis Maghribi yang didakwa dibayar olehnya untuk mendapatkan habuan seks, kerana beliau bimbang Karima akan mendedahkan tentang parti ‘bunga bunganya’.

Sebuah akhbar melaporkan Karima kelmarin sebagai berkata, apabila dia ditangkap kerana didakwa mencuri pada Mei tahun lalu, Berlusconi campur tangan supaya dia dibebaskan bagi menutup mulutnya.

“Semua orang berbogel pada parti ‘bunga bunga’ dan apabila saya ditahan polis, Berlusconi jadi takut (rahsianya akan terbongkar),” kata Karima.

Menurutnya, dia diberitahu oleh Berlusconi bahawa ‘bunga bunga’ bermaksud gundik-gundik yang dikaitkan dengan parti seks.

Dakwa Karima yang kini berusia 18 tahun, Berlusconi mempelajari perkataan tersebut daripada pemerintah Libya, Muammar Ghadafi.

Karima yang merupakan seorang penari gelek menyatakan, dia pertama kali berkenalan dengan Berlusconi semasa menghadiri parti persendiriannya di Vila San Martino pada 14 Februari tahun lalu, ketika dia berusia 17 tahun.

Selepas makan malam, dia dan sekitar 30 wanita lain dibawa ke sebuah bilik bawah tanah di kediaman itu dikenali sebagai bilik bunga bunga untuk acara parti liar.

Pada minggu ini, Berlusconi diperintahkan menghadiri perbicaraan pada 6 April depan atas dakwaan salah guna kuasa dan membayar gadis bawah umur untuk seks.

ksm/Agensi

Nota: Bunyi macam bahasa Melayu bunga bunga tu..mungkin perkataan itu asalnya dari bahasa Maghribi.Pengkaji bahasa Melayu dan Sejarah bolehlah buat kajian ini.

Aduhai,bunga ni membawa berbagai maksud.

Berlusconi sekarang dah jadi icon lelaki mantap walau sudah tua di eropah sekarang,macam macam ada. ha ha ha

dinjawa.lawak politik

PM Akan diBicara Atas Dakwaan Seks


SILVIO BERLUSCONI duduk di kerusi belakang sebuah kereta di Mineo dekat Catania, Sicily, Itali semalam. RUBY (gambar kecil)


PM Itali akan dibicarakan atas dakwaan seks

MILAN – Seorang hakim Itali semalam memerintahkan Perdana Menteri, Silvio Berlusconi dibicarakan atas tuduhan membayar sejumlah wang kepada seorang gadis bawah umur dari Maghribi untuk mendapatkan khidmat seksnya dan cuba menutup perbuatan itu.

Hakim Cristina Di Censo membuat keputusan tersebut semalam dan menetapkan kes Berlusconi dibicarakan pada 6 April depan.

Kes beliau akan didengar oleh satu panel yang disertai oleh tiga juri wanita.

Berlusconi didakwa membayar gadis tersebut yang dikenali sebagai Ruby yang ketika itu berusia 17 tahun untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Beliau juga didakwa menyalahgunakan pengaruhnya untuk membebaskan Ruby yang nama sebenarnya Karima El Mahroug daripada tahanan polis.

Ruby ditahan polis kerana disyaki mencuri wang berjumlah AS$4,103 (RM12,522) tetapi Berlusconi campur tangan bagi meminta polis membebaskannya.

Perdana Menteri itu dipercayai berusaha untuk membebaskan gadis tersebut kerana bimbang rahsianya akan bocor.

Undang-undang Itali membenarkan pelacur dilanggan tetapi mengharamkan hubungan seks dengan remaja berusia di bawah 18 tahun.

Bagi kesalahan pertama, beliau berdepan hukuman penjara antara enam bulan hingga tiga tahun manakala hukuman salah guna kuasa adalah lebih serius iaitu penjara maksimum 12 tahun.

Berlusconi, bagaiamanapun, menafikan semua tuduhan ke atas dirinya itu.

Perdana menteri berkenaan memberitahu, arahan pembebasan Ruby dilakukan bagi mengelak ketegangan diplomatik kerana beliau percaya gadis itu ialah cucu Presiden Mesir ketika itu, Hosni Mubarak.

Hosni telah meletakkan jawatan pada Jumaat lalu.

Berlusconi turut mendakwa tindakan pihak pendakwa raya mengheretnya ke mahkamah adalah bermotifkan politik dengan tujuan untuk menggulingkannya.

Berlusconi, 74, pernah dibicarakan kerana beberapa kes berkaitan perniagaan tetapi ini adalah kali pertama beliau dihadapkan ke mahkamah kerana tingkah lakunya.

Berlusconi didakwa susulan pihak pendakwa raya memberitahu, mereka memiliki bukti kukuh untuk mensabitkannya dalam kes tersebut.

ksm/AP

Nota: Dalam negara Italy yang tidak menggunakan common law nampaknya lebih telus dari negara lain kerana walau seseorang itu berpangkat Perdana Menteri sekali pun beliau tidak akan terlepas dari perhatian undang undang.Nyatanya walau bukan negara Islam tetapi undang undang Itali tidak memilih bulu.

Alangkah baik sekiranya di Malaysia juga peraturan sebegini diguna pakai.

Bilakah Malaysia akan mengamalkan undang undang sebegini?

PM Mengaku Melakukan Dosa


Ada orang yang akan mengakui ‘dosa’ beliau apabila didesak.

Ada juga yang tidak mengaku akan kesalahan perbuatannya ,sebaliknya ingin menutup kesalahan itu dengan menuding jari kepada orang lain atau pada yang dianggap sebagai musuhnya.

Dalam banyak hal perakuan dari kesilapan atau pengalaman lalu akan membuatkan seseorang itu semakin tabah untuk menghadapi cabaran mendatang.

Terdapat juga PM dari negara lain yang tidak mahu mengaku melakukan ‘dosa’.

Agensi melaporkan…

PM Itali Akui beliau melakukan dosa

ROM – Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi semalam mengakui bahawa beliau ‘kadangkala melakukan dosa’ tetapi mendakwa majistret-majistret yang mahu mendakwa dirinya berhubung skandal seks menggunakan taktik pengintipan era Kesatuan Soviet untuk menjatuhkannya dalam satu rampasan kuasa politik.

Kesatuan Soviet merupakan sebuah empayar komunis yang kemudian runtuh dan beberapa wilayah yang menganggotainya berpecah.

Salah sebuah anggota kesatuan itu ialah Rusia yang kini mengamalkan pemerintahan demokrasi.

Perdana Menteri bermasalah itu menggunakan wawancaranya dengan sebuah akhbar tempatan berpengaruh, Il Foglio bagi meningkatkan tekanan dalam perang saraf dengan beberapa majistret berkenaan.

Pada minggu hadapan, seorang hakim yang mendengar permintaan majistret-majistret di Milan untuk mendakwa Berlusconi akan memutuskan sama ada beliau perlu dibicarakan di mahkamah.

Sebelum ini, pihak pendakwa raya Itali menyatakan mereka memiliki cukup bukti untuk mendakwa Berlusconi, 74, kerana membayar seorang remaja bawah umur, untuk khidmat seks seterusnya menggunakan pengaruh beliau untuk membantu gadis berkenaan.

“Kadangkala saya seperti orang lain, tidak terlepas daripada melakukan dosa tetapi cara mereka gunakan untuk mahu membawa saya ke muka pengadilan adalah melampau,” katanya.

Menurut perdana menteri berkenaan, siasatan majistret-majistret terbabit bermotifkan politik seperti pengintipan terhadap kehidupan peribadi orang awam yang pernah dilakukan oleh pemerintah komunis di Jerman Timur.

ksm/Agensi

Media Berebut Gambar Bogel PM


Kantoi ..kantoi lagi PM ni

Pandai buat skandal pandai la tutup..sendirik makan sendiri tanggung.

Bidaan tertinggi sehingga kini RM4.1 juta

PM Malaysia ada buat gambar macam ni tak?..tanya saja..takkan nak marah pulak…peace!

Gambar bogel Perdana Menteri jadi rebutan

ROME: Peguam Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi mengemukakan tindakan undang-undang berhubung siasatan yang mendakwa menemui gambarnya berbogel dengan dikelilingi beberapa wanita muda.

Gambar itu dikatakan diambil oleh seorang atau lebih wanita yang menghadiri parti ‘bunga bunga’ dikediamannya di luar Milan.
Akhbar Itali melaporkan, kewujudan gambar itu mencetuskan perang bidaan antara majalah dan agensi foto dengan harga bermula daripada pd840,000 (RM4.1 juta).

Pasukan peguam itu berkata, gambar berkenaan, jika benar wujud, adalah palsu, dimanipulasi atau montaj gambar.
Mereka juga mengemukakan aduan kepada pihak kehakiman dan badan pengawas privasi Itali sebagai langkah menyekatnya daripada diterbitkan.
Penyiasat merampas komputer dan telefon bimbit daripada beberapa wanita muda yang dijadikan gundik oleh Berlusconi.

Mereka menyiasat peralatan itu untuk melihat sama ada ia mengandungi gambar pegun atau imej video kediaman perdana menteri itu, Villa San Martino.
Pendakwa raya di Milan dijangka mencadangkan hari ini atau esok untuk mengheret Berlusconi ke muka pengadilan atas dakwaan membayar untuk mendapatkan khidmat seks daripada El-Mahroug, pelacur bawah umur yang juga dikenali sebagai Ruby The Heart Stealer.

Berlusconi juga akan didakwa atas tuduhan cuba menyalahgunakan kedudukannya dalam usaha membebaskan wanita itu daripada tahanan polis atas dakwaan mencuri.
Perdana Menteri itu berulang kali menafikan sebarang salah laku.

mmtr/Agensi

dinjawa.lawak politik

%d bloggers like this: