Tag Archives: selebriti malaysia

Julie Woon Sedia Terima Lelaki Melayu Sebagai Suami


insyaallah ada jodoh nanti

Pelakon dan pengacara, Julie Woon, tidak menolak jika suatu hari nanti dia bertemu jodoh dengan jejaka berbangsa Melayu.

Julie berkata, kegagalan percintaannya dengan pengacara Jalan-Jalan Cari Makan, Qushairi Mohammed Razali atau Qi tidak membuatkannya serik untuk berkenalan dengan lelaki Melayu.

“Jika ada jodoh saya tidak menolak untuk berkahwin dengan lelaki Melayu suatu hari nanti.

“Soal hati dan perasaan bukan bergantung kepada bangsa atau agama seseorang itu. Ia datang dengan sendiri,” katanya.

Julie ditemui selepas majlis pelancaran program Take Me Out di KRU Studio di sini, pada Isnin.

Pengacara berusia 27 tahun ini berkata, dia enggan lagi bercinta dengan mereka yang terlibat dalam industri hiburan yang sama dengannya kerana masyarakat lebih gemar memberi tumpuan kepada cerita peribadi daripada kerjaya seni.

“Saya pernah menjalinkan hubungan dengan orang dari dalam industri jadi kalau boleh selepas ini tidak mahu lagi kerana tumpuan lebih diberikan kepada hubungan itu dan bukannya kerjaya saya,” ujarnya.

Julie memberitahu dia kini masih solo dan tidak terburu-buru mencari pengganti teman lelaki.

“Saya serahkan kepada takdir dan tidak terlalu begitu mengharap,” katanya.

Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan terbarunya, Julie yang bakal bergandingan dengan Nazrudin Rahman dalam program Take Me Out di NTV7 berkata, tumpuannya kini kepada bidang pengacaraan.

Ini kerana rezekinya lebih kepada bidang itu tetapi tidak menolak akan kembali berlakon jika mendapat watak sesuai.

“Saya ingin berlakon lagi tetapi kerana kesuntukan masa saya terpaksa melupakan hasrat tersebut seketika kerana ingin memberikan tumpuan kepada bidang pengacaraan,” ujarnya.

Julie pernah berlakon dalam drama bersiri “Blogger Boy” bersama bekas kekasihnya Qi.

Mohd Qayyum Azizi

Laa..Halim Othman Suria FM Baru Nak Menikah!


ish ish ..ish…Aku tersalah anggap rupanya..

Aku duk ingat kot si halim ni dah beranak pinak pun..rupanya rupanya masih bujang trang tang tang..hahaha

Await hang buat lagu tu halim,kebiasaannya  kalu orang lain tang sebaya hang dah ada cucu pun..aku bukan perendah rendahkan hang halim..kerana aku percaya samada telaga atau perigi kat Mesia ni banyak beb..cer hangpa tengok akhbar tabloit dan majalah duk iklan..sikit punya banyak telaga ka duk ada! telaga yang ditutup yang terdedah dan tak kurang jugak yang suka ‘sedekah’ …hahaha

Hang macam ‘teruna arab’ laa ..kalu tunggu umo 50 baru nak kawen..hahaha

Apa pun aku doakan halim akan bertemu dengan jodoh yang bagos untuk beliau.

Temui bakal isteri,Halim Othman rancang nikah

Penyampai radio Suria FM, Halim Othman memberitahu akan menamatkan zaman bujangnya sebelum mencecah usia 50 tahun.

Halim yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke 47 tahun yang disambut pada 28 September lalu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan berkahwin pada tahun hadapan.

Ditanya mengenai bakal isterinya itu, Halim berkata dia tidak mahu mendedahkan identiti wanita tersebut kerana takut perancangan untuk berkahwin tidak menjadi.

“Apa yang pasti saya akan mengakhiri zaman bujang sebelum usia mencecah 50 tahun.

“Bagi saya ia bukan sesuatu yang pelik kerana arwah ayah saya juga berkahwin ketika usia 50 tahun,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Halim berkata dia semakin selesa mengendalikan pagi Breakfast @Suria bersama-sama Sharifah Shahira (Sheera) dan Zizi.

Baginya tumpuan mereka adalah bukan untuk mengejar kedudukan siapa paling hebat tetapi lebih kepada untuk memuaskan hati pendengar dengan menyediakan hiburan serta informasi berguna.

“Untuk saya untuk mengejar nama dalam bidang ini sudah berlalu kerana kini apa yang lebih penting adalah untuk memenuhi kehendak pendengar,” ujarnya.

mStar

Ally Iskandar Putus Tunang Dengan Aishah


dah macam musim putus tunang pulak dah..

hero bola ,hero macho dan segala macam hero ada saja cerita putus tunang…tak pa lah kalu dah jodoh tak panjang lebih baik dari lepas kawen duk bercerai berai …

Katanya bukan kerana pihak ketiga

Personaliti TV3, Ally Iskandar, 35 mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal, 25, telah putus pada 30 Julai lalu.

Tanpa berselindung Ally berkata, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan hujung tahun ini.

“Kami telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan,” katanya kepada pemberita pada rakamkan program Mentor Raya di sini, Khamis.

Ujar Ally, perpisahan itu tiada kaitan dengan pihak ketiga ataupun konflik besar membabitkan mereka sebaliknya beberapa masalah lain yang datang secara berperingkat sehingga gagal untuk diselesaikan.

Katanya, mereka berdua pernah mengimpikan untuk menjadi pasangan bahagia dalam rumah tangga tetapi sayang sekali ia tidak dapat dilaksanakan seperti dirancang.

Keputusan memutuskan tali pertunangan itu juga membuatkan Ally berasa kecewa dan ralat kerana sangkanya, dengan usia yang semakin meningkat dan mempunyai kerjaya yang kukuh, dia dapat endirikan rumah tangga secepat mungkin

Malah ujar Ally lagi keluarganya turut bersedih dengan peristiwa itu lebih-lebih lagi mereka amat gembira semasa majlis pertunangan yang diadakan sebelum ini.

“Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan (memutuskan pertunangan) dibuat secara baik,” katanya.

Bagaimanapun ujar Ally, dia dan Nur Aishah masih berkawan baik dan tiada permusuhan di antara mereka.

Katanya, buat masa ini dia mahu memberi perhatian terhadap tugasnya sebagai pengacara TV3 dan enggan terlalu memikirkan masalah itu.

Sementara itu, Ally menegaskan bahawa keputusan tersebut tiada kaitan dengan dirinya yang mahu mengikut jejak langkah seperti pemain bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat yang juga memutuskan pertunangannya dengan Elia pada hari yang sama.

“Saya harap, tiada spekulasi atau pandangan buruk yang berlaku kerana saya mendapat tahu, ada orang menganggap saya sengaja mahu mengikut jejak Fahmi untuk memutuskan pertunangan ini,” tegasnya.

mStar

Farid Kamil Tahu Siapa Punya “Angkara”


Farid dapat mengesyaki siapa individu itu

Pelakon Farid Kamil mengakui dapat mengesyaki beberapa pihak terlibat melakukan ugutan agar dia menjauhkan diri dan tidak menjalinkan apa-apa hubungan dengan pelakon jelita, Diana Danielle.

Jelas Farid, dia pasti perkara tersebut dilakukan oleh seseorang yang mengenali mereka berdua.

“Saya ada mengesyaki beberapa orang yang berkemungkinan besar melakukan perkara tersebut, namun saya sudah serahkan segalanya kepada polis. Biarlah polis yang menyelesaikan perkara itu.

“Apa yang penting ialah keselamatan kami sekarang. Nasib juga dia beri amaran awal-awal dengan ugutan daripada terus menyerang kami,” katanya ketika di temui padaProgram Rakaman Mega Raya, di sini, Sabtu lalu.

Farid diminta mengulas mengenai ugutan yang diterimanya minggu lalu menerusi panggilan telefon yang menyuruhnya agar menjauhkan diri daripada Diana.

Bagaimanapun, pengarah filem “Kongsi” itu telah pun membuat laporan polis selepas kejadian tersebut.

Jelas Farid, buat masa ini dia mengambil langkah berhati-hati terutamanya ketika berada di kawasan yang mencurigakan.

“Kalau dulu mungkin saya rasa selamat untuk ke mana-mana seorang diri, namun kini perlu lebih berhati-hati terutamanya di tempat-tempat terbuka dan tidak biasa.

“Tapi saya juga tidak mahu ambil serius perkara ini sehingga mampu membatasi pergerakan saya sebaliknya sekadar lebih berhati-hati,” jelasnya.

Dalam pada itu, Farid turut menceritakan peristiwa ketika dia diugut oleh lelaki tersebut.

“Selepas lapan kali telefon bimbit saya berdering, saya fikir ia panggilan kecemasan kerana nombor tersebut juga tidak dikenali. Ada suara lelaki yang menyuruh agar saya jangan kurang ajar dan menjauhkan diri daripada Diana.

“Dia juga mengugut untuk mencederakan saya dan tahu di mana saya tinggal. Selepas kejadian tersebut saya telefon Diana dan menyuruh agar dia berhati-hati,” jelasnya.

mStar

Shahir AF8 Pulak ikut Langkah Sham Kamikaze


Shahir berhenti menyanyi dakwa dianiaya

Penyanyi popular Shahir menamatkan misteri kehilangannya selama ini apabila dia membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat.

Menurut sumber yang juga teman rapat penyanyi lagu Luar Biasa itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) tersebut nekad dengan keputusannya kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu.

Shahir tidak akan menyanyi lagi dan akan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya.

“Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini,” kata sumber itu yang tidak mahu mendedahkan identitinya kepada mStar Online, Rabu.

Tambahnya: “Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan.

“Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC).

“Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini.”

Beberapa minggu lalu, industri seni kecoh dengan isu Shahir yang dikatakan ‘ghaib’ dan gagal dihubungi oleh pihak media sertapengurusannya.

Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman mengakui Shahir berada di kampung iaitu di Kampar, Perak dan sedang berehat.

Sebelum ini, Shahir pernah menghilang kerana mengalami masalah kesihatan dan pulang ke kampung beberapa ketika.

Dia juga pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan.

Namun pemuda tersebut menafikan perkara itu sebaliknya menganggap hubungan mereka sekadar teman biasa.

Pihak mStar cuba mendapatkan Shahir dan keluarganya, namun mereka gagal dihubungi.

Pairin Benarkan Nera berpacaran dengan Lelaki Muslim


Pengakuan Nera anak Pairin Kitingan bekas Ketua Menteri Sabah

Bekas peserta Akademi Fantasia ke 9 (AF9) Nera atau nama sebenar Queennera Francis Kitingon, 19, memberitahu keluarganya tidak pernah menghalang untuk dia bercinta dengan lelaki Melayu atau berlainan agama.

Tambah Nera, ahli keluarganya berfikiran terbuka dan sentiasa memberi sokongan apa juga pilihannya.

“Keluarga tidak pernah menghalang saya untuk berkawan dengan siapa sahaja, mereka tidak pernah meletakkan syarat dan sentiasa berfikiran terbuka.

“Bagaimanapun sebagai ibu bapa mereka sentiasa memberi nasihat kepada saya agar menjaga diri dalam apa juga yang saya lakukan,” katanya.

Bagaimanapun, Nera mengakui dia masih belum mempunyai teman istimewa biarpun sebelum ini dikatakan sedang hangat bercinta dengan bekas pelajar AF9 yang lain iaitu Azri atau nama sebenarnya, Mohamad Azri Abdullah,24.

“Saya belum mempunyai kekasih atau bertemu orang yang betul-betul sesuai dengan saya. Lagi pula saya masih baru di sini dan baru memulakan kerjaya.

“Saya dan Azri berkawan rapat sejak di dalam akademi tapi apabila sudah keluar dari akademi kami jarang bertemu dan sibuk dengan hal masing-masing,” katanya.

Ditanya tentang lelaki idaman, Nera memberitahu dia mendambakan lelaki yang jujur dan bertanggungjawab.

“Saya tidak kisah atau terlalu memilih cukuplah dengan seorang yang baik hati, jujur dan bertanggungjawab sebagai lelaki,” tuturnya.

Sementara itu, Nera yang baru muncul dengan “single” terbaru berjudul Hatiku Milikmumemberitahu telah menitiskan air mata ketika merakamkan lagu tersebut.

“Lagu ini sangat menyentuh hati saya, ketika menghayati dan memahami lagu tersebut sewaktu proses rakaman, saya menangis.

“Saya terharu kerana ramai yang memberi maklum balas baik terhadap lagu tersebut, secara tidak langsung saya dapat menangkis cakap-cakap orang tentang bakat nyanyian saya,” katanya.

mStar

%d bloggers like this: