Tag Archives: Selangor

Polis Pun Kena Samun Jugak


gun-shooting

Polis disamun hilang senjata api

Shah Alam: Seorang anggota polis yang berhenti rehat dalam kenderaannya kerana keletihan di satu kawasan di bandar raya ini menjadi mangsa samun membabitkan kerugian sejumlah wang tunai selain kehilangan beberapa dokumen penting dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam.

Lebih merisaukan, anggota dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor itu bukan saja kerugian wang tunai malah senjata api dipercayai dibawa bersama turut dilarikan penjenayah bermotosikal yang menyamunnya.

Setakat ini, polis percaya hanya seorang suspek terbabit dalam kejadian itu namun siasatan lanjut bagi mengetahui gambaran sebenar kejadian sedang dilakukan dengan pengumpulan bukti dan saksi untuk membantu proses siasatan.

Sumber berkata, mangsa berusia 47 tahun itu baru selesai menguruskan pengebumian seorang ahli keluarganya dan berhenti di satu kawasan di Seksyen 7, dekat sini, untuk tidur seketika sebelum menurunkan sedikit cermin kenderaannya.

Bagaimanapun katanya, mangsa terkejut apabila menyedari badannya disentuh sebelum melihat seorang lelaki menarik dengan kuat senjata apinya menyebabkan tali yang diikat bersama senjata berkenaan terputus.

“Mangsa cuba mengejar penjenayah itu namun suspek yang menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran disyaki palsu itu sempat melarikan diri sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Difahamkan, laporan dibuat di Balai Polis Seksyen 6, dekat sini, dan kes berkenaan kini dikendalikan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan kes disiasat mengikut seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 35 Akta Senjata 1960

Hasan Ali Masuk Umno Esok ?


Benarkah Hasan Ali umum sertai Umno esok ?

“Kami akan panjangkan borang permohonan tersebut kepada majlis tertinggi (MT) Umno,” kata Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukor Idrus.

Desas desus mengenai Exco Agama kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menyertai Umno semakin semakin kedengaran.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukor Idrus menafikan perkara tersebut.

“Saya tidak mendengar apa-apa lagi. Tetapi jika berminat, dia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan parti.

“Pertama, dia kena isi borang dan kemudian serahkan kepada pejabat Umno negeri di Shah Alam.

“Kedua, kami akan panjangkan borang permohonan tersebut kepada majlis tertinggi (MT) Umno,” katanya.

Sidang media esok

Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor akan mengadakan sidang media di rumahnya di pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur esok.

PAS memecat beliau Ahad lalu ekoran beberapa kenyataan kontroversi dan yang terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menentang sokongan rakyat kepada perhimpunan di mahkamah tinggi Kuala Lumpur di hari keputusan kes liwat Anwar kerana menganggap ia kes peribadi tokoh pembangkang itu.

Mahkamah, Isnin lalu membebaskan Anwar dari tuduhan tersebut.

Syukor menambah, Umno Selangor mengalu-alukan kemasukan Dr Hasan ke dalam Umno.

“Sebagai tokoh politik yang berpengalaman, Dr Hasan boleh membantu Umno negeri merampas balik Selangor,” tambahnya.

oleh Muda Mohd. Noor

Gambaran Selangor Akan ‘Jatuh’ Kepada BN ?


Countdown Kerajaan Selangor disambut meriah golongan muda

Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, malam tadi.

Difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program “Karnival Sayangi Selangor” dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tinjauan rawak ke laman-laman blog bukan politik hari ini juga mendapati rata-rata penulis mengulas mengenai kemeriahan program malam tadi serta memuat naik gambar-gambar dan video sekitar program.

Antara yang diulas adalah mengenai keserasian Ustaz Azhar dan Zizan sewaktu forum soal jawab agama berlangsung dan petikan gitar oleh Ustaz Azhar sendiri.

Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.

Rata-rata mereka juga mengharapkan program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik jiwa diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain.

Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ianya ditampilkan “kena dengan caranya”.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang hadir malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Haniza Talha dan Yaakob Safari serta Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad.

Hd

Calon Pas Selangor: Nama Hasan Ali Tidak Tersenarai ?


Tanda tanya untuk bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dan pemimpin ‘kontroversi’ ini hangat diperkatakan sekarang.

Adakah Pas Pusat akan mengekalkan Hasan Ali di DUN Selangor ?

Masihkah Hasan Ali akan dikekalkan untuk PRU13

SHAH ALAM – Kira-kira 80 peratus muka lama akan dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, tidak pernah wujud isu yang mengatakan bahawa muka lama tidak berpeluang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Katanya, apa yang menjadi keutamaan untuk dipilih sebagai calon adalah disenangi rakyat, tidak menonjolkan diri sendiri serta tidak merokok dan sebagainya.

“Pas Selangor sudah selesai dan menyerahkan nama calon kepada Pas Pusat. Setiap kawasan, kita hantar tiga nama tetapi tanpa ranking di antara tiga calon itu, tiada keutamaan kerana semua calon sama.

“Apa juga keputusan Pas Pusat, kita akur sebab kita ada majlis syura di mana penapisan calon dan pemilihan dalam Pas ini sangat tegas. Merokok tidak boleh jadi calon. Itu dimaklumkan oleh Tok Guru Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) kepada semua anggota Pas. Mereka yang cuba menonjolkan diri sendiri pun tidak boleh jadi calon. Dalam Pas, awal-awal lagi akan ditolak.

“Calon mesti mesra dan disenangi rakyat, maksudnya sebagai wakil rakyat kena turun padang dan melawat jika ada kenduri kahwin, bersalin, sakit, kematian. Walaupun kerjayanya doktor atau jurutera sekalipun, kalau rakyat tidak senangi, rakyat tidak calonkan dia, kita tidak akan bawa dia ke depan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rani menolak untuk mendedahkan nama semua calon yang disenaraikan kerana ia adalah pendirian parti tersebut malah beliau enggan mengulas sama ada bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dipilih atau tidak.

“Itu termasuk dalam kita punya ikrar, kita tidak boleh dedahkan perkara itu (nama calon yang diserahkan kepada Pusat). Hanya Pesuruhjaya dan Pusat sahaja yang tahu, saya tahu senarainya tetapi saya tidak boleh mendedahkannya.

“Siapa pun yang dipilih, Pesuruhjaya tidak boleh dedahkan kerana itu pendirian Pas. Sekiranya dimaklumkan awal, akan timbul macam-macam perkara,” katanya.

Bagaimanapun katanya, semua calon yang dipilih mesti turun padang dan berjumpa rakyat di kawasan masing-masing agar rakyat lebih mengenali mereka.

“Empunya diri tahu mereka dicalonkan jadi mereka perlu buat kerja (turun padang) di kawasan masing-masing. Sebagai contoh, sekiranya tiada nama saya dicalonkan dalam tiga senarai di Meru, saya perlu memberikan laluan kepada mereka di situ.

“Sekarang ini, calon akan dimaklumkan awal sebab jika lambat, rakyat di kawasan sendiri pun tidak kenal dan tidak tahu calon wakil rakyat mereka,” katanya.

SH

Apa Pasal Member Gerakan Ni Masuk PKR Pulak ?


Apa sebab paling logik beliau ini masuk PKR?

Sebab PKR selalu duk bohong rakyat laa kot..hahaha ..atau sebab  pak Berahim PERKASAm kuat sangat ‘berjihad’..

Atau sebab PKR selalu duk kuat kempen sampai Ketua Penerangan Pemuda Gerakan pun tak terlawan agaknya..hahahaha

Rasa aku laa mungkin ada kebenaran dakwaan blogger juak juak UMporNO yang mana Anwar jangan duk pi dengar ceramah beliau nanti terpengaruh seperti tuu jugak kata Tun M pun..hahaha hahahaha

Sebelum ni Ketua bahagian Padang Serai keluar parti Gerakan…terkini-setiausaha-parti-gerakan-kedah-masuk-pkr/

Bekas ketua Penerangan Gerakan sertai KEADILAN

Bekas Ketua Penerangan Pemuda Gerakan Selangor, Delren Terrente Doughlas mengambil keputusan untuk menyertai KEADILAN selepas kecewa dengan Gerakan dan Barisan Nasional.

Delren berkata, penyertaan beliau dalam parti itu kerana yakin dengan reformasi KEADILAN yang memperjuang kesaksamaan untuk setiap kelompok rakyat di negara ini.

“Saya juga memutuskan meninggalkan Gerakan kerana hala tuju parti ini kerap ditentukan Umno selain tidak yakin dengan kepimpinan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon,” katanya yang turut menyatakan kira-kira 30 bekas anggota Gerakan dari Selangor dan Kedah bakal mengikut langkahnya.

Penyertaan beliau itu diumumkan pada awal Muharram dan sebaik selesainya Kongres KEADILAN kali ke lapan yang berlangsung di Johor.

Beliau yang merupakan ahli Gerakan sejak 2004 juga menyandang Ketua Cawangan Gerakan DUN Ijok selain Ketua Bahagian Gerakan Kuala Selangor sebelum ini.

“Semasa menyatakan hasrat mahu keluar parti, tiada respon dari pimpinan Gerakan kecuali hari ini beberapa pemimpin menghubungi saya termasuk Tsu Koon selepas saya menghantar sms menyatakan hasrat keluar parti,” katanya.

Sementara itu, Tian Chua mengalu-alukan penyertaan mana-mana individu termasuk Dalren menyertai KEADILAN, kerana parti itu merupakan parti yang menawarkan ruang dan peluang pada semua golongan yang komited pada perjuangan untuk rakyat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23726

inilah Sebab Utama Muhyiddin Yassin “Semak Perut”


Setiap kali menjelang PRU inilah masalah BN sejak dulu kini dan selamanya.Bukan sahaja dikalangan parti perkauman Umno,malahan turut membusung dalam komponen Bn yang lain.

Beberapa kawasan hangat seperti Parlimen Kepala Batas,Parlimen Kubang Pasu, Sungai Petani,Langkawi ,Jerlun,Jerai dan lain lain lagi semakin menggusarkan dan semak perut TPM tak dapat disimpan lagi.

Bak kata pepatah semak perut Pak Lah pada PRU12 kini betul betul dirasai oleh Muhyiddin.Konvensyen demi konvensyen Bn hanya menjadi ‘wayang cina’.Hakikatnya perebutan untuk menjadi calon pilihanraya dikalangan pemimpin Bn berterusan hingga ke hari penamaan calon.Kem kem pemimpin ini semakin giat berkempen untuk kepala juak juak masing masing.

Beberapa penganalisis politik berpendapat Pakatan Rakyat akan mendapat sokongan pertambahan sekitar 15 ke 20 peratus sokongan pada PRU13 berdasarkan rekod cemerlang pentadbiran .Bolehkah fitnah dan adu domba Umno/Bn mengatasi ‘track record’ PR ?

Masalah dalaman Bn perlu diselesai segera: Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan parti komponen Barisan Nasional (BN) segera menyelesaikan masalah dalaman parti masing-masing dan tidak menunggu sehingga tiba Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.

Bimbang dengan pergeseran dalaman parti, Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau telah mengadakan proses pertemuan dengan pemimpin parti komponen bagi membincangkan soal persiapan parti masing-masing menghadapi PRU nanti.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata beliau telah memanggil beberapa pemimpin bahagian dan memaklumkan kedudukan bahagian mereka seterusnya langkah yang perlu diambil untuk memperbaiki hubungan dan masalah sesama mereka.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selepas menghadiri majlis ‘Penerangan Perdana Nurani Rakyat Sayangi Selangor bersama Timbalan Perdana Menteri’ di sini hari ini.

Mengenai laporan penyelidikan oleh OSK Research yang meramal BN mempunyai peluang cerah memenangi PRU ke-13, Muhyiddin berkata walaupun berita itu menggembirakan namun mengingatkan ahli komponennya supaya tidak selesa dengan laporan itu.

“Maklumat yang diterima itu mungkin disampaikan oleh ahli-ahli kita berdasarkan kerja yang dibuat di bawah. Tetapi betul kita harus ada satu pihak lain yang boleh menilai kenyataan itu. Saya tidak mahu pertikai mungkin mereka ada asas-asas. Tetapi kami juga dalam parti tidak boleh hanya mengharapkan itu saja tanpa ada usaha kerja,” katanya.

Katanya masih banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk memastikan rakyat benar-benar memahami kesungguhan dan keikhlasan BN untuk membantu mereka.
“Jangan kita rasa yakin atau rasa selesa, kita punya tugas yang masih mencabar…banyak tanggungjawab yang perlu kita perlu laksanakan tetapi yang paling utama ialah perpaduan dalam parti,” katanya.

Muhyiddin berkata untuk mencapai kejayaan pada PRU ke-13 nanti, semua ahli parti komponen BN di semua peringkat perlu bersatu.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata lawatan sehari di Selangor jelas menampakkan kepercayaan rakyat negeri itu terhadap BN yang ternyata terpedaya dengan janji-janji manis Pakatan pada pilihan raya umum lalu.

Bernama

%d bloggers like this: