Tag Archives: Saudi Arabia

Pak Arab Jual Anak Melalui Facebook


Saud dengan anak yang hendak dijualnya.

Riyadh: Seorang lelaki Arab Saudi cuba menjual anaknya di Facebook dengan harga AS$20 juta (RM60 juta) bagi mengelak untuk hidup dalam kemiskinan selepas perniagaan yang dijalankannya secara haram ditutup.

Saud bin Nasser Al Shahry mendakwa langkah itu adalah satu-satunya cara untuk membolehkannya terus menyara isteri dan anak perempuannya.

Menurutnya, dia bersedia ke mahkamah untuk menjual anaknya.

Saud bagaimanapun menetapkan satu syarat iaitu dia mahu tahu di bandar mana pembeli itu menetap.

Lelaki berkenaan mengambil keputusan itu selepas bertanya sama ada pihak berkuasa boleh membantunya dari segi kewangan apabila perniagaan memungut hutang yang dijalankannya ditutup, katanya kepada cawangan akhbar Qatar di Riyadh, Al-Sharq.

Permohonannya ditolak kerana usianya sudah melebihi 35 tahun.

Setakat ini tidak jelas sama ada tindakannya hanya gimik, atau jika benar, adakah beliau boleh menjual anaknya tanpa tindakan undang-undang.

Pemerdagangan manusia adalah satu kesalahan di Arab Saudi tetapi negara itu tidak memenuhi standard minimum antarabangsa, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Dalam laporan terbaru yang dipetik dalam Venture Bear, jabatan itu berkata, Arab Saudi masih tidak mempunyai undang-undang pemerdagangan manusia secukupnya dan walaupun terdapat bukti kegiatan pemerdagangan yang berleluasa, negara itu tidak melaporkan sebarang pendakwaan jenayah, hukuman atau hukuman penjara untuk jenayah itu yang dilakukan terhadap pembantu rumah asing.

Dalam pada itu, Facebook tidak mungkin membenarkan penjualan seumpama itu dilakukan menerusi laman webnya.

Menurut kenyataannya mengenai Hak dan Tanggungjawab, pengguna tidak dibenarkan meletakkan kandungan atau mengambil sebarang tindakan dalam Facebook yang melanggar hak asasi orang lain atau yang melanggar undang-undang.

Hampir separuh daripada kanak-kanak Saudi berdepan dengan keganasan rumah tangga atau penderaan lain, kata kumpulan hak asasi negara itu, Persatuan Kebangsaan Untuk Hak Asasi.

AN

Lelaki Australia Kena Sebat 500 Kali Kerana Hina Sahabat Nabi


Lelaki itu dikenali sebagai Mansor Almaribe

SYDNEY: Seorang lelaki Australia dihukum sebat 500 kali dan penjara setahun di Arab Saudi kerana menghina sahabat Rasulullah pada musim haji lalu.

Jabatan Hal Ehwal Luar Australia semalam berkata, kerajaan sangat bimbang terhadap keadaan lelaki terbabit yang dinamakan media sebagai Mansor Almaribe.
Bapa kepada lima anak, Almaribe, 45, dilaporkan disebat belakangnya dan kerajaan bimbang kerana dia mengalami masalah kesihatan di bahagian itu.

Jurucakap Kementerian Luar berkata, Australia berpegang kepada polisi universal mengecam penggunaan hukuman fizikal yang boleh membawa kepada penyeksaan atau kekejaman.
Katanya, Duta Australia menghubungi kerajaan Arab Saudi bagi meringankan hukuman.

 “Saya tidak fikir Mansor mampu menahan 50 sebatan,” katanya.
 Reuters

Putera Mahkota Arab Saudi Meninggal Dunia


Putera Sultan Abdul Aziz meninggal dunia

DUBAI: Putera Mahkota Arab Saudi Putera Sultan Abdul-Aziz yang menerima rawatan di luar negara meninggal dunia pada Sabtu, demikian menurut satu kenyataan rasmi dibawa agensi berita kebangsaan SPA.

Putera Sultan merupakan adik kepada Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz.

“Putera Sultan telah meninggal dunia di luar negara subuh ini kerana sakit,” kata kenyataan itu.

Sultan, yang dipercayai berusia 86 tahun, berada di Amerika Syarikat kerana sakit dan menjalani rawatan sejak Jun lalu.

Selain selaku putera mahkota negara pengeskport minyak terbesar dunia itu, Putera Sultan juga merupakan menteri pertahanan dan menteri penerbangan sejak empat dekad lalu.

Saluran televisyen Saudi menghentikan program siaran sejak awal pagi ini dan hanya menyiarkan bacaan ayat-ayat al-Quran dengan imej Kaaba.

Upacara pengebumian akan berlangsung di ibu negara Saudi Riyadh Selasa ini, kata SPA lagi.

Raja Abdullah yang berusia lewat 80-an menjalani semula pembedahan awal bulan ini di luar negara dan kelihatan sihat sejak itu.

Menteri Dalam Negeri Putera Nayef, yang dinamakan sebagai timbalan perdana menteri kedua pada 2009, dijangka akan menggantikan tempat Putera Sultan sebagai Putera Mahkota.

Putera Nayef, berusia dalam lewat 70-an, dianggap sebagai lebih konservatif berbanding Putera Sultan dan Raja Abdullah.

Berbanding negara-negara Eropah dan negara lain, takhta Arab Saudi akan diwarisi oleh adik-beradik pengasas kerajaan Saudi, Ibn Saud yang meninggal dunia pada 1953.

reuters

MKN Kaitkan Asri, Ulama Umno dengan Wahabi pulak dah


Madah BN terbaru untuk mengekang pengkritik dari pelbagai aliran

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri diPutrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

“Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini,” dakwa sumber itu.

Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN – majlis bawah Jabatan Perdana Menteri – di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.

Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan ‘dinaungi’ kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain.

“Saudi juga dikatakan penyumbang kepada faktor kejatuhan kerajaan (empayar Islam Turki) Uthmaniyah (1299-1923),” dakwa sumber-sumber.

Dr Asri: Hati-hari sokong parti kerajaan

Seorang tokoh agama Selatan Thailand Ismail Lutfi juga dikaitkan dengan jaringan itu, tambah sumber.

Penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dikatakan antara tokoh terlibat membuat pembentangan dalam majlis tertutup itu.

Tidak seperti ulama muda Umno, Dr Asri sebelum ini sudah pernah dikaitkan dengan aktiviti “terorisme agama dalam taklimat anti-keganasan anjuran pihak polis.

young ulama join umno 250610 02Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini secara sinis berkata tidak terkejut dengan dakwaan itu kerana sekarang ini “orang yang memakai baju kuning pun boleh dianggap komunis”.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau agak pelik tentang kedudukan ulama muda Umno – antara yang didakwa berhempas pulas mempertahankan kerajaan – juga boleh disenaraikan.

“Jadi, saya minta golongan ulama berhati-hatilah hendak berjasa dengan parti kerajaan,” sindirnya yang pernah diurakan-urakan akan menyertai Umno bersama kumpulan itu sebelum ini.

‘Tolak juga fahaman tak demokratik’

Dr Asri juga mempersoalkan kewajaran mengaitkannya dengan terorisme sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kiri) sendiri didakwa tidak keberatan memohon bantuan daripadanya dalam sesuatu isu.

NONE“Seminggu sebelum perhimpunan BERSIH2.0, ketua polis negara sendiri telefon saya untuk bantu tenteramkan masyarakat (yang hendak berhimpun). Takkanlah ketua polis negara menghubungi teroris?

“Semalam bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menziarahi rumah saya di sini (Pulau Pinang), takkan sebesar ini jaringan teroris,” katanya yang terkenal dengan kelantangan dan sifat sinikal itu.

Mengulas tentang kerajaan Arab Saudi yang dilibatkan sama, Dr Asri menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan terjejasnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang baik ketika ini.

Berhubung fahaman Wahabi, Dr Asri berkata, beliau berpendirian, aliran itu – merujuk kepada tafsiran menolak kepelbagai pandangan dalam agamahendaklah ditolak seluruh umat Islam.

“Dalam masa yang sama, (kena) tolak juga fahaman yang tidak demokratik, yang anti hak rakyat, anti hak bersuara dan hak berkumpul rakyat.

“Ulama mesti fikir, fahaman tidak demokratik juga ancaman kepada negara pelbagai kaum seperti Malaysia,” kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

mKini

p.s: Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN – majlis bawah Jabatan Perdana Menteri – di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.

Video Amah Indonesia Kena Pancung Kepala di Saudi (18SG)


Video menunjukan berita dan visual saat Ruyati Satubi, amah Indonesia dihukum mati di Arab Saudi pada Sabtu (18/6).

Dia dihukum pancung kerana membunuh isteri majikannya, Khoiriyah Omar Moh Omar Hilwani pada 12 Januari 2010. Mangsa telah ditetak beberapa kali di kepala dan lehernya ditusuk dengan pisau dapur.

Ruyati mengaku membunuh mangsa selepas bertengkar kerana majikannya itu tidak membenarkan dia pulang. Ruyati juga mendakwa majikannya turut memukulnya.

Gempar: Pak Arab Saudi Bercerai 6 Minit 1 Pasangan


Jumlah kes tertinggi dari segenap negara Arab

JEDDAH: Perpisahan berlaku setiap enam minit di Arab Saudi menjadikan negara itu mencatatkan peratusan paling tinggi kes pasangan bercerai berbanding negara lain di rantau Teluk iaitu 79 peratus sehari.

“Ini menunjukkan institusi keluarga benar-benar memerlukan bimbingan,” kata pakar kaunseling keluarga, Abdullah al-Sadhan, dalam kursus latihan kaunseling menggunakan telefon di Jeddah.

“Kaunseling menggunakan telefon penting untuk pasangan muda yang berkahwin yang mencatatkan jumlah paling tinggi dalam kes perceraian,” kata kaunselor pembimbing keluarga itu.

Akhbar Saudi Gazette memetik al-Sadhan sebagai berkata, 30 peratus pasangan yang menerima kaunseling menggunakan telefon kembali kepada keputusan mereka untuk bercerai sementara perkhidmatan di Jeddah menghasilkan kadar kejayaan lebih tinggi dengan 34 peratus.

Agensi

%d bloggers like this: