Tag Archives: samun

Rumah Pelakon Wardina Disamun, Suami Kena Pukul


Pelakon, model dan pengacara televisyen, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot kerugian RM20,000 apabila rumahnya disamun tiga lelaki bersenjata di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di Kuala Lumpur hari ini.

Pada kejadian jam 3 pagi itu, tiga penjenayah terbabit memasuki rumah Wardina setelah mengumpil pintu belakang rumah teres tepi dua tingkat milik beliau sebelum mengarahkan semua anggota keluarga Wardina berkumpul.

Wardina, 33, yang masih trauma dengan kejadian itu berkata, ketika kejadian beliau, suaminya, tiga anak mereka dan seorang pembantu rumah berada di dalam rumah itu.

“Ketika itu saya tidur berseorangan di bilik tidur utama kerana saya demam. Disebabkan itu, suami saya, Ikhwan Johari, 36, tidur bersama anak bongsu lelaki saya, Imran Ar-Razi, 3.

“Salah seorang penjenayah telah menarik selimut saya lalu mengarahkan saya bangun dari tidur sementara penjenayah lain membawa kesemua ahli keluarga dan pembantu rumah berkumpul di bilik tidur utama,” katanya.

Katanya, anak sulungnya, Amna Nafeesa, 8, dan Azra Fareera, 5, tidur bersama di bilik mereka di tingkat atas manakala pembantu rumahnya seorang warga Aceh, tidur di tingkat bawah.

“Kesemua mereka dikumpulkan di dalam bilik saya dan hanya Ikhwan diikat dengan wayar telefon. Kami diawasi oleh seorang penjenayah, manakala dua lagi menyelongkar rumah kami,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga penjenayah lelaki itu memakai topeng kain menutup wajah mereka dan mereka memegang pemutar skru, kayu panjang dan pemotong besi.

Beliau berkata suaminya juga turut dipukul oleh penjenayah terbabit di bahagian muka dan kaki sebelum diikat.

Penjenayah mengambil masa 45 minit menyelongkar seluruh rumah sebelum melarikan barang berharga termasuk lima komputer riba, empat telefon bimbit, cincin emas, kunci kereta dan wang tunai RM200.

Katanya, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang pada pukul 4.30 pagi dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian serta siasatan sedang dijalankan.

Bernama

3 Pegawai SPRM Merompak Kerana Gaji Tak Cukup ?


Hadoyaiii…Pegawai beb..Pegawai bukan kesah PATI  buruh kilang dawai..hahaha

Apalah nak jadi dengan depa ni semua…Ada kuasa guna kot lain pulak..memalukan

Merompak ni satu kesalahan besar baik dari sudut agama atau sivil…moral pulak Hancuss

3 Pegawai SPRM samun di KLIA dilucut tugas

KUALA LUMPUR: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan polis dipercayai terlibat dengan kes samun ke atas seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dikecualikan dan dilucutkan daripada sebarang tugasan siasatan.

Ketiga-tiga mereka dilucutkan daripada sebarang tugasan sementara menunggu hasil siasatan polis, menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan di sini, Selasa.

Menurut SPRM ketiga-tiga pegawai itu bukan terdiri daripada pegawai kanan tertinggi suruhanjaya itu seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan hari ini, dan menganggap dakwaan yang dibuat oleh akhbar itu adalah sesuatu yang serius.

SPRM berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan hari ini yang mendakwa tiga pegawai kanan tertinggi SPRM ditahan polis Selangor kerana dipercayai terbabit melakukan samun ke atas seorang pengurup wang di KLIA pada 15 Sept lepas.

Menurut suruhanjaya itu, pihaknya sedang membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan yang dijalankan berkaitan kes berkenaan.

“Memandangkan siasatan ini adalah di bawah bidang tugas pihak polis, SPRM berkeyakinan dan percaya bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus mengenai dakwaan tersebut,” menurut suruhanjaya itu.

Bernama

%d bloggers like this: