Tag Archives: Sakineh Mohammadi Ashtiani

Wanita Dihukum Gantung Kerana Berzina !


Kes Sakineh didapati bersalah bersubahat membunuh suaminya

TEHERAN – Pihak berkuasa Iran, kelmarin, dilaporkan akan meneruskan rancangan menjalankan hukuman mati ke atas seorang wanita atas kesalahan berzina dalam kes yang dicemari campur tangan masyarakat antarabangsa.

Namun, Iran mungkin akan menjalankan hukuman itu melalui tali gantung berbanding hukuman awal iaitu rejam sampai mati.

Tertuduh, Sakineh Mohammadi Ashtiani kini sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan berasingan iaitu bersubahat untuk membunuh suaminya.

Iran menangguhkan hukuman rejam ke atas Sakineh, Julai tahun lalu selepas kes wanita itu mendapat perhatian media antarabangsa dan mencetuskan kritikan oleh negara Barat.

Jabatan kehakiman dan undang-undang Islam negara itu sedang mengkaji sama ada hukuman rejam sampai mati yang sepatutnya dikenakan ke atas Sakineh boleh diubah kepada hukuman gantung bagi mengelakkan salah anggap mengenai undang-undang Islam.

Sakineh disabit bersalah atas dakwaan berzina pada 2006 selepas pembunuhan suaminya dan wanita itu kemudian didapati turut bersubahat dalam pembunuhan itu.

afp

Sakineh Ashianti Mungkin Terlepas


Warga Iran berpeluang terlepas dari hukuman rejam sampai mati

TEHERAN: Warga Iran, Sakineh Mohammadi Ashtiani, yang mendapat perhatian antarabangsa selepas dihukum rejam hingga mati atas kesalahan berzina dan bersubahat membunuh suaminya, mempunyai peluang cerah untuk dilepaskan daripada hukuman itu, kata pegawai.

Ketua Majlis Hak Asasi Iran, Mohammed Javad Larijani memberitahu stesen televisyen Press TV, pihaknya berusaha membantu mengurangkan hukuman ke atas Sakineh dan beliau berpeluang cerah untuk terlepas daripada hukuman mati. Hukuman rejam ke atasnya sebelum ini ditangguhkan selepas kumpulan hak asasi melahirkan kemarahan, manakala masyarakat antarabangsa merayu hukuman itu ditarik balik. Di bawah undang-undang Islam Iran yang dikuatkuasakan pada 1979, mereka yang berzina boleh dihukum rejam hingga mati, manakala jenayah seperti membunuh, rogol, melakukan rompakan bersenjata, murtad dan mengedar dadah boleh dikenakan hukuman bunuh.

Kes Sakineh memburukkan lagi hubungan antara Iran dan Barat yang sedia tegang berikutan pertelagahan membabitkan program nuklear negara itu.

Kumpulan hak asasi, Amnesty International berkata Sakineh didapati bersalah pada 2006 kerana menjalin hubungan sulit dengan dua lelaki dan dihukum 99 kali sebatan.

reuters

%d bloggers like this: