Tag Archives: Raja Petra Kamarudin

Saifool Bukhari dan Farah Azlina Ada ‘Hubungan intim’ ?


Apa benar tiada hubungan intim antara Saiful dan DPP Farah Azlina?

Jika tiada sebarang hubungan intim yang serius kenapa DPP Azlina digugurkan?

Samada benar hanya gossip atau rumours hubungan itu , pihak pembela telah berjaya mengadakan tindakan protes.Ini antara kes popular di seluruh dunia.

Nazri: Tiada hubungan intim antara Saiful Bukhari dan DPP Farah Azlina

Tiada bukti yang menunjukkan ada hubungan intim antara Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif, yang sebelum ini merupakan sebahagian daripada anggota pasukan pendakwa dalam kes itu.

Dalam jawapan bertulis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz  memberitahu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah menyiasat dakwaan hubungan antara Saiful dan  Farah Azlina.

“Tetapi dakwaan itu tidak berasas, tiada sebarang bukti kukuh,” kata Nazri.

Bagaimanapun menurut Nazri, yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas itu, Farah Azlina telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan bagi mengelakkan tuduhan susulan dalam kes fitnah liwat kedua melibatkan Anwar itu, yang sedang berlangsung sekarang.

Anwar, Ketua Pembangkang, telah berusaha untuk menggugurkan kes itu ekoran dakwaan pemblog kontroversial Raja Petra Kamarudin pada Ogos tahun lalu kononnya wujud hubungan seksual antara Saiful dan Farah Azlina.

Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tidak wujud salah guna proses memandangkan peranan Farah Azlina dalam perbicaraan semasa Anwar adalah terhad.

tmi

Gempar: Najib Rogol Rosmah


Aku ni bukan pandai pun bab internet sekenet blog dan alam siber ni..

Cuma malam ni aku pun jadi terperanjat beruk kata orang muda laa ni..

Pasai apa…cer habaq mai sat..

Bila aku gukgak gukgek blog punya search engine…ini yang aku jumpa dia orang cari dari SEO yang telah menghantar depa ke blog ini..

najib rogol rosmah   today 20 search , yesterday 18

tak taulah aku apa tujuan depa punya search tu…

Hemmmm…apa hangpa nak kata pulak…

Laa ni mai kita tengok video apa pandangan anak muda mengenai BERSIH

baguih baguih baguih…hahaha

WLeaks: Siapa 19 Napoleon Kecil Bersama Najib?


WikiLeaks dedah 19 ‘aktor berpengaruh’ dalam kitaran politik Najib

Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.

Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.

Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib , adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.

Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.

Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.

Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.

Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.

Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.

Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.

Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

“Syed Mokhtar Albukharry… mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan,” kata kabel itu.

The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.

Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.

Turut disenaraikan ialah:

6• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;

7• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;

8• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);

9• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;

10• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;

11• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;

12• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;

13• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;

14• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;

15• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;

16• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;

17• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;

18• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan

19• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.

Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.

clara chooi

Lawak Setengah Hari: RPK ‘Peras Ugut’ Adik Bik Mama


Dasat gak RPK ni ya..hahaha

Aku duk ingat RPK ni cuma penulis Blog aja..laa ni depa kata RPK macam mafia pulak dah!

hebat gak RPK boleh ‘peras ugut’ adik Bik Mama..betui ka RPK ada buat macam tu…

mKini…RPK nafi dakwaan ‘peras ugut’ Deepak

Penulis blog kontroversial Raja Petra Kamaruddin menafikan dakwaan yang dibuat oleh Deepak Jaikishan bahawa beliau dibayar RM50,000 untuk mengeluarkan beberapa artikel mengenai ahli perniagaan itu dari laman web Malaysia Today dan diberikan sebuah komputer riba Sony.

NONE“Jika dia bayar saya RM50,000 untuk mengeluarkan artikel-artikel itu, dia cuma bazirkan wangnya kerana artikel tersebut masih di Malaysia Today… ia kini di arkib.

“Jika awak melayari Malaysia Today dan taip ‘Deepak’, semua artikel yang saya tulis mengenainya masih di sana,” kata Raja Petra kepada Malaysiakini melalui wawancara video Skype pada Ahad lalu.

Beliau juga menafikan bahawa menerima sebuah komputer riba daripada Deepak.

“Saya lebih canggih, saya gunakan Macbook Pro. Jika awak hendak rasuah saya, ia mestilah sebuah a Macbook Pro dan iPhone… saya memilih barangan terkini… tolong, berilah saya lebih kredit daripada ini,” kata penulis blog itu dalam nada menyindir.

Deepak membuat dakwaan itu dalam satu kenyataan akhbar dan diulanginya pada satu wawancara dengan media pada 16 April lalu. Dakwanya, penulis blog itu yang juga popular dengan nama RPK diperkenalkan kepadanya melalui seorang tengah yang bergelar ‘datuk’ di sebuah restoran di Subang Jaya.

NONEKetika itu, Deepak mendakwa beliau membayar Raja Petra bagi mengeluarkan beberapa artikel tertentu dengan bayaran RM50,000 dan sebuah komputer riba Sony. Beliau juga menuduh RPK cuba memeras ugut dan mencari keuntungan menerusi tulisannya.

Ditanya mengenai perkara berkenaan, RPK mengakui beliau berjumpa dengan ‘datuk’ berbangsa Cina itu di sebuah restoran di Subang Jaya selepas ditahan mengikut ISA tiga tahun lalu dan menambah ‘datuk’ itu adalah kenalan rapat keluarganya lebih 30 tahun.

Beliau juga mengakui seorang lelaki berbangsa India yang tidak diundangnya tiba-tiba menyertai pertemuan mereka tetapi berkata beliau tidak tahu siapa individu itu dan mengapa beliau juga datang.

“Sepatutnya hanya keluarganya (datuk Cina itu) dengan keluarga saya. Tiba-tiba ada seorang lelaki ini, saya tidak mengenalinya. Beliau duduk bersama dan menyertai kami untuk makan malam. Saya tidak diperkenalkan,” dakwa penulis blog itu.

Ada ‘Drama Bangkok’ Pulak Dah


Drama Bangkok’ seperti sejarah 2008: Raja Petra

Raja Petra Kamarudin yang menyifatkan perkembangan terbaru mengenai dirinya semalam sebagai “drama Bangkok” menjelaskan, pihak polis mahu mengambil kenyataan daripadanya berkaitan laporan Utusan Malaysia susulan temu bual siaran TV3 dua minggu lalu.

Malah kata beliau drama Bangkok juga menunjukkan nasib yang menimpa dirinya berulang dikenakan tuduhan fitnah jenayah selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Sehubungan itu, tegas editor kontroversial Malaysia Today ini, polis mendampingi beliau di ibu negara Thailand semalam untuk mendapatkan kenyataan beliau bukan berkaitan temu bual TV3 ataupun akuan bersumpah (SD) yang dibuatnya tiga tahun lalu.

“Nampaknya Utusan Malaysia membawa satu laporan berita mengenai temu bual dengan TV3 dan satu laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu berkaitan dengan laporan Utusan Malaysia.

“Jadi, ia bukannya mengenai SD saya buat pada Jun 2008. Ia mengenai temu bual saya dengan TV3. Ia mengenai laporan berita Utusan Malaysia,” kata Raja Petra dalam entri terbaru di portalnya hari ini.

Salah seorang peguam Raja Petra, Haris Ibrahim pagi tadi memberitahu The Malaysian Insider bahawa polis belum mengambil kenyataannya.

Dalam tulisannya tengah hari ini, Raja Petra berkata, menurut polis pihaknya mahu menyiasat beliau di bawah Seksyen 203.

“(Seorang lagi peguam saya) Amarjit kemudian memberitahu ACP Aziz bahawa mereka (polis) telah pun mengambil kenyataannya di bawah Seksyen 203. Dan, kenyataan saya diambil di bawah Seksyen 112, yang bermakna ia disoal siasat sebagai saksi sahaja.

“Bagaimanapun mereka akhirnya caj saya di bawah Seksyen 501 bagi kesalahan fitnah jenayah dan bukannya Seksyen 203 kerana membuat kenyataan palsu,” kata beliau yang juga Pengerusi Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM).

Raja Petra berada di Bangkok untuk melancarkan cabang MCLM di Thailand.

Bagaimanapun menurut Raja Petra, ACP Aziz mengatakan bahawa ia bukan keputusannya tetapi Peguam Negara.

Laporan polis terhadap Raja Petra dibuat pada 14 April.

“Dan, laporan polis dengan jelas mengatakan bahwa Utusan Malaysia membawa satu laporan mengenai temu bual TV3 saya dan saya harus disoal siasat,” tulis Raja Petra lagi.

“Tanggapan peguam-peguam saya ialah soal siasat adalah terhadap saya dan ia kemungkinan memfokus pada kemungkinan saya telah berbohong dalam temu bual TV3. Itu sebabnya siasatan memfokus pada laporan polis dan di bawah Seksyen 203.

“Dan, itu yang sebenarnya berlaku pada 2008, di mana berakhir dengan saya dikenakan tuduhan fitnah jenayah. Jadi, kita melihat sejarah berulang di sini,” katanya lagi.

Raja Petra menambah, selepas perbincangan beliau memberitahu Haris dan Amarjit bahawa bersedia untuk diambil kenyataan meskipun wujud kekeliruan.

“Mereka tidak bersetuju tetapi akhirnya berlembut dengan syarat saya tidak melangkah ke Kedutaan Malaysia.

“Keputusan ini dipanjangkan kepada ACP Aziz yang naik angin dan berkata dia tidak lagi berminat untuk mengambil kenyataan,” katanya lagi.

“Kemudian saya menelefon ACP Aziz untuk saya secara sukarela bersedia kenyataan saya diambil tetapi dia memberitahu perkara yang sama dia maklum Haris bahawa dia tidak berminat untuk mengambil kenyataan saya.

“Dan, begitulah bagaimana drama Bangkok berakhir pada pukul 2 pagi (tadi),” katanya lagi.

Raja Petra menambah, beliau bersedia untuk memberikan kenyataannya tetapi peguamnya hanya bersetuju selagi tidak diambil di Kedutaan Malaysia.

“Polis berdegil bahawa ia mesti diambil di kedutaan. Jadi ke mana kita harus pergi dari sini?” kata blogger ini yang kini berada dalam buangan kendiri.

MI

Hantu Altantuya Menjelma Lagi..


Siapa manfaatkan hantu itu

HANTU sememangnya tidak pernah mati. Cuma ia pergi dan kemudian datang semula.

Itulah kepercayaan orang tentang hantu.

Begitulah tentang pembunuhan wanita Altantuya. Dia sudah mati dibunuh. Ia hidup semula sebagai hantu. Sebagai hantu banyak yang percaya ia menghantuai Perdaya Menteri Najib dan isterinya.

Sebabnya tidak payah dicerita. Semua orang tahu. Orang-orang Najib tahu dan orang tidak suka Najib lagi tahu. Cerita hantu Altantuya ini mungkin hidup beratus-ratus lagi sebagai cerita rakyat.

Sejak gema 1Malaysia merong-rong pagi dan petang di semua persada dunia, hantu Altantuya ini lenyap dan senyap. Tidak begitu diingat lagi.

Tetapi dihidupkan semula oleh TV3. TV3 itu terkenal suara dan penyambung lidah Najib. Ia  berbuat apa saja asal Najib selesa dan bahagia.

TV3 kejar Raja Petra yang berlindung di atas angin, minta persetujuannya untuk ditemu ramah. Dan TV3 siar bahagian yang ia hendak siar dari perbualan dengan Raja Petra.

Yang ia siar ialah tentang apa yang Raja Petra tahu tentang hantu Altantuya dan saat wanita itu ditukar menjadi hantu di tempat letupan itu berlaku.

Ditanyakan pada Raja Petra betulkah letupan itu disaksikan oleh Wanita Pertama yang belum bergelar Wanita Pertama lagi ketika itu.

Untuk apa TV3  siarkan adegan hantu itu? Untuk seronokkan Perdana Menteri Najib dan isterinya sekarang. Ia juga adalah untuk menyelamatkan Najib dan isterinya serta kerajaannya.

Raja Petra dijadikan umpan perangkap. Dengan umpan dan perangkap itu Anwar Ibrahim dapat dipukul bagi dibinasakan. Sekali gus ia memukul dan menghapuskan Raja Petra.

Kebetulan ketika ia disiar, Anwar datang untuk menawan Sarawak. Moga-moga siaran itu menjadikan Anwar balik dengan tangan kosong. Selamat Najib dan isteri, selamat Taib si pengantin baru.

Seronoklah Najib suami isteri, Seronok benarkah? TV3 dikira sudah berjasa lagi kepada Najib dan isteri.

Berapa hatikah pasangan itu seronok dengan siaran yang memperalatkan Raja Petra?

Yang keluar dari wayang itu ialah hantu Altantuya menjelma semula dalam ingatan sekalian penonton. Sudahlah hantu itu menjelma semula. Timbul pula persoalan betulkah isteri Najib ada di lokasi peletupan Altantuya bertukar menjadi hantu.

Tentunya Najib dan isteri tidak suka mahu kelibatnya ada dalam setiap pengkisahan Altantuya. Najib dan isterinya tidak mahu langsung dilibatkan dengan cerita hantu itu.

Bila dikaitkan, bukan sekadar orang ingat semula cerita hantu itu tetapi hantu itu dan ceritanya akan menghantui Perdaya menteri dan nyonyanya. Igauan dari hantu itu boleh mengganggu tidur lenyapnya.

Seronok siaran itu hanya sekejap tetapi kesan igauan itu memakan masa dan memakan hati. Tidak padan dengan seronok yang TV3 cuba hiburkan dengan seram hantu yang menyusahkan.

Sejak siaran temu bual Raja Petra itu isu pembunuhan Altantuya hidup semula. Ia kembali segar dalam ingatan semua. Orang bercakap semula mengenainya dan orang mengigatkan supaya disambung semula penyiasatan mengenainya dan bagaimana puncanya pembunuhan itu?

Raja Petra akan menulis lagi. Dia akan menjelaskan dia tidak tahu siapa yang ada di kawasan letupan itu. Dia hanya diberitahu isteri Najib ada dan orang lain juga dikatakan ada. Dia dedahkan dalam  akuan bersumpahnya tentang apa yang orang beritahunya.

Akuan bersumpah mesti disiasat. Bila disiasat isteri Najib pun perlu disiasat. Semua itu sudah cuba didiamkan. Tiada inisiatif orang-orang disebut dalam akuan bersumpah hendak disiasat. Tetapi selepas siaran TV3 dan Raja Petra gesa supaya ia disiasat, maka nama isteri Najib akan disebut lagi.

Adakah ia hendak diredakan lagi?

Gara-gara gatal TV3 memburu Raja Petra dan cuba memperdaya Raja Petra, menyebabkan pembunuhan Altantuya bergema semula. TV3 tidak pernah fikir ia mahu menyusahkan Perdana Menteri dani isterinya, tetapi itu gara-gara tidak cermatnya perkiraan hendak menyelamatkan Najib dan keluarganya.

Itulah yang dinamakan salah ampu.

Subki Abdul Latif

%d bloggers like this: