Tag Archives: Rais Yatim

Klip ‘Undilah’: Khairy ‘Luku Kepala’ Rais Yatim Lagi


Selepas KJ mentertawakan Rais Yatim kerana tak tahu menggunakan kemudahan internet..

Ini kali kedua KJ mempertikaikan tindakan Rais Yatim..

Betullah tindakan Rais yatim tuuu…hahaha, buat apa nak promosikan orang supaya keluaq mengundi Ku Li..patut ada gambaq Rais sekali dalam bideo tu…hahaha

Woit KJ …hang jaga sikit ..kot nanti Rais suruh bini dia marah kat hang pulak…hahaha

Klip video undilah,tindakan SKMM rosak imej BN kata Khairy

Langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melarang penyiaran klip video Undilah menerusi televisyen tempatan satu tindakan yang tidak wajar selain merosakkan imej kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Khairy Jamaluddin.

Ketua BN dan Pemuda Umno itu berkata pihaknya masih tidak jelas mengapa klip video itu diarah agar ditarik balik daripada terus disiarkan.

“Reaksi mengelirukan SKMM ke atas klip video Undilah agak memudaratkan kami,” kata beliau sambil bertanya, “apa isu sangat (dengan klip itu).”

Ketika ditemui pemberita selepas perasmian Perhimpunan Agung Pemuda MCA di sini hari ini, Khairy menjawab soalan berkaitan dengan kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Kelmarin dipetik Bernama, Rais berkata, klip video Undilah tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat.

“Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat yang mengelirukan beberapa pihak,” kata Rais.

Katanya, penarikan semula penyiaran klip video itu dibuat kerana ia tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

“LPF bukan terletak di bawah tanggungjawab kementerian saya sebaliknya terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri yang akan menentukan kedudukan penayangan klip video itu sama ada boleh ditayangkan atau tidak,” katanya.

SKMM, agensi di bawah portfolio Rais, sebelum ini menyatakan klip video Undilah belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong, yang turut menjayakan penerbitan klip itu berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat sayap tersebut dan mereka tidak bersetuju dengan tindakan SKMM.

“Ia tindakan tidak wajar. Ia tidak memerlukan tapisan…. ia sangat subjektif, mereka (SKMM) tidak sewajarnya terlalu sensitif.

“Jangan gunakan pemikiran 1950-an untu bertindak ke atas generasi muda,” kata Wee. Difahamkan Kementerian Dalam Negeri akan membuat keputusan akhir mengenai perkara tersebut.

Banyak pihak termasuk mereka yang menjayakan penerbitan klip itu mengkritik tindakan SKMM yang melarang stesen penyiaran lokal daripada menyiarkan bahan itu.

Kenyataan SKMM itu menyusul laporan The Malaysian Insider yang menyebut bahan terbitan Pete Teo itu dilarang diterbitkan kerana memaparkan kemunculan beberapa wakil rakyat pembangkang dan juga mesej pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah yang menyentuh bahawa Malaysia berhadapan dengan beberapa masalah.

Difahamkan SKMM memberi arahan kepada stesen penyiaran tempatan minggu ini selepas ia mula ke udara sempena sambutan Hari Malaysia.

Selain Tengku Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dari Umno dan Wee, turut menjayakan klip itu ialah Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang juga Ketua Puteri Umno. Personaliti lain termasuklah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pelakon Afdlin Shauki dan penulis lirik kontroversial Namewee merupakan antara individu terpilih untuk mendendangkan lagu Undilah.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Kira-kira empat juta rakyat negara ini yang layak untuk mengundi belum mendaftar sebagai pemilih.

Turut disenaraikan ialah pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

Rais Yatim Bakal PM Malaysia


Rais Yatim ada harapan jadi Perdana Menteri

Singgah dirumah seorang kawan lama tadi yang kebetulan OKU , bukan orang kurang upaya laa tapi orang kuat Umno.Sengaja aku singgah untuk ziarah seorang kawan dari parti Umno kerana dah agak lama kami tak jumpak.Walau berlainan idealogi politik namun perhubungan sebagai sahabat sejak sekian lama tak pernah putus.Ada kala aku talipon kat dia bertanya khabar dan ada ketika dia talipon kat aku bertanya khabar jugak.Ya laa sempena hari raya a’idil fitri ni kita kunjung mengunjung, eratkan tali persaudaraan sesama muslimin.

Kena pulak malam ni baguih punya nasik arab dia hidangkan untuk aku , fuhhh sedap laa jugak aku katakan nasik arab cicah dengan kambing BHOR, ada dibuat sup dan masak kurma . Meleleh ayaq lioq laa jugak ..hahaha

Kawan aku ni dia suka isap rokok  brand dari over sea punya ,aku tak tau mana mai dia punya rokok tu, asap dia tak dak laa busuk macam curut atau rokok Surya seludup..hahaha.asap dia bau wangi saja..Baguh punya duk bersembang sambil pekena ‘teh mekah’ tapi mace in india..hahaha ..punya sedap dia duk balun Rosmah dan Najib yang laa ni sedang menjadi liabiti kepada Umno..dia kata sampai beg tangan , cincin, dan kisah kisah bomoh Rosmah dan ucapan hari kebesaran pun Rosmah menyibuk tak sudah sudah.

Aku kata kat dia mana aku tau semalam aku tak tengok Tv pun ucapan Rosmah tu..’hang penyokong pas mana mau tengok Tv 3 suku ‘ dia kata kat aku..lagi pun baguih laa Tv duk tolong pelingkup muka Rosmah dan Najib..kata dia. Apa pasai pulak yang hang duk hentam teruk sangat mengalahkan orang PKR duk kutuk Rosmah dan Najib aku kata.

Haaa ni ada satu cerita baik punya aku nak bagi tau kat hang. Hang tau dak sebelom menjelang Perhimpunan Angguk Umno hujung tahun ni ada kawan kita bagi tau Rais bakaq jambatan akan ganti Najib..

Huiisssh…biaq betui? mana hang dapat berita hot ni? aku tanya dia.Sat aku habaq kat hang ..kata dia.

Sumber dalama parti Umngok tengah panas cerita Muhyiddin,KJ,Zahid Hamidi and da geng tengah duk atoq nak perjatuh Najib laa ni.Kononnya depa nak buat kejutan dalam perhimpunan angguk Umno supaya Najib letak jawatan PM, Najib diberikan CUTI 1 tahun sehingga selesai PRU13.tapi Najib jugak ada strategi untuk masih lagi memegang jawatan Presiden Umno dan PM Malaysia.

Macam mana Najib buat tu? aku tanya..Kata dia..Najib tengah susun 1 program untuk melantik Rais yatim memangku jawatan PM, bukan jawatan PM diserahkan kepada Muhyiddin.Maka Rais Yatim secara tidak langsung akan jadi PM laa.Muhyiddin Yassin putih mata lagi laa teringin nak jadi PM.Manakala selepas PRU13 nanti jawatan PM akan dipegang semula oleh Najib.Itu pun kalu Bn masih lagi dapat undi untuk mentadbir Malaysia laa..hahaha

Patut pun laa ni aku tengok Rais Yatim bukan main sakan lagi duk cover Najib..hahaha

BN Tipu Pencipta Jalur Gemilang?


DOA…Abu Bakar berdoa di pusara abangnya, Allahyarham Mohamed di Tanah Perkuburan Islam di Kebun Teh, semalam.

Iktiraf tanpa dikenang

JOHOR BAHRU: Dalam kemeriahan seluruh rakyat Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaan negara ke-54 hari ini, serentak dengan sambutan Aidilfitri, perasaan terkilan masih bersarang di sanubari keluarga pencipta Jalur Gemilang, Allahyarham Mohamed Hamzah.

Adik bongsu Allahyarham, Abu Bakar Hamzah, 76, berkata, keluarganya bersyukur selepas kerajaan mengesahkan abangnya sebagai pencipta Jalur Gemilang pada 17 Julai 2005, namun pengiktirafan secara zahir daripada pengesahan itu tidak diperoleh bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.
“Sudah tujuh tahun Allahyarham disahkan pencipta Bendera Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang, namun hingga kini arwah masih tidak menerima anugerah khas seperti dijanjikan pihak berkuasa. “Lebih menyedihkan, pusara Allahyarham usang termasuk simen di sekelilingnya terkopak, namun tiada pihak tampil membantu membaikinya,” katanya yang ditemui ketika mengunjungi pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dagang, Kebuh Teh di sini, semalam.

Pesara tentera itu berkata, keluarganya selain anak perempuan tunggal Allahyarham yang tinggal di Kuala Lumpur tidak dapat membiayai kos membaik pulih pusara kerana masing-masing tiada pendapatan.
Abu Bakar berkata, sekiranya kerajaan ingin mengenang jasa Allahyarham yang meninggal dunia pada 19 Februari 1993, keluarganya amat berbesar hati, sekurang-kurang membaik pulih pusara Allahyarham.
“Pengesahan Allahyarham sebagai pencipta Jalur Gemilang adalah pengiktirafan, namun apa faedahnya sekiranya tiada sebarang penghargaan diberikan hingga perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat.

“Apa salahnya, sedikit keuntungan hasil menjual buku bertajuk ‘Mohamed Hamzah Pereka Cipta Jalur Gemilang’ oleh pihak tertentu sejak beberapa tahun lalu digunakan untuk membaik pulih pusaranya sebagai tanda mengenang jasanya,” katanya.
Sehubungan itu, Abu Bakar berharap permintaan keluarganya diberi perhatian oleh pihak berkaitan bagi membolehkan orang ramai mengenali pusara Allahyarham yang berjasa kepada negara menerusi bendera Malaysia ciptaannya.

Persoalan siapa pencipta bendera Malaysia pertama kali dicetuskan Metro Ahad pada 29 Ogos 2004, beberapa hari menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-47 pada tahun berkenaan.
Selepas beberapa siri laporan berita mengenainya dibuat Metro Ahad dan Harian Metro, beberapa pihak tampil memberi maklumat, antaranya JKR Johor dan Yayasan Warisan Johor sebelum Allahyarham Mohamed dikenal pasti pencipta yang dicari-cari. Hanya selepas hampir setahun kemudian iaitu pada 17 Julai 2005, segala kemusykilan terungkai apabila Datuk Seri Dr Rais Yatim yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Kesenian, Kebudayaan, dan Warisan membuat pengumuman rasmi mengesahkan Mohamed pencipta Jalur Gemilang.
Kira-kira dua tahun selepas pengesahan rasmi itu, satu buku bertajuk ‘Mohamed Hamzah Pereka Cipta Jalur Gemilang’ dilancarkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dalam majlis khas pada 17 Ogos 2007.

mmetro

Anak Rais Yatim (Malini) Sah Bercerai


Malini Rais bercerai talak satu

KUALA LUMPUR: Anak kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Rabu, disahkan bercerai secara baik dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Lafaz cerai terhadap Malini Rais, 33, dibuat oleh suaminya, Dr Raja Badrul Hisham Raja Zezeman, 43, di hadapan Hakim Syarie Ahmad Basyir Yakub.

Dengan lafaz tersebut, Ahmad Basyir memerintahkan Malini, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding berlangsung untuk beredah selama tiga kali suci bermula pada Rabu.

Pada prosiding itu, Malini yang hadir bersama ahli keluarganya diwakili oleh peguam syarie Zulkifli Che Yong manakala Raja Badrul Hisham tidak diwakili peguam syarie.

Malini dan Raja Badrul Hisham berkahwin pada 27 Jun 2000 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Wanita yang mengenakan baju kurung dan bertudung hijau itu memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik dengan menamakan suaminya sebagai defendan pada 27 Julai lalu.

Berdasarkan writ pada permohonannya, Malini mendakwa suaminya telah berkahwin dengan wanita lain tanpa pengetahuannya sejak enam tahun lalu dan telah memperoleh dua cahaya mata hasil perkahwinan tersebut.

salwa shaa’ri

Lawak Terbaru dari Rais anak Yatim


Bersih: Geli hati Rais  suruh tengok video polis

Geli hati apabila membaca seruan Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya rakyat hanya melihat video Bersih 2.0 yang ditayang oleh Polis Diraja Malaysia.

“Selepas ini mungkin Menteri Penerangan ini akan mencadangkan rakyat Malaysia hanya membaca Utusan Malaysia sahaja, kerana akhbar lain semunya tidak benar,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad .

Katanya, saranan Rais di zaman ini untuk memaksa rakyat hanya mempercayai apa yang disiarkan oleh PDRM dan  media kerajaan, sama seperti pepatah Arab menyebut “kamu boleh paksa kuda  pergi minum air, tetapi kamu tidak boleh paksa kuda minum air”.

“Macam mana beliau yang memegang kementerian ini tidak menyedari zaman revolusi maklumat,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, sekarang bukan zaman media yang wujud ketika beliau menjadi Timbalan Presiden Parti Semangat 46.

Sekarang, jelasnya ialah zaman lebuh raya maklumat yang begitu pantas.

Beliau berkata, tentu Rais masih ingat ketika isu tengkolok Tengku Razaleigh yang diputar belit oleh media mengatakan Tengku Razaleigh telah murtad kerana memakai lambang salib, sehingga pengundi Melayu telah menolak Parti Semangat 46 beberapa hari dalam pilihan raya tahun 1990.

Katanya lagi, zaman penipuan media yang dimonopoli oleh kerajaan BN sudah berlalu.

“Kita mengharapkan Rais Yatim juga bergerak sealiran dengan zaman sesuai dengan kementerian yang beliau ketuai.

“Jangan dikatakan orang menteri yang jaga mengenai komunikasi tidak bergerak mengikut peredaran zaman,” katanya lagi.

Hd

Hot Today: Rais Yatim Menang Kes Saman “Sharpshooter”


Rais menang saman terhadap penulis blog

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini memenangi saman fitnah beliau terhadap seorang penulis blog berhubung artikel yang memfitnahnya yang dipaparkan dalam satu blog.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan penulis blog Amizudin Ahmat, 42, didapati bersalah bagi memfitnah.

“Selepas mendengar keterangan dan hujahan daripada peguam yang mewakili plaintif dan defendan, saya tidak mempunyai pilihan selain mendapati defendan bersalah melakukan fitnah,” katanya.

Hakim Zabariah menetapkan esok untuk mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak berhubung nilai ganti rugi.

Pada 31 Januari, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, yang juga ahli jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin, sharpshooterblogger.blogspot.com. beserta dengan gambar ais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu.

Rais, 69, dalam pernyataan tuntutannya berkata seluruh artikel dalam bahasa Malaysia itu adalah berniat jahat dan memfitnahnya dan perkataan dalam artikel itu bermaksud dan/atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.

Rais, yang juga Ahli Parlimen Jelebu di Negeri Sembilan, menafikan tuduhan itu selepas penulis blog itu menamakannya.
Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia telah menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol oleh majikannya.

Selepas keputusan itu, Rais yang hadir bersama isterinya Datin Seri Masnah Rais, memberitahu pemberita bahawa beliau sentiasa mempunyai sepenuh keyakinan terhadap sistem kehakiman negara.

Rais berkata beliau telah membawa kes itu ke mahkamah bagi membersihkan namanya, keluarganya dan juga reputasi kerajaan.

Rais berkata pembelaan defendan (Amizudin) bahawa beliau menerbitkan artikel itu berdasarkan justifikasi adalah tidak berhasil dan ia mengandungi natijah-natijah politik semata-mata.

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya dan keluarganya yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

Selepas Amizudin selesai memberikan keterangannya di mahkamah tengah hari tadi, Masnah dilihat memberikan ciuman di pipi Rais.

Pada prosiding hari ini, hanya Amizudin yang dipanggil sebagai saksi defendan manakala Rais tidak dipanggil memberi keterangan kerana pada prosiding yang lepas semasa pengurusan kes kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mempertikaikan bahawa artikel itu telah diterbitkan, bahawa perkataan itu adalah menfitnah Rais dan perkataan itu merujuk kepada Rais.

Oleh itu mahkamah meneruskan perbicaraan dengan mendengar pembelaan justifikasi oleh Amizudin.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Rais, Amizudin berkata sebelum menerbitkan artikel itu dalam blognya, beliau tidak membuat pengesahan tentang kebenaran artikel itu dengan Rais atau isterinya Masnah dan juga dengan bekas pembantu rumah Rais.

Muhammad Shafee : Sebagai penulis blog dan ahli politik yang bertanggungjawab, sebelum menerbitkan sebarang artikel yang menuduh orang lain melakukan sesuatu perkara, anda mesti siasat bukan. Tapi dalam kes ini sebelum anda terbit artikel itu, anda langsung tidak siasat perkara itu sehingga ke akar umbi untuk pastikan perkara itu benar?

Amizudin: Betul.

Bagaimanapun, beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau telah pergi ke Jakarta, Indonesia pada 18, 19 dan 20 Mei untuk mencari saksi selepas lima bulan beliau disaman oleh Rais.

Muhammad Shafee: Anda terbitkan artikel itu dahulu, baru nak buat siasatan?

Amizudin : Ya, betul, saya pergi ke Jakarta selepas saya kena saman.

Muhammad Shafee : Selepas anda kena saman baru pergi ke Jakarta, cari saksi.

Amizudin :Ya.

Kepada soalan Muhammad Shafee, bagaimana beliau boleh mengesahkan berita yang diterbitkan itu benar, Amizudin berkata beliau telah bertemu dengan Indah Utami, penulis laporan siasatan yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan Indonesia, Migrant Care, yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia di luar negara, yang telah menemu bual pembantu rumah itu.

Bagaimanapun, beliau gagal bertemu dengan pembantu rumah itu kerana tidak berjumpa rumahnya.

Katanya beliau pergi ke Jakarta bersama rakannya yang dikenali sebagai Cikgu Bad iaitu anggota PKR daerah Rembau atau nama penuhnya Badrulhisham Shaari dan seorang lagi yang beliau tidak ingat namanya.

Ditanya Muhammad Shafee adakah Cikgu Bad, boleh dikatakan sebagai musuh politik Rais, Amizudin berkata beliau tidak tahu, tetapi boleh dikatakan bukan kawan.

Beliau memberitahu bahawa artikel itu yang diterbitkan dalam laman blognya adalah “copy and paste” daripada artikel yang disiarkan dalam Harakah Daily berdasarkan siaran akhbar yang dibuat oleh Migrant Care pada 1 Ogos 2007.

Semasa pemeriksaan utama oleh peguam yang mewakilinya, Puspawati Rosman, Amizudin berkata beliau percaya artikel yang diterbitkan itu benar kerana dalam laporan siasatan oleh Migrant Care, nama Rais disebut sebagai bekas majikan pembantu rumah itu.

Apabila ditanya adakah wakil Migrant Care dan mangsa akan hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan, beliau berkata bahawa mereka khuatir untuk datang ke negara ini untuk memberikan keterangan.

Bernama

%d bloggers like this: