Tag Archives: Rahim Thamby Chik

Kantoi : Sebab Kenapa Polis Tak Dedahkan Hero Video Seks


Tiada keperluan bagi pihak polis mendedahkan siapa pelaku dalam video seks yang mirip seorang pemimpin pembangkang walaupun sudah mengenalpastinya.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar (kiri) berkata ia hanya akan didedahkan sekiranya terdapat keperluan undang-undang.

“Saya tak perlu huraikan, kalau undang-undang kata perlu, kita dedahlah, kalau tidak, tidaklah,” katanya.

Pada 26 April lalu, Khalid berkata polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan “si pelaku” dalam video seks itu kepada umum sekiranya perlu.

Diajukan soalan yang sama oleh pemberita lain, beliau juga secara berjenaka berkata:

“Kalau dah… kalau dah… kalau dah video itu sahih, lain-lain tuan-tuan boleh buat andaianlah.”

“Kita akan tengoklah kemudian,” jawabnya ringkas kepada pihak media.

INI DIA SEBABNYA POLI TAK DEDAH SIAPA HERO DALAM VIDEO SEKS DATUK T dan PAPAGOMO

…SEBAB MANGKUK TU TAK BERSUNAT..hahaha

imej dari blog biaqpila.

Siapa Yang Seiras Dengan Anwar Dalam Video?


Perlu kepada satu siasatan siapa yang seiras tapi tak serupa dalam video seks datuk T.

Video itu kepunyaan siapa sebenarnya?

Soalan menarik siapakah yang memiliki wajah seiras atau mirip Anwar?

Video seks: Siasat juga seiras tapi tak serupa

Jika bukan Anwar siapa? Itu persoalan paling hangat ketika ini sesudah ketua pembangkang itu mengemukakan catatan Twitter dan Facebook untuk menolak tuduhan beliau orang dalam rakaman video seks berkenaan sekaligus menganggapnya satu lagi fitnah.

Kalau diikut ungkapan Inggeris, soalan cepumas itu bernilai tujuh juta dolar, bermakna ia sukar dijawab. Namun apa yang pasti adalah dunia ini sentiasa penuh dengan mereka yang mempunyai wajah seiras.

Keajaiban solekan inilah yang membolehkan Ben Kingsley mengaut 11 anugerah Oscar kerana lakonannya sebagai Mathma Ghandi – bapa kemerdekaan India.

Dan jangan lupa Ilham Anans, seorang miskin bertukar menjadi bintang terkemuka di Indonesia, semata- mata kerana wajahnya mirip Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berbalik kepada politik Malaysia… bekas Presiden Majlis Belia Malaysia Datuk Suhaimi Ibrahim, tidak pernah leka dari tatapan ramai kerana wajahnya seiras dengan Anwar.

Malah tidak keterlaluan mengatakan ketika bintang Anwar “bersinar” dalam Umno, Suhaimi turut mendapat tempat di bawah naungan parti itu.

Kenapa hitam putih?

Apabila jatuh Anwar (dalam Umno), maka pudarlah dunia politik Suhaimi.

azlanSemua ini menjurus kepada peringatan bahawa siasatan polis terhadap video lucah yang ditayangkan oleh ‘Datuk T’ harus memperinci kemungkinan pelakunya adalah seorang yang mirip wajah Anwar.

Tidak kira sama ada polis akan bergantung kepada keterangan Yusry KRU atau mendapatkan maklum balas pakar lain – yang penting ialah mengesahkan siapa pelaku dalam video itu.

Kali ini tidak cukup untuk polis mengesahkan video lucah ‘Datuk T’ adalah “ori” tanpa pengesahan siapa pelaku seks didalamnya.

Dunia akan dan sentiasa, penuh dengan mereka yang mempunyai wajah seiras, tidak kira sama ada orang itu adalah Musa Hassan atau Ben Kingsley dan Mathma Gandhi.

Naluri polis tentunya terangsang untuk mengetahui kenapa rakaman video itu dalam hitam putih dan bukan warna, seperti lazimnya untuk rakaman CCTV hari ini.

Polis juga rasanya mahu mengetahui kenapa Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazyl Eskay dan Datuk Shuib Lazim menyembunyikan identiti mereka apabila mengatur majlis pra-tonton video ini pada minggu lalu di Hotel Carcosa Seri Negara.

Mereka hanya mengakui mendalangi video itu selepas PKR membongkar identiti mereka, itu pun selepas mereka dilaporkan berjumpa dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Hanya ambil jam?

Jika Eskay dihantar kembali ke hotel itu pada 21 Februari, kononnya hanya untuk mengambil semula jam tangan Anwar yang tertinggal, bagaimana beliau boleh muncul dalam rakaman berkenaan?

Adalah tidak keterlaluan untuk mengatakan Eskay sendiri mempunyai iras wajah Anwar dari sudut tertentu.

Apa yang pasti ialah rakyat tidak percaya Eskay “terserempak” dengan rakaman video lucah dan tiba-tiba bertindak mahu mendedahkan siapa Anwar demi “agama, bangsa dan negara.” Ini kerana beliau sendiri pernah mendakwa kerap membawa Anwar ke tempat- tempat maksiat seumpama ini.

Percanggahan pegangan moral Eksay pasti menimbulkan pelbagai persoalan.

Bekas pengawal peribadi Allahyarham ,Tan Sri Megat Junid Megad Ayob, Mohamad Mahti mengesahkan Eskay berdendam dengan Awar kerana urusan perniagaan yang melibatkan sebuah kes saman.

Dendam Eskay tidak banyak berbeza dari dendam Rahim terhadap Anwar.

Apapun terlalu banyak persoalan yang masih belum ditangani, contohnya mana pergi pelaku wanita dalam video itu dan kenapa mereka yang menonton video itu – ahli parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan bekas MPP PKR BadrulHisham Shahrin tidak disoal polis. Begitu juga dengan Mahti .

Publisiti murahan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering menunjukkan ketangkasan luar biasa dalam menyiasat kes- kes membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat walaupun alasan mereka mencurigakan.

Namun siasatan terhadap Anwar kali ini berjalan pada kadar lambat, membolehkan Umno memerah sebanyak mungkin publisiti murahan menerusi media kawalannya.

Ini tentunya untuk menghakis maruah Anwar dan keluarganya menerusi fitnah.

Jika siasatan terus berjalan pada kadar sambil lewa ini, rakyat tidak boleh dipersalahkan jika beranggapan Umno dan polis bersekongkol sekali lagi dengan Anwar Ibrahim sebagai sasaran utama.

Wira Arjuna

Video Solat Hajat dan Himpunan 10k Rakyat 28/3/2011


10,ooo orang solat hajat tolak fitnah jahat

SHAH ALAM: Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam ini.

Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor.
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut menyertai solat hajat itu.

Program kemudian diteruskan dengan ucapan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat  termasuk Anwar, Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Anwar dalam ucapannya menyifatkan serangan terhadapnya sebagai usaha terakhir Umno-Barisan Nasional menghalang kemaraan Pakatan Rakyat dalam berhadapan Pilihan Raya Umum akan datang dan pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka 16 April depan.

Beliau mempersoalkan dalang di sebalik rakaman video fitnah berkenaan, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, yang sehingga kini masih tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak polis.

“Dalam kes Soi Lek, siapa edar ditangkap. Dalam kes ini, siapa edar dirai. Kebetulan namanya (orang itu) Rahim Thamby Chik,”  tegas Anwar.

Bagaimanapun, Anwar meminta pendokong Pakatan Rakyat supaya tidak melayan sebarang fitnah yang dimainkan Umno-Barisan Nasional, sebaliknya menumpukan kepada usaha Pakatan memperkasa rakyat melalui agenda Buku Jingga.

Mengulas mengenai pilihan raya negeri Sarawak, Anwar berkata Pakatan sudah bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya negeri itu bagi menamatkan pemerintahan 30 tahun Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang semakin angkuh.

Keadilandaily


%d bloggers like this: