Tag Archives: Rahim Tambhy Chik

Sendiri Dedah: Lepas Melanca# Masuk Sumpah Dalam Masjid


Astaga…apalah nak jadi dengan si mamat Eskay nie

hahaha..boleh masuk Guiness Book of record beb…kali pertama rakyat 1Malaysia buat kerja bangang  macam nie.

Dahlah semalam hang pi buat kerja macam bohjan gian kelepet!

hari ni hang nak pi masuk mesjid buat sumpah pulak! kang ada yang kata hang ni dah biul ka apa ka hang marah pulak..hahaha

Itulah akibatnya orang yang cuba mengaibkan orang lain,laa ni dia sendiri mengaibkan dirinya kepada rakyat 1Malaysia…

Teringat aku bila Tok Guru Nik Aziz kata Anwar kena sabar banyak banyak tapi dipenghujung cerita rekaan kita sama sama tengok puak puak tiga suku tu sendiri melondehkan diri depa.

Seperkara sikit punya sighu, ada pulak main main sumpah pakai wakil wakil …hahaha

woit kitab mana hangpa pakai…kitab 52 laa kot..hahaha, kalu hangpa nak tau apa dia kitab 52 tu ,hangpa pi tanya pengerusi Genting Berhad yang pencen dari KPN tu..aku sure beliau akan bagi tau! ..hahaha

kalu hangpa nak tau promosi sumpah tahap gaban si Eskay pi baca malaysiakini…

http://www.malaysiakini.com/news/162690

p/s lepas baca jangan gelak tau…hahaha

Azalina ‘Belasah’ Rahim Tambhy Chik Pulak


amboi mak ngah..potong sayoq nampak

dah lah hiris pun nipis nipis aja tu ..mak ngah

duk ingat kot bekas ketua puteri nak support rahim 3Tummy..rupa rupanya tolong tambah beban lagi..tahniah

eloklah pencacai umno berfikir macam azalina berfikir..jangan duk tambah dosa fitnah aja..


Dalam video seks orang kenal siapa Tan Sri Rahim (Thamby Chik),” kata Azalina.

Umno sedang menghadapi masalah dengan orang Melayu menyebabkan mereka tidak menyokong parti itu,, kata bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Umno menghadapi masalah dalaman hingga orang benci kepada Umno.

“Banyak sabotaj dalam Umno, ” katanya di majlis dengfan Puteri Umno Selangor hari ini.

Beliau berkata, pegawai kerajan dari kementerian pengajian tinggi, jabatan pelajaran pejabat tanah tidak sokong kerajaan.

“Kita ada masalah imej Melayu. Kes SPRM, kes video seks Anwar (Datuk Seri  Anwar Ibrahim).

“Telah dimanipulasi hingga orang kata Umno yang buat.

“Dalam video seks orang kenal siapa Tan Sri Rahim (Thamby Chik),” tambahnya.

Azalina  berkata, Umno juga menghadapi masalah dengan pengundi  Melayu di bandar.

Katanya, profesional Melayu bandar tidak pedulikan Umno, sebaliknya mementingkan soal gaji dan keluarga mereka.

“Ada wakil rakyat kita (Melayu) yang orang menyampah, ada berjabat tangan tidak tengok muka,” katanya.

fmt

Video Datuk T:Rahim Serah Salinan Asal,Jam Tangan Pada Polis


Rakaman asal video seks,jam tangan diserah pada Polis

Nota Editor: mkini

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Rahim keluar daripada ibu pejabat polis berkenaan pada kira-kira jam 9.40 malam ini.

Katanya, beliau juga telah memberi keterangan berhubung video seks berkenaan dalam siasatan selama hampir lima jam itu.

Rahim turut mengulangi tuntutannya supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan. Continue reading

Datuk T: Laporan Polis pada Video Fitnah Terbaru


Dua hari lepas Blogger Wak Albanjari membuat gesaan supaya berbagai pihak yang menuntut keadilan dan kebenaran membuat laporan Polis dan menggesa Polis menangkap 3 T atau three stoooges yang membikin video seks.

Gesaan Wak Albanjari telah disambut baik oleh MP Keadilan dan berbagai pihak lain.

Ternyata Wak Albanjari adalah seorang yang sangat perihatin pada isu keadilan dan kebenaran di Malaysia.

Persoalan menarik sekarang ialah ..Kenapa pihak Polis masih belum menangkap 3 T itu?

Adakah 3 T kebal disudut undang undang Malaysia?

Bolehkah rakyat melihat Nazri Aziz,Hishamuddin dan Najib menjadi pelindung pada 3 T tersebut?

Pelbagai pihak termasuk MP Keadilan buat laporan Polis

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak termasuk beberapa Ahli Parlimen dari KEADILAN hari ini membuat laporan polis terhadap ‘Datuk T’ – Rahim Tamby Chik, Shuib Lazim dan Shazryl Eskay berhubung penayangan video lucah pada 11.30 pagi ini.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam Kdan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh  dijangka berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 11.30 pagi.

Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (Gapet), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) juga dijangka membuat laporan polis berkaitan isu sama di IPD Dang Wangi sekitar jam 12.

Organisasi lain termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di beberapa cabang seluruh negara turut membuat laporan polis dalam isu sama.

Video seks ditayangkan di Carcosa isnin lalu, kononnya melibatkan pelakuan seks Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, hal itu terbongkar apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik yang sebelum ini terpalit dengan skandal rogol gadis bawah umur,  mengakui menjadi dalang video berkenaan manakala Datuk Eskay Shazril Abdullah ‘melakonkan’ watak Anwar.

Menggunakan video itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul pula dipujuk meninggalkan KEADILAN, malah dijanjikan untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Keadilandaily

HOT: Hero Siam Mengaku Buat Video Seks


Subhanallah..Allahuakbar

Manusia merancang..Allah juga merancang,tetapi perancangan Allah mengatasi perancangan manusia itu.

Skandal paling hangat dalam minggu ini akhirnya menjelaskan siapakah Three Stoogers yang yang dicari cari.

Keaiban yang cuba dipalit dan dipahat pada wajah pejuang kebenaran dan keadilan Anwar Ibrahim akhirnya telah menemui kebuntuan.

Jika perkara seperti ini masih cuba digembar oleh Najib dan kuncu kuncunya,maka tunggulah padah yang lebih dahsyat lagi akan menimpa pasukan Umno/Bn/Apco selepas ini.

Wahai  juak juak Umno bertaubatlah sekelian kamu kepada Allah dan pohonlah maaf kepada Anwar kerana kamu telah melemparkan satu fitnah yang sangat aib kepada beliau.


Eskay: ‘Saya dalam video itu’ …mKini

Nota editor:

“Saya dalam video itu”. Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

“T ini trio, three,” kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.

Lelaki ketiga, Bendahari Agung Perkasa dan bekas Senator Dewan Negara, Shuib Lazim yang juga bapa mertua Naib Presiden Umno Shafie Afdal tidak hadir pada sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa itu.

Rahim Thamby Chik pada tahun 1994 didakwa terlibat melakukan seks dengan budak perempuan berusia 14 tahun dan merupakan musuh politik Anwar dari dahulu lagi.

Dalam Fitnah 1998, beliau adalah dalang di sebalik penulisan buku “50 Dalil..” yang membawa kepada fitnah pertama itu.

Anwar kelmarin menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah lelaki dalam video tersebut dan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi semalam.

Fitnah terbaru ini dilihat ramai pihak sebagai usaha terkini untuk menghalang kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat dalam arena politik Malaysia.

%d bloggers like this: