Tag Archives: Pulau Tioman

Gambar Cium di Tioman: Bro Haji Amy (Search) Nasihat Nabila


isu gambar cium: Amy Search nasihat Nabila jaga tingkah laku

Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy berharap anaknya, Nabila Huda, 27, menjaga tingkah laku demi menjaga kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Kata Amy, Nabila seharusnya lebih fokus dan jangan rosakkan apa yang telah dikecapinya hari ini dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan namanya dalam industri.

“Saya tidak tahu tentang gambar-gambar itu, tapi sebagai bapa saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan.

“Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single berjudul Simetri, di sini, Selasa.

Amy diminta mengulas tentang laporan sebuah program hiburan yang menyiarkan beberapa keping gambar artis yang dipercayai milik Nabila Huda.

Gambar-gambar liar tersebut diambil ketika Nabila sedang berpesta di Pulau Tioman bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya.

Bagaimanapun, Amy enggan mengulas lanjut perkara tersebut namun berharap Nabila sedar dan bertanggungjawab terhadap kesilapannya.

“Saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku,” katanya.

Oleh KEMALIA OTHMAN

18SX: Siapa Artis ‘Romen Sakan’ di Pulau Tioman ?


Ada lagi pelakon ‘comolot’

Nampaknya masih ada artis dan selebriti kita yang begitu bangga memaparkan perangai liar dan tak senonoh mereka di khalayak orang ramai.

Tak cukup dengan itu, mereka sanggup pula membiarkan aksi mereka itu dirakamkan walaupun mereka tahu kebarangkalian ianya tersebar melalui internet dan sebagainya cukup tinggi.

Terbaru dunia hiburan kecoh dengan gambar seorang pelakon beranak satu yang bercium ghairah dengan seorang lelaki di Pulau Tioman.

Wanita itu dikatakan sudah memfailkan permohonan cerai dari suaminya kerana kononnya kehidupan yang dibina dengan lelaki itu tidak membahagiakan.

Ada yang berspekulasi puncanya dari sikap suaminya sendiri.

Difahamkan aksi ciuman mulut ke mulut dengan seorang jurulatih selam (bukan suaminya) ini terjadi sewaktu menyambut Halloweeen beberapa minggu lepas

Gosip pelakon itu mempunyai hubungan dengan seorang jurulatih selam sebelum ini sudah tersebar sewaktu dia memohon cerai dari suaminya.

Adalah malang sekali, di saat kita melihat makin ramai artis dan selebriti kita mula berubah dan berhijrah ke jalan yang diredhai, jumlah mereka yang makin haru-biru juga nampaknya makin bertambah.

Entahlah lepas ni siapa pula yang nak tunjuk aksi ‘comolot’ mereka, jangan lebih teruk dari itu sudahlah, biru mata hitamku hehehehe.

S.A.Kadir

%d bloggers like this: