Tag Archives: Pulau Pinang

Ketua Polis Penang Diugut Bunuh


kp penang

Ketua Polis P.Pinang diugut bunuh

GEORGETOWN – Bimbang keselamatan dirinya, keluarga dan anggota lain, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi membuat laporan selepas menerima ugutan bunuh dua hari lalu.

Abdul Rahim dilaporkan menerima ugutan itu menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar melalui telefon bimbitnya ketika berada di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang kira-kira jam 9 pagi Isnin lalu.

Difahamkan, kiriman SMS oleh individu yang tidak dikenali itu mengandungi ayat ugutan kerana tidak berpuas hati apabila lima rakannya ditembak polis bulan lalu.

Kandungan SMS yang diterima Abdul Rahim adalah ‘Hello kepala penang, mau kasi ingat, u sudah ambil saya punya kawan lima orang, u jangan ingat u the best, u jaga u punya body, tak dapat u, u punya kawan saya ambil. Jaga-jaga’.

Abdul Rahim membuat laporan sehari selepas menerima ugutan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, kira-kira jam 8.50 malam semalam.

SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI SH

Salim Parlan Mengaku Berkhalwat


Salim Parlan dan Nur Diayana Norslan mengaku bersalah

GEORGE TOWN – Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan semalam mengaku bersalah kerana berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini, April lalu.

Pengakuan itu dibuat Salim, 51, dan Nur Diayana, 30, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah negeri, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya sebaik sahaja pertuduhan dibacakan semula terhadap mereka.

Ketika dihadapkan ke mahkamah sama pada 19 April lalu, kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Salim yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam dilihat gelisah manakala Nur Diayana yang memakai jubah hijau menangis teresak-esak selepas membuat pengakuan tersebut di kandang tertuduh.

Nik Bukhari Hashimy bagaimanapun menetapkan 19 Disember depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap mereka berdua yang tidak diwakili peguam.

Salim dan Nur Diayana yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 5 pagi pada 16 April lalu di bilik bernombor 224 sebuah hotel di Batu Feringghi.

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu didakwa mengikut Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana pula di bawah Seksyen 27(b) enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, setiap tertuduh boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

kosmo

Gambar Perkahwinan Farah AF2


PENYANYI Farah Diana Anuar, 26, (Farah AF2) selamat bergelar isteri kepada usahawan Johan Johari selepas kedua mereka diijabkabulkan di atas kapal di Tasik Putrajaya, Jumaat. Farah menerima wang hantaran sebanyak RM25,185.

Selamat pengantin baru Farah dan Johan

Dengan sekali lafaz, penyanyi Farah Diana Anuar, 26, (Farah AF2)sah bergelar isteri kepada usahawan Johan Johari, 26, di atas kapal Cruise Tasik, di sini, Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohd Datuk Sheikh Abd Aziz berwalikan bapa Farah, Anuar Ali dengan mas kahwin RM2,500 dan wang hantaran RM25,185 sempena hari lahir Farah.

Turut sama menyaksikan majlis tersebut adalah ibu Farah, Farizah Majid, ibu Johan, Salmah Sulaiman dan keluarga serta saudara-mara kedua-dua belah pihak.

Farah menerima tujuh hantaran seperti cincin, gelang, iPad, minyak wangi, beg tangan manakala Johan mendapat sembilan hantaran seperti cincin, kek, sirih junjung, jam, tali pinggang, kemeja dan manisan.

Farah dan Johan sengaja memilih untuk bernikah di atas kapal untuk mencari kelainan berbanding pasangan lain yang lebih memilih untuk bernikah di masjid atau rumah.

“Saya dan Johan begitu teruja apabila mendengar idea daripada kawan kami, Afiq untuk melangsungkan majlis nikah ini di atas kapal kerana sebelum ini saya pernah juga bercita-cita untuk berkahwin atas kapal..

“Lagipun sebelum ini saya selalu menaiki bot ketika melakukan penggambaran program ‘Rasa Halal Orient’. Jadi, impian saya tercapai jua pada hari ini,” kata Farah yang cantik menyarungkan busana moden berwarna putih rekaan Zery Zamry.

Sebelum ini Farah banyak berahsia tentang hubungannya dengan Johan namun dia bersedia menceritakan semuanya di hari pernikahannya.

Kata Farah, dia dan suami mula berjumpa pada tahun 2005 pada sebuah majlis di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Di pendekkan cerita, Farah mula terpikat dengan senyuman Johan apabila mereka selalu berselisih di Hotel Equatorial di situ yang biasanya menjadi lokasi percutian Farah dan keluarga, tambahan pula kawan Johan merupakan penganjur acara itu.

“Saya rasa seperti jatuh cinta pandang pertama dengan Johan dan mula teringatkan dia selepas pulang dari acara itu.

“Suatu malam, saya nampak dia berbual dengan abah di kedai makan. Selepas itu, saya menyamar menghubungi Johan menerusi telefon setelah mencuri nombor telefon daripada abah,” cerita Farah.

Selang lebih sebulan menyamar, penyanyi lagu ‘Antara Dua’ itu menceritakan mengenai identitinya dan mereka mula berkawan sehinggalah bercinta empat bulan selepas itu.

“Pada tahun 2008, Johan melamar saya dan kami mengikat tali pertunangan pada tahun lepas.

“Saya tak sangka hubungan kami berkekalan hingga ke jinjang pelamin sedangkan pada mulanya saya tidak percaya dengan cinta jarak jauh setelah mendengar pengalaman orang lain.

“Namun hati saya kuat mengatakan dia jodoh saya apabila mendapati dia sangat sabar dan lebih menyayangi diri saya seadanya. Walaupun pernah sekali saya mendiamkan diri selama enam bulan, dia tetap setia menghubungi dan menghantar SMS kepada saya,” ujar pengacara ‘Ustazah Pilihan’ ini.

Sementara Johan pula tertarik dengan sikap Farah yang menghormati dan pandai mengambil hati keluarganya serta mendengar kata.

“Saya tidak terlalu mengenali Farah sebelum ini walaupun dia sudah bergelar artis. Selepas mengenalinya baru saya menonton Farah di televisyen.

“Selepas ini, saya tiada halangan untuk membenarkan Farah meneruskan karier seninya. Dia akan mengikut tinggal bersama-sama saya di Pulau Pinang dan apabila mempunyai komitmen kerja baru dia akan berulang-alik ke Kuala Lumpur,” ujar Johan.

Sebagai kejutan kepada suami, Farah turut mengumumkan percutian bulan madunya ke Maldives sebelum bulan Ramadan ini.

Majlis resepsi perkahwinan sebelah pengantin perempuan akan berlangsung pada Sabtu di Pullman, di sini manakala sebelah pihak lelaki pada 24 Julai di Pulau Pinang.

siti azira abd aziz

Kesian Mamak Ghani Panjat Pagar Pulak!


Apalah nasib mamak sensorang ni..

Takdak projek baru ke? bukankah 92% projek kerajaan Penang dapat kepada Melayu.

Malaslah aku nak komen banyak banyak ..Hari tu khairy kata siapa yang tunjuk perasaan macam ‘beruk’ katanya!

Tapi ini main panjat pagaq pulak ..apa cerita ni…Ok aku tak gelak…Kira Ok jugak Pak Polisi Penang ni..aku bagi kredit kat hangpa..kih kih kih

Last sekali kena kurung dalam ‘Black-Maria’

Pengkritik paling lantang kerajaan Pulau Pinang, Mohammed Ghani Abdul Jiman dan tiga lagi ditahan polis hari ini selepas membuat kekecohan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

NONEKetua Polis Daerah George Town Gan Kong Meng berkata mereka ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan haram dan enggan bersurai apabila diarahkan berbuat demikian.

Mohammed Ghani (kanan) yang datang bersama 10 penyokong sebelum itu berjaya menyerahkan sebuah memorandum kepada pegawai akhbar Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menemuinya di pagar.

Bagaimanapun, memorandum itu ditujukan kepada Speaker Abdul Halim Hussein, Yang di-Pertua Negeri Abdul Rahman Abbas dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya tidak serahkan memo kepada Lim kerana saya sudah hilang kepercayaan padanya,” kata Mohammed Ghani.

Mohammed Ghani bagaimanapun berusaha memasuki perkarangan DUN dengan cuba memanjat apabila pagarnya ditutup.NONEBeliau kemudian cuba mengadakan sidang akhbar berhampiran sebatang jalan di hadapan bangunan itu dan enggan bersurai apabila diarahkan oleh polis.

Akibatnya, beliau diheret je sebuah lori polis. Di lori berkenaan, Mohammed Ghani meluahkan kemarahannya dan menjerit bahawa semua ADUN Pulau Pinang adalah pengecut dan menawar membeli membeli skirt untuk mereka.

“Saya rakyat Malaysia, kenapa saya tidak dibenarkan masuk dewan?” jeritnya sambil melayangkan kad pengenalan bagi membuktikan kerakyatannya itu.

mKini

Menarik: Warga Emas Penang Dapat Lagi Sorang RM100


YB Azhar tak mau ambik gambaq kumpul duit pulak ke?

Lepas tu bila orang tanya pi mana duit yang ‘dikumpul’ itu..sepi seribu bahasa

senang aja..YB Azhar cakaplah duit tu semua hak YB sendiri..saja nak provok PR Penang ..sebab Bn tak pernah cukup belanja masa perintah Pulau pinang..tak gitu ke?

Program PPWE diteruskan lagi untuk tahun ini

GEORGETOWN – Sekali lagi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bawah kepimpinan Pakatan Rakyat akan mengotakan janji melalui perlaksanaan ‘Program Penghargaan Warga Emas (PPWE)’ bagi tahun 2011.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pembayaran 2011 bakal dilaksanakan bermula dari 23 April hingga 20 Mei ini di cawangan Maybank yang ditetapkan negeri ini, bermula jam 9 pagi.

Menurutnya, pembayaran itu membabitkan semua warga emas berdaftar yang berusia 60 tahun dan ke atas berikutan sumbangan mereka yang membawa kejayaan kepada negeri ini.

“Sehingga kini, seramai 114,668 warga emas telah mendaftarkan diri.

”PPWE turut menyalurkan wang ihsan kematian RM1,000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia untuk pengurusan pengebumian.

“Sejak program ini dilancarkan, sebanyak RM13.6 juta dibayar kepada warga emas dan juga kepada waris yang berdaftar bawah PPWE,” katanya pada sidang media, di Komtar, semalam.

Dalam pada itu, Guan Eng turut menegaskan bahawa sumber pembayaran dalam program itu dibiayai sepenuhnya daripada lebihan belanjawan Kerajaan Negeri.

“Walaupun sebelum ini ada segelintir pihak yang cemburu dan cuba sabotaj pelaksanaan program ini dengan mendakwa wang yang disumbangkan adalah haram, namun Kerajaan Negeri masih meneruskan demi kebaikan rakyat.

”Lagipun, sehingga kini, Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang pembatalan pendaftar mendapat wang ini.

“Kerajaan Negeri yakin rakyat negeri akan menyokong pendirian bahawa semua wang sumbangan pembayaran ini adalah halal kerana ia adalah hasil penjimatan daripada usaha lawan rasuah,” katanya.

Sementara itu, beliau juga meminta semua orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal yang berusia kurang 60 tahun untuk mendaftarkan diri dengan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan sumbangan ini.

HS

Bekas Pegawai Bank Muamalat Didakwa Pecah Amanah RM14.2juta


Bekas Ketua Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat Berhad, Aishah Mohamed Rose,51, (kiri) diiringi anggota polis keluar daripada Mahkamah Sesyen di Pulau Pinang, Rabu selepas mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan pecah amanah jenayah wang milik bank itu yang berjumlah RM14,205,336.51, enam tahun lepas. Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut di Bank Muamalat Berhad, Universiti Sains Malaysia (USM) Jalan Minden, antara 27 Jun hingga 16 Julai 2009. – Foto Bernama

Aishah Mohamed Rose dan suami didakwa

GEORGE TOWN: Bekas ketua pusat khidmat pelanggan Bank Muamalat Berhad, Aishah Mohamed Rose, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap lima pertuduhan pecah amanah jenayah wang milik bank itu berjumlah RM14.2 juta enam tahun lepas.

Suami Aishah, Johari Ahmad, 54, bersama seorang Pegawai Logistik Motorola Technology Sdn Bhd, Azman Abdul Aziz, 49, pula dihadapkan ke mahkamah yang sama dan mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Aishah melakukan jenayah itu.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan semula dan membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin sebanyak RM300,000 setiap seorang dan dokumen perjalanan masing-masing diserahkan kepada mahkamah.

Aishah, 50, dituduh melakukan kelima-lima kesalahan itu di Bank Muamalat Berhad, Universiti Sains Malaysia di Jalan Minden, antara 27 Januari 2005 dan 16 Julai 2009.

Bagi kesalahan pertama, dia dituduh melakukan pecah amanah jenayah wang milik bank itu sebanyak RM3,363,936.94 antara 27 Jan dan 3 Jan 2005.

Bagi kesalahan kedua Aishah dituduh melakukan pecah amanah jenayah melibatkan sejumlah wang RM3,679,939.54 antara 20 Januari dan 3 Januari 2006, kesalahan ketiga pula didakwa dilakukan antara 5 Januari 2007 dan 2 Januari 2008 melibatkan RM2,889,878.99.

Untuk kesalahan keempat, dia dituduh melakukan kesalahan antara 2 Januari dan 24 Disember 2008 melibatkan RM2,490,758.40 dan kesalahan kelima pula didakwa dilakukan antara 5 Januari dan 16 Julai 2009 melibatkan RM1,780,852.64.

Pertuduhan terhadap Aishah adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dengan sebatan dan denda, manakala Johari dan Azman didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seskyen 109 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman yang serupa.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya S.Devanandan. Aishah dan Johari diwakili peguam bela Jagdeep Singh Deo manakala Azman tidak diwakili peguam.

Azman turut mengaku tidak berslah terhadap 10 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram berjumlah RM988,464.38 antara 17 April dan 14 Julai 2009 di Motorola Technology Sdn Bhd, Plot 2, Bayan Lepas, Technoplex Industrial Park.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan memindahkan 10 keping cek milik Citibank yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Bagi pertuduhan itu Azman dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM70,000. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Pang Chuin Keat.

Bernama

%d bloggers like this: