Tag Archives: Proton Wira

Siapa Ahli Politik ‘Beromen’ Dalam Kereta Pulak ?


Sapa ahli politik nih??

Puak belah manakah dia nih?

Adakah dia Pas?

adakah Umno?

Mca?Mic?Gerakan?Ohhh tidak!!!! ini parti-parti Kapir…walhal dia seorang islam dan mengucap dua kalimah syahadat dan dilahirkan sebagai seorang muslim…siapakah dia nih?

Aku pun hairan dengan ahli-ahli politik la nih.Macamna nak jadi pemimpin walhal melakukan maksiat terkutuk!!!

Korang bacalah cerita nih yang aku ambil dari suratkhabar nih…

KANGAR – Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.

Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun. Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.

“Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya. Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing,” katanya di pejabat Jaips di sini, semalam.

Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam. Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.

“Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid,” katanya.

Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SUMBER

Kereta Terbabas Langgar Buaya


anggota Bomba mengikat buaya terbabit

Buaya Tembaga sedang melintas jalan

TAWAU: Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas selepas melanggar buaya tembaga lebih tiga meter yang melintas di Jalan Apas, Batu 5, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang enggan dikenali berusia 20 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya terkejut apabila mendapati buaya itu melintangi jalan.
Pemandu terbabit bagaimanapun gagal mengelak melanggar reptilia itu menyebabkan tayar Proton Wira dipandunya pecah sebelum terbabas ke dalam parit di kanan jalan.

Namun, mangsa tidak cedera, tetapi buaya tembaga betina dianggarkan seberat lebih 150 kilogram parah di mulut.
Difahamkan, lelaki itu pada awalnya menyangka haiwan yang melintangi jalan itu biawak kerana keadaan jalan agak gelap, namun tanggapannya meleset sebaik menghampiri dan mendapati ia buaya.
Sejurus kejadian, pemandu itu menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau untuk menyelamatkan haiwan berkenaan yang cedera selain bimbang menimbulkan ancaman kepada pengguna jalan raya lain.

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Tawau, Julius John Steven berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan daripada pemandu berkenaan.
“Sebaik tiba ditempat kejadian, buaya itu masih bergerak dan tersepit di dalam parit.

“Bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan haiwan berkenaan,” katanya.
Julius berkata, buaya tembaga itu diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.

mmtr

%d bloggers like this: