Tag Archives: politik Malaysia

Interview Terkini MalaysiaKini Dengan Anwar


Fitnah video seks,Anwar tak akan lepaskan Najib

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir meradang ketika diajukan soalan berhubung kontroveri melibatkan satu rakaman video lucah yang didedahkan oleh trio Datuk T pada Mac lalu.

Isu berhubung seutas jam tangan yang dikatakan telah diambil daripada lokasi rakaman video berkenaan merupakan antara perkara yang sering menjengkelkan Anwar terutama ketika ditanya wartawan.

Anwar bagaimanapun menjelaskan, beliau bersikap demikian kerana sudah penat dan tidak tahan lagi dengan tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan ke atas dirinya sejak 13 tahun lalu.

Tegas Anwar, beliau tetap berpeluang menyerang balas dan bukannya bersikap defensif semata-mata.

Bagi Anwar, isu berhubung video lucah ini tetap melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan beliau tidak akan memberi laluan mudah kepada perdana menteri itu.

Anwar juga berkata, teka-teki mengenai identiti sebenar individu dalam video berkenaan juga tidak menggusarkannya, namun perkara itu tetap juga bersarang di fikirannya.

Anwar sekadar berkata, polis mengambil risiko besar sekiranya menamakan beliau sebagai individu berkenaan.

Selain itu, Anwar juga mengakui bahawa beliau pernah bertemu dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, lama sebelum ahli perniagaan itu bertindak mendedahkan video berkenaan pada Mac lalu.

Eskay disifatkan Anwar sebagai seorang individu dalam pasukan Tun Dr Mahathir manakala pertemuan berkenaan, pada 1998, telah diatur oleh seorang lagi orang kuat Mahathir – Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Pertemuan berkenaan adalah berhubung projek jambatan baru untuk menggantikan Tambak Johor yang kemudiannya menemui kegagalan di bawah pentadbiran perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pembatalan projek berkenaan juga merupakan salah satu punca permusuhan di antara Mahathir dan Abdullah. Anwar bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada isu melibatkan projek berkenaan merupakan punca rakaman video berkenaan ditimbulkan.

Ikuti petikan daripada wawancara Malaysiakini dengan Anwar:

BN dan Pakatan Rakyat kini perlu meraih sokongan daripada sebanyak 5 hingga 7 peratus pengundi atas pagar. Sejauh mana isu video seks ini akan memberi kesan kepada sokongan pengundi. Isu ini juga ditimbulkan dalam ceramah Pakatan.

Saya merujuk kepada kes itu kerana ia ditimbulkan setiap hari, tetapi dalam perbincangan dengan pasukan saya, selain deripada mengedarkan risalah berhubung isu ini, saya tidak fikir kita patut fokus kepada bagaimana kita hendak tanganinya. Ia akan terbias daripada isu utama tentang tataselia dan perubahan.

Tentulah strategi (mereka) adalah menggunakan khalayak Melayu, tetapi mungkin juga akan wujud kesan negatif kerana ramai golongan ustaz dan guru agama yang diketahui tidak bersama Pakatan telah menyuarakan pandangan bahawa (tuduhan) itu keterlaluan.

Saya tidak tahu sejauh mana impaknya kerana saya tidak peduli sangat.

Tetapi PKR tetap lancarkan kempen anti fitnah, menunjukkan bahawa tuduhan itu ada impaknya?

Kempen anti fitnah itu bukan sahaja dijalankan oleh PKR tetapi juga DAP dan PAS. (Timbalan presiden PAS) Datuk Tuan Ibrahim (Tuan Man) mengetuainya.

(Pakatan) menggunakan (isu) ini bagi menunjukkan betapa terdesaknya Umno, betapa korup politik pornografi ini, seperti saya kata ‘pandi kutty’, yang saya tidak rujuk kepada sesiapa, tetapi menunjukkan betapa terdesak mereka ini. Ini yang saya maksudkan dengan pentadbiran yang teruk.

Saya tidak rasa garis tindakan ini defensif. Garis tindakannya ‘kami akan tunjukkan betapa teruknya mereka,’ itu ofensif.

Hanya sebab kita sebut mengenai video seks atau perbicaraan kes liwat (menunjukkan) kami defensif? Tidak semestinya begitu. Cara ianya diulas… Bagaimana mereka menggunakan agama untuk mengangkat sumpah bagi mempertahankan seorang pembunuh, seorang perogol, sesiapa saja boleh pergi angkat sumpah.

Dan ianya kembali kepada isu pentadbiran, rasuah, subsidi, kenaikan harga barang, maka ia sangat penting untuk kami gunakan, malah ianya isu yang bagus kerana ia menyemarakkan perasaan orang ramai, mereka akan berasa marah terhadap betapa buruknya isu ini.

Polis berkata mereka tidak akan dedahkan identiti individu dalam video seks ini, bagaimana reaksi Datuk Seri?

Saya tidak pernah beri reaksi, Saya tidak pernah risau kerana saya telah pergi kepada polis, saya telah pergi ke makamah Syariah, jadi sama mahu lihat apa yang mereka akan lakukan?

Kemudian barulah kita akan tangani (isu identiti individu) pada masa yang sesuai. Kami tidak akan dipaksa oleh (polis) kerana apa yang mereka lakukan ialah memberi kenyataan politik, bukannya tindakan, macamlah siasatannya begitu kompleks seperti kes pembunuhan Altantuya (Shaariibuu).

Dalam kes video ini, sehingga kini tidak ada tindakan. Ianya mudah, sesiapa saja yang pergi ke hotel dan umumkan ‘saya akan tayang satu filem’ tentu ditahan dan didakwa. Tapi bukan dalam kes ini.

Kalau polis kata individu itu ialah Datuk Seri?

Kita akan tangani bila tiba masanya., Saya fikir (polis) mengambil risiko besar jika mereka bertindak begitu.

Apa risikonya?

Saya tidak boleh beritahu. Peguam saya akan tanganinya.

Cara Datuk Seri beri reaksi kepada wartawan apabila ditanya mengenai jam Omega, sumpah laknat, sampel DNA, nampaknya Datuk Seri sangat…

Marah?

Nampaknya…

Bukan, bukan, dengar sini. Jika saya tuduh anda buat hubungan seks setiap malam, adakah anda berasa gembira atau marah?

Tapi Datuk Seri sudah biasa menghadapi tuduhan seperti ini?

Anda juga tahu saya juga seorang manusia, saya ada keluarga. Jangan layan saya seperti seorang perogol. Itu satu perkara, dan sesiapa saja yang tanya saya soalan ini dengan cara biadap, daripada TV3 dan Utusan.

Bukan untuk salahkan mereka semata-mata, tapi mereka boleh kata, ‘Datuk Seri, saya minta maaf, boleh saya tanya…’ tapi tidak. Omega. Omega Omega. Ianya (ditanya) dengan sangat biadap. Jagi bagaimana saya hendak hadapinya? Saya beri sedikit pengajaran. Mereka kata saya buat budak (wartawan) itu menangis, tapi itu bukan masalah saya.

Jika anda bersedia untuk menggadai jiwa untuk duit, jangan cakap dengan saya soal moral. Isu Omega ini, pada saya, bukan satu isu. Adakah saya betul? Sekarang anda boleh lihat bahawa saya betul.

Anda perlu ada kesabaran selama beberapa minggu. Jika saya beri respon, (saya) akan terperangkap. Anda akan tanya, ‘Omega mana?’. Anda akan memperpanjangkannya… Anda akan beri kredibiliti.

Mungkin lebih baik jika Datuk Seri kata ‘saya tidak mahu komen’ dan biarkan saja.

OK, terima kasih atas nasihat anda tentang kesabaran. Azizah ada pandangan begitu. Dia kata, ‘tak apalah, sabar.’ Dia penyabar. Tapi jika akan perlu laluinya selama 13 tahun… Jadi saya mahu beri mereka satu pengajaran dengan memberikan respon.

Datuk Seri nampak panas…

[Ketawa] Tidak, ia sangat tidak adil. Saya faham bahawa anda mahu dilihat sebagai media independen tapi anda peli ingat bahawa anda berdepan dengan kehidupan orang, keluarga orang.

Secara tidak langsung, walaupun anda mendakwa bahawa anda buat kerja secara professional, anda juga menjadi suruhan kepada pemimpin korup itu. Mahu atau tidak, anda perlu jual (berita), jadi anda perlu lapor. Maka anda juga sebenarnya mengikut tindak tanduk mereka.

Anda tidak bercakap tentang (manifesti Pakatan Rakyat) Buku Jingga, anda tidak bercakap tentang rasuah, anda tidak bercakap tentang reformasi ekonomi, sebab anda kena ikut tindak tanduk siapa? Tindak tanduk Umno dan Utusan.

Bagaimana pula Datuk Seri berjumpa Eskay. Sejauh mana hubungan Datuk Seri dengan beliau?

Saya jumpa semua orang. Semuanya kata mereka kawan baik saya… Semua yang lompat parti adalah kawan saya yang paling baik. Sesetengahnya saya tidak tahupun nama keluarga mereka, atau nama penuh mereka. Anda boleh bayangkan? Saya tidak tahu nama penuh (Eskay) sehinggalah dia failkan kes (saman berhubung jambatan bengkok).

Tentulah saya kenal dia, ya, rapat. Anda juga percaya saya ada kawan baik yang namanya saya tidak tahu? Pada masa itu saya tidak tahu sama ada dia (memeluk) Buddha atau Islam, saya tidak tahu.

Dalam kes jambatan bengkok itu, dia memberi keterangan bahawa di membawa (defendan Yahya Jalil) untuk berjumpa untuk berjumpa Datuk Seri kerana…

johor singapore new crooked bridge causeway 270106Kenyataanya itu tidaklah begitu salah kerana apa yang diperkatakan itu, begini; (Individu terlibat) adalah (dari) kem Mahathir, yang rapat dengan (menteri perdagangan dalam negeri pada waktu itu) Megat Junid (Megat Ayub). Megat Junid yang mengaturkan pertemuan itu untuk mereka datang berjumpa saya.

Jadi Eskay datang dan bawa Yahya Jalil ini dan di dalam afidavit beliau, dia kata Anwar menasihatkan mereka supaya pergi ke (Unit Perancangan Ekonomi) kerana ia merupakan keputusan EPU berhubung penswastaan. Jadi, begitulah… Saya hantar mereka ke EPU dan dalam pada itu (Eskay) minta (syarikat Yahya) sebanya RM20 juta. Itulah ceritanya.

Adakah Datuk Seri diminta memberi keterangan di mahkamah?

Dia ada (minta). (Peguamnya) bercakap kepada saya, mereka mahu sahkan (pertemuan antara Eskay, Yahya dan Anwar). Jadi saya kata OK, tetapi (pendengaran kes saman jambatan bengkok) kebetulan (berlaku) dengan perbicaraan saya.

Kemudian (peguam) beritahu saya, memandangkan perkara ini tidak pernah dibantah, dan Yahya Jalil kemudiannya mengesahkan bahawa mereka telah bertemu Anwar dan Anwar meminta mereka bertemu EPU, jadi tidak ada keperluan untuk saya beri keterangan (berhubung kes berkenaan).

Eskay tidak gembira (dengan keputusan itu), dia mahu saya beri keterangan.

Jadi kes jambatan bengkok tidak ada kena mengena dengan video seks – kerana Datuk Seri tidak beri keterangan?

Dia tidak kata begitu tetapi dalam kenyataannya dia mahu saya dan (isteri serta presiden PKR, Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) supaya meletak jawatan, yang merupakan ugutan jenayah.

Jadi di negara ini, ugutan jenayah, pornografi semuanya dibolehkan dalam negara Najib-Rosmah.

Video seks ini merupakan siri terbaru dalam dakwaan-dakwaan yang dilemparkan kepada Datuk Seri selepas 1998. Kenapa semua tuduhan itum, kebanyakannya melibatkan seks?

Apabila melibatkan rasuah, Mahathir (kanan) meminta semua fail di perbendaharaan diteliti dan mereka tidak boleh jumpa satu syarikat atau satu saham (berkaitan saya). Secara sindiran, adalah di sana dan di sini tetapi tidak ada satu pun (dakwaan). Jadi apa lagi? Seks.

Untuk seks juga, (tuduhan) tidak boleh zina sebab ianya biasa di kalangan pemimpin, (Mahathir) kata dalam mesyuarat sulitnya, jadi jadi mereka kata liwat sebab orang Melayu akan tolak perkara ini. Ini bukan perkara baru, ini cerita 1998.

Selepas tiga tuduhan seks, adakah orang akan fikir akan ada kebenaran di antara (semua tuduhan) ini?

Kenapa mereka timbulkan perkara ini? Ianya isu moral dan siapa yang hendak bercakap soal moral? Najib? (Menteri undang-undang, Datuk Seri) Nazri (Aziz)? (Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri) Rahim Thamby Chik?

Anda boleh kata ianya pornografi tapi sekiranya mereka boleh sahkannya, itu satu perkara. Tapi anda tidak boleh wujudkan sesuatu perkara tanpa (bukti).

…Itulah masalahnya dengan sistem ini. Saya tidak bercakap tentang Umno atau PERKASA, saya bercakap tentang kita. Kenapa kita memilih untuk melayan dan memberi kredibiliti kepada (golongan) korup?

Kenapa dakwaan-dakwaan ini masih dilemparkan kepada Datuk Seri?

Saya dilihat sebagai satu ancaman. Apa lagi? Katakanlah saya bersama esok, anda rasa mereka akan teruskan dengan (tuduhan) ini? Katalah saya bersara pada 2004 selepas saya dibebaskan (dari penjara). Pada masa itu sahaja (wakil) dihantar kepada saya, sama ada saya akan masuk Umno semula. Adakah saya masih perlu hadapi perkara ini sekarang?

Anwar ditemuramah oleh Steven Gan, Salhan K Ahmad, Aidila Razak dan Kow Gah Chie.

HOT: Pas Setuju Jumpa Pemimpin Umno


PAS setuju tapi bukan atas kesatuan Melayu

KUALA LUMPUR, 20 Mei: PAS bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Umno bila-bila masa tetapi bukan atas dasar ketuanan Melayu tetapi mengajak parti itu melaksanakan keadilan Islam.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, beliau yakin PAS sejak dari awal bersedia berbincang dan berdiskusi dalam semangat dan tuntutan ‘agama itu nasihat’, semangat ‘at-Tawaasi- ingat mengingait’ dan ‘at-Tadaafu’-semak dan imbang’ seperti yang tuntut al-Quran.

“Ajaran agama inilah yang menjadi dasar dan asas kami bertindak sekaligus merupakan tuntutan Allah SWT dalam Al-Quran,” kata beliau.

Bagaimanapun, kata Dr Dzulkefly yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor, tentunya pertemuan ini perlu melepasi hanya isu dan topik kesatuan Melayu “kerana ada yang lebih penting, lebih besar dan lebih dhoruri dan menekan hari ini untuk dibincangkan.”

Dr Dzulkefly menjawab pelawaan Umno melalui ketua penerangannya, Datuk Ahmad Maslan yang sekali lagi mengundang PAS untuk berbincang atas nama kesatuan Melayu.

Bagi beliau, Umno telah menggunakan kaedah dan pelawaan ini beberapa kali dalam waktu yang lalu, bagi membuktikan bahawa mereka serius tentang isu ini dan PASlah yang enggan dan dipaparkan oleh media Umno-BN sebagai sombong dan angkuh.

“Ini adalah taktik Umno memenangi hati-budi orang Melayu terutama golongan yang tidak mendapat maklumat selain dari sumber media kawalan Umno-BN seperti Utusan Malaysia, RTM cetak dan elektronik,” katanya kepada Harakadaily.

Sehubungan itu, beliau memberikan beberapa asas penting yang perlu menjadi topik perbincangan yang antaranya:-

(i) Bagaimana Islam hari ini telah tercemar dan kesucian Islam sebagai agama dan satu cara hidup yang menatijahkan kehidupan bernegara yang berkat dan sejahtera, kerana amalan dan urus-tadbir sebuah kerajaan yang hanya mengaku Islam tetapi membawa tata-kelola dan pengurusan kerajaan atau ‘governance’ yang sarat dengan rasuah, salah guna kuasa dan amalan kronisme yang kesemua merosakkan imej dan kesucian Islam dan tanggapan buruk kaum dan agama lain terhadap orang Melayu-Islam. PAS merasakan topik ini paling penting untuk Islam dan survival dan daya saing orang Melayu.

(ii) Bagaimana Islam sebagai agama dan Rasul sebagai ‘Rahmatan lilL ‘Aalamin’ rosak dengan doktrin yang diperjuangkan oleh Umno dengan mengangkat ketuanan Melayu sempit mereka. Islam tercemar dengan gagasan ketuanan Melayu ini, dan orang Melayu-Islam sangat mahu Islam dan kedudukan orang Melayu sebagai etnik terbesar di negara ini tidak perlu dilihat sebagai melakukan ‘dominasi’ dan ‘menindas’ kaum dan agama lain.

Islam akan menyelamatkan orang Melayu-Islam khususnya dan agama serta kaum-budaya lain di negara ini dengan sifat Islam yang Rahmah dan Ihsan-Belas kepada semua. Umno memburukkan imej dan citra Islam – ini perlu dibincangkan segera terutama mutahir ini.

(iii) Bagaimana Umno sebagai paksi pemerintahan BN hari ini terus-menerus gagal menggunakan media perdana cetak-elektronik bagi mewujudkan iklim dan suasana yang sihat untuk kebangunan akhlak dan minda serta sikap yang positip di kalangan muda-mudi dan orang dewasa tetapi sebalik secara jelek dan keji, menggunakan media perdana menonjolkan dan mencorakkan serta menaja ‘politik jelek, keji dan jijik’ dalam media perdana yang merosakkan akhlaq serta imej baik Islam di Negara ini.

Media sepatutnya memurnikan akhlak dan iklim politik bukan sebaliknya merosakkan termasuk juga segala program buruk yang mencetuskan pelbagai gejala kebejatan dan keruntuhan akhlak muda-mudi dan juga tabiat serta gelagat buruk golongan dewasa.

(iv) Bagaimana sebuah negara yang kaya dengan hasil sumber per kapita yang tertinggi di dunia seperti yang diakui oleh Bank Dunia, hari ini mengalami dan berdepan dengan kedudukan ekonomi yang hilang daya-saing sekaligus gagal mengamit pelaburan asing.

Negara juga terperangkap dalam jajaran ekonomi ‘berpendapatan sederhana’, jurang antara kaum dan dalam kaum yang terus melebar, hutang awam semakin meningkat, jurang pembangunan wilayah semakin ketara anatara negeri miskin dan kaya, ketirisan dalam system ‘delivery’ kerana rasuah dan salah guna kuasa.

Semua ini bertentangan dengan tuntutan Islam yang mahukan pertumbuhan mapan dan agihan adil serta pengurusan yang bebas rasuah dan pembaziran. Ini yang wajar dan wajib diperbincangkan atas tuntutan ‘At-Ta’awun – tolong menolong dalam kebajikan dan ketaqwaan.

(v) Orang Melayu sudah bersatu kerana pegangan akidah – ini tuntututan Allah SWT – Wa’tasimu bi HabliLah – bersatu berpegang tali Allah yakni Islam! Kita sudah Islam – PAS dan Umno sudah Islam. Tetapi mengapa Umno tidak komited untuk memperjuangkan tuntutan Islam seperti yang ditegaskan secara ringkas di atas tadi? Kesatuan memperjuangkan Islam itu yang penting dengan apa jua cara dan organisasi itu yang dituntut Alah SWT.

“Ini yang perlu kita bincangkan dan diskusikan! Bukan kesatuan Melayu!” tegas Dr Dzulkefly lagi.

Katanya, buat apa Melayu bersatu kalau membelakangi dan tidak komited mendokongi Islam.

“Ahli akar umbi Umno mesti menyeru pimpinan tertinggi mereka untuk melaksanakan tuntutan Islam sepenuhnya – bukan bila ianya sesuai dengan kepentingan politik mereka – melaungkan slogan jihad pada tempat yang salah dan memperjungakan Islam secara sempit yang akhirnya menakutkan orang bukan-Islam dan mencemarkan kemurnian dan kesejagatan Islam.

“Islam bukan untuk orang Islam sahaja dan Islam tentunya bukan untuk orang Melayu sahaja. Islam ialah “Rahmatan lIlL’,” kata beliau lagi.

Sehubungan itu, katanya, PAS mengundang Umno, demi kepentingan Islam dan orang Melayu khasnya, kesejahteraan negara amnya berdiskusi dan mencari penyelesaian tuntas atas semua isu-isu ini.

“Melayu akan selamat dan kaum serta agama lain juga akan selamat dengan cara ini,” kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

H.daily

HOT: PKR Berisiko Diharamkan (Video didalam)


Safuddin akan jelaskan dalam sidang media nanti

PKR kini berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftarannya dan ia dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.

TV Selangor yang memetik sumber melaporkan parti itu juga difahamkan telah menerima surat berhubung pembatalan berkenaan daripada Pendaftar Pertubuhan awal bulan ini.

“Saya dimaklumkan RoS (Pendaftar Pertubuhan) sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber itu.

Menurut beliau berdasarkan surat daripada Pendaftar Pertubuhan itu, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan parti tersebut, yang ditubuhkan pada April 1999.

Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang parti itu tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dijadualkan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.

“Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti,” katanya lagi.

PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.

Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan pelbagai masalah dan aduan.

Sejak pilihan raya umum 2008 PKR tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk ada pihak yang menggesa Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan ke atas parti itu.

PKR yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum itu menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat parlimen dan dewan undangan negeri yang berpaling tadah.

Video penjelasan Saifuddin Nasutian

Video Ceramah Ibrahim Ali Menghasut? Nilailah Sendiri


Ucapan Ibrahim Ali menghasut? nilailah sendiri..

Apabila presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika
mereka terus mencabar kedudukan Islam di negara ini, ia menimbulkan kemarahan ramai rakyat Malaysia, tetapi nampaknya tidak begitu halnya dengan pemimpin kerajaan.

NONEMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan cepat menegaskan bahawa pandangan Ibrahim itu tidak mewakili semua orang Islam di Malaysia.

Hishammuddin juga berkata ektremis juga wujud dalam masyarakat Cina, tetapi beliau tidak menamakan mereka.

Sementara itu, rakan kabinetnya, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz pula memberitahu Malaysiakini semalam bahawa tiada tindakan boleh diambil terhadap Ibrahim kerana kenyataannya kini menjadi satu norma di Malaysia.

NONEMenurut Nazri, walaupun kenyataan itu tidak disenangi, namun rakyat Malaysia perlu matang dalam berdepan dengan watak-watak seperti Ibrahim.

Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak kelmarin, Ibrahim menuduh orang Kristian “mencabar posisi, kedaulatan orang Melayu Islam”.

Antara intipati ucapan Ibrahim pada malam itu ialah:

“… Sebenarnya, darah saya sekarang ini tengah panas ni. Ini bukan main-main. Darah saya tengah panas, bulu roma saya sedang tegak ni… sebab majlis terakhir (saya) di Kelantan tadi, saya istihar, di hadapan polis, saya sebut kepada kakitangan keselamatan, kalau nak sampaikan ini ke Bukit Aman, silakan. Tolong tape apa yang saya cakap.”

“Kalau ada pihak di Pulau Pinang, terutama diantara paderi Kristian, yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, terus dengan agenda yang kita tahu, niat mereka ini, saya tawar… kalau nak perang salib boleh. Ini Salahuddin Ayyubi dari negara Malaysia,” katanya merujuk kepada pahlawan terkemuka Islam.”Sampai sekarang ini, usaha mencabar posisi, kedaulatan dan digniti kita umat Melayu Islam, terus menurus, dihayunkan di sana sini. Cabaran ke arah posisi kedaulatan digniti kita umat Melayu Islam, yang menjadi penduduk majoriti, yang menjadi penduduk dan ketuanan negara asal ini, mereka cabar terus menerus.”

“Bermula dengan isu-isu bangsa, sekarang berjangkit kepada isu-isu agama. Bila berjangkit kepada isu agama, ertinya jihad.”

“Mula mula bila tercetus berita ini, keesokan hari semua nafi, dan seolah-olah tuduh pula Utusan (Malaysia) tidak bertanggungjawab. Tanya setiausaha agung PERKASA, tanya rakan-rakan PERKASA… saya salah seorang awal-awal lagi saya kata ‘sah, benda ini betul’.”

Ianya walaupun pihak yang menghadiri pertemuan pastor itu menafikan ada ikrar seumpama itu. Ibrahim bagaimanapun merujuk kepada laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli DAP, Mohamed Razali, yang turut hadir di majlis tersebut.

Walaupun Mohamed berkata beliau mempunyai versi yang berlainan, tetapi beliau tidak mendedahkan apakah yang sebenarnya berlaku di majlis tersebut.

Bagaimanapun, adakah ucapan Ibrahim itu menghasut? Anda hakimilah sendiri. Dengarlah sendiri ucapan penuh Ibrahim dalam klip video selama 45 minit pada malam tersebut.

mKini

DAP Menanti MELAYU Memimpin Parti


Adakah DAP akan diterajui oleh orang Melayu pada masa akan datang?

Beberapa petunjuk terkini memberi isyarat bahawa DAP sedang mengumpul tenaga Melayu dalam parti berbilang bangsa itu.

Perubahan pandangan politik dari generasi baru rakyat Malaysia bakal memberikan isyarat baru untuk politik Malaysia.

Beberapa pemerhati politik bebas menyatakan hasrat DAP tidak mustahil akan terlaksana.

DAP hanya menunggu pemimpin Melayu berintegriti untuk memimpin

Saya ditanya oleh beberapa orang adakah DAP benar-benar ingin mengambil alih negara ini dan pemimpinnya akan menjadi PM jika DAP berkuasa? Jawapan saya kepada soalan itu ialah; jika DAP berjaya menguasai Parlimen pemimpinnya akan menjadi PM dan mengetuai eksekutif negara.

Tetapi adakah itu akan terjadi? Jawapannya adalah TIDAK kerana DAP tidak pernah menurunkan jumlah calun yang cukup untuk mengambil alih negara jika semua calunnya menang di dalam pilihanraya umum.

Di Sarawak baru-baru ini DAP hanya bertanding di lima belas kerusi dari jumlah 71 di dalam DUN Sarawak. Di Pulau Pinang sendiri DAP hanya bertanding di 19 belas kerusi sedangkan untuk mendapat majoriti yang ‘simple’ parti itu memerlukan 21 kerusi setidak-tidaknya. DAP menurunkan 19 calun dan memenangi kesemua kerusi yang ditandinginya.

Seperti juga MCA kehadzirannya di dalam politik negara bukan untuk mengetuai kerajaan dan menjadi PM kepada negara ini. Di Perak PAS hanya memenangi kerusi yang kecil bilangannya tetapi DAP yang telah memenangi kerusi yang banyak tidak mengambil kerusi MB kerana undang-undang tubuh negari itu hanya memperuntukan jawatan MB itu untuk orang Melayu. Maka diberikan kerusi itu kepada Nizar Jamaludin dari PAS.

Tetapi UMNO telah merampas kuasa melalui permainan politik yang ramai beranggapan secara kotor maka BN/UMNO mengambil alih pimpinan negeri Perak itu. Hanya UMNO sahaja memilih seorang MB yang tidak berapa Melayu sebagai MB negeri itu. Itu bukan salah DAP.

Dalam pilihanraya dahulu DAP telah bertanding kurang dari 50 kerusi Parlimen dan jumlah itu tidak sampai pun 25 peratus dari keseluruhan jumlah kerusi di Dewan Parlimen kita. Masing-masing bilanglah jumlah kerusi yang dipertandingkan oleh DAP di negeri-negeri lain. Jumlah calun mereka jika menang sekali pun tidak akan membolehkan DAP menjadi tunjang pemerintahan negara.

Hanya mereka bersatu dengan parti-parti yang mereka bersama di dalam ‘coalition’ alternatif untuk memerintah di PulaluPinang seperti juga yang berlaku semasa Gerakan memerintah dahulu. Bezanya dulu Gerakan yang di dominasi oleh bangsa Cina dan sekarang di perintah oleh DAP parti ‘multiracial’ yang di dominasi oleh kaum Cina juga.

Persoalannya, apa yang menjadi masalah kepada orang Melayu di Pulau Pinang misalnya…atau kepada orang Melayu di seluruh negara? MCA tidak akan membolehkan bangsa Melayu untuk menjadi calun sedangkan DAP jika menunjukan dengan secara ‘real’ yang parti itu merupakan parti ‘multiracial’. Jika DAP meletakan calun Melayu di setengah kawasan, maka parti itu wajar menjadi alternatif kepada MCA. Apa lagi yang orang Melayu hendak memberikan sokongan kepada MCA lagi sedangkan parti itu tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada BN?

Malahan MCA sudah menjadi beban yang berat untuk dikendung bersama.Calun-calun MCA terpaksa di letakan di kawasan yang di dominasi oleh orang Melayu untuk mendapatkan sedikit peluang untuk menang, sedangkan DAP merupakan parti yang ‘reliable’ yang boleh membawa sokongan orang cina jika kita bekerja sama dengannya. Tidak bolehkah BN memikirkan hal ini?

Kenapa tidak di usahakan untuk bekerjasama? Mungkin DAP boleh memberikan kerjasama dengan BN tetapi yang menjadi ‘apprehension’ kepada parti itu ialah samada mereka berkeyakinan dengan keseluruhan kepimpinan BN khususnya UMNO yang ada pada hari ini.

Itulah sebabnya jika pemimpin UMNO mampu untuk berkorban demi parti dan bangsanya maka kerjasama itu tidak mustahil boleh di lakukan. Apabila kerjasama itu mampu dilakukan maka kita akan kembali kepada zaman negara mula mencapai kemerdekaan dahulu. Parti Cina mengambil sokongan orang Cina, parti Melayu meraih sokongan orang Melayu dan India mengambil sokongan orang India. Itulah Perikatan dahulu.

Yang masih menjadi masalah ialah orang Melayu sahaja. Orang Cina sudah sepakat berteduh di bawah DAP, Orang India nampaknya sudah kembali bersatu di bawah MIC dengan kompromi yang sedang di lakukan oleh parti itu dengan menyatukan kembali semua ahli-ahlinya yang telah dipecat oleh Samy Velu dahulu dengan ahli-ahli yang sedia ada.

Pendeknya orang Cina telah mengambil sikap dan telah pun menunjukan pendirian mereka. Orang India pula mengambil sikap untuk terus bersama MIC. Hanya orang Melayu sebenarnya yang belum bersatu dan saya merasakan orang Melayu sedang melakukan ‘soul-searching’ dan belum lagi menampakan ‘urgency’ untuk menentukan sikap mereka.

Orang Cina dan India sudah bersedia dan sudah pun menentukan sikap yang baik untuk mereka. Ini negara demokrasi. Orang Melayu sememangnya tunjang kepada politik negara. Tetapi orang Melayu harus menunjukan ‘dispositon’ sebagai peneraju kepada kepada politik negara. Sebagai tunjang pemimpin Melayu mesti menunjukan kepimpinan bersih yang hakiki untuk mendapat penghormatan oleh bangsa lain yang kita pimpin sekali.

DAP tidak anti Melayu. Tetapi momokan media dengan parti-parti yang berkuasa telah membuat orang Melayu mempunyai perasaan takut kepada dominasi DAP di kalangan bangsa Cina. Maka yang menggunakan sentiment rasis ini adalah UMNO dan ini hakikat. Takkanlah saya keliru kerana saya juga pernah bergiat aktif dalam UMNO dan itu perkara yang di antara sesama Melayu memahaminya.

Jika DAP menunjukan kepada rakyat yang parti itu adalah parti untuk semua kaum maka DAP sepatutnya meletakan beberapa calun Melayu dan jika ini dilakukan oleh DAP maka yang pasti akan terjadi parti itu akan mendapat sokongan dari sebahagian pengundi Melayu di dalam pilihanraya yang akan datang.

Saban hari rakyat bertambah terbuka dan berfikir dan tidak lagi menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh media perdana dan aktivis pro BN yang giat melalu alam cyber dan sebagainya. Zaman berubah dan siasah pun berubah. Sedangkan sungai kan berubah apatah lagi pemikiran manusia yang begitu sofiskated di hari ini.

Yang menjadi ‘apprehension’ yang terbesar bagi DAP untuk bekerjasama pada pendapat ramai yang saya bertanya ialah DAP tidak berkeyakinan kepimpinan pada hari ini boleh melaksanakan tugas kenegaraan dengan penuh tanggungjawab dan telus.

Dipetik daripada blog Aspan Alias

SH

Video Beruk BN Ganggu Ceramah Guan Eng


%d bloggers like this: