Tag Archives: Politics

Wanita Dihukum Gantung Kerana Berzina !


Kes Sakineh didapati bersalah bersubahat membunuh suaminya

TEHERAN – Pihak berkuasa Iran, kelmarin, dilaporkan akan meneruskan rancangan menjalankan hukuman mati ke atas seorang wanita atas kesalahan berzina dalam kes yang dicemari campur tangan masyarakat antarabangsa.

Namun, Iran mungkin akan menjalankan hukuman itu melalui tali gantung berbanding hukuman awal iaitu rejam sampai mati.

Tertuduh, Sakineh Mohammadi Ashtiani kini sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan berasingan iaitu bersubahat untuk membunuh suaminya.

Iran menangguhkan hukuman rejam ke atas Sakineh, Julai tahun lalu selepas kes wanita itu mendapat perhatian media antarabangsa dan mencetuskan kritikan oleh negara Barat.

Jabatan kehakiman dan undang-undang Islam negara itu sedang mengkaji sama ada hukuman rejam sampai mati yang sepatutnya dikenakan ke atas Sakineh boleh diubah kepada hukuman gantung bagi mengelakkan salah anggap mengenai undang-undang Islam.

Sakineh disabit bersalah atas dakwaan berzina pada 2006 selepas pembunuhan suaminya dan wanita itu kemudian didapati turut bersubahat dalam pembunuhan itu.

afp

Terkini: Setiausaha Parti Gerakan Kedah Masuk PKR ?


Tang Hiang Lye keluar parti Gerakan

Seorang pemimpin bahagian Gerakan di Kedah mengambil keputusan meninggalkan parti itu kerana tidak gembira dengan pucuk pimpinan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Setiausaha penganjur Gerakan Kedah dan Ketua Bahagian Padang Serai, Tang Hiang Lye berkata beliau membuat keputusan itu kerana percaya Koh tidak berupaya membawa sebarang pembaharuan kepada parti dan kerajaan.

“Saya bukan oportunis tetapi sekadar marah. Saya tidak fikir akan berlaku sebarang perubahan dalam parti,” katanya apabila dihubungi.

Tang menjelaskan beliau tidak berniat untuk melukakan Gerakan tetapi hanya merasakan tidak perlu untuk beliau berada lebih lama dalam parti itu ekoran beberapa gesaan dan cadangan untuk parti berubah tidak diendahkan.

“Sekiranya Dr Koh sanggup meletak jawatan dalam tempoh dua bulan lagi dan menyerahkannya kepada orang yang boleh melakukan perubahan, maka saya akan mempertimbangkan untuk menyertai semula Gerakan.

“Namun saya tidak fikir, beliau (Koh) akan berbuat demikian,” katanya.

Pengerusi Gerakan Kedah, Dr Cheah Soon Hai mengesahkan Tang telah keluar parti walaupun pelbagai usaha telah dibuat untuk memujuknya.

Beliau berkata Jawatankuasa Kerja Gerakan Negeri Kedah akan bermesyuarat esok untuk membincangkan perkara tersebut termasuk kemungkinan Gerakan negeri mengambil alih bahagian Padang Serai. 

Bernama

Nota: Ada wayang cina terbaru ke? Atau antara alamat kapal Bn dah nak tenggelam agaknya.

Khir Toyo Sindir Menteri BN


Menteri Bn hanya jaga makmal dan kroni elektrik: Khir Toyo

Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo menimbulkan persoalan sama ada penjelasan kerajaan, terutama berhubung kenaikan kos sara hidup berjaya menyakinkan rakyat.

“Jadi, ketika kita boleh menjelaskan untung rugi, logik dan rasional setiap tindakan namun yang jarang ditanya apakah keputusan dan penjelasan kerajaan mampu meyakinkan rakyat yang akhirnya akan diterjemahkan ke dalam peti undi dengan memberi undi kepada BN?

“Sungguhpun kita boleh mendakwa banyak janji Pakatan di Selangor belum tertunai namun saya percaya ia akan mula dilaksanakan menjelang pilihan raya akan datang bagi menggula-gulakan pengundi,” katanya.

Menulis di blognya semalam, Dr Mohd Khir juga berkata, kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan.

“Saya percaya jentera kerajaan terutamanya menteri ‘jaga makmal’ boleh memberi penjelasan yang logik, rasional dan sangat akademik kepada rakyat bagi menjustifikasikan kenaikan harga barang, petrol dan pengenaan pelbagai cukai termasuk kemungkinan pelaksanaan (cukai) GST.

IPP hanya menguntungkan kroni

“Saya juga percaya kerajaan mempunyai kebolehan untuk menjelaskan mengapa menteri ‘jaga letrik’ mengumumkan kerajaan bersetuju kenaikan tarif letrik tapi masa belum sesuai.

“Tentulah kerajaan juga mampu menjelaskan mengapa Tenaga Nasional Berhad bercakap soal kekurangan untung (bukan rugi) jika tarif tidak dinaikkan seolah-olah TNB ini berniaga menggunakan duit sendiri bukannya duit rakyat,” katanya dengan nada menyindir.

Beliau menimbulkan perkara itu selepas menyuaraka kebimbangannya terhadap janji terbaru Pakatan melalui “Buku Jingga” yang dikeluarkan semasa konvensyennya sebelum ini.

Katanya, walaupun sebahagian janji tersebut tidak realistik, namun boleh mempengaruhi undi rakyat, terutamanya kenaikan gaji guru sebanyak RM 500.

“BN hanya ada satu pilihan, memuaskan hati golongan majoriti yang berpendapatan rendah dan sederhana yang menjadi isu ‘bread and butter’ sebagai tanda aras kepuasan mereka.

Rakyat semakin benci pada BN kerana Saman Ekor

“Sepatutnya KPI kerajaan hari ini ialah kepuasan hati majoriti rakyat bukan untung rugi perniagaan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), hebat dan gahnya jenama transformasi ekonomi atau berapa ratus juta yang boleh dikutip oleh saman ekor,” katanya.

M.k

%d bloggers like this: