Tag Archives: Pokok Sena

Mahfuz Omar Tumbuk Tajuddin Pasir Salak ?


Buku bertemu ruas’

Itulah ungkapan terbaik untuk kejadian hangat pada sidang dewan Rakyat hari ini, hangpa pun dah kenal si Tajuddin ‘kepala masam’ tu kan..haa ambik kau hari ini..silap kau hari ni pegi serang mahfuz buat apa? kau ada berani masuk ISA, penjara macam Mahfuz ke?..Kalu belum cukop ilmu didada lebih baik kau pegi ‘menuntut’ dulu!

Bagi aku Mahfuz bukan ‘saiz’ untuk Tajuddin coba lawan..hahaha

Kalu sekadar nak tunjuk gedebe ..boleh jalan laa bro…Mahfuz tu dah cukop masak dengan perangai pencacai macam kau tu.

Apa lagi kau tunggu ..saman jer laa si Mahfuz tu..kan Mahfuz dah bagi baik punya offer kat nko?…hahaha hahaha

Ops Lalang: Dewan Rakyat kecoh

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencabar kerajaan khususnya ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mendakwanya di mahkamah jika mendapati beliau mengeluarkan kenyataan menghasut.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga enggan menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat bahawa Pemuda Umno menghasut orang Melayu menyertai himpunan sejuta umat Melayu pada tahun 1987.

Mahfuz membangkitkan perkara tersebut sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan menimbulkan kemarahan Tajuddin yang memintanya menarik balik dakwaan tersebut.

Beliau mendakwa Pemuda Umno ketika itu menghasut Orang Melayu menyertai himpunan tersebut dengan membawa senjata tajam untuk membasahkan darah Orang Cina dan membawa mancis untuk membakar rumah mereka.

Menurut Mahfuz, kejadian tersebut menyebabkan Ketua Polis Negara ketika itu terpaksa menghalang himpunan tersebut dengan melakukan operasi lalang yang menyebabkan beliau dan beberapa yang lain ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Operasi Lalang tahun 1987 yang menyebabkan ramai yang menjadi mangsa ISA termasuk saya sendiri dan beberapa orang yang ada dalam Parlimen hari ini, ekoran ketegangan kaum yang berpunca daripada kenyataan Najib mewakili Pemuda Umno dan Lim Kim Sai mewakili MCA.

“Berlaku cabar mencabar hingga kepada peringkat nak mengadakan perhimpunan sejuta umat melayu, dibuat road show dengan membuat kenyataan hasut Orang Melayu hadir perhimpunan dan bawa senjata tajam untuk basahkan darah Orang Cina dan bawa mancis api untuk bakar rumah orang cina,” katanya.

Tajuddin terus bangun meminta beliau menarik balik kenyataan tersebut namun ditegur oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menyuruhnya duduk.

Ekoran itu juga Tajudin yang kecewa dengan tindakan Speaker, keluar meninggalkan dewan.
Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu, Mahfuz sekali lagi menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu kerana mempunyai bukti.

Saya tidak menarik balik kenyataan saya dalam dewan tadi, sebaliknya kalau itu dianggap kenyataan menghasut boleh heret dan dakwa saya di mahkamah.

“Saya hanya menyebut sejarah bagaimana isu salah guna kuasa apabila Menteri Dalam Negeri diberi kuasa dan menyalahgunakan kuasanya,” katanya yang pernah menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini.

Hd

Memperingati al Marhum Ustaz Fadzil Noor


al Fatihah untuk semua mukminin dan mukminat,muslimin dan muslimat

Tanggal tarikh 23 Jun, pasti saya terkenang pulangnya sahabat saya, almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ke sisi Allah SWT, tulis Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam blognya.

Menurutnya, almarhum merupakan sahabat sejati semenjak dari zaman ABIM lagi.

“Pada tahun 1998, almarhum setia membela saya serta keluarga yang difitnah dan ditohmah dengan tuduhan yang mengaibkan,” katanya.

Berikut tulisan beliau di dalam blog http://www.harapanmalaysia.com

Tanggal tarikh 23hb Jun, pasti saya terkenang pulangnya sahabat saya, almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ke sisi Allah SWT.

Almarhum merupakan sahabat sejati semenjak dari zaman ABIM lagi.

Tatkala saya ditahan di Kamunting selama dua tahun ekoran demonstrasi besar besaran membela nasib rakyat miskin di Baling, almarhum terpaksa memikul tanggungjawab memangku tugas sebagai Presiden.

Pada tahun 1998, almarhum setia membela saya serta keluarga yang difitnah dan ditohmah dengan tuduhan yang mengaibkan.

Tujuh hari selepas saya ditahan, tanggal 27hb September 1998, almarhum bersama Azizah dan sahabat seperjuangan yang lain menubuhkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat atau lebih dikenali sebagai GERAK.

Permuafakatan ini terdiri dari pelbagai parti politik dan gerakan massa demi membawa Perubahan serta menentang kezaliman Umno- Barisan Nasional.

Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT moga ruh almarhum dilimpahi kerahmatan dan ditempatkan di sisi mereka yang soleh.

Al Fatehah.

ANWAR IBRAHIM

Datuk Fadzil Mohd Noor meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi.

Jenazah almarhum disemadikan di madrasah tempat kelahiran beliau di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah sesuai dengan wasiat beliau.

Hd

Kenapa Mahfuz Letak Jawatan Pengerusi Kedah Sato?


Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi syarikat kaitan kerajaan negeri (GLC), Kedah Sato Sdn Bhd, berkuatkuasa serta merta.Sumber-sumber yang rapat dengan ahli parlimen Pokok Sena itu mengesahkan surat peletakan jawatan beliau telahpun dihantar kepada pihak pengurusan syarikat tersebut.

Sumber-sumber itu bagaimanapun enggan menjelas sebab Mahfuz (kiri) meletak jawatan, tetapi sejak semalam lagi, tersebar berita di internet bahawa ia berkaitan dengan pemberian tender oleh syarikat itu yang didakwa tidak mengikut peraturan.

Apabila didesak untuk menyatakan sebabkan peletakan jawatan Mahfuz, sumber-sumber berkata: “Pihak pengurusan dan lembaga pengarah Sato perlu beri penjelasan mengenai perkara itu.”

Malaysiakini difahamkan, Mahfuz meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender.

M.kini
Nota: Jika benar seperti apa yang didakwa saya mengucapkan syabas kepada YB Mahfuz kerana masih mengekalkan amanah rakyat dalam menjalankan tugas sebagai seorang Pengerusi eksekutif syarikat.
Adakah SPRM akan masuk menyiasat berkenaan pemberian tender tersebut?.
Ini satu persoalan menarik untuk memerhatikan exco terbabit iaitu Amirudin Hamzah dan MB Azizan Abd Razak.
Ketelusan dan integriti itulah ungkapan yang menjadi pemerhatian pada rakyat Kedah selama ini.

Ular Sawa Telan Anak Kambing


ANGGOTA JPAM memegang ular sawa batik yang berjaya ditangkap, di Alor Setar, semalam.

Ular Sawa sepanjang 4 meter dan berat 120 kilogram ditangkap

ALOR SETAR 2 Dis. – Seekor ular sawa sepanjang empat meter yang kekenyangan selepas menelan seekor anak kambing di Kampung Pancor, Pokok Sena di sini, berjaya ditangkap oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kota Setar hari ini.

Pemilik kambing itu yang terkejut apabila melihat seekor ular sawa berada di dalam kandang ternakannya bertindak menghubungi JPAM kira-kira pukul 9.10 pagi untuk menangkap reptilia itu.

Pegawai JPAM Kota Setar, Khairul Afzan Md.Yasin berkata, sebaik sahaja tiba di kandang kambing tersebut pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menangkap ular sawa itu yang tidak berupaya bergerak akibat kekenyangan.

“Ular sawa seberat kira-kira 120 kilogram itu ditangkap ketika berada di dalam kandang kambing itu. Ular tersebut tidak bertindak agresif kerana tidak mampu bergerak akibat kekenyangan selepas menelan seekor anak kambing,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, ular tersebut dipercayai menjadikan kawasan kampung itu sebagai habitatnya kerana terdapat banyak sumber makanan di kawasan itu.

Dalam satu kejadian berasingan di Kerpan, Air Hitam dekat sini semalam, seekor lagi ular sawa sepanjang empat meter berjaya ditangkap oleh anggota JPAM.

“Ular tersebut tersangkut pada jaring yang diletakkan di sawah padi dan bertindak agresif ketika anggota kami sampai di kawasan tersebut kira-kira pukul 8.30 malam.

“Pihak kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap ular tersebut dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku,” ujarnya.

Tambah Khairul, kedua-dua ekor reptilia itu akan dihantar ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.

%d bloggers like this: