Tag Archives: PM

Siapa Punya ‘Scanning’ PM Najib Ada Simptom Sewel ?


najib

Pemandu akhirnya jawab isu “Najib sewel”

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dari Jabatan Perdana Menteri menegaskan, semua pelantikan kakitangannya dibuat berdasarkan meritokrasi, pengalaman profesional, etika kerja dan kemampuan untuk menghasilkan kualiti kerja.

Menurut satu kenyataan bertarikh 5 September akan tetapi hanya boleh diakses media semalam, Pemandu juga menjelaskan, kakitangannya yang bertugas sebagai Penganalisa Kanan, Farah Intan Burhanudin hanya mengulang untuk mata pelajaran Bahasa Arab sahaja di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

“Memang dia mengulang untuk mata pelajaran Bahasa Arab yang menjadi mata pelajaran wajib di UIA, tetapi dia tidak pernah mengulang untuk mata pelajaran subjek teras.

“Farah menamatkan pelajarannya di UIA dengan Ijazah Penuh Kepujian Kelas Kedua,” kata Penganalisis Pemandu Ashvin Khaira dalam kenyataan itu.

Pemandu juga menjelaskan, denda yang dikenakan ke atas Farah oleh Majlis Peguam adalah denda pentadbiran sahaja kerana kegagalan beliau memaklumkan pertukaran kerja dari peguam kepada bertugas dengan Pemandu.

Penjelasan ini dibuat Pemandu bagi menjawab segala tuduhan yang dikenakan blogger Umno terhadapnya baru-baru ini sehingga mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai “sewel”.

Syed Akbar Ali melalui blognya, OutSyed The Box, menggunakan nama Datuk “Sewel” Najib Tun Razak merujuk kepada presiden Umno itu.

Menurut kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sewel bermaksud tidak begitu waras atau tidak siuman.

Serangan Syed Akbar dalam tulisannya bertajuk “The PM’s Screwup Team – Senarai Pegawai Pemandu, Bersih Supporters Etc” itu disiarkan juga di blog Rocky Bru, milik Datuk Ahirudin Atan, blogger yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kedua-dua mereka sepakat pembentukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), badan yang ditubuhkan kerajaan untuk memantau pelaksanaan polisi kerajaan, adalah membazirkan wang negara.

Mereka memaparkan bagaimana staf-staf Pemandu diberikan gaji tinggi berbanding dengan pegawai kerajaan lain yang jauh lebih lama bertugas dari mereka.

Mereka turut mempertikaikan bagaimana Farah boleh dilantik sebagai pegawai kanan Pemandu sedangkan sikapnya yang suka joli, mabuk dan pernah dikenakan denda oleh Majlis Peguam.

tmi

Pendakwa Tak Perlu Rayu, Anwar Akan Jadi PM Tak Lama Lagi – Karpal


SEBAK…Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan sebak selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik. Turut kelihatan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Foto AP

KUALA LUMPUR: Ketua pihak pembelaan, Karpal Singh berharap pihak pendakwa tidak mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah daripada pertuduhan kes liwat kerana tiada asas yang kukuh.

Dalam pada itu Karpal yang juga Penasihat DAP berkata, keputusan berkenaan merupakan petunjuk kepada masa depan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Ini adalah petunjuk kepada apa yang akan berlaku nanti terutamanya dalam pilihan raya.

“Anwar akan jadi Perdana Menteri seterusnya dan kita akan berada di Putrajaya sedikit masa lagi,” kata Karpal.

Menurut beliau, pada dasarnya kes berkenaan bukan merupakan tuduhan yang jelas apabila pendakwa gagal mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd SaifulBukhari Azlan tiga tahun lepas.

“Keputusan ini telah kita jangkakan, kerana pada peringkat awal lagi beliau tidak sepatutnya didakwa. Bukti Saiful telahpun ditolah oleh mahkamah.

“Saya harap Peguam Negara tidak memfailkan rayuan kerana ini bukan kes yang sempurna untuk dirayu.

“Keputusan itu sepatutnya dibiarkan begitu sahaja,” katanya kepada para pemberita selepas selesainya kes perbicaraan Anwar tadi.

Mahkamah telah pun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyatakanmahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang dikemukakan sebagai bahan bukti, tidak terusik.

mStar

Terkini: PM Setuju Letak Jawatan


PM dah setuju letak jawatan..takkan laa baru balik dari buat kerja haji beliau terus nak jawatan pulak!

Eh biar betul bro..

Mana hang dapat berita ni..ke hang saja nak buat cerita?

Laa..aku posting bukan sembarangan bro…ini bukan cobaan ,ini betul punya cerita laa..sumber dia pun jelas…tak dak ragu ragu punya,jangan was was duk pi baca..

Cer hangpa baca berita kat bawah tu…cerita betul apa…

PM setuju letak jawatan

ROM – Itali dilihat bakal berhadapan kecelaruan politik berpanjangan selepas Perdana Menteri Silvio Berlusconi berjanji akan meletak jawatan selepas gagal mendapat sokongan majoriti di Parlimen negara itu.

Menurut Berlusconi, beliau menjangka Presiden Itali, Giorgio Napolitano akan membubarkan Par­limen dan mengadakan pilihan raya lebih awal selepas perletakan jawa­tannya.

Namun parti pembangkang pula menggesa pembentukan kerajaan cam­puran kebangsaan dilakukan sekali gus menggambarkan kekacauan politik akan tercetus di negara itu jika tiada persefahaman dicapai.

Berlusconi berjanji akan berundur selepas Parlimen meluluskan bajet bagi membantu Itali menghindari krisis hutang negara itu.

Undian bajet itu mungkin dilakukan bulan ini dan mengakhiri pemerintahan Berlusconi, pemimpin penuh kontroversi yang juga seorang hartawan media.

Sh

18SX: Ahli Perniagaan Sogok Pelacur Untuk PM


30 wanita diupah bermesra dengan PM 

ROME: Seorang ahli perniagaan Itali memilih 30 wanita cantik dan muda termasuk pelacur untuk menghadiri parti di kediaman Perdana Menteri, Silvio Berlusconi dan mengupah sebahagian daripada mereka untuk melakukan hubungan seks dengan pemimpin itu, menurut dakwaan terbaru pendakwa raya.

Selepas memilih mereka, Gianpaolo Tarantini memberitahu apa yang perlu dipakai dan bagaimana cara bergaul di parti itu antara September 2008 dan Mei 2009, menurut dokumen yang baru difailkan di mahkamah.

Pendakwa raya sudah menamatkan siasatan mereka terhadap kegiatan Tarantini. Berlusconi tidak disiasat dalam kes itu tetapi ia sekali lagi memalukannya.

Dakwaan itu diketahui ketika sokongan awam kepada Berlusconi berada di tahap paling rendah. Hanya 24 peratus rakyat Itali mengatakan ‘amat’ atau ‘terlalu’ mempercayai ahli perniagaan berusia 74 tahun itu.

Pendakwa raya membentangkan keputusan siasatan dua tahun mengenai tuduhan bahawa Berlusconi menjadikan kediamannya di sini sebagai tempat pelacuran model muda, aktres dan bintang baru.

Di kalangan wanita itu termasuk dari Amerika Selatan dan Eropah Timur, dijemput untuk menghadiri parti itu termasuk ramai pelacur untuk berdamping bersama perdana menteri sebagai balasan mendapat wang tunai atau hadiah lain.
Seorang aktres terkenal Itali, Manuela Arcuri, didakwa dijanjikan peluang menjadi hos festival muzik tahunan San Remo jika setuju tidur dengan Berlusconi, namun enggan menerima tawaran itu.

Identiti sesetengah wanita itu dibocorkan oleh media Itali sebelum ini namun ini adalah kali pertama penyiasat membentangkan satu senarai berdasarkan perbualan 100,000 panggilan telefon yang dipintas pihak berkuasa.

Lapan orang disiasat kerana didakwa membantu dan bersubahat menjalankan kegiatan pelacuran Tarantini, ahli perniagaan dari pelabuhan Adriatic di Bari.

Dia membekalkan wanita kepada Berlusconi dengan harapan memajukan kepentingan perniagaan, kata pendakwa raya Bari.

Orang lain termasuk Sabina Began, model kelahiran Jerman yang sering digambarkan sebagai ‘ratu lebah’ di kalangan peminat wanita Berlusconi.
Lapan suspek terbabit ‘terbabit tanpa sedar dengan rancangan penjenayah’ sindiket pelacuran, kata pendakwa.

Tarantini, 36, dan isterinya ditahan awal bulan ini kerana disyaki memeras lebih £500,000 (RM2.44 juta) daripada perdana menteri sebagai balasan berdiam diri mengenai bekalan gadis pengiring.

Berlusconi mengakui mengadakan parti persendirian di kediamannya di Rome, Milan dan Sardinia namun menegaskan beliau tidak tahu jika ada tetamunya adalah pelacur.

Senarai wanita termasuk Patrizia D’Addario, pelacur yang membuat pendedahan suasana parti di kediaman Berlusconi dan menulis buku mengenai dakwaan hubungan seksnya dengan perdana menteri itu; Ioanna Visan, gadis pentas Romania; Francesca Lana, model pakaian dalam; Camille Cordeiro Charao, model majalah lelaki serta Barbara Montereale, Sara Tommasi dan Barbara Guerra.

Kejatuhan teruk populariti Berlusconi ditunjukkan dalam satu tinjauan yang dijalankan sebelum dakwaan itu muncul dan kemungkinan hasil pakej penjimatan bernilai 54 bilion euro (RM230.32 bilion) yang amat tidak popular yang diluluskan kerajaan Rabu lalu, mencetuskan pertempuran antara polis anti rusuhan dan penunjuk perasaan.

Rakyat Itali yang mempunyai ‘sedikit’ atau ‘tiada kepercayaan’ terhadap Berlusconi meningkat daripada 60 peratus kepada 64 peratus, menurut tinjauan IPR dijalankan oleh akhbar tengah-kiri Repubblica, satu daripada pengkritik tetap perdana menteri.

Kedudukan sokongannya merudum kepada 24 peratus berbanding 62 peratus sejurus selepas dipilih semula pada 2008.

Agensi

Pejabat PM Kena Bom


MANGSA menerima rawatan di luar bangunan kerajaan di pusat bandar Oslo, semalam berikutan letupan yang turut merosakkan bangunan pejabat Perdana Menteri.

2 maut, 15 cedera dalam serangan terburuk terhadap bangunan kerajaan

Letupan bom yang kuat menggegarkan beberapa bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri di bahagian tengah ibu kota Norway semalam menyebabkan sekurang-kurangnya dua terbunuh dan 15 lagi cedera.

Serangan itu disifatkan sebagai yang terburuk melanda Oslo yang lebih biasa disebut sebagai tempat anugerah Nobel Keamanan.

Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg terselamat kerana bertugas dari rumah, kata penasihat kanan kerajaan, Oivind Ostang.

Lokasi tempat bom meletup penuh dengan besi bengkok dan serpihan kaca selain kertas dokumen dari pejabat beberapa bangunan sekitarnya menempatkan pejabat kerajaan dan ibu pejabat beberapa akhbar utama negara itu termasuk tabloid terbesar, Verdens Gang (VG).

Banyak tingkap pecah di bangunan setinggi 20 tingkat yang menjadi pejabat Perdana Menteri dan menteri lain.

Polis berkata, kejadian disebabkan satu atau beberapa butir bom tetapi enggan membuat spekulasi dalang serangan. Anggota keselamatan kemudian menutup laluan ke kawasan masuk pejabat berdekatan termasuk stesen televisyen TV 2 selepas menemui satu bungkusan mencurigakan.
“Sehingga ini, pihak polis tidak boleh memberi apa-apa ulasan mengenai sejauh mana kerosakan berlaku kecuali ia disebabkan satu atau beberapa letupan,” menurut kenyataan polis.

Seorang wartawan yang kebetulan berada di pejabat agensi berita NTB Norway memberitahu, bangunan itu bergegar selepas letupan kuat berlaku dan pekerjanya dipindahkan selepas loceng kecemasan berbunyi.

Di tengah jalan, dia nampak seorang mangsa berlumuran darah di kaki dibawa keluar dari situ. Stesen televisyen kerajaan NRK menyiarkan gambar sebuah kereta rentung.

AP

%d bloggers like this: