Tag Archives: pertubuhan bangsa bangsa bersatu

Pasukan Penyiasat Senjata Kimia PBB Kena Serang


snyper

Dipercayai penyerang menggunakan senjata jenis sniper

DAMSYIK – Beberapa penembak tepat menyerang pakar-pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBBO) semalam semasa mereka cuba menyiasat serangan senjata kimia dekat sini, kata seorang jurucakap.

Namun, selepas berundur seketika, pakar-pakar berkenaan mengunjungi sebuah hospital lapangan di mana mangsa-mangsa serangan pada minggu lalu itu dirawat.

Jurucakap PBB berkenaan, Martin Nesirky berkata, kenderaan utama konvoi PBB itu terkena beberapa das tembakan penembak tepat ketika mereka menuju ke lokasi tersebut di Ghouta, timur bandar raya ini.

Tiada kecederaan dilaporkan tetapi pasukan PBB itu terpaksa berpatah balik ke pangkalan mereka, kata Nesirky.

“Kenderaan pertama pasukan penyiasat senjata kimia kami ditembak dengan sengaja oleh beberapa penembak tepat yang tidak dikenali,” ujarnya.

“Pasukan itu terpaksa berpatah balik kerana kenderaan tersebut rosak,” tambah jurucakap tersebut.

Pasukan PBB kemudian mengunjungi sebuah hospital lapangan di bandar Moadamiyet Al-Sham untuk mengambil sampel pesakit.

Beratus-ratus orang terbunuh dalam serangan pada minggu lalu di Ghouta yang didakwa melibatkan penggunaan senjata kimia.

Kerajaan Syria pula mendakwa serangan kejam itu dilancarkan oleh pihak penentang.

– AFP

%d bloggers like this: