Tag Archives: perkasam

Terkini: Hasan Ali Akan dilantik Timbalan Presiden PERKASAm ?


Berita baru masuk..

Maklumat dari beberapa para pesembang tegar ‘kedai kopi’ ..

Depa tuu kerja lain tak dak dah, bersembang ,melepak dan melahu dikedai kopi saja..tapi kadang kadang maklumat depa ok jugak..hahaha..Ada logik jugak apa?..pasal jawatan timbalan presiden PERKASAm masih kosong …tak gitu?..hahaha hahahaha

Dikatakan Hasan Ali sangat kecewa kerana maklumat bocor resit dan permit tempahan stadium untuk HIMPUN adalah urusan beliau sendiri. Betoi ka?..Menurut maklumat yang tak pernah dinafikan oleh Hasan Ali , beliau telah menangis kerana HIMPUN tidak mendapat sambutan..Tengoklah janji setia 2000 NGO yang nak bawak 2000 setiap NGO ke HIMPUN tapi tak mai jugak! pasal apa depa tak pii HIMPUN?..Depa pun nak kencing Hasan Ali jugak ka?.

Oleh yang demikian presiden PERKASAm Brahim anak Ali jugak ingin melantik Hasan jugak anak Ali untuk menjadi Timbalan Presiden PERKASAm…Elok laa tuu sama sama anak Ali kan.kan

Lebih menarik lagi Zul Kulim lebai mangkuk sudah dilantik pun menjadi naib presiden PERKASAm.

Yang tuu pun elok laa jugak, sama sama kaki kencing pengundi ditempat masing masing..Sekor kencing bertanding atas tiket Pas dan sekor lagi kencing bertanding atas tiket PKR.

Zul Noordin dilantik naib presiden PERKASA …mKini

Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.

Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip.

Usul berkenaan diluluskan sebulat suara.

Terkini : Brahim Ali Sedang ‘Mandi Darah’ di Penang


berita baru masuk..

Betul ke pak brahim  dah ‘mandi darah’ kat penang tuu..katanya nak berjihad menentang puak gereja.

mai aku cerita kat hang sat ..yang sebenarnya macam ni..

Kemungkinan berita ini jugak gossip dari peniaga Pekasam seantero Malaya.

Dikabarkan bahawa Brahim Ali telah dimasukkan ke hospital kerana terperanjat beruk dengan kenyataan menteri dalam negeri Hishamuddin Hussein…so beliau tak jadi nak berjihad….lagi pun katanya tekak beliau ada masalah sikit selepas dikejar oleh AMBIGA tempohari..

Beliau akan dibedah kerana dipercayai sesumpah telah menyekat anak lidah ..berikutan itu pakar perubatan dari hospital Assuntau, duk tang mana pun aku tak tau akan mengopret tekak beliau..hahaha hahahaha

Woit panglima jihad PERKASAm…Jom Laa pi berjihad menentang Hishamuddin panglima keris bogel..hahaha

Puak gereja dah ‘merasuah ‘ Hishamuddin ka?…hahaha hahahaha

Tiada bukti dalam ‘konspirasi Kristian’, kata Hisham….mKini

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan bahawa tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan konspirasi oleh kumpulan-kumpulan Kristian untuk menjadikan agama itu sebagai agama rasmi Malaysia.

jeff ooi lodge police report against utusan 080511 1Akhbar The Sun melaporkan bahawa perkara itu didedahkan oleh ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi pada sidang akhbarnya di Georgetown semalam yang memetik jawapan bertulis di Dewan Rakyat oleh menteri berkenaan.

Menurut Ooi, yang juga dituduh terbabit dengan plot itu, jawapan itu soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin.

Akhbar itu memetik Ooi berkata kes berkenaan telah diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut) oleh timbalan pendakwa raya selepas kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara

Isu itu timbul apabila blogger Zakhir Mohamad yang menulis dengan nama Big Dog memuat-naikkan di blognya mengenai desas-desus ada perancangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini dan melantik seorang perdana menteri yang beragama Kristian.

Artikel itu kemudian dipetik akhbar Utusan Malaysia pada 7 Mei di halaman utamanya sehingga menyebabkan polismenyoal siasat lapan paderi berhubung perkara itu.

Ahli DAP Mohamed Razali Abdul Rahman, 42, yang hadir pada majlis tertutup paderi-paderi berkenaan juga tampil membuat laporan polis.

Berikutan itu, Hishammuddin berkata bahawa terdapat “beberapa asas” kepada tuntutan ‘konspirasi Christian’ itu.

Brahim Ali ‘Berahi’ Cabut Bulu Atas dan Bawah


Brahim ali sedang bermimpi duk khayal mencabut bulu..hahaha
Ada sapa sapa pernah tengok tak muka isteri Berahim ali?..
Cer habaq mai sat , macam mana perangai Berahim ali dengan bini dia?..hahaha
Si Kamaruddin Kachar pun sekoq lagi makhluk penakut..
Cer hangpa tanya dia ,pasai apa dia lari dari berdebat dengan pemuda kampung memali..hangpa tanya laa tengok, apa dia nak jawab…setakat berani kot jauh saja buat apa.. cer hangpa suruh dia pi jumpak Mat Sabu….hahaha
PERKASA: Mungkin kerajaan lemah

PERKASA menyifatkan kerajaan mungkin lemah apabila didakwa tidak bertegas terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya dalam isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali berkata, selepas pelbagai tuntutan dibuat di dada akhbar, termasuk melucutkan kerakyatannya, sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

“Kalau kita cadang Mat Sabu ditangkap, kita akan ditertawakan. Apakah kerajaan kita lemah? Mungkin, sebab kita tidak bersatu.

“Kalau kita mahu kerajaan kita bertindak tegas, yang penting ditunjukkan dahulu bahawa Melayu bersatu. Kalau tak bersama, macam mana tindakan tegas boleh diambil,” katanya dalam forum membincangkan isu Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.

Berucap di hadapan ratusan peserta, Ibrahim mendakwa, isu sebelum ini seperti penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0, isu Gereja Methodist Damansara Utama dan usaha memurtadkan juga menyaksikan tiada tindakan.

Anggota parlimen Pasir Mas itu berkata, walaupun kerajaan cuba “menarik rambut dalam tepung”, kesabaran orang Melayu mempunyai batasnya.

Cabut bulu

bersih memo to suhakam 130907 mat sabu“Nasib baik saja Mat Sabu. Kalau saya jadi menteri dalam negeri, dah hancur Mat Sabu ini. Daripada bulu atas sampai bulu bawah saya cabut.

“Tetapi macam saya cakap tadi, kerajaan kena bertindak bijak. Kita bersabar. Tetapi sabar ada batasnya,” katanya yang terkenal dengan kelantangannya itu.

Dengan nada amaran, Ibrahim berkata, apabila rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan ia menunjukkan “tanda yang tidak baik dalam negara”.

“Jangan rakyat ambil undang-undang dalam tangannya sendiri. (Presiden Majlis Perunding Melayu) Prof (Kamarudin) Kachar kata tadi, kalau jumpa, dia akan tempeleng Mat Sabu.

“Jadi, perdana menteri please (tolong), menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein please bertindaklah dengan tegas daripada sekarang,” katanya.

Kamarudin antara ahli panel dalam program itu di samping ahli akademik Prof Dr Ramlah Adam, anak pengasas Umno Datuk Onn Jaafar bernama Jaafar dan bekas pengarah polis Cawangan Khas Dr Zulkifli Ab Rahman.

mKini

%d bloggers like this: