Tag Archives: perkahwinan

Gambar Perkahwinan Ally Iskandar dan Farah


PERSONALITI dan pengacara TV3, Ally Iskandar, bergambar bersama isteri, Nurfarahin Romli, selepas selamat diijabkabul di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pagi tadi. – Foto Aswadi Alias

Nurfarahin terima rumah sebagai hadiah perkahwinan

KUALA TERENGGANU: Pengacara TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nurfarahin Romli, 23, dengan dua kali lafaz pada majlis akad nikah di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, di sini, jam 10.03 pagi semalam.

Ally Iskandar yang segak mengenakan persalinan baju Melayu putih dinikahkan jurunikah Kampung Atas Tol, Mohd Abu Bakar, dengan mas kahwin RM250, berwalikan bapa mentuanya, Romli Ismail, 60.

Nurfarahin yang lebih dikenali sebagai Farah Lee di kalangan rakan, mengenakan gaun rona sama tidak menerima wang hantaran, sebaliknya dihadiahkan sebuah rumah yang dibeli Ally Iskandar di Damansara, Kuala Lumpur.

Pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan, manakala pengantin perempuan menerima balasan tujuh dulang hantaran.

Majlis akad nikah dihadiri lebih 500 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan. Wakil keluarga pengantin perempuan mengenakan pakaian sedondon warna kelabu, manakala persalinan hijau bagi keluarga pengantin lelaki.

Majlis akad nikah dan gubahan hantaran diuruskan oleh perancang perkahwinan, Joosaidy Johari manakala hantaran kedua-dua belah pihak digubah mengikut elemen tradisional dan elegan, termasuk penggunaan tembaga dan rotan, yang menjadi pilihan pengantin lelaki.
Ally Iskandar berkata, dia bersyukur kerana majlisnya berjalan lancar dan berdoa supaya perkahwinan dengan Nurfarahin, yang masih menuntut dan 13 tahun lebih muda berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Saya bersyukur dipertemukan dengan Nurfarahin dan saya akan memikul tanggungjawab sebagai suami dengan sebaik mungkin. Saya terpikat dengan wajah ayu isteri dan ketegasannya yang tidak mudah goyah dengan sebarang keputusan dibuatnya. Insya-Allah, saya akan menjaganya dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang,” katanya yang akan mengadakan majlis resepsi pada 5 Februari ini di Kelab Golf Tok Jembal, di sini.

Nurfarahin yang masih menuntut di tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Incheon, Korea Selatan, berkata dia bersyukur Allah mengabulkan doanya untuk bertemu jodoh dengan lelaki yang baik.

“Saya bersyukur dikurniakan suami yang menyayangi saya dan keluarga, terutama kedua ibu bapa dan boleh membimbing saya,” katanya.

Gambar Perkahwinan Ana Dahlia dengan Chef Riz


Selamat pengantin baru untuk Chef Riz dan Ana Dahlia

Dengan sekali lafaz, pelakon Ana Dahlia, 28 sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Riz, 29 , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak.

Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.

Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala, pihak Riz menerima 15 dulang.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Fendi dari butik Syarakim.

Majlis persandingan pasangan ini akan berlangsung pada sebelah malam di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.

mStar

Kisah pertungan Ana Dahlia disini..

ana-dahlia-dan-chef-riz-nikah-11-dis-hantaran-20000-00/

Itu Bukan Saya – Musa Hassan


Amboi..banyak hari jugak tunggu jawapan dari bekas KPN ni

Terima kasih banyak kerana sudi memberikan jawapan yang kiranya ramai menantikan…

Namun misteri siapa suami syella yang sebenarnya akan terjawap jugak..

Siapa pulak akan membongkar misteri ini..hahaha

Siapakah Tok Bilal Mesjid yang dimaksudkan oleh syella itu ?

Itu bukan saya 

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin baru-baru ini.

Menurut Musa, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Musa, 60, berkata, segala apa yang ditulis dalam blog-blog itu kononnya beliau merupakan suami kepada Syella adalah fitnah.

“Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.

.

“Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama,” katanya sambil mengakui tidak mengenali penyanyi itu.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella atau nama sebenarnya Nurshid’la Ahmad Kamaruddin, 26, dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog sejak kebelakangan ini.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau akan menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang menyebarkan fitnah tersebut.

Sementara itu, Syella gagal dihubungi untuk mendapatkan komennya berhubung isu ini. Bagaimanapun, dalam laporan perkahwinannya yang disiarkan dalam majalah URTV keluaran 1 Disember ini, Syella mengesahkan majlis pernikahan itu berlangsung pada 11 hingga 13 November lalu di ibu negara.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suaminya sebaliknya memaklumkan kepada wartawan URTV, suaminya itu bukan seperti dihebohkan di Internet.

utusan.com

Gambar Perkahwinan Ezlynn dengan Pengurusnya Sendiri


EZLYNN dan Adam tidak sedar bila cinta berputik antara mereka yang sebelum ini hanya berurusan sebagai pengurus dan artis.

Ezlynn nikahi pengurus sendiri

PERKENALAN selama enam tahun dan percintaan selama tiga tahun, diakhiri dengan noktah cinta secara rasmi sebagai suami isteri buat penyanyi Ezlynn atau nama sebenar Azline Ariffin, 30, dan pasangannya yang merupakan pengurus peribadinya sendiri iaitu Adam Fahmy Shamsudin, 35, pada petang tanggal 20 November lalu di Roof Garden, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Tidak seperti majlis pertunangan dan pernikahan lain, suami Ezlynn, Adam dilihat cukup sibuk ke hulu-hilir memastikan semuanya sempurna sehingga ada yang terlupa bahawa dialah pengantin pada petang itu.

Ezlynn yang ditemui pada majlis pernikahannya itu memandang suaminya dengan senyuman dan berkata: “Itu yang menyebabkan saya terpikat dengannya. Dia seorang yang mementingkan kesempurnaan. Macam hari ini, pada majlis bahagia kami tetapi dia tetap tidak mahu lepas tangan sebaliknya, ingin memastikan sendiri semua perkara agar majlis berjalan lancar.”

“Saya ikutkan sahaja sebab dia memang selalu kendalikan acara orang, bila majlis nikah sendiri pun dia masih mahu uruskan, walaupun tugas itu sudah diserahkan kepada orang lain.”

Disoal bagaimanakah cinta antara mereka boleh berputik sedangkan saban hari mereka bertemu kerana tugas.

“Ada pepatah mengatakan lebih baik bercinta dengan teman baik sendiri sebab mereka lebih mengenali kita. Sebenarnya sebelum bercinta hubungan kami hanyalah sebagai penyanyi dan pengurus. Kemudian kami menjadi rapat sebagai teman baik dan akhirnya bercinta.

“Adam bagi saya sangat istimewa. Saya suka melihat cara dia menguruskan kerjaya saya dan dirinya sendiri. Dia seorang lelaki yang sangat menghormati perempuan dan bertanggungjawab. Tambahan, dia juga rapat dengan keluarga saya,” jawab penyanyi lagu Hai Hai Bye Bye itu lagi.

Sambung Ezlynn, keluarganya tidak terkejut apabila dia menyuarakan hasrat untuk bernikah dengan Adam kerana mereka sudah lama sukakan Adam dan percaya dia akan bahagia di sisinya.

“Keluarga saya memang suka dia. Mereka pernah cakap susah-susah kahwin sahaja dengan Adam apabila beberapa kali hubungan cinta saya tidak menjadi. Masin mulut mereka, akhirnya memang saya bergelar isteri kepadanya,” kata Ezlynn sambil disulami tawa kecil.

Adam yang setia di sisi Ezlynn memberitahu, apabila bersama Ezlynn mereka sebagai teman baik dan segalanya dikongsikan bersama. Hari-hari yang dilalui bersama Ezlynn demi tugas bertukar cinta, dan perasaannya diluahkan kepada Ezlynn.

PASANGAN bahagia Ezlynn dan Adam akan mengadakan resepsi perkahwinan pada bulan Januari 2012.


Tarikh 20 Januari tahun lalu menjadi tarikh keramat apabila Adam melamar Ezlynn ketika mereka berada di Pulau Phi Phi, Thailand. Tarikh itu juga sangat istimewa kerana ia merupakan hari lahir Adam dan pada 20 Januari 2011, mereka mendapat tarikh untuk melangsungkan pertunangan dan pernikahan mereka serentak.

“Tarikh 20 Januari itu memang sungguh bermakna buat kami kerana itu kami bertunang dan bernikah pada 20 November dan simbolik kepada tarikh itu, saya memberi wang hantaran sebanyak RM20,020 kepadanya.

“Hari ini merupakan hari paling bahagia buat saya, meskipun sudah bergelar suami tetapi saya tetap meneruskan kerjaya saya sebagai pengurusnya seperti biasa. Malah, saya mahu dia lebih berjaya sebagai pelakon dan penyanyi selepas ini,” jawab Adam.

Mahu anak

Sebelum bernikah pada pukul 5 petang, Ezlynn terlebih dahulu bertunang dengan Adam di lokasi yang sama dengan majlis pernikahannya dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan rapat sahaja.

Sungguh privasi, tetamu yang hadir juga tidak lebih daripada 70 orang, jawab Ezlynn dia sengaja mahu lari daripada tradisi kerana ingin meraikan hari bahagianya bersama orang yang benar-benar rapat dengan dirinya dan Adam sahaja.

“Bukan tidak mahu panggil ramai orang tetapi saya mahu hari bersejarah saya berlangsung dengan orang-orang yang dekat dengan diri saya. Biarpun tidak ramai, kehadiran mereka cukup menggembirakan saya.

“Soal bertunang pada hari pernikahan, adalah disebabkan kesibukan jadual kerja saya dan juga ahli keluarga yang lain. Bukan mudah untuk mengumpulkan keluarga saya yang tinggal jauh dari Kuala Lumpur, untuk tidak menyusahkan semua orang, saya langsungkan terus majlis pertunangan dan pernikahan pada hari yang sama,” tuturnya.

Meskipun begitu, tidak bermakna Ezlynn dan Adam mengenepikan teman-teman lain, sebaliknya mereka akan mengadakan sebuah majlis resepsi untuk kedua-dua belah pihak pada bulan Januari tahun hadapan dan akan terus berbulan madu di sekitar Eropah selepas majlis resepsi dilangsungkan.

ADAM dinikahkan oleh bapa Ezlynn iaitu Ariffin Alang Ahmad.


“Saya tidak sempat untuk merancang sebuah majlis yang besar kerana majlis tunang dan nikah dirancang dua bulan yang lalu. Jadi, saya perlukan masa untuk majlis resepsi, mungkin kami akan mengadakannya pada 20 Januari tetapi belum ada sebarang tarikh muktamat setakat ini.

“Berbulan madu di Eropah pula adalah idea Ezlynn sebab dia memang suka sangat untuk melancong ke sana. Selepas kami langsaikan kerja yang ada dan majlis resepsi, kami akan pergi berbulan madu,” balas Adam yang memberi lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak Ezlynn.

Berbicara soal cahaya mata pula, baik Ezlynn dan Adam menyerahkannya pada takdir, bagaimanapun jika boleh mereka mahukan cahaya mata segera.

“Saya tidak kisah kalau dapat anak cepat, lagi bagus sebab saya bukannya muda lagi, umur sudah masuk angka 30. Kalau, lambat-lambat sangat susah pula ingin dapat anak, jadi kalau boleh lagi cepat, lagi bagus.

“Apabila saya berkahwin maknanya saya sedia dengan tanggungjawab seorang isteri, bukan sahaja menyediakan makan minum sebaliknya bersedia untuk menjadi seorang ibu juga,” luah Ezlynn yang akan muncul dengan lagu single terbaru berjudul Dusta dan filem Husin Mon & Jin Pakai Toncit.

Dalam majlis pertunangannya, ibu Adam, Juriah Abdul Hamid telah menyarungkan gelang di tangan Ezlynn, manakala pada majlis pernikahan pula, bapa Ezlynn, Ariffin Alang Ahmad menikahkan Ezlynn sendiri sambil disaksikan oleh jurunikah masjid Sg. Penchala, Muhammad Ridwan Mohd. Yunus dengan mas kahwin sebanyak RM80.

oleh Haryati Karim

%d bloggers like this: