Tag Archives: perhimpunan bersih

Video Bersih 2.0 – 9 Julai 2011 Full Version…Best!


BERSIH 2.0 ,bukti anak muda tidak takut amaran BN …by aziz muda

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Kesanggupan anak-anak muda menyertai himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur walaupun terpaksa datang dari jauh, jelas membuktikan belia Malaysia hari ini mahukan perubahan.

Walaupun dihalang dengan pelbagai cara, anak-anak muda ternyata telah memecahkan tembok ketakutan terhadap BN untuk menyertai perhimpunan itu bagi menyampaikan mesej mereka ke arah membawa Malaysia hari ini kepada Malaysia baru.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nik Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan, dengan kebangkitan anak-anak muda itu ke arah membawa Malaysia kepada Malaysia baru, anak-anak muda adalah Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Menurut beliau, kebangkitan anak-anak muda itu berpunca dari kegagalan para pemimpin Umno BN memahami kehendak anak-anak muda yang mahukan politik negara ini berubah ke arah kebaikan termasuk dalam sistem pilihanraya.

Katanya, keadaan itu amat berbeza dengan para pemimpin Pakatan Rakyat yang diterajui oleh golongan tua tetapi amat memahami jiwa anak-anak muda.

“Ini jelas menunjukkan BN sudah ketinggalan dan tidak memahami jiwa anak-anak muda. Sebab itulah mereka sanggup menyekat kebangkitan anak-anak muda dalam melakukan perubahan terhadap politik negara dengan pelbagai halangan.

“9 Julai lalu, pelbagai kezaliman telah dilakukan oleh kerajaan BN terhadap rakyat. Pada hal rakyat hanya mahu mengadakan himpunan aman untuk mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara kita.

“Namun dalam Islam, semua orang yang dizalimi doa mereka tidak terhijab di sisi Allah sama ada yang muslim dan bukan muslim,” katanya ketika ditemui.

Semakin dizalimi, menurut beliau, rakyat menjadi lebih bersemangat untuk mengubah pemimpin negara bagi melahirkan Malaysia baru yang lebih baik kerana ia selaras dengan tuntutan Islam.

“9 Julai lalu terbukti rakyat sudah tidak takut lagi lagi dengan kerajaan BN. Rakyat terutama anak-anak muda telah memecahkan tembok ketakutan kepada BN. Mereka datang dari seluruh pelosok negara termasuk ratusan pemuda dari Sabah dan Sarawak.

“Perhimpunan pada 9 Julai lalu ternyata berjaya menyampaikan mesej rakyat bagi mendesak kerajaan BN melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil, malah suara mereka didengar di seluruh dunia.

“Selain boleh diikuti menerusi liputan yang dibuat oleh pihak media pada himpunan di Kuala Lumpur, seluruh dunia turut mengetahui desakan rakyat menerusi perhimpunan yang dibuat oleh anak-anak muda kita di 24 buah negara termasuk di Australia,” katanya.

Bagi meraikan kejayaan himpunan aman Bersih 2.0 itu, beliau akan memakai baju kuning pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Hd

Dedah: Polis Hadapi Tindakan dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan


Tindakan Polis semalam di KL Sentral boleh mengakibatkan kecederaan serius dan kematian.

PKR menuduh polis bertindak ‘tanpa sebarang provokasi’ ke atas perarakan aman BERSIH di jalan bawah (underpass) KL Sentral.

NONENaib parti presidennya, N Surendran berkata mangsa tindakan
tersebut termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Surendran berkata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga dan sasterawan negara, Datuk A Samad Said juga turut menjadi mangsa tindakan polis itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Surendren berkata ketika kumpulan tersebut masuk ke jalan bawah tersebut, mereka dihalang oleh barisan anggota FRU yang membawa senapang gas pemedih mata.

Katanya, naib presiden PKR yang juga ahli parllimen Batu, Tian Chua kemudiannya berjalan ke arah garisan polis untuk berunding.

Bagaimanapun, dakwanya, pihak polis terus bertindak balas dengan menjerit, memukul perisai dengan belantan serta menghalakan senapang gas pemedih mata ke arah mereka.

Surendren berkata tindakan polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam dalam ruang terkurung adalah satu perbuatan jenayah.

NONETindakan ini juga boleh mengakibatkan kecederaan serius dan kematian, dan dengan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Kami menuntut siasatan dan pendakwaan terhadap semua pegawai kanan, termasuk Menteri Dalam Negeri, yang bertanggungjawab bagi atau memberi perintah supaya perbuatan jenayah itu dilaksanakan,” kata Surendran.

“Satu Suruhanjaya Diraja Siasatan juga perlu ditubuhkan serta-merta untuk menyiasat penindasan ganas hak asasi rakyat untuk berhimpun secara bebas, oleh kerajaan BN,” katanya.

mKini

HOT: Mahfuz,Salahuddin Buat Laporan Cabar Polis Tangkap Mereka Esok!


Semalam adalah hari pengebumian demokrasi: Mahfuz

Sambil menyifatkan tanggal 9 Julai sebagai hari pembunuhan dan pengebumian demokrasi, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan rakannya Salahuddin Ayub mahu membuat laporan polis mengenai tindakan polis menahan mereka di ibu negara, semalam.

Mahfuz , Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa selain pembunuhan demokrasi, semalam juga merupakan hari kematian seorang pejuang demokrasi, Allahyarham Baharuddin Ahmad.

“Dia mati sebagai seorang pejuang yang ingin hidupkan demokrasi di Malaysia. Saya juga percaya, setiap kegelapan yang berlaku, pasti akan ada cahaya kebahagiaan untuk masa depan Malaysia,” katanya selepas berarak mengiringi jenazah Baharuddin ke tanah perkuburan Islam Lembah Keramat AU4 tengah hari tadi.

Mahfuz turut melahirkan rasa kecewanya terhadap tampuk pimpinan kerajaan yang tidak menunjukkan sikap keterbukaan ke atas Himpunan Bersih 2.0.

Mahfuz dan Salahuddin merupakan antara 1,401 orang yang ditahan semalam kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Malah mereka juga merupakan sebahagian daripada 91 individu yang dilarang memasuki ibu negara semalam.

Semalam, Bersih juga mengisytiharkan seramai 50,000 orang menyertai Himpunan Bersih 2.0.

“Mereka (pentadbiran Najib) tidak menunjukkan sikap keterbukaan mereka dan berjaya memperalatkan pihak keselamatan demi untuk memenuhi nafsu pemimpin Umno dan BN,” tegasnya.

Tamba Mahfuz, kejadian yang menimpa Himpunan Bersih 2.0 semalam harus dinilai sewajarnya oleh masyarakat untuk menamatkan penguasaan kerajaan yang membunuh demokrasi dan pejuang demokrasi di Malaysia.

Mahfuz juga berkata, esok beliau bersama Salahuddin akan membuat laporan polis berhubung tangkapan yang dibuat semalam.

Jelas beliau, “laporan polis yang akan dibuat adalah untuk menuntut ganti rugi malu dan kesusahan hati saya, anak-anak saya dan isteri saya.”

“Selepas laporan dibuat, saya akan serah kepada peguam untuk memulakan proses tuntutan,” katanya sambil menambah, beliau akan membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields di sini.

Semalam, pemimpin Pakatan Rakyat dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) ditangkap polis di KL Sentral.

Selain mereka turut ditahan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavesan mahu Suhakam mengadakan siasatan segera berhubung kekerasan polis terhadap mereka yang menyertai perhimpunan anjuran pihaknnya.

tmi

Bersih 2.0 Menempah Kejayaan, BN Luka Parah


Episode membanggakan rakyat semua kaum,Bn semakin terluka

Akhirnya, kami sampai di kawasan bersebelahan bangunan sebuah tokong Budha di sebuah jalan menghala Stadium Negara.

Ribuan berhimpun. Tidak lama, ia menjadi belasan ribu, kalau pun tak puluhan ribu.

Sungguh pun ada barisan FRU menghalang jalan itu ke Stadium Negara, perhimpunan berjalan aman betul-betul bersebelahan sekatan FRU.

Pak Samad Said di situ. Saya melihat mata kanannya merah. Terkena semburan gas pemedih mata di KL Sentral sebelum ke sini. Diserbu FRU bersama pimpinan Bersih dan PR ketika mereka mula nak bergerak dari sana.

Ustaz Hadi ditahan. Pimpinan lain juga.

Ada yang cedera. Salah seorang adalah pengiring Datuk Seri Anwar Ibrahim. Luka parah dengan lumuran darah di pipi kanan beliau.

Saya tiba beberapa minit selepas rombongan bergerak dari Hilton. Sempat menyaksikan polis mengheret pimpinan ke dalam trak FRU.

Pak Samad terlepas bersekali Haris. Ia ke sini. Meneruskan tapak-tapak perjuangan rakyat yang cintakan damai menuntut kesaksamaan pilihanraya, sekalipun sukar.

Bukan dekat berjalan kaki ke sini. Hampir lima belas minit berjalan laju.

Saya berucap dulu.

Kagum. Sekatan polis begitu mencengkam seluruh kotaraya Kuala Lumpur.

Amaran polis dan pimpinan Umno/BN sebelum tarikh ini bertubi-tubi. Malam tadi saya menyaksikan kenyataan Ketua Polis Negara, polis akan melakukan apa sahaja untuk menghalang perhimpunan ini.

Serbuan di mana sahaja ada rakyat berhimpun.

Namun, di depan mata saya ada belasan ribu. Ribuan lagi di berbagai lokasi di kora raya. Hebat rakyat Malaysia. Serta merta rasa bangga dengan keberanian rakyat Malaysia semua kaum menyerap masuk ke dalam hati kecil saya. Lebih membanggakan, bagaimana mereka boleh menembusi semua sekatan yang ada???

Adakah strategi kepungan polis Malaysia begitu naif???

Adakah polis kita memerlukan penilaian semula terhadap pendekatan dan kaedah berfikir mereka?

Atau ombak semangan rakyat begitu cekal?

India, Cina, Melayu, tua, muda, bahkan berkeluarga, Sabahan, Sarawak juga, satu hati membuktikan kuasa rakyat lebih kuat dari kuasa polis!

Ugutan tidak boleh meleburkan tekad mereka. Sekatan, serbuan dan gas pemedih mata ala Tahrir Square adalah kecil di mata kebangkitan. Jangan lupa ini.

Ombak rakyat lebih tinggi dari gunung, lebih hebat dari tsunami. Lebih kukuh dari kekerasan, kekejaman dan hilang pedoman pihak berkuasa yang paling kuat sekalipun.

HUjan yang turun mendamaikan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis menjadi bukti Tuhan bersama rakyat yang inginkan politik yang BERSIH.

Jika pemimpin UMNO/BN dan polis bersopan, mendengar nasihat Yang Di Pertuan Agung, mengizinkan perhimnpunan aman di Stadium, tidak lah UMNO/BN dan polis dimalukan sebegini.

Tidaklah dunia menjadi saksi Najib menyembunyikan sebuah perjalanan pilihanraya yang penuh dengan penyelewengan untuk meneruskan talian hayatnya.

Kini, dunia menyaksikan Malaysia sedang menyusur jalan kejatuhan yang sama dengan regim kotor yang lain. Terakhir, perubahan politik di negara jiran, Thailand.

SPR, keluar dari eiposod BERSIH 2, sebagai kaldai tunggangan UMNO/BN.

Keutuhannya hancur. Kehendak Perlembagaan Negara 114(2) menghendaki SPR mendapat KEPERCAYAAN AWAM.

Kepercayaan awam terhadapnya telah hancur dengan sikapnya menjelang Bersih 2.

Izin Agung lantik SPR baru

Pengerusi dan anggota SPR wajar mengosongkan kerusi mereka jika mereka benar menyokong pilihanraya yang bersih dan bukan berada di situ melindungi nyawa UMNO/BN. Izinkan YDP Agung membentuk anggota SPR yang baru.

Pandanglah kebangkitan rakyat di tengah kepungan polis ini sebagai lambang tuntutan kepada sistem yang bersih. Demi negara tercinta, pandanglah pada semua penyelewengan yang anda sendiri memang mengetahuinya (tetapi berpura-pura tidak mengetahuinya), dengan bertindak jujur dan memberikan peluang reformasi yang sangat penting untuk keselamatan negara.

Kenyataan berunsur perkauman para pemimpin UMNO/BN sebelum perhimpunan ini telah meletakkan jurang yang amat dalam antara pemimpin ini dengan majoriti rakyat yang rasional dan cintakan keharmonian.

Wajah sebenar Najib dan pentadbirannya yang bermuka-muka dan sanggup membelakangkan teras demokrasi, keharmonian rakyat Malaysia dan kesopanan dengan Raja Melayu, terserlah. Ia cukup menggerikan. Kelayakan pemimpin sperti ini untuk memimpin rakyat pelbagai kaum di negara ini dan meletakkan keselamatan rakyat tanpa memilih bulu telah hilang.

Ugutan dan terkeman kumpulan ektremis sepanjang episode BERSIH 2 yang dibiarkan tanpa sebarang tindakan membuktikan perlunya pimpinan baru mengambil alih negara jika kita inginkan keamanan dan keselamatan, kestabilan dan keharmonian. Minda gelap mereka berada di mana-mana.

Kekerasan tidak bertempat yang ditunjukkan oleh polis di pelbagai insiden pada hri ini, menyerlahkan minda mereka meletakkan keselamatn regim yang ada lebih penting dari sumpah dan tugas mereka menjaga keselamtan rakyat.

Darah banyak yang menitis, kecederaan, pemimpin di cekup dan diseret seperti penjenayah dan lainnya, bukan berlaku angkara peserta demo yang seluruhnya datang dengan niat yang BERSIH.

Andalah yang telah mengotorkan himpunan ikhlas 9 Julai ini. Akhirnya, andalah yang cedera parah dalam minda majoriti rakyat yang cintakan damai…. Malang….

Husam Musa

AL Fatihah diatas Syahidnya Seorang Pejuang BERSIH Malam ini


al Fatihah

Seorang peserta Bersih, Baharuddin Ahmad, 59  meninggal dunia setelah terjatuh di perkarangan KLCC pada perhimpunan aman yang dianjurkan hari ini.

Allahyarham merupakan suami kepada Ketua Wanita KEADILAN Setiawangsa, Rusni Malan.

Beliau dikatakan rebah akibat sesak nafas, ketika hambatan pasukan polis yang melepaskan semburan gas pemedih mata ke arah peserta Bersih yang berhimpun di kawasan itu.

Timbalan Pengerusi KEADILAN Wilayah, Zahir Husin berkata allahyarham kemudian dikejar ke Hospital Kuala Lumpur sebelum disahkan meninggal dunia.

Kd

Video Bukti kekejaman polis 

Tak Patut: Kereta Polis Langgar Mat Sabu Sebelum Menahan Beliau


Menyebabkan Mat Sabu tidak boleh berdiri sendiri

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa telah dilanggar kereta polis sebelum beliau ditahan dekat kawasan Masjid Negara tengah hari tadi, kata peguam R Sivarasa hari ini.

Dalam e-mel yang diperoleh The Malaysian Insider petang ini, Sivarasa menulis bahawa ketika kejadian Mohamad (gambar) sedang membonceng motosikal di kawasan Masjid Negara di sini untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Mohamad merupakan salah seorang daripada 91 individu dilarang memasuki kawasan ibu negara hari ini.

Sivarasa, Ahli Parlimen Subang, merupakan antara pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat yang ditahan hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh Mat Sabu (Mohamad) mengenai cara mengejutkan beliau ditahan. Beliau membonceng motosikal ketika menuju ke Masjid Negara kira-kira 12.30 tengah hari apabila sebuah kereta polis mengesan beliau dan dengan sengaja melanggar motosikal untuk menahan beliau.

“Motosikal itu jatuh. Lutut kanan beliau cedera teruk. Meskipun tidak patah, tetapi tidak boleh berjalan. (Malah) tidak boleh berdiri tanpa sokongan,” katanya dalam e-mel yang dihantar kepada rakan-rakannya di PKR petang ini.

Sivarasa juga berkata beliau merasakan Mohamad perlu dibawa ke hospital, bukannya diletakkan di lokap.

“Beliau pada awalnya dibawa ke sana (hospital), tetapi telah dibawa semula ke (balai polis) Jinjang,” katanya lagi.

Selain Sivarasa dan Mohamad, The Malaysian Insider difahamkan turut ditahan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PKR Tian Chua dan ahli jawatankuasa eksektutif DAP Ngeh Koon Ham.

Tuan Guru Haji Hadi dan Ambiga sudah dibebaskan petang tadi.

Sivarasa menambah, “hampir pasti (semua yang ditahan) akan bermalam (di lokap). Kemungkinan reman susulan esok.”

tmi

%d bloggers like this: