Tag Archives: Peguam Negara

Pendakwa Tak Perlu Rayu, Anwar Akan Jadi PM Tak Lama Lagi – Karpal


SEBAK…Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan sebak selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik. Turut kelihatan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Foto AP

KUALA LUMPUR: Ketua pihak pembelaan, Karpal Singh berharap pihak pendakwa tidak mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah daripada pertuduhan kes liwat kerana tiada asas yang kukuh.

Dalam pada itu Karpal yang juga Penasihat DAP berkata, keputusan berkenaan merupakan petunjuk kepada masa depan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Ini adalah petunjuk kepada apa yang akan berlaku nanti terutamanya dalam pilihan raya.

“Anwar akan jadi Perdana Menteri seterusnya dan kita akan berada di Putrajaya sedikit masa lagi,” kata Karpal.

Menurut beliau, pada dasarnya kes berkenaan bukan merupakan tuduhan yang jelas apabila pendakwa gagal mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd SaifulBukhari Azlan tiga tahun lepas.

“Keputusan ini telah kita jangkakan, kerana pada peringkat awal lagi beliau tidak sepatutnya didakwa. Bukti Saiful telahpun ditolah oleh mahkamah.

“Saya harap Peguam Negara tidak memfailkan rayuan kerana ini bukan kes yang sempurna untuk dirayu.

“Keputusan itu sepatutnya dibiarkan begitu sahaja,” katanya kepada para pemberita selepas selesainya kes perbicaraan Anwar tadi.

Mahkamah telah pun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyatakanmahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang dikemukakan sebagai bahan bukti, tidak terusik.

mStar

Gani Patail ‘Terkena’ Lagi..


Mahkamah tolak rayuan Peguam Negara

Keputusan ini sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 OKT Lebuhraya Kesas.

SHAH ALAM: Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato’ Abdul Rahim Uda hari ini menolak rayuan Peguam Negara dan sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 Orang Kena Tahan (OKT) Lebuhraya Kesas dari dua pertuduhan di bawah Seksyen 27 Akta Polis.

Kesebelasan mereka dituduh atas pertuduhan berhimpun secara haram dan engkar perintah polis untuk bersurai.

Pada tahun 2009, kesebelasan mereka telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Klang atas kedua-dua pertuduhan tersebut tetapi kemudian Peguam Negara telah menfailkan rayuan ke mahkamah Tinggi bagi mengenepikan keputusan tersebut.

Pada hari ini, 25 November bertepatan 11 tahun yang lalu, kerana pada tarikh yang sama pada tahun 2000, mereka dan kira-kira 145 orang yang lain telah ditangkap oleh pihak polis di beberapa lokasi di Lebuhraya Kesas kerana menghadiri satu perhimpunan yang dipanggil ‘Perhimpunan 100,000 Rakyat’ yang dirancangkan berlangsung di satu lokasi di Jalan Kebun, Klang.

Hakim Abdul Rahim dalam penghakiman lisannya menyatakan bahawa antara lain pihak Pendakwaraya gagal ‘menimbulkan keraguan munasabah’ tentang lokasi sebenar perhimpunan haram tersebut.

Ini kerana dari beberapa bukti dan kenyataan jelas menunjukkan bahawa lokasi perhimpunan yang dirancangkan ialah di Jalan Kebun tetapi kesemua OKT dan ribuan lagi pengguna lain lebuhraya tersebut berkumpul secara ‘spontaneous’ (secara tidak rancang) di Lebuhraya Kesas akibat kesesakan di lebuhraya tersebut.

‘Double standard’

Tegasnya, Pendakwaraya juga gagal membuktikan bahawa amaran bersurai oleh pihak polis menggunakan pembesar suara tersebut dapat didengari secara jelas oleh orang ramai yang berkumpul di lebuhraya tersebut.

Kesemua OKT diwakili oleh peguam Yusmadi Yusoff yang juga ahli Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang dan Puan Farah Farhana.

Antara 11 OKT yang dibicarakan itu ialah Haji Sahri Bahri, bekas Setiausaha Agung PKR; Abdul Razak Ismail, Pembantu Khas Kepada

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Andalas Dr. Xavier Jayakumar dan S. Pusphalingam, ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.

Rata-rata OKT melahirkan rasa kurang senang terhadap sikap ‘double standard’ Kerajaan Barisan Nasional kerana baru semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat.

Rang-rang undang-undang tersebut bertujuan ‘menghapuskan’ Seksyen 27 Akta Polis tetapi dalam masa yang sama Peguam Negara masih bertegas untuk meneruskan pertuduhan tersebut di Mahkamah Tinggi.

fmt

Alhamdulillah: 1 Lagi Tuntutan ‘Bersih’ Telah Berjaya


Boleh guna dakwat kekal

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini bahawa dakwat kekal boleh digunakan pada pilihan raya umum nanti.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas itu, Datuk Seri Maxmus Ongkili.

Katanya, Peguam Negara memberitahu bahawa cukup sekadar pindaan kepada peraturan pilihan raya tanpa perlu meminda perlembagaan.

Jelasnya kepada media, ia boleh dilakukan melalui dua cara sama ada meminda peraturan ataupun perlembagaan.

Penggunaan dakwat kekal merupakan satu daripada tuntutan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih).

Hd

Nota: Tapi awas taktik penipuan  licik Umno/Bn.

Pendedahan dari blogger otai Bro Tuan Haji Tulang Besi …  malaysiawaves

HOT: Ku Li Pulak ‘Tembak’ Najib dan Ghani Patail


Menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti, kehangatan semakin terasa baik dari pihak penyokong dan pihak lawan arus.

Ku Li sebagai veteran Umno dan seringkali menjadi ‘back fire’ kepada Umno/BN mempunyai pandangan beliau sendiri.

Kupasan isu semasa samada mengenai pentadbiran Kerajaan dan politik terkini sememangnya umpama menuangkan minyak petrol kedalam api dalam sekam Umno.

Ku Li: Gugurkan pemusatan kuasa dari PM dan Peguam Negara

Ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar pemusatan kuasa di pejabat Perdana Menteri dan Peguam Negara dikaji balik agar kepentingan rakyat jelata tidak terus terhakis sebagaimana disaksikan sejak tiga dekad lalu.

Dalam pandangan yang lantang terbaru ini, Ahli Parlimen Gua Musang  itu berkata, cabaran pada hari ini ialah meneliti kembali pemusatan kuasa di tangan individu tertentu termasuk perdana menteri dan mengembalikan persekitaran politik yang “imbang dan periksa” demi rakyat menikmati amalan demokrasi yang tulen.

“Kita sebagai rakyat Malaysia perlu mendapatkan balik hak-hak kita dalam (negara) demokrasi, bahawa kuasa dan jawatan adalah satu amanah dan tanggungjawab, bukan untuk kepentingan peribadi ataupun sebagai satu peluang untuk memperkayakan diri.

“Kita, sebagai rakyat yang aktif dalam politik dan bertanggungjawab, perlu menekankan semula konsep obligasi sosial dan tanggungjawab awal ke atas mereka yang mahukan jawatan politik. Kuasa ada tugas, bukan satu jawatan,” kata beliau ketika berucap pada majlis Perak Lectures anjuran Perak Academy di Taiping malam tadi.

Bekas menteri kewangan itu berkata, kerajaan juga perlu memikirkan semula dasar-dasar ekonomi negara ini khususnya dalam memfokus objektif nasional yang sangat memerlukan tindakan segera.

“Dasar ekonomi bukan hanya mengenai penjanaan kekayaan tetapi juga memerlukan satu dimensi moral yang mengambil kira kebaikan kesemua rakyat sebagai satu keutamaan berbanding keuntungan (semata-mata),” kata beliau dalam ucapannya yang secara panjang lebar menyentuh perubahan dalam keutamaan negara sejak tiga hingga empat dekad lalu berbanding teras mesej disampaikan ketika perisytiharan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka pada 1957.

“Falsafah yang menjadi panduan ialah tanggungjawab (pemegang) jawatan awam. Jawatan awam dilihat sebagai satu tugas, bukan satu peluang (mencari kepentingan diri).

“Jawatan awam juga sebahagian daripada komitmen politik untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil, saksama, kohesi dan seimbang,” kata beliau sambil menambah, elemen-elemen itu disepadukan oleh keperluan tanggungjawab turun-temurun bagi mereka yang akan menggantikan kepimpinan pada masa-masa mendatang.

Justeru kata Tengku Razaleigh, salah satu kerugian besar dalam dunia pemegangan jawatan awam dan politik di Malaysia pada hari ini ialah kehilangan tanggungjawab turun-temurun ini atau yang bersifat generasi.

Katanya, setiap tindakan dan pendekatan kelihatan dikelilingi oleh sikap tamak dan keinginan mahu menjadi bilionair, yang turut membawa kepada piramid kroni dalam parti-parti politik pemimpin yang memerintah dan sekutu-sekutu dalam bisnes.

“Ia kombinasi hierarki kroni politik dan kroni bisnes yang membawa kepada pemusatan kuasa dalam kepimpinan politik semasa dan di pejabat Perdana Menteri,” kata Ketua Umno Gua Musang ini, yang pernah menyaingi Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden Umno pada 1987.

Dr Mahathir yang memegang jawatan perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981 digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Oktober 2003 dan kemudian oleh Datuk Seri Najib Razak sejak April 2009.

Sehubungan itu kata Tengku Razaleigh, pemusatan kuasa di tangan satu individu telah membawa kepada manipulasi sistem politik iaitu institusi-institusi kuasa termasuk media.

Banyak media sama ada akhbar atau stesen televisyen dimiliki oleh parti-parti politik teras dalam Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.

Dakwaan sebelum ini menyebut bidang kehakiman turut hilang kebebasan ketika era kepimpinan Dr Mahathir, tetapi perdana menteri keempat itu menafikan perkara tersebut banyak kali.

“Sebagai pertukaran kepada pemusatan kuasa, sikap tamak dan kepentingan peribadi digalakkan menerusi (kepimpinan melalui) teladan dan dalam topeng kesetiaan kaum yang sewajarnya menerima ganjaran,” katanya.

Bertolak daripada itu, Tengku Razaleigh berkata, persekitaran ini wujud di semua parti dalam struktur kuasa yang ada sekarang.

“Situasi ini adalah sesuatu yang sangat bahaya dan sukar untuk dipatahkan sebab pemusatan kuasa sudah wujud sejak tiga dekad lalu,” kata pemimpin kelahiran Kelantan ini.

Tengku Razaleigh juga menarik perhatian bahawa persekitaran itu juga membawa gaya kepimpinan politik “talam dua muka” dan “cakap angin” — seolah-olah mempamerkan kepimpinan ‘cakap tak serupa bikin’.

Malah menurutnya, sikap sedemikian membawa politik yang menggalakkan pendekatan atau amalan mengaburkan maklumat.

“Tema yang ketara ialah polisi menggunakan (elemen) perkauman dan agama di satu pihak dan bercakap mengenai perpaduan di pihak lain dengan menjadikan rakyat sebagai tebusan dalam usaha kekalkan status quo kuasa.

“Akibatnya, kebimbangan mengenai perkauman dan agama mencengkam setiap aspek kehidupan, dalam politik, ekonomi, pendidikan dan pekerjaan, sedangkan realiti semasa tiada kaitan dengan agama atau kaum,” kata beliau.

g.manimaran

%d bloggers like this: