Tag Archives: Pas Selangor

Hasan Ali, Nasharuddin Mat Isa Pulanglah Sebagai Mujahid Sejati !


Buangkan saja hiruk pikuk asam garam perjuangan..

Bak kata pepatah tersohor..’ikan tidak masin di air laut, tetapi masin di daratan’..

Perjuangan Pas tidak akan rugi tanpa kamu berdua..Pas tidak akan hilang dari bumi Malaysia kerana kamu berdua atau bertiga bersama anak Tok Guru Nik Aziz si Nik Abduh.

Hentikanlah penggunaan media musuh untuk ‘selak kain’ kamu semua. Masuk semula kedalam saf.

Mari kemari bertakbir dan bersalawat bersama pejuang pejuang lain bermula dari Tuan Guru Presiden sehinggalah  Mat pelekat poster.

Kredit kepada Mat Mat pelekat poster yang sanggup memanjat tiang talipon,pokok dan sebagainya walau ditengah malam ,tengahari dan waktu hujan.

Jangan buat tindakan memusnahkan diri

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman mengingatkan Hasan yang merupakan idola beliau untuk terus muhasabah diri.

PAS Selangor menyifatkan tindakan Exco Hal Ehwal Islam negeri itu, Datuk Dr Hasan Ali hanya menghancurkan diri sendiri apabila terus menyuarakan kekecewaan peribadinya ke atas parti kepada umum.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman mengingatkan Hasan yang merupakan idola beliau untuk terus muhasabah diri.

Katanya, Hasan perlu menunjukkan sikap lebih terbuka ekoran tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Gombak Setia.

Menurut Abdul Rani, beliau ada menghubungi Hasan namun sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas daripada pemimpin PAS tersebut.

“Sepatutnya kita tanya diri sendiri apa silap kita. Saya yang baru jadi Adun di Meru, ada orang Umno tegur dan beritahu silap saya. Hasan lebih tahu Gombak Setia, beliau patut tanya apa salah diri sendiri.

“Saya ada mesej untuk tawarkan beliau jawatan sebagai ahli perhubungan PAS Negeri. Tapi bagi SMS, hubungi beliau pun tiada jawapan.

Saya minta untuk jumpa namun dapat tahu beliau akan buat sidang media.

“Saya ingatkan Hasan Ali agar dapat muhasabah diri. Apa yang beliau lakukan hanya merosakan diri sendiri. Sedangkan parti (PAS) ada kekuatan sendiri. Apa yang beliau lakukan hanya memberi kesan minimal pada parti,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Shah Alam hari ini.

Kecewa hilang kerusi dan sokongan parti

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor III, Khalid Samad pula berkata tindakan Hasan dan juga bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa melahirkan kekecewaan dengan menggunakan media Umno adalah akibat kehilangan kerusi dan sokongan dalam parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata PAS mahu menyelamatkan Hasan dan Nasha serta menasihatkan kedua-dua pemimpin terbabit agar tidak mengikut jalan sendiri.

Ujar Khalid, contoh sedia ada dapat dilihat apabila bekas Naib Presiden PAS Datuk Nakhaei Ahmad bertindak keluar PAS sedangkan beliau hanya diperalatkan oleh Umno.

“Jangan kecewa tidak terpilih di kawasan Gombak Setia kerana kawasan lain ada menawarkan beliau (Hasan Ali) juga. Kita ada mesyuarat dengan Perhubungan PAS Negeri dan kawasan lain juga mahu calonkan beliau untuk bertanding.

“Tengok Nakhaei bekas Naib Presiden PAS, keluar parti habis macam itu sahaja. Beliau hanya diperalatkan oleh Umno. Kita nak selamatkan Hasan Ali dan Nasha bukan nak bantai mereka dan saya nasihatkan agar jangan ikut jalan sendiri,” katanya.

oleh Fazy Sahir

Serbuan Jais ke Gereja: Hasan Ali ada Bukti atau Tak ada Bukti?


Pas Selangor tuntut penjelasan dan bukti dari Hasan Ali

PAS Selangor menuntut penjelasan exco kerajaan Selangor Dr Hasan Ali yang mempertahankan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini sehinggalah laporan berkaitan diperoleh terlebih dahulu.

“Kita harap ada kebijaksanaan dalam isu seperti ini. Kita simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan JAIS dan mesyuarat dewan bersama Hasan Ali untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi.

Kita nak tengoklah apa bukti yang dia kata ada itu,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

JAIS sebelum ini memberi alasan terdapat bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Setakat ini, “kecuali satu” pihak, tiada mana-mana pihak yang mengaitkan persoalan pengembangan agama bukan Islam terhadap penganut Islam, tambah Khalid.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Khalid menegaskan, Islam menegaskan bahawa prinsip bahawa rumah ibadat mesti dihormati tidak kira apa agamanya sekali pun.

“Kalau hadir, (Datuk Seri) Najib (Razak) pun pergi ke Vatican bertemu Pope. Itu sebesar-besarnya gereja di dunia,” katanya sambil berhujah tindakan itu tidak boleh dijadikan kesimpulan sebagai proses memurtadkan Islam.

Tindakan tak beretika

Bagaimanapun, tegasnya, tindakan “masuk tanpa waran dan tanpa kebenaran” ke tempat suci tersebut haruslah dielakkan kerana ia juga dikira isu sensitif yang boleh menimbulkan salah faham dan ketegangan antara kaum.

“(Insiden) ini hasil didikan dan pentarbiayahan BN selama ini. Nak tunjuk kuat, ramai, ada kuasa. Tetapi lebih penting tunjuk akhlak dan keperibadian mulia dan mampu hormati satu sama lain,” katanya.

“Saya baru balik dari Gaza. Di Gaza Israel ceroboh masjid ikut suka, kita bantah. Kita ada perasaan begitu. Saya rasa orang agama lain pun ada perasaan, pandangan sama. Pada pandangan PAS, tempat ibadat perlu dihormati,” katanya.

Berhubung serbuan JAIS kelmarin, Khalid berhujah, sekiranya terdapat individu melarikan diri sekali pun ia tidak bermaksud melakukan perbuatan salah.

“Biasalah, bila rempuh orang akan cuba lari. Mungkin dia rasa duduk (situ) pun kesalahan, (jadi) dia takut,” kata Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman pula menyifatkan tindakan JAIS itu sebagai tidak beretika dan kurang sopan.

“Pengalaman dulu JAIS pernah masuk surau dan masjid secara kurang beretika. Tetapi itu zaman dulu, tetapi terbawa (hingga sekarang) mungkin,” katanya.

menurut Hasan Ali petang semalam: 

Semalam Hasan mempertahankan tindakan Jais atas alasan ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Beliau menegaskan, maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan malam tadi.

Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” diselitkan.

Hasan menambah, seramai 12 orang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut tetapi tiada tangkapan dibuat. Mereka disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Menurut Khalid, beliau percaya penganjur program tahu akan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mana menyebarkan agama lain kepada umat Islam adalah tidak dibenarkan.

“Dalam peruntukan (Perlembangaan Persekutuan) setiap orang bebas untuk mengamalkan agama masing-masing, tapi soal mahu mengajar atau menyebar ajaran agama lain kepada orang Islam adalah tidak dibenarkan.

“Saya yakin pihak gereja yang terlibat tahu akan perkara peruntukan-peruntukan ini, ia satu tuduhan yang cukup serius dan ia boleh mendatangkan implikasi yang cukup berat tapi kita harap tuduhan tak benar.

mKini

Khalid Samad Dedah Kenapa Hasan Ali Diganti


‘Gugur Hasan cadangan pemimpin utama Pas’

Cadangan menggugurkan exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali sebagai pesuruhjaya PAS Selangor dibuat oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan dan tiga naib presidennya sendiri.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad mendedahkan, mesyuarat pertama pada petang 12 Jun lalu hanya membincangkan cadangan kesemua pemimpin utamanya yang dibuat pada pagi hari yang sama.

“Presiden bersama TP (timbalan presiden) dan tiga NP (naib presiden) telah bermesyuarat di sebelah pagi dan cadangan mereka berhubung kesemua pelantikan tersebut akan dikemukakan untuk persetujuan mesyuarat penuh AJK pusat.

“Yang pasti, bermacam jenis andaian telah kedengaran, ada yang menggambarkan perubahan menyeluruh bakal berlaku, ada juga yang menggambarkan tiada rombakan sama sekali,” katanya menjelaskan situasi ketika itu.

Menulis dalam blognya semalam, Khalid menjelaskan, sebelum cadangan itu dibincangkan jawatankuasa pusat, beliau tidak terlibat sama kerana diarahkan keluar selama 15 minit bersama Dr Hasan sendiri.

“Kami berdua pun terus bangun dan keluar. Sambil berjalan keluar sempat juga saya bertanya secara berseloka, ‘Eh, saya bukan calon PJ (pesuruhjaya), kenapa pula saya juga kena keluar?’

“Soalan saya hanya dijawab dengan gelak ketawa oleh yang lain,” coretnya dalam artikel berjudul “Yang Tercantas dan yang Dicantas”.

Pasti dituduh

Justeru, beliau menafikan berhajat merebut jawatan itu dan akan menolaknya jika titawarkan.

“Tambahan pula sekiranya berlaku perubahan dan saya menjadi penggantinya, sudah pasti saya akan dituduh menjatuhkan yang lama untuk menjadi yang baru, sedangkan saya tidak pernah pun bercita-cita sebegitu.

azlan“Apa yang saya inginkan hanyalah peluang untuk menegur perkara yang saya fikirkan tidak betul,” katanya.

Khalid sebelum ini dilaporkan bergeser dengan Dr Hasan yang membawa kepada pengguguran jawatannya sebagai timbalan pesuruhjaya PAS Selangor.

Walaupun menyambut baik pertukaran itu atas banyak sebab – antaranya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 – Khalid menolak gesaan supaya jawatan exco kerajaan negeri yang disandang Dr Hasan turut digugurkan.

“Saya ingin menyatakan di sini, bahawa jawatan exco tersebut amat perlu dikekalkan, sepertimana kehendak Datuk Seri presiden.

“Ini kerana mereka akan terus menyumbang ke arah pengukuhan PAS serta kemampuan PAS bersama Pakatan Rakyat untuk mencapai kemenangan gemilang di dalam pilihan raya ke 13,” katanya.

mKini

%d bloggers like this: